Tuesday, February 4, 2014

zulina homestay ; langkawi

assalamualaikum semua!!
amacam?? syok cuti pjg?? ermm... aku tak kemana pun. lepak², santai² kt ngumah je. sabtu tu ingat nak balik kg, kami dah siap² nak kuar dah... dah ready depan pagar umh, sekali padlocks tak leh bukak plak. semalamnye tu aku dah pesan ngan hubby soh spray benda tu sebab dah mcm ketat, susah nak bukak. mmm... kan dah jadi jem. sudahnya tunggu la orang locksmith datang bukak jam 9 mlm. lama giler ok nak tunggu. kejadian tu dalam jam 6 ptg. maceh le kat adek aku yg sudi dtg tgk keadaan kami yg teperangkap dalam ngumah. sudi belikan lauk utk makan malam kami. kebetulan plak ari tu takde barang dapo pun yg boleh aku masak, sebab pagi tu aku dah guna utk mkn tghari. kesian kan kami.. sudahnye tak balik banting le. kesian anak aku... mengelinja nak kuar ngumah. hah.. melayang le 120 upah cina tu sbb hari kejadian adalah hari pertama raya cina loooo.... hehehe

eh, ni nak citer hal ape sebenarnya ni. hahaha... sori², ada citer tambahan... ok ok, berbalik pada tajuk n3. hari ni aku nak share penginapan homestay kami sepanjang 4h 3m di langkawi. ini kali ke 4 aku ke langkawi. hubby pun dah fasih benor jalan kat sana. dah mcm kampung sendiri plak aku rasa. kali ni kami bercuti santai² aje. mana sempat kita pegi, mana tak lain kali ajo. sebab kami tak mo ayah letih. dia kan baru buat bypass. tu pun aku nmpk dia tecungap jugak la. tgk dia enjoy kami pun hepi. 

kami booking homestay ni melalui booking.com. adik aku yang tolong booking. senang keje aku. semua benda hal ngumah ni dia yang buat. sehari RM200. memandangkan kami minta check out lambat sbb flight kami ptg, so kami bayar 5h 4m punyer harga. 

tada... antek tak ngumah kami... hahaha... selesa giler ok ngumah ni. homestay ni kalu naik kete hanya 5 minit je nak ke pantai cenang. kebanyakkan homestay kat sane kalu nak nak cari yg betol² kat pantai cenang mmg susah la, kat area tu hotel, apartment, motel, chalet banyak la kan. mula tu aku booking apartment kat holiday villa. aku booking dua apartment. ayah aku plak taknak... katanya tak syok lain² ngumah. dia nak semua ada depan mata dia. ok la, kami menurut perintah, homestay ni pun dia la yang carikan. 

sebenarnya homestay ni ada dua pintu. perasan tak? ngumah kami yang belah kiri. belah kanan tu kosong, takde orang sewa. jadiknya kami konker semua kawasan luar. sidai kain baju pun sampai penuh depan tu. van hiace tu kami sewa jugak. selesa giler ok. aku bab² kete ni kalu ekon sejuk, dah cukup bagus. senang weh satu van cenggini, tak payah nak konvoi² bagai. sumbat semua jalan sekali arung. kan mudah tu... betui dak? sape lagi driver kalu bukan lakik aku. co-pilot yg suker bedengkur sape lagi kalu bukan aku. hahahahaha...  

ni fisrt trip yang sampai. flight aku ngan mak dan adik bongsu aku berbeza. sebab pada mulanya aku ngan adik ketiga aku yang plan nak pegi langkawi. sekali bapak aku nak ikot, dia kata boley dah naik katebang. aku bukan tak moo bawak dia tapi aku pk boley ke dia yang baru buat bypass tu nak naik katebang ngan jalan² kat sane nnt. kang jadi ape² aku jgk yang dipersalahkan. so dah dia kata ok dan dia nak sgt, kami bawak je la. aku lagi suker ramai² cenggini. masa ni tuan ngumah bz betulkan pintu dia. ada rosak skit. 

 sebenarnya sofa tu ada kat depan tv. aku kaleh semua ke tepi dinding, senang budak² nak melasak.

anak aku dah tak tentu arah, tak tau nak belari kat mane dulu. hahaha

 bilik utama. ada bilik air dan semua bilik ada towel.

 bilik kedua. ada iron dan  iron board tau. bilik ni ada almari baju.

 bilik ketiga. semua bilik pun ade ekon. 

 dapo yang sangat selesa. mak aku suker la ade dapo gini. mcm² dia plan nak masak. 

mesin basuh pun hado. mmg kami guna sebaik mungkin. hari² kami basuh baju. sekali sidai kat luar, penuh tempat penyidai dan pagar² yang ado. kami kan ramai.

berminat dgn homestay ni, sila berurusan dengan ;
puan zulina
019-426 3457
lot 2435, kampung padang putih
jalan pantai tengah, pantai cenang
pantai tengah, langkawi.


berminat dengan van hiace, sila berurusan dengan ; 
kak ina
012-480 7797
harga sehari RM180, kami kawtim dapat RM150


33 dok ngomen:

NinaAz said...Reply To This Comment

cantik dan besar homestay nya :)

Anum said...Reply To This Comment

nampak selesa kan

Chik Att said...Reply To This Comment

nampak mcm best jerrr

cheqna said...Reply To This Comment

cantik dan selesa nampak..wah best best..=)

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Cantik homestay dia kan...selesa dan luas....semua kelengkapan pun ada...:D

MsBabble said...Reply To This Comment

bestnyer.. trip sy last year pun dok homestay gak

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

cepat2 upload seterusnya hihi

ain.ya.nun. said...Reply To This Comment

Behnya bawa family pi bercuti.

Aku pun nunggu promo AA ni nak bawa mak abah sekeluarga pi Langkawi. Insya Allah moga ada rezeki la nanti

wahida said...Reply To This Comment

besar homestay tu...
yang penting puas hati dpt bwk mak pak jalan kan nok...

::NureeN:: said...Reply To This Comment

perghhh mmg cantiklah homestay ni.. :)
sesuai sgt klau g ramai2 kan ;)

Unknown said...Reply To This Comment

design rumah dia cantik
gambar pun cantik nie..
pandai btuil saper yg amik gambo nie.
nice.

Syeeda said...Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
Syeeda said...Reply To This Comment

cantik homestay ni.. t pi langkawi leh booking ni =)

ummiross said...Reply To This Comment

waa Langkawi ye, best2!!. Dah lama sangat tak ke sana.
Thank you for the info ye, mana tau kalau kami ke sampai sana nanti nak sewa van atau chalet, senanglah sikit, info dah ada.

Syaqina Hadi said...Reply To This Comment

memang betul lah akak yg sy jumpe kt Pantai Chenang tu, hehe malu nk tegur takut salah org, sbb qausar tak de pon time tu, klu tak boleh bergambar hihi, sy suka bce blog akak ^_^

NM03 said...Reply To This Comment

syaqina,

ha?????? betul ke? la... awat tak tegoq.... tidak boley selfie masuk blog. hehehe

Dee said...Reply To This Comment

Nampak cantik dan selesa sgt beb..masa kau ckp tuan rumah betulkan pintu aku nmpk qausar kt pintu sliding..apakah? Haha..pastu baru nmpk akak tu kt pintu coklat tu..kahkah..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Blh consider ni klu g reramai..yeahhh

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...Reply To This Comment

assalam...ok le homestay tue..besar, bersih dan harga pun ok RM150 je..

emy said...Reply To This Comment

Aku pun bwk abah aku ug baru sehat dr sakit jantung...trip ni pun abah aku full sponsor..tingin nk tgk kami berkumpul dan bercuti...huhuhu

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

Seronoknya cuti ramai2 cenggitu. :)

norhidana said...Reply To This Comment

syok nyer kak.... udahla beso, mcm2 facility ada... seronok lah bdk2 boleh berlari bagai... tak sbr nk tunggu cite jln2 ko kt sana

suwara entertainment said...Reply To This Comment

murah tu harga homestay rm200 semalam. hotel je dah dekat rm200, kira murah sungguh la tu. bole muat ramai plak kan. aritu kami p sana sewa kete kancil rm50 je, malas nak sewa yg besar2 sbb bertiga je pun ngan baby. heheeh

Z.u.r.a and I.w.a.n said...Reply To This Comment

ok gk homestay ni..
murah gk yer..

nnti nk bw family bleh la stay sini..hehe..

Unknown said...Reply To This Comment

boleh dah beli terus rumah tu hehe

wantie said...Reply To This Comment

Fuh..cantik baq hang...duduk ramai ramai memang berbaloi..

Ibu Lala said...Reply To This Comment

Besarnya homestay dia. Boleh main kejar kejar kan.

Ibu Lala said...Reply To This Comment

Besarnya homestay dia. Boleh main kejar kejar kan.

Chot said...Reply To This Comment

noted. nnt nak pg sana jugak bawak family..mcm best je homestay tu..

Suria Amanda said...Reply To This Comment

boleh tahan la homestay tuh...murah pun murah....dah amik dah contact details....

JR said...Reply To This Comment

Dulu istri pernah 2 tahun kerja kat Langkawi, memang selalu kami ke sana, dah round hampir habis satu pulau termasuk pulau2 peranginan. Tapi sejak isteri dah berpindah balik ke Alor Setar tak pernah pergi Langkawi lagi lepas itu, terasa rindu pulak....

JR said...Reply To This Comment

Dulu istri pernah 2 tahun kerja kat Langkawi, memang selalu kami ke sana, dah round hampir habis satu pulau termasuk pulau2 peranginan. Tapi sejak isteri dah berpindah balik ke Alor Setar tak pernah pergi Langkawi lagi lepas itu, terasa rindu pulak....

Unknown said...Reply To This Comment

Rumah kotor xselesa aircond rosak kipas rosak..minta tukar rumah sebelah lambat..berjam kami tunggu..tergendala program petang tu sbb settle kan pasal rumah..sangat x recommended!!