Thursday, June 20, 2013

hepi bufday anakku qausar


sekejap masa berlalu, hari demi hari, bulan demi bulan, akhirnya genap setahun usianya hari ini. 7 tahun penantian, penuh kesabaran akhirnya Allah dengar rintihan kami dan inilah benih kasih sayang yang tak pernah berputus asa. Maha Suci Allah, betapa AgungNya Dia yang mencipta segala. 9bulan kandungan yang tidak pernah menyusahkan ibunya, akirnya dia selamat dilahirkan setelah 12 jam bertarung nyawa. nikmat mengandungkan dia, nikmat merasa sakit ketika melahirkan, nikmat melihat dia pertama kali dilahirkan, nikmat berpantang, nikmat membesarkan, segala nikmat yang Allah turunkan aku teramat bersyukur dan akhirnya aku dapat merasa semua itu. alhamdulillah..

cerita kelahiran qqs boleh terjah sini

 wajah yang sentiasa berubah membuatkan kami hari² rindu pada dia. 

 semakin hari makin bijak, nakal dan tak boleh larik dari peel manja.

qays qausar shah, kami harap kamu menjadi anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang mendengar kata, anak yang berguna, sihat tubuh badan. jadilah sebaik² manusia seperti maksud namamu..

ini gambar smlm di rumah mak tok. tak terantuk sehari tak sah. memanjat adalah tugas harian dia. tersembam adalah perkara biasa. lebam sana sini adalah hadiah pembesaran dia. ciwek dia adalah umpan utk menagih simpati bila dah kena marah. air mata dia minta pelukkan dan pujukkan. oh anak, bila mami rasa hilang sabar dengan kenakalan kamu, mami akan terus ingat, betapa susahnye mami nak mendapatkan kamu. jadi, kemarahan mami hilang begitu saje. untungnya kamu wahai anak.... tapi, dah besar nnt tak dengar cakap, mami rotan tahu!  ye, mami harap mami dapat buat mcm tu supaya orang tak cakap mami terlebih manjakan kamu.

aku tidak sangka aku seorang ibu skang ni... air mata berlinang...



pada mereka yang masih menunggu saat manis sebegini, nasihat aku...bersabarlah... jgn putus doa, berusaha itu penting, selebihnya kita beserah pada yang Maha Esa. Dia yg lebih berkuasa segalanya

58 dok ngomen:

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

sweetnya
sekejap masa berlalu

Eye_nee said...Reply To This Comment

Bukan main menjengket kaki nak mencapai apa lah tu..

QQS..selamat hari lahir..semoga kamu menjadi anak yg soleh dan berbakti kepada ibubapa mu...

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Happy 1st birthday Qay Qausar Shah. Semoga membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan.

Mrs Lurve said...Reply To This Comment

happy bufday little boy...moga trus memberikan kebahagiaan pd keluarga..comelnya dia

Dee said...Reply To This Comment

happy birthday qausar..kejap je dah setahun ye..rasanya masih teringat aku sebak2 kt opis dapat tahu kau pregnant mekjah..ucapan lagi satu..bila nak bagi qausar adik? soalan stenderddddd...kahkahkah..

Lya Colours said...Reply To This Comment

selamat hari lahir QQS. be a good son to your mami ya. stay hensem ! hehe

Khai♥Rin : anies said...Reply To This Comment

HAPPY BIRTHDAY QAUSAR!

Mimy Hamid said...Reply To This Comment

QQS dah big boy nk jd toodler...stay hensem n healthy yeh...pic last tu mmg sah la anak lelaki kak..sama cam Fayel,

Qashmere said...Reply To This Comment

Happy Bday Lil Munchkin. Dah besar dah dia

CheNamNam said...Reply To This Comment

selamat hari kelahiran Qausar yang chomel..membesarlah dengan sihat dan menjadi anak yang hebat sehebat namamu nak..:)

SYANI said...Reply To This Comment

Happy birthday QQS... Kamu sangat comel.

wahida said...Reply To This Comment

selamat hari lahir Qays Qausar Shah...

maklong doakan Qausar terus membesar dgn sihat dan bijak...takmo terhantuk selalu tau...ekekek...

semoga jadi anak yg soleh dan taat pada ibubapa...

aku rasa baru je aku tgk ko cucuk insulin kat peha ko nok masa ko ngandung...hahaha...

dah setahun dah anak ko nok...Alhamdulillah atas kurniaan Allah yg tak terhingga ni...

Ujie said...Reply To This Comment

Happy birthday utk sikecil awak.
Saya antara yg masih menanti...moga berkesempatan mcm awak.

Acik Erna said...Reply To This Comment

selamat ulangtahun kelahiran Qays Qausar.semoga menjadi anak yang solehah..Qays anak yang sabagt comel

Lynn Hamzah said...Reply To This Comment

sekejapnya dah setahun...happy birthday comel...

qemaishak said...Reply To This Comment

Happy 1st Birthday Qays..moga membesar dgn kesihatan yang baik & jadi anak yang soleh..:)

- dieyana - said...Reply To This Comment

alulu..comey sgt2 Qausar! Allah maha berkuasa.... selamat hari lahir sayang, auntie tk leh tgk kalu bby yang ada wayar2 kat badan ni, mula nk titik air mata....hik3...(lap air mata cepatcepat). moga Qausar jadi ank yang soleh, dgr cakap mak tau! ..syukur atas rezeki Allah bagi kan....lama menanti tu....

bibi yusof said...Reply To This Comment

Happy 1st birthday gays... jadi anak yg soleh ye..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Syukur alhamdulillah... penantian yg membuahkan hasil yg sangat manis.

Happy birthday anakanda Qausar:)

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Aduhai...cepatnya ms berlalu. Dah setahun dah dak kenit ni? Happy cayang! Comel! Hencem! Nak geget!!!!

~Siti Hajar~ said...Reply To This Comment

Hpy Bday Cayang Qays...Sga trs mbesar bagai juara...

**Manjakan anak xsalah tp jgn keterlaluan, jentik & cubit tu perlu juga...hehe

ismaliana sulaiman said...Reply To This Comment

sama lah kita 6 tahun menanti akhirnya DIA memperkenankan doa kami.. alhamdulillah skrg cukup bahagia dgn 2 pasang permata hari....

sabar itu indah kan....

for qays.. hepi besday sayang...semoga membesar menjadi anak yg soleh.. cemerlang & gemilang di dunia n akhirat...amin.

e k i n ♥ y u s r i said...Reply To This Comment

happy besday menantu mommy!
hehehehe

AdaM Hawa said...Reply To This Comment

Happy Birthday to Qays Qausar Shah.. suka tengok pict dia 7 bulan.. comel sangat²..

AzeedA said...Reply To This Comment

besdei gomoi utk QQS!
*semlm dh wish hehehe*


p/s - akak punye #3 besdet 20/10/2006 hospital selayang gak ;)

cheqna said...Reply To This Comment

cheqna pun selalu berdoa moga diberi peluang dan ruang untuk merasai semua ni cepat atau lambat semua tu urusan Allah SWT..insyaallah tentu ada rezeki cheqna nanti kan??=)
happy birthday sayang =)

lizz said...Reply To This Comment

dah setahun dah qays yang hencem ni...
happy birthday

NM02 said...Reply To This Comment

cheqna,

in shaa Allah, kawe doakan utk mu jugak

NM02 said...Reply To This Comment

ujie,

moga2 ada peluang utk kamu juga.

norhidana miswan said...Reply To This Comment

epy bday qays yg jambu, semoga jd anak yg soleh

Lynda Che Lah said...Reply To This Comment

happy birthday sayang..cute! Semoga dipermudahkan segala urusan kelak

Lynda Che Lah said...Reply To This Comment

happy birthday sayang..cute! Semoga dipermudahkan segala urusan kelak

makchaq said...Reply To This Comment

Selamat Hari Jadi Qays Qausar Shah.. semoga membesar jadi anak yang membanggakan daddy dan mummy

Mesti dah plan sambutan meriah untuk Qays.. entry birthday party bubuh gambaq banyak2 tau..

bunga_rose said...Reply To This Comment

happy birthday budak comel!!!!!!!!!

wantie said...Reply To This Comment

masa 5 bulan tu sangat comeyyyyyyyyy..

ha..dah siap meragaih dah tu.

ummiross said...Reply To This Comment

Alhamdulillah...anugerah Allah yang tidak terhingga.

Happy birthday Qays, moga dilindungi Allah selalu, moga membesar menjadi anak yang soleh yang menyejukkan hati ayah ibu, moga Allah mengurniakan semua yang terbaik untuk Qays Qausar Shah.

ps; gambar semua comel, geram ummi nengok qays.

me.liyana said...Reply To This Comment

hepi birthday syg...kesabaran mummy awk bg inspirasi n smgt kat auntie tau... ;)

adarnadzmie said...Reply To This Comment

alahai dah teruna yer Qays... dah setahun... moga jd anak yang baik buat mummy n daddy yer...:)

Sharifah Nadzarah said...Reply To This Comment

hepi besday qays!!!!!
makin comel..& bam bam..
moga membesar bagai johan & soleh..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Sayu sendu aku baca..happy birthday qays..jd ank yg solej ye..jgn nakal..nti mamimu rotan..ngee

azzpinky said...Reply To This Comment

Alaaa...touchingnye kak...

Serius, saya yg tggu hanya 6 bln tuk preggykan anak 1st kami pon terasa lmbtnya...inikan pula 7thn penantian...

Nnt bila Qays besar dan melawan kata, mintak dia baca semula luahan hati mommynya agar dia lbh mengerti...huhuu

So, bila lg nk menambah ahli ni? Qays dh setahun....uhuu

:: Mrs.Eady :: said...Reply To This Comment

tau tak...tau tak..tau tak kamu ni mmg comel!!!! :D

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

hepi besday buat Qausar..
moga jadi anak yang soleh...
bagusnya NM simpan gambar masa kecil hingga sekarang...

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

hepi besday yer qausar !

Sue-Rya Qistina said...Reply To This Comment

happy 1st birthday qays gebus sayang! semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya...geget skit!

Rinna said...Reply To This Comment

Epy Besday..Qays.. Moga besar nanti jadi anak yg soleh yer.. and be a good boy..:)

Zura@Iwan said...Reply To This Comment

alhamdulillah..
penantian yg sggh bermakna...Allah memberikan kamu anugerah yg sgt comey...tahniah

selamat ulangtahun kelahiran Qausar...semoga membesar bagai juara..dan mjadi anak yg soleh..ameen..

Anonymous said...Reply To This Comment

@Nurzakiah Hanum

Assalamualaikum,

Iklankan barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

Terima kasih

Carl Lesmana said...Reply To This Comment

sekajapnya masa berlalu ,dari kecik sekarang dah boleh memanjat bagai dah , heeehe qqs dah besar dah . happy birthday dik qqs , semoga menjadi anak yang soleh buat mami and dedi :)

#tibe2 teringat iklan tv3 . " saya okey , saya dah besar " hahaha

Ainim Suju said...Reply To This Comment

Happy birthday Qays bam bam..comel je gambar 10 bulan tu

norh said...Reply To This Comment

Comeyyyyy
Hapy birthday qausar..

Puan Bui Junaidi said...Reply To This Comment

BUI DULU 5 THN MENUNGGU..ALHAMDULILLAH,BERKAT KESABARAN SEKARANG DH ADA SEPASANG CAHYA MATA..SYUKUR..

BUAT QAUSAR,SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH SELALU..AMIN

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

7 tahun baru dapat qays ???? mila baru tau, mila ni pun baru setahun jagung kdg2 stress bila pikir takde zuriat lagi hihi, kadang2 je tak selalu, by the way selamat hari lahir qays, jadi anak yang soleh ye sayang...

MuMMie BeRRy said...Reply To This Comment

Happy birthday Qausar yg bambam, wish u be soleh child, hv a great journey in life, keep explore in this world....last sekali nak gigit skit sebab tembam...hehehe..

aizamia3 said...Reply To This Comment

rasa sekejap je kan masa berlaku.. ;)
setahun dah usia dak Qausar ni.. ;)
moga sihat dalam menjalani kehidupan seharian..

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Sekejap masa berlalu kan...
Dah setahun umur Qays....hepi birthday, jangan nakal2 yek

ieda immi said...Reply To This Comment

eppy bday cayunk !
adohaii memang sekejap no masa nie .. dah semakin cute dan handsome .. dan pastinya keletahh tuu !

QasehnyaRania said...Reply To This Comment

as-salam.
lama tak tinggal komen.. hihi

sekejap je kan masa berlalu.
tima kasih kak ats doa dan nasihat dari akak tu .in shaa ALLAH semoga saya diberi kesabaran dan kekuatan mental untuk menanti detik2 indah seperti akak.suatu hari nanti pasti.

selamat hari lahir buat qays qausar syah :)