Monday, December 16, 2013

travelogue tips & note - krabi

assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsi sedikit tips utk ke krabi dan semasa berada disana. tak banyak pun, sekadar aku rasa benda ni perlu dikongsi utk tatapan korang aje. moh le kita...

tiket promo AA
bagi aku kalu nak travel luar malaysia, aku suker beli masa AA buat promo. kalu tidak kompem le tiket mahal. kalu nak pegi esok, hari ni beli tiket pon tak jadi masalah... mmg takde hal punyer bagi yg mampu kan. kami beli tiket ni masa promo AA akhir tahun lepas. begolak dada nak menunggu tarikh travel. hahaha.. kami dapat harga tiket pergi dan balik utk seorang adalah RM58. murah tak!!!! tepuk tangan ukt kami... hahaha... 

aku sentap bila orang cakap aku sanggup tinggalkan anak aku dan ade yang kata aku tipu beli tiket utk anak aku. hei kamu!! ini bukti aku dah beli tiket utk anak aku ok! sebab ape aku tak bawak anak aku... tak payah la aku panjang lebar membebel kat sini. aku nak kongsi tips bukan nak meluahkan kesedihan dihati. (urut dada)

booking hotel
kami booking hotel melalui asia room. tak payah nak pening kepala, kat sane banyak je hotel murah². harga satu mlm hotel kami aonang goodwill = RM120. jgn lupa bawak itinerary hotel plak ye. kang satu hal takde bukti. tapi hotel kami tak tgk pun itinerary kami, sampai je kami masa nak check in, terus dia tanyer dari malaysia ker? eh.... rasa mcm hebat plak. hehehe

package island hopping
tak payah nak runsing, tak payah nak booking online. kat sane besepah orang bukak kedai utk package ni. yang penting korang pandai² la kawtim harga ngan depan. ade jugak hotel yang boleh kasi harga murah. island hopping kami RM100 utk seorang. setakat yang aku servey, itulah adalah harga yang paling murah.

sewa toyota commuter 
kalu korang pegi ramai, better sewa van commuter. korang boleh deal ngan pihak hotel jugak. mcm kami, kami deal ngan pihak hotel, kami dapat RM250 dari jam 9pg hingga 4ptg. boleh pegi empat tempat iaitu elephant trekking, tiger cave, emerald pool dan hot spring. yang penting korang cakap nak sewa satu van utk family korang je, takmo campo ngan orang lain. tu kalu korang pegi ramai la. 

transport
harga yang murah utk sewa motor kat krabi adalah RM20 utk sehari. kalu dapat kurang dari harga aku tu kira korang cukup bagus le. minyak kena isi sendiri ye.

selain dari motor, korang jugak boleh naik tuk tuk motor atau tuk tuk van. harga ikut perjalanan korang. 

korang boleh jugak jalan kaki sepanjang aonang tu. kuar peloh pun bebaloi dapat brenti banyak tempat.

t-shirt krabi dan FM
aku boleh dapat tshirt krabi dewasa dengan harga RM10 utk size S/L/M. utk size XL/XXL RM12-15. utk kanak² plak RM8. korang kena pandai mainkan peranan pujuk rayu. fm aku boleh dapat RM7. tapi korang kena beli kat tepi jalan ye bukan dalam kedai. benda sama je, jadi buat ape membazir duit kan. 

makanan halal
jgn risau, banyak je kedai halal kat sane. pandai² la korang carik. banyak kat area masjid ngan petrol pump aonang.

adapter
adapter thailand adalah begini. kami beli kat supermarket disana dengan harga RM16. kalu banyak benda korang nak charge, bawak le extention dari rumah, just cocok satu plug extention kat adapter tu. boleh charge banyak benda. 

sim card
nak murah, beli kat 7E. kalu kat supermarket mahal nak mampos. kat 7E RM5, aku beli t.up RM10 boleh pakai selama 4h 3m. nak buat panggilan sila dail 0096 dan terus sambung dengan no hp yg korang nak hubungi tu. 

waterproof bag
kat sane pun banyak je jual waterproof bag. eh, kat sane mcm² ade la. tak yah pening. yang penting pandai tawar harga. aku tak beli kat sane, lakik aku pinjam ngan kawan opis dia. dah balik dari krabi baru lakik aku beli. dapat harga RM72 utk 15L, sebijik mcm dalam gambar tu. carik kedai evergreen, tingkat 7 kenanga wholesale. bli yang ade tali galas dua tau. beg ni penting utk island hopping. kamera bagak pon korang boleh sumbat.

snorkeling set
yang ni korang kena jaga elok². dapat je kat tangan, tolong jgn tinggal merata tempat. benda ni korang kena sentiasa tgk, lengkap ke tak peralatan dia. masa snorkeling, batang penafasan mulut tu terjatuh dalam laut. giler dalam nak menyelam amek. jadiknya lakik aku kena bayar dengan harga RM45. tak pasal² ilang duit. takpelah, nak jadi...nak wat cemana. 

duit tip selepas island hopping
lepas habes island hopping, tour guide ada minta duit tip utk dia dan kawan² dia. korang jgn bemurah hati la nak kasi. kita dah bayar mahal kot. wat pe nak kasi duit lagi kan. masa dia minta tu, korang pandai² la jawab tak bawak duit ke, cakap je tak mo ke... wat bodo ke...

resit pembayaran
jgn sesekali korang cakap resit korang ilang. lepas bayar utk ape² package, island hopping ke, sewa van ke.. ape saje, sila simpan resit tu elok². takde resit, nangis la korang tepi jalan. hehehe

ubat/minyak
pegi travel maner² jgn sesekali lupa bawak ubat/minyak. beringat sebelum kena. kalu korang jenis pening laut, telan la ubat tahan muntah sebelum buat xtvt.

duit belanja
aku mmg dah siap² tukar sebelum pegi. dan aku suker standby duit malaysia kot² tetiber tak cukup duit kat sane. so boleh je terus tukar kat money changer disana kan. tak payah nak runsing bab cocok atm kat sane. aku tak suker pening² kepala bab cocok duit kat atm negara orang. 

**********

aku rasa, tu je kot utk dikongsi bersama. nak baca cerita penuh, boleh tgk kat label 'travelogue' dan utk tips krabi, tgk kat  label 'travelogue tips & note'. semoga ianya boleh memudahkan korang utk ke sana. krabi mmg best. pekan krabi je kami tak sempat terjah sebab night market dia bukak jumaat-ahad. kami pegi isnin-khamis.  in shaa Allah, aku akan repeat bawak qausar pulak.

24 dok ngomen:

syawalsimpsons said...Reply To This Comment

baguih ni kakak...tak pe la pedulik sama mulut2 kata nape akak tak bawak qausar kan...sebab musabab akak je tau kan...tak pe la sesekali honeybulan kan...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Tq for the tips..
Mmg membantu sgt..
Tingin aku nk gi.

emy said...Reply To This Comment

terbaik..AA dpt rm58 g krabi...

wahida said...Reply To This Comment

wajib bawak extension...mcm2 benda nak caj wehhhh...

Dee said...Reply To This Comment

eh..eh..eh..melampau kan orang tu..kemain sedap mulut cakap..cepuk ngan kertas balut belacan baru tau..

i like ur tips dear..bolehlah refer kalau aku nak buat road trip lagi sekali ke thailand..kuikui..

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

wah bagus gitu tips hihi

Unknown said...Reply To This Comment

tq utk tips berguna nie .. teringin nk kesana. tp mcm2 fikir :)

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

hotel yg sama kami menginap dkt krabi dulu.

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Abaikanlah org yg mengata tu nok. Good tips.

JunAina said...Reply To This Comment

Kalau akak nak pergi boleh refer sini dan refer kat blog Wahida. Hati melonjak2 nak pergi tapi bajet asyik larik balik kg jew Perlis tu noks...modal mau 1.5k-2k sekali balik 7 kali balik dah berapa tu...sobsss...

Unknown said...Reply To This Comment

sangat membantu n3 nih.
mana tau ade rezeki nak ke sana. boleh aku refer kat n3 nih. :)

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

baik..baik...ralit aku baca beb!

attyfir said...Reply To This Comment

thanks sgt, info yg sgt bagus

::NureeN:: said...Reply To This Comment

mmmg terbaekk lag rm58 jerr....
x pe la... mulut org kan bkn sng nak jaga...
janji anak sihat kan :)

MuMMie BeRRy said...Reply To This Comment

gud info n thanks for sharing..

Lynn Huraiza said...Reply To This Comment

bagus nie...tq for sharing yer...

ain.ya.nun. said...Reply To This Comment

Pada I, elok you tak bawa Qausar.

1. Kesian dia, nak hadap keadaan kat sana. Takut dia tak selesa dengan cuaca dan jadual kita yang nak ke sana sini.

2. Aktiviti yang you ambil mcm bahaya utk Qausar yang kecil lagi tu. So,dah betullah mak suruh tinggalkan tu.

=)

Suria Amanda said...Reply To This Comment

sapa la mulut yang choiii sangat tu nok..dia x dapat pergi tu nok...jeles x bertempat..memang kita kalau nak pi mana2 boleh jer beli tiket AA time promo..org nak pertikai lantak la..at the end guna duit kita bukan guna duit dia...peliks la org jenis macam ni...

ummiross said...Reply To This Comment

Terima kasih untuk tips yang bagus ni, sekurang2nya bila ada rezeki nak pergi satu hari nanti, dapatlah rujuk bagi memudahkan urusan.

Memang sakit hati bila orang mengata kan, tapi yang mengata tu tak tau situasi apa yang mungkin kita perlu pertimbangkan. Sabar ye, jangan hiraukan apa orang kata,yang penting apa yang dikongsi ni memang bermanafaat.

Pha Is said...Reply To This Comment

jauh berjalan, luas pengalaman..

ibuayu said...Reply To This Comment

Tq for sharing..ni yg lagi terasa2 nak gi krabi

Z.u.r.a and I.w.a.n said...Reply To This Comment

mcm sy la
ritu pegi trip ke thailand suami je
tp kitaorang pegi rombongan satu bas..
so gi ni,,bb tk sesuai la bw
bkn kita niat nk tiggl pon..
dia dh bsr bleh je bw.

Unknown said...Reply To This Comment

Murah giler RM58 ke Krabi, sy p Langkawi pun RM78 sorg, murah lg ke Krabi...

Sy br blk Hatyai, niat nk sampai ke Krabi xtercapai sbb kat Hatyai pun dah byk tempat best km terjah, xcukup 3h 2m, masuk Thai dgn keta sampai kena saman sbb masalah xpaham signboard, InsyaAllah ada rezeki nk masuk lg Thai dengan keta trs ke Krabi...Xtahan tgk n3 Travel Krabi nih...

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Boleh jadi panduan ni kalau nak gi melancong....