Friday, April 4, 2014

jln² kuala selangor ; pekan sungai besar, faridah mentarang bakar, mangga sekinchan & cendol borhan

ok, ni last n3 kuala selangor. janji takde lagi dah lepas ni. tapi kalu tetiber ada gambar yang tetinggal dan aku rasa nak masuk dlm blog, maafkan saya. bukan janji tapi pasti... eh, dah kenapa???

dari pagi dah plan ngan nor, lepas abes je kenduri kat umh jah, kami nak singgah pekan sungai besar nak shopping kain. yey!!! nasib baik la plan kami nak balik banting cepat tak menjadi. patutnya lepas wedding adik emy, kami kena balik banting dengan kadar segera sebab lepas tu nak ke kuarters KLIA melawat adik ipar aku yang baru lepas bersalin. adik dedi bagi tau baby kena tahan wad sebab kuning tinggi. ala... kesian la plak. so next time la kita tgk kamu ye baby azra. 

ramai cakap, kalu dah sampai sungai besar.. mesti singgah pasaraya yang-yang ni. aku perasan, ada satu cawangan baru kat kuala selangor, tapi tak rasa nak singgah plak. yg kat sungai besar ni lagi besar. ni kira HQ dia la ek. suami dan anak² semua tak turun. dok diam² dalam kete ye, mami dan ibu nak cuci mata perabih duit bapak korang sekali. hahaha... yang kelakarnye kan, masa nak turun aku terus sambar wallet dedi, takde minta kebenaran pon, main amek je. member pulak buat² tekejut. ah, takde nak tekejut sangat la heh... aku dah cakap awal², aku sayang duit aku. so relakan hati aku keringkan wallet dia. muahaha... dasyat punya perangai binik. gangster sungguh. sila jgn contohi aku tau... dosa!

pilih punyer pilih, aku sambar dua pasang. mmg giler weh kain² kat sini. rasa nak amek semua design. kang mau laki aku sagat muka kat jalanraya plak tgk wallet kering kontang. hahaha... nor yang beriya nak sangat masuk yang-yang ni, tak beli ape pun. aku yg beriya sangat ok. pashtu bila dedi tanyer, nor beli ape.. aku dah alamak.. ada, dia ada beli... beli ape ek?? kain ke ape... jawapan membunuh namanya tu. jawapan nak selamatkan diri takut nor tak giler beli kain aku yg terlebih. hahaha... sampai sekarang aku rahsia ngan dedi sebenarnya nor tak beli ape². korang jgn plak telepas cakap kat laki aku. minta la dia tak baca n3 ni.... amin! tiup pc nam kali. kikiki

pashtu anak nor meronta² nak eskim. so kami singgah kepsi, kasi suami dan anak² makan eskim, basahkan tekak sementara tunggu kami masuk kedai lain plak. sudahnye takde ape yang menarik dah. nak beli tudung... rasa mcm harga kat kl lagi murah kot. so mari teruskan perjalanan carik mentarang bakar.

dari arah sungai besar, satu² kedai tepi jalan yang ada mentarang bakar kami berenti, tapi semua tak menarik. hati tepaut jugak ngan faridah mentarang bakar. padahal kak jah dah pesan, servis dia mcm slow skit. takpe la... kita cuba nasib, lagi pun tempat mkn dia luas skit berbanding ngan tempat lain. 

 siap ada kain rentang utk MH370. tiba² sayu rasa hati kite.

menu ada kat situ. pilih ape yang korang rasa nak makan.

ni le ngupa mentarang. aku dari sampai first time ke kuala selangor ngan dedi sebelum ni, dok beriya nak cuba mentarang bakar, tapi tak kesampaian. jadiknye... dah betul² sampai ni, aku mesti rasa jugak. klu tak dapat, aku sentap sampai raya puasa ke 3. *jengket kening*

 nak bakar mentarang ni, kena kopak skit kulit dia. baru betul² masak. 

 ada tiram jugak, tapi tak rasa nak terai. adoi... teringat lokan bakar kat sabar. sedapnyerrrrr...

 anak² buat hal memasing. entah ape depa dok sembang kat buaiana tu.
memasing tgh layan angin kampung. best!

 elok plak dak qausar diam kat buai tu... bateri dia dah start low masa ni..

 panas la nak, meh dok kat pangkin ngan kakak² semua.

tu dia heh... aku cakap baring semua... cepat² dorang amek ruang nak baring lunjur kaki. aku cakap pejam mata semua, eh... kakak fazana je yg pejam mata. hehehe... 

 memasing muka penat.

 demok... ngaper?? sawadikap ker? hehehe

 panas weh masa ni. tapi bila tgh makan, bleh plak tetiber ujan renyai².

seri dewi pekena neskepe panas. giler! panas terik kau minum air panas. tekak buaya kot kau ni seri dewi. hahahaha... naz ngan dedi try air botol perisa stoberi. air gas kampung kata dedi sebab rasa gas dia tak kuat. aku ada try sikit, ok gak la rasa dia. 

i gemok?? u pun sama gemok! hahaha... dagu u belapis² tau... dagu i takde.. ha maner ade... padahal tesentil celah tudung. hahaha.. takpela, kita kan dah janji susah senang bersama. gemok i bermakna u pun kena gemok. baru balance. kan.... trademark kami, kami gemok tapi kami bahagia. kahkahkah...

kami order sepinggan mentarang goreng tepung, dua pinggan mentarang bakar. sampai mentarang goreng tepung lu. memasing pakat sambar nk rasa, sekali sedap da.. kami minta order lagi, tokei kedai cakap boleh tapi lambat skit la sebab kena pusing order balik. ala... mencik tau. so tak jadik order takut lambat. qausar pun suker. dia biasa la... mesti la cakap ayam. tepung tu rasa kepsi betul weh. 

yang bakar plak sampai. ermmmm... aku suker aku suker. sedap! cicah cili dia tu boley la.. sedap gak la..

ni ngupa yang aku dah kopek. nmpk geli kan? tapi rasa dia manis. sedap wehhh... korang kalu sampai sungai besar, singgah la cuba rasa mentarang ni weh. dedi pun suker, dia sebenarnya tak suker benda pelik² ni, tapi ari tu ada plak perasaan nak mencuba. tak sangka dia pun suker. bagus! aku mmg niat nak repeat lagi. tapi entah bila. hehehe

seterusnya misi mencari mangga sekinchan. yehhh... mana tahan tgk mangga besar², jambu merah² kat sepanjang jalan sekinchan ni. mau ralat giget jari nnt.

kesuma dewi tgh tanyer harga. kerlas kau kesuma dewi, shopping buah tepi jalan pun pakai dress gitu. kalah snow white! hahahaha

aku kalu beli ape² bukan boleh sikit. mak banting kena beli, mak kl kena beli. tekak sendiri?? makan kat umh mak je la... hahaha... beli kena banyak sebab keluarga kami kan besar. semuanya menyendeng kat umh mak. sedap jambu madu dia weh. mak aku soh kirim ngan kak jah kalu dia balik kampung nnt. ye mak, nnt kite cakap ye..

sementara tunggu aku ngan nor pilih buah, mereka² dalam kete sempat posing. aku tgk balik folder gambar ni, eh... ada gambar mereka. hehehe... qausar skang kalu soh amek gambar kan, dia suker lekat pipi dia kat pipi kita. auchh... hanje hanje gitu... bibir tu... rasa nak giget je kan.

 pasti akan bersama mereka lagi. mami rindu kamu semua!

ni last check point kami. sebelum meninggalkan seribu satu kenangan sepanjang di kuala selangor - tanjung karang - sekinchan - sungai besar - kl, harus la kami singgah cendol borhan lagi sekali. basahkan tekak lu, pastu terus gerak ke haluan masing². masa ni dah jam 5 lebih gitu la. anak² dah resah sebab kena berpisah...

tengok la... mana dia nak kalu kita nak suapkan. takkan mahu dia. kalu orang tanye umur dia, bila aku cakap nak masuk setahun seploh bulan, orang takkan nak percaya. orang ingat dah dua tahun lebeh. ye.. mmg peel dia mcm dah lebih dua tahun. semua pun dah pandai skang ni. maktok report kat aku, skang ni suker tegur orang² yang balik keje lalu bawah umh maktok... tak kira la orang tu dah tua ke muda ke, dia mesti panggil abang. sekuat hati lak tu. kalu pompuan mesti dia panggil kakak. bila orang tu pandang terus dia tunduk cakap ayu (malu). pastu gelak sorang². pastu bila panggil orang tak pandang, mesti dia cakap tak dengar pulak. hahaha... lucu kan!

aku letak tisu kat dada, dia tarik.. aku letak napkin kat dada, dia cabut. takmo... semua taknak. aku cakap nnt tumpah dik. dedi cakap biar la.. nnt tukar baju. cendol tu nmpk pucat kan... nmpk kosong, haah.. aku order cendol takmau cendol ijau, takmo kacang ke ape ke... letak pulut je. baru puas aku makan. tapi kena tarik dek qausar. dia yang pulun semua. aku mkn pulut je. 

makan cepat dik aku kata, orang lain dah nak abes dah tu... terus dia letak sudu tu, dia pegang mangkuk tu pastu hirup mcm kita hirup kuah dalam mangkuk. omak aiiii... aku bar nak capai letak balik, sekali....... mandi cendol namanya... napas aku dah turun naik tapi aku sabar. pikir dah nak balik je. 

aku tak marah pun, aku cakap elok je... ha tu la... kan dah tumpah.. terus huwaaaa!!!! meraung satu kedai dengar. orang² sebelah semua tgk. aku tanyer naper nangis, rasa bersalah kan... aku biarkan je dia nangis sebab aku suker dengar. hahaha... dedi dah tak kuasa nak layan, terus ke belakang isap rokok. eeii... mesti la aku pujuk, takkan aku nak biar dia terus melalak. nak suruh dia diam senang je. sumbat oksigen, diam la dia.

kami gerak berpecah dari cendol borhan. aku singgah shell mandikan qausar, kasi dia segar baru sedap nak tido. dalam kol 7 lebih gitu kami gerak balik banting. hujan selebatnye sampai tak nampak jalan. dedi bawak kete pun tak laju. aku dah kuyu dalam kete, sampai tersengguk². sedapnye tgk qausar tido... kalau boleh aku tak mau lelap sebab tgk dedi pun dah layu jugak. tapi dah nak sampai banting, aku tertewas jugak. hahaha...

malam kat banting tu aku tido awal. qausar ngan dedi entah tido kol baper aku tak tau. aku tersedar dedi kejut, dia cakap qausar telanggar bucu meja kat dapo, pipi didi luka. dak qasuar tengah melalak kuat masa dedi ngadu kat aku. yang aku plak.. jawab selamber je, oooo ok.. pastu sambung tido balik. hahaha... letih mengalahkan aku yang bawak kete. kikiki.. esok baru aku tgk pipi dia, haah.. ada tegesel luka skit, nasib baik tak dalam. qausar hero kan... 


21 dok ngomen:

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

cam best je mentarang bakar tu. tak pernah try. cam pelik je rupa dia hihi.tapi dah review macam sedap tu, kene try jugak la nanti hihi

:: idzwa :: said...Reply To This Comment

wehh telan telan air lio aku wehhh...adehhh laaaa...

hero tu mane tak penah kene..semua tempat dah kene kot..hehe..hero la katerkan!

syawalsimpsons said...Reply To This Comment

telan air liuq tgk mentarang ni

norhidana miswan said...Reply To This Comment

aduh bestnyer mentarang goreng tuh kak, tak penah try yg goreng tp penah lah mkn mentarng tuh, mmg gebus manis lak tu kan kak.... bile lah nk pg sungai besar lg borong mentarang nih

adarnadzmie said...Reply To This Comment

belum pernah try mentarang... cam sedap jer...
sama cam nak akak semua nak pegang dan suap sendiri.. x mo org pegang...lepas abis comot baju....huhuuu

Sue-Rya Qistina said...Reply To This Comment

fulamak kak..mcm best je mentarang bakar tu. x pernah makan pun..hahaha

attyfir said...Reply To This Comment

Tgk mentarang bakar ..mcm sedap je.tiap kali balik kg..nan smpt nak menyinggah

Eye_nee said...Reply To This Comment

yg goreng tepung tu nmpak cam sedap jer...tp tulah..susah na nak telan lah mkanan yg cam pelik2 ni bak kata dedi qausar...

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Tak pernah lg rasa mentarang bakar ni.....cam sedap je aku tengok ... :)

Amanda Suria said...Reply To This Comment

aku x kira la nok..aku tetap nak buat edisi JJCM makan mentarang bakar ni...ko dah buat aku terliur...tgok pc pun nampak mentarang ni.....

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Tak pernah merasa lagi mentarang. Nampak sedap. Kecur ailio iols.

aizamia3 said...Reply To This Comment

ai yang selalu lalu area situ pun tak pernah try lagi mentarang tu.. hehehe..

CikLily Putih said...Reply To This Comment

mentarang bakar memang terbaek, suka singgah sini kalau balik dari pangkor

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

jauh jalan2 tu, tp byk persinggahan & tmpt makan2 yg menarik !

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

jauh jalan2 tu, tp byk persinggahan & tmpt makan2 yg menarik !

wahida said...Reply To This Comment

welcome to my hometown!!


kampung aku best kannnn...hahaha...

Kakzakie said...Reply To This Comment

Kesian dia.. alert betul Qausar ni dia tahu bersalah sebab itulah menangis..

Kakak tak pernah jumpa/makan mentarang ni. Kat JB macam tak pernah adalah dik.

izzeyda said...Reply To This Comment

tak pernah lagi makan mentarang..penah la tgk kat blog member..nanti nak cuba jgk laa..nama bebdk, smua dia nak buat sendiri..tau plak bersalah, smpai nangis2..letih sama la tuh..

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

tang mentarang tu aku terliur noks

Daddy Ziyyad said...Reply To This Comment

Byk kali aku lalu area tu..mmg aku tak beli mentarang ni..aku geli...hahahaha..tapi tak pernah terfikir pulak ada mentarang goreng tepung..bahahahaha..macam boleh try ni

MAT NOR said...Reply To This Comment

wife ada makan mentarang ni kat umh fmly biras. dorang masak mentarang bakar. wife kata sedap makan dengan sambal