khamis lepas, aku tengah leka kat tempat kerja, ayie (adik ipar) call. dia cakap nak anta qays pi umh mak. ingatkan saje nak bawak qays jalan² (umh adik ipar sebelah umh pengasuh) ngupanya ayie cakap kak tie (pengasuh qays) dah tak larat. dah mcm rasa sakit nak beranak. aku tekejut! korang tekejut tak? hehehe ok, citer dia camni..
masa mula² dpt tau aku peknen, aku terus booking kak tie sebab kak tie jaga anak adik aku, anak ayie la. umh depa ni sebelah je pun. so senang la kalu jadi ape² aku leh harap kat ayie sebab dia ni memanjang je ada kat ngumah. dia bukan tak keje tapi dia ni bisnes sendiri. lagi pun kak tie mmg dah lama kami kenal.
nak dijadikan cerita, masa aku dah sarat peknen, tetiber dapat berita kak tie pun peknen jugak. ah sudah, aku cuak la takot dia tak mau jaga qays. bila aku p jumpa dia, dia siap ckp beriya², jgn risau.. dia akan jaga qays sampai dia nak branak. dia due bulan satu thn depan. so aku lega la kat situ... masa hari pertama aku anta qays, berkali² aku tyer dia ok ke tak. hehehe... harusla aku susah hati, mau tidak.. larat ke kak tie nak layan anak aku, nak suap mkn, nak mandikan, nak tido kan.. ish... masa aku anta tu, perut dia dah besar. hari demi hari, semuanya berjalan dengan sempurna sampaila khamis lepas ayie call kasi tau kak tie dah betul² tak larat. ye la, ni dah akhir bulan 12. dia due bulan 1, mmg la dah tak larat. kalu qays dah pandai jalan, dia ok lagi katanya. tak pe.. aku faham
dah jadi mcm ni, aku ngan suami harusla susah hati nak cari pengasuh sementara. bukan tak boleh anto kat ngumah mak. mak aku pun jenis bz orangnya. kalu dia tak bz, dia boleh je jaga. mcm smlm, dia tak kemana, dia jaga qays. sebenarnya, kami ada amek maid dok ngan mak. tapi ada masalah skit, dan aku rasa mcm lambat skit la proses maid kami ni. nnt bila dia dah dok ngan mak aku, dia akan jaga qays, qalesya anak adik aku no.2 dan rayqal, anak adik bongsu aku. mak aku la jadi mando. hehehe
so, sementara proses maid kami ni selesai, aku asyik la dok pk nak anta qays kat maner. balik keje isnin lepas, aku teringat ngan jiran atas ngumah aku. tanyer pyer tanye, nasib baik la dia ok. aku boleh anta 3 hari je sebab start thn baru dia dah jaga balik anak orang dan anak adik dia. ni tgh cuti sek mmg depa semua balik kg, dia tgh free lah. pg td aku tyer lagi, boleh ke jg qays sementara maid sampai. dia cakap mmg tak boleh sbb dia kena p anta dan amek anak dia kat sek. nnt nak tggal qays kat sape. klu qays dah boleh jalan, dia tak kesah, dia boleh bawak sekali. adussss.... ok, aku faham. pagi tadi aku anta qays, terpinga² dia. tak sudah² kepala dia pusing kanan, kiri depan belakang. pelik kot... celah mana pulak dia kena transfer kali ni. hahaha...
yang senang anak aku ni, dia tak kesah dok ngan sape pun. semua orang dia nak. semua orang dia senyum. tadi aku tyer pengasuh, dia tak nanges pun. lepas aku anta, dia tido balik. lega la kejap. nnt nak call lagi tyer ape citer. adoi... aku ni biasa la, hari pertama anta kat pengasuh mmg tak senang duduk. mcm tu la masa mula² kat umh kak tie, asyik le aku 3G adik aku. sampai adik aku bengang, hahaha...
jadiknya, tahun baru ni cemana? adoila.... nak anta taska, alahai... rasa tak tegamak plak lagi. aduhhh... pening aku nak pk. suami lagi la... asyik la dok soh tyer orang tu orang ni. semua yang dia soh tyer semuanya dah jaga ramai budak. mmmm.... dah, pelan² la aku pk. susah sgt, ayah aku kata cuti tanpa gaji. uwaaa!!!!! nak mkn gapo ayah weh!!! hehehehe... eh, ayah je la jaga qays... gud idea jugak kan. hahahaha
hadoi... penat aku menaip luah perasaan. lega plak rasanya. huh!
qays sayang... dok ngan cik na elok² tau. tak mau buli cik na ok.
mkn, tido, mkn tido... ptg kang mami dedi amek eh. :)