Tuesday, July 1, 2014

episod akhir avillion admiral cove


lepas puas berendam sampai ke senja, aku terus mandikan dak qausar. sementara tggu nak kuar makan, dia makan roti la, makan bisukut la, makan jajan la... gasak la janji dia diam.

nampak tak gigi dia jongang. hehehe... puting tak boleh lepas mcm tu la. 

mesti la layan citer indah dolu... lepas tu baru kuar makan.

carik punyer carik kedai makan, akhirnya kami pilih makan kat sini. nasreen songhla seafood. mula tu nak rasa asam pedas pd, tutup la plak. so tgk kedai ni ramai beno orangnye.. moh le kita coba. mungkin sedap kot ek.

ini budak semakin xtif... dah penat seharian bukan semakin layu tapi semakin tak keruan tindakan dia. tekinja² kat kedai makan ni. bikin hati aku panassss je. kena jentik sekali baru diam. pastu buat muka melopong mcm tu. tu sentap la kena marah, kena jentik. dia memang, kalu lepas kena marah suker wat muka temenung. minta simpati...

ha.... jgn nak terliur plak tgk air ni ye.. hehehe... minta maap le korang, aku tayang gambar air, gambar makanan ye...

aku dah tak ingat nama makanan ni. lala masak ape entah, nama ke arah siam sikit. sedap giler ngko! nama kailan tu pun pelik, pon sodap jugak. telor dada pelengkap hidangan, ada sup ayam utk dak qausar. nampak simple giler sup ayam dia kan, tapi sedap kemain.


tomyam lambat skit sampai. bila dah sampai dedi tak sabar nak rasa. kata songhkla kan. sekali dedi hirup dia cakap pergghhhhhhhhhhh!!! ha tu namanya mmg sedap la tu. aku plak try... uiiiiiiiiimakkkk! meletop uolsss. pedas, masam cukup rasa. tapi mangkuk dia kecik, so mmg rasa sikit sangat. nak order lain takut lambat plak. lala tu mmg banyak, pedas lak tu. tecungap aku ngan dedi nak perabihkan. aku kalu sesat ke pd lagi, mmg aku carik kedai makan ni. 

pas makan, kami ke waterfront pd carik kek utk qausar. ingat ade SR, takde la plak. so kami beli kat kedai king aje. ala... bukan nak makan beriya pun. beli pun 1 slice utk dia tiup lilin esoknye. 

sampai bilik, bateri qausar dah low. tukar baju, minum susu, dua tiga kali tepuk dah hanyut. hahaha... tau pun penat ye dik.

esok pagi, jam 8 aku dah kejut dia bangun. tekulat² muka dia bangun. memang aku paksa jugak dia bangun, aku mandikan dia, tukar baju pastu soh dia posing nak amek gambar. masa aku kejut dia tu aku nyanyi la hepi beday kat dia. ko tau muka dia cemana... mulut melopong mata pejam balik. hahaha... kesian kena paksa bangun. dah tukar baju, aku soh dia bediri kat balcony ni nak amek gambar. dia cakap takootttt... hahahaha

aku cakap bediri betul² kalau tak taknak kawan adik, tu yang dia buat kaku mcm tu. pastu aku soh pandang aku dia taknak. kuat sentap la budak ni. 

ni pon dedi dia yang suruh senyum. tu senyum paksa la tu. 

muka ni paling aku geram. berkali² dia buat memek muka menyakitkan hati. aku geram tapi aku nak gelak jugak. 

tak yah nak pilu sangat la dik. bukan nak buat cover album pon. hahaha

bila aku kuarkan kek ni baru la dia hepi. kalu dari awal aku kuarkan kek, mmg tak la dia nak posing kat balcony tu. 

aku ngan dedi dia beriya nyanyi utk dia. dia buat dekkkk je... sakit hati kite!

tak menyabar nak makan kek. aku cakap tiup la dulu.. dia marah aku cakap takyah laaaa. amboi... marah mami nampak.. tampa nak... hihihi

sudahnya aku bukak baju ngan seluar dia pakai le pampers je. kalu tak mmg habes la comot. 


memang habes kek tu dia makan sorang, pastu minta lagi. aku cakap nnt kita beli kek 3 tingkat, makan kat umh maktok. ko tau dia cakap ape... dia jerit yeyyyyyyyy. hahahaha... sedeh la ko ni dik. mami tipu je pun. kikiki

pastu kami siap² nak turun bekpes. memang betul la aku dapat komen kat pesbuk bekpes kat sini kureng. semua menu pun ok² je. nak kata makan utk kenyang tu tak le. 

cuaca pagi tu panas terik. mula ingat nak makan kat dalam, tapi panasnye aku rasa... tak rasa ekon langsung. so kami pindah makan kat luar.

bajet kat obesi. hehehe

ini budak sedap ke tak ke memang belasah je. 

aku tertarik ngan kipas kat luar ni. unik kan.

gambar mandi pagi tu ade sekeping ni je. tak kuasa la nak snap lagi, aku pun nak mandi jugak. hahaha

kol 11 naik bilik, siap² kemas barang. dak qausar melalak takmau naik bilik. aku cakap kita nak tukar hotel lain la dik. tu yang dia ok, klu tak mmg suara dia je la kat pool tu. kesian kamu dik, kejenye kena tipu je la. hahahaha... baibai avillion... nnt kami datang lagi!

dalam kete, tak sempat separuh jalan, dia dah bedengkur kat belakang. 




oklah, selesai citer pd. abes jugak walopon citer amatlah simple. sekurangnya puas jugak hati kami dapat bawak qausar jalan² sempena beday dia 2 tahun. jadi la kan dik. nnt kite pegi jalan lagi ye.


12 dok ngomen:

Dee said...Reply To This Comment

Wah..happy birthday qausar..mekjah besar ni leh ar kau kelentong...tgu besar cam anak aku..hahaha..

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Hensemnya Qausar .... hepi birthday ! Gigi jongang harus tu klu sedut puting jak ..hehehe

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Best gak celebrate bday mcm ni eh? Nak bt gak utk aydin khadeeja next year. Heheheheh!

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

ok fine ..aku nak check in kat sini nnti..

Unknown said...Reply To This Comment

gambar makanan okay lagi.. disertai dengan komen komen mengujakan tu yg tak tahan tu.. hahaha..

ait qausar..

SangRatoo said...Reply To This Comment

best best..tingin gak gi sini..qausar..hemsemnye pakai baju tu..hihih :P

cahayahidupku.blogspot.my said...Reply To This Comment

Best tempat ni akak tengok Reena.. Akak pun buat macam tu masa anak kecil dulu bila nak makan kek.. semua baju akak bukak tinggal kan pampers ajer ehe :)

Anonymous said...Reply To This Comment

wahhhh encem nyeeeee diaaaa... lg2 bile pakai sut tu ..

xpnh smp lg kt otel ni ..

Acik Erna said...Reply To This Comment

Sian birthday boy yang encem ni..mami sayang vaju..sampai tak berbaju birthday boy encem makan kek

mak encik | SZ said...Reply To This Comment

telor dada? ihiksss...

oppss..happy bday 2nd year qausar! jap je rasa dia membesar.. dulu2 baca blog awak (mek jah) tgh fasa menanti2 kehadiran si kecik ...

Queen said...Reply To This Comment

happy birthday qausar..

baju cantik.. =)

IDAZS said...Reply To This Comment

happy birthday kausar.. hensem eh!