Friday, September 21, 2012

bermulanya disini


assalamualaikum
sori sgt smlm aku tk hapdet citer sbb anak teruna demam, batuk kahak dan selsema. kebetulan semalam qays dah 3 bulan, aku dan hubby amek EL dan kami bawa qays p cocok dan jumpa pakar kanak². yang tu nnt aku citer.. 

18 jun 2012
hari terakhir utk aku berjimba sebab esoknya aku dah kena masuk wad. aku dipaksa induce sebab masa kandungan 7 bulan aku kena amek insulin. bacaan gula aku tinggi. tapi dos insulin aku tak le tinggi mane pun. pada mula aku kena buat insulin, tiap mlm b4 tido sahaja. tp bila kandungan makin besar, dktr soh aku buat 4 kali sehari. pagi, tghari, ptg dan mlm. mula tu aku takut nak cocok sendiri, hubby la dktr aku tiap hari. bila dah kena start buat 4 kali, bermakna aku dh kena buat time kat office. mula aku cuba buat aku mmg cuak giler, takut jarum halus tu tertinggal dalam isi perut aku. hahaha... makin lama aku makin berani dan aku boleh buat dengan selamber je. hehehe... 

bila dah kena buat insulin, kebiasaannya para ibu dinasihatkan utk bersalin awal. itu yang dktr dah siap kasi surat suruh aku check in pada 19hb. last b4 aku kena tahan wad, hubby banyak tunaikan permintaan aku. ape aku nak mkn diikutkan aje. sbb nnt kan aku dah kena pantang. hehehe... so mlm 18hb tu aku lepak old town pekena esblended sambil sembang sampai jam 3 pg. hamek... masa kat old town aku rasa mcm lain serba tak kena. rasa sakit kat pinggang menyucuk². aku cakap kat hubby, dia kata aku terlampau pk pasal sakit kena induce. ala... sungguh aku sakit... tido mlm tu pun aku resah. serba tak kena. kejap² dtg sakit belakang, kejap² perut mengeras sampai senak ulu hati. aku rasa mcm ada yg tak kena.

19 jun 2012
aku bangun awal pg. rasa gelabah makin menjadi. barang² utk baby dan aku mmg dah lama stanby. b4 ke sepital, hubby ajak sarapan dulu. masa lepak kat kedai mamak, aku makin rasa resah, makin kuat rasa sakit kat pinggang. aku teringat kazen aku penah cakap, kalu rasa sakit pinggang tu lain mcm, itu tanda nak beranak. aloh... takkan aku nak beranak dah kot. 19hb tu aku baru genap 9 bulan. aku tak lalu mkn, minum pun rasa lain mcm. otw ke sepital aku ckp lg kat hubby takkan aku dah rasa nak beranak kot. dia ckp tak mungkin la... terbawak perasaan takut tu yang rasa mcm².. ok, aku cuba wat bodo..

sampai di sepital aku terus ke ke tingkat 5. dah daftar bagai, aku kena masuk kat wad yg utk ibu² ditempatkan sementara nak masuk labor room. aku kena soal siasat ngan doktor yg duty masa tu. dktr tu ckp, b4 kena induce, dia nak cek dulu mana tau kot² jln dah buka sbb aku ckp kat dia aku sakit pinggang makin menjadi². first time aku rasa kena seluk. huh.. ganas woo dktr tu.. tak padan ngan kecik. mata dktr terbeliak tgk aku. aku jadi takut.. dia cakap dh bukak 3cm. ape?????? oh tidak! aku makin nebes. cuak aku menjadi² sampai aku nangis sbb rasa takut. betul la kazen aku ckp. patut la aku resah gelisah.. mmg nyata la sbnrnya aku dah rasa sakit nak branak. so dktr ckp, bila jln dh bukak, tak payah kena induce lah. huh, lega la skit sbb ramai ckp induce tu sakit giler...

aku kuar dari wad menunggu tu terus tangkap hubby. aku ckp dh buka 3cm dengan mengalir air mata. punyalah tekejut dia. terus dia call mak aku ngan mak dia. aku ckp stanby je la... bila² masa dah boleh beranak. makin la hubby aku cuak.. dalam sejam menunggu, aku terus masuk wad. sakit aku makin menjadi². mak, ayah dan adik² aku dtg tgk aku pun aku tak layan. tak kuasa dan tak berupaya nak melayan sbb pinggang aku rasa nak pecah. mak bawa nasi pun aku takde selera nak mkn. menunggu nak masuk labor room punyer la lama. nurse ckp labor room penuh. lagi pun jln aku masih 3cm. jam 6ptg, b4 waktu melawat habis, ayah aku belikan chicken chop sbb ayh ckp lepas tu aku tak boleh mkn ayam dalam pantang. bila waktu melawat abes, family aku semua balik kecuali hubby. jam 7.30 nurse dtg kat katil aku nak bawa aku ke labor room. cepat² hubby call mak aku soh naik balik. nasib baik la dorang baru kat bawah. bila dah masuk labor room, aku dah bukak 4cm. aku dah tak tahan sakit sampai darah tinggi aku naik. aku berpeluh mcm labor room tu takde ekon atau kipas langsung. padahal hubby ngan mak aku yang gilir² masuk jenguk aku ckp sejuk nak mampos kat situ. peluh aku menitik sampai boleh perah kain. tggu punye tunggu sampai jam 4 pagi baru bukak 6cm. aku rasa nak putus nyawa dok tahan sakit. mak dan hubby aku dok gilir kuar masuk tgk aku. dorg dgn tak mandi, tak makan dok jaga aku. kesian dorg. aku minta sangat ngan dktr yang duty mlm czer je la sbb aku dh tahap tak boleh tahan dah. dah la dktr tu hensem giler.. dktr tu ckp syg le puan... jln puan buka skit². rugi la kalu czer. ok, aku cuba tahan sbb aku pun nak sahut cabaran ayh aku sbb dia ckp aku branak mesti kena czer sbb aku jenis tak boleh tahan sakit. huh... 

20 jun 2012
jam 6.45pg, jln dh buka 10cm. lega giler... masa tu aku dpt rasa kepala baby dah ada kat lorong. persiapan utk aku branak dh stanby. jam 7pg aku dah start meneran. teran punyer teran, baby tak juga kuar. kepala baby pun tak nmpk. tapi aku dpt rasa kepala baby kuar masuk.. bila dktr seluk, dia ckp mmg dh buka 10cm tp kepala baby jauh lagi. mcm ada yang tak kena. so dktr wat keputusan aku kena operation. adoyai!!! kalu tau mcm ni, smlm lagi dh boleh czer aku!!

gedebak gedebuk, jam 9.30 aku masuk bilik operation. lps dh kena bius, aku rasa lega giler... terus lenyap sakit belakang dan pinggang aku. operation berjalan dengan lancar. aku nebes gak masa tu tp aku malas nk pk bukan². aku rasa dktr godek perut aku lama sgt. badan aku bergoyang². aku tyer dktr kenapa.. dia ckp baby dah masuk lorong separuh bahu, baby mcm sangkut skit, tu yang kita kena tarik perlahan².. dia soh aku sabar.. aku rasa mcm lama.. aku dah start pk bukan².. tak lama dktr ckp ok, baby dah selamat. patut la dia tak mau kuar normal, tali pusat terbelit kat leher. ape!!! huh... nasib baik anak aku selamat. aku nmpk nurse bawa baby aku ke sebelah kiri aku, timbang dan ape entah lg dorang buat. aku nmpk anak aku besar dan mata dia sepet giler. dia nangis pelahan je. pastu nurse bawa anak aku ke sebelah kiri aku tjk muka baby, jantina baby, nama aku kat tag tangan dia betul tak... pastu dia soh aku cium baby puas² sbb anak aku kena masuk NICU. aku tanye knp, dia ckp paru² anak aku lemah, sbb tu masa anak aku kuar dia nangis perlahan. masa aku cium dia puas². air mata mengalir laju...

eh, pjg plak citer... hehehe... ok sambung lagi.. beberapa jam lepas tu, aku masuk blk ke wad. aku terpandang chicken chop yg ayah belikan smlm, mmg aku tak sempat jamah pun. aku takde tenaga langsung. mertua dtg pun aku lemah, tak terlayan sgt. ubat bius tu buat aku jd ting tong.. sehari tu aku tak turun dari katil pun. hari ke dua baru la aku dipaksa bangun dan berjalan sbb takut darah tak jalan. adoi... seksanya... hari ke dua baru aku dpt tgk anak.

ini semasa hari pertama dia kat NICU. aku sedih giler tgk gambar ni. seksa anak aku... tapi utk kebaikan dia, aku redha... agaknya kalu hari pertama tu aku dpt tgk anak aku, mau aku meraung dalam NICU tu kot

hari ke2, oksigen dlm mulut dah bleh bukak. nmpk lega skit. cuma yg tak best, dktr ckp baby kena dok NICU selama seminggu nak kena habeskan ubat antibiotik dia. aiya... kalu ada katil kosong, aku boleh pindah dok dalam NICU tu, tapi katil semua penuh.esoknya aku dah boleh balik. masa jenguk anak, sblm aku balik umh, aku tanya lagi kat kaunter kot² dah ada katil kosong ke.. jwpnnya hampa. aku blk tanpa anak di sisi. aku sedih, aku nangis.. hubby je dok ulang alik ke sepital hantar susu. aku soh hubby amek gmbr utk pengubat rindu. aku tak larat nak ulang alik ke sepital sbb keadaan aku terlampau lemah. sakit dalam perut tempat dktr korek anak aku tu sakit dia lain mcm. aku tak boleh lasak sikit. nak bangun katil ke jln ke ape ke aku kena ada orang tolong aku.

ni masa qays hari ke 3.. hubby cakap qays dah pandai tgk sekeliling dia. tapi dia tetap senyap je... kadangkala dia nangis. mungkin rimas dengan tangan yang kena balut tu kot.

ptg hari ke 3 tu hubby pegi lagi hantar susu. blk dari sepital hubby tjk aku gambar ni. ala.... aku tak tahan sebak... aku nangis sepuas² hati sbb tgk gmbr dia ciwek ni. nak plak hubby ckp mungkin dia cari mana mummy dia.. uuuwaaa!!!!!!!!! hanya Tuhan je yang tau perasaan aku masa tu. aku doa dan terus berdoa moga esoknya adalah katil kosong utk aku supaya senang aku dok dekat ngan qays..
4
hari ke 4, aku gagahkan diri p sepital. kot mana pun aku usaha jgk turun tangga dari umh mak. biarla aku jalan lagi perlahan dari kura² pun. sampai nicu, aku dapat berita gumbira, ada katil kosong utk aku. alhamdulillah, doa seorang ibu termakbul. tghari tu aku balik umh mak, amek barang² keperluan utk 3 hari kat sepital. ptg tu aku dah dok nicu, dh dekat ngan qays. tiap saat aku jenguk qays. hubby pun kerap datang. tgk... bila mummy sampai, qays dah pandai senyum. comel kan dia... naluri anak dpt rasa mummy dia ada disisi... tacinggggg!!! genggaman jemari qays pun kuat. dia dpt rasa akulah mummy dia! oh sedih!


 stok susu yang aku hantar utk qays. tapi semenjak aku dah dekat ngan qays, aku dh bagi bf kat dia. lega rasanya.

tgk... qays pun makin sihat. pp makin tembam. nurse kat wad 2 tu panggil qays chubby.. hehehe... dan ada sorang nurse ni sayang sangat kat qays. b4 duty dia habes, mesti dia tgk qays dulu... 
4
hari ke 5, kami berdua dah boleh msk wad dok bersama. kalu tidak sblm ni aku kena ulang alik dari bilik nicu ke wad 2 tmpt qays. sape² yg pernah mengalami keadaan begini pasti faham maksud aku. bila dah anak dan ibu boleh dok bersama, maknanya hubby pun boleh lepak sama². kalu tidak sblm ni wad kaum ibu, kaum bapa tidak dibenarkan masuk. lega la rasanya bila kami bertiga boleh bersama. cuma mlm je la suami kena balik. 

hari ke 7, kami dah boleh balik umh. yey!!! tok ayah dan mak tok tak sabar nk tgk kamu. ramai yg menanti qays pulang.. sampai umh mak, mak dah turun dulu sambut cucu dia. ngan aku dia lupa terus. hahaha... kesian qays, esoknya badan qays merah². mungkin kesan ubat antibiotik kot ek... tali pusat qays gugur masa usia dia genap seminggu. 

seminggu lepas tu badan qays ok dah. anak mummy dah comel balik. minum susu pun makin banyak. tengah mlm sejam sekali dia bangun minta susu. tido mummy dah tak balance. tu yg mummy jadi kupu² mlm. hehehe...

aiyo.. penat la aku menaip. ada ke yg baca dari mula sampai abes ni? hahaha.. itu lah cerita sebelum dan sepanjang kelahiran qays.  baru aku teringat, ape ayah aku cakap tu betul. mmg betul aku branak czer. cet.. aku kalah ngan ayah aku. hahaha...aku jadi serik nak branak lagi. tapi kalu ada rezeki, aku ok je. muahahahaha... mengandung itu nikmat, bersalin itu sakit, berpantang itu memeritkan... 



bersambung...








47 dok ngomen:

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

ya allah.. banyak nye dugaan.. nak jadi seorang ibu bukan nya senang.. tu la.. betapa peritnya dulu ibu2 kita utk melahirkan kita... mcm2 dugaannya.. ya allah...

Nens Collection said...Reply To This Comment

banyaknyer dugaan kan nk lahirkan seorang insa..gitulah pengorbanan mak kita..lps dh ade baby klinik spital akan jd tempat no 2..huhu

~misshuny~ said...Reply To This Comment

tahniah akak...comelnyer baby..mesti hilang sakit bila tgk muka anak sendiri kan...doakan hani supaya cepat dpt baby k..nak jugak merasa nikmat mengandung..=)

Sue-Rya Qistina said...Reply To This Comment

saya baca dari awal sampai abis tanpa jemu. setiap ibu yg mengandung dan melahirkan mempunyai pengalaman yg berbeza2. itulah nikmat yg seorg wanita akan lalui. seronok sgt mengandung dan melahirkan ni tau. saya suka! :)

:: Mrs.Eady :: said...Reply To This Comment

nak nangis aku baca..sebab aku tau mcm mana seksa nyer kau menunggu keindahan ini....

aku tau mcm mana kesakitan kau tu sebab aku tempuh dua kali utk dua anak...

apu paham mcm mana payah nyern ak berjalan dgn keadaan tak daya..tak dpt tgk anak...aku rasa semua tu jadi aku pahamm..


sobsobsob..aku nangis sebab gembira utk ko nok....ya allah gembira nyer aku sebab kau gembira kwn ku..

Gadis said...Reply To This Comment

Gadis yang tengok gambar qays mcm nak nangis tu..gadis pun keluar air mata skali..

rase sebak sangat2...huhuhu..

terus gadis cium darwisy lama2..

lynda said...Reply To This Comment

geram tengok qays very the bam bam boom....tahniah kak & along...

Anonymous said...Reply To This Comment

saya salah seorg yg ternanti2 kan entry dr nieza ni, best baca story psal bersalin ni

wahida said...Reply To This Comment

aku nangis tgk gambar along cium qays tu...huwaaaaaa!! tak pasal2 org tegur aku kenapa mata aku merah...

gambar yg last tu sebijik bambam kan nok..

anyway, aku hepi utk ko...nnt kita bwk qays jalan2 nak?

krabi mungkin?

mamyharraz said...Reply To This Comment

sy baca & nangis :"(
sedih..pengalaman yg sama sy lalui dgn ank..masa melahirkan dia..boleh rasa apa yg awk rasa sbb sy pun sama! ank masuk nicu lepas satu hari bersalin..mmg sedih.

mama maman aka yana said...Reply To This Comment

jgn risau.. wanita adalah dilahirkan dgn kekuatan yg maha tinggi.. :)

Mimy Hamid said...Reply To This Comment

ai baca penuh penghayatan tau...teringat masuk NICU selayang baby jaundice lama..huwaaa menangis...baby qays adalah sangat comel..gerammm nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

kakcik said...Reply To This Comment

Kakcik baca dari awal sampai akhir tau. :)

Nanti bawalah Qays ke pertemuan blogger di BBB pada 23/9 ni, ya?

Zura@Iwan said...Reply To This Comment

sayu bc n3 kamu ni dik....tiba2 akak teringat masa bsalinkan irfan...mmg dugaan juga akak, sakit bsalin 12jam..huhu...cuma alhamdulillah kakak dpt lahirkan irfan dgn keadaan baik...

sayu bila bb dh kuar dr perut kita....tmbh2 dgr dia nanges dn tatap muka dia...

mmg chubby tul bb kamu..brp kg dia kuar?

Huda said...Reply To This Comment

sy baca kak smpi abih :) chubby nye baby qays...gerammm :)

Aju Mohit said...Reply To This Comment

cerita ni berjaya buat auntie bergenang airmata tau, sib bek dapat ditahan kalau tak malu dengan opismate auntie hehehe, kamu comel, semoga segera sembuh dari batuk dan kahak ye qays

NM02 said...Reply To This Comment

@JaSSNaNi

betul la mak mak kita cakap... nasihat ibu kita susah nak dgr... suka melawan, nnt bila dah ada anak sendiri baru dapat rasa sendiri... ok, saya insaf.

NM02 said...Reply To This Comment

@~misshuny~

insyaAllah hani, banyakan berdoa lepas solat ye...Allah dekat dengan hambaNya

NM02 said...Reply To This Comment

@wahida

krabi??? jom!!!!!

NM02 said...Reply To This Comment

@kakcik

alamak... tak planning dari awal la kakcik... tgk la camner... qays pun tgh demam ni...

NM02 said...Reply To This Comment

@Zura@Iwan

3.76 kg



cybermall80 said...Reply To This Comment

tahniah yer...
comelnya baby awk :)

myaishahhafiz said...Reply To This Comment

tahniah yer...
comelnya baby awk :)

ieda said...Reply To This Comment

fuh jenuh baca rentetan koo dik
hilang rinduu ekekek
apa2 punnn akk doakan koo dan bb sihat2 hendaknya

memang x leh serik ngandung kerana x semua org mampu mengandung .. nikmati ia dengan sepenuhnya .. dan akk doakan semoga kenikmatan itu dapat ko kecapi lagi dik ;)

eKa said...Reply To This Comment

semangat badan dia...geram tgk. sejuk hati tgk dia tido.

norhidana said...Reply To This Comment

baca cite ko mule2 tuh aku dh nngis kak, mencik betul... lg2 bile tgk gambar anak ko tuh...lg lah aku nngis esak2... sian kan bby kene bt gitu...

nsb lah anak ko takde apa2 yek kak, sihat walafiat tembam2 cam ko... alhamdulillah

Ibu Lala said...Reply To This Comment

ai baca sampai habis tau. suke citer org bersalin nih. mcm mcm cerita. anak ai yg fes pun prnh masuk nicu sbb ada kuman dalam darah. 1 minggu jugak la kat hsptl. jumaat ni masuk sabtu depan br discaj. time tu dah jemu tny dr bila boley discaj.

bersalin kat hospital mana ni??

fiza said...Reply To This Comment

Yeay...berjaya baca sampai habis. Suka baca pengalaman orang bersalin nih. Aku gak yg belum citer lagi. Perghhh...agak mencabar pengalaman bersalin ko yer nok.

Baby qays sangat comel.

mamasuri said...Reply To This Comment

alahai comelnyer qays..
ni geram rasa nak preggy lagi ni...
aku pun beranak darin pun ada dugaan nyer..
tembam giler anak ko..kalu dpt kat aku..abis aku gomol dah ni...

mamasuri said...Reply To This Comment

alahai comelnyer qays..
ni geram rasa nak preggy lagi ni...
aku pun beranak darin pun ada dugaan nyer..
tembam giler anak ko..kalu dpt kat aku..abis aku gomol dah ni...

adarnadzmie said...Reply To This Comment

huhuuu... sedih tau akak baca citer ko dik... byk tol cabaran tuk lahirkan anak...

abis baca jer citer ni...akak terus jadi nerves pulak... dah sampai turn akak pulak yg bersalin....moga akak dipermudahkan aminnnn...:)

qays baby yg comel sgttt....

Julia Kartini said...Reply To This Comment

samer lapengalaman kiter maser bersalin tp doc sy suruh ambil epidural takut bp naik mcm mender....tp baby sgt chumell, mesti tgok baby hilang semua sakit kan...kan

Ibu Lala said...Reply To This Comment

bila bb dah kluar mmg hilang sume sakit. rasa puas dan lega sgt.

Dee said...Reply To This Comment

dee baca pun sebak ni..meleleh gak air mata..jgn serik beranak..nak dpt pun bukan senangkan..sakitnya akan hilang..insyaallah..

ceh nasihatkan orang mcm ada ramai anak..hahaha..

tapi dee kesianlah kat mek jah..sakit dua2..dee sakit czer je..tak pernah rasa apa itu contraction..huhu..jaga qays baik2 eh..cia comel..apa nama penuh dia..brp kg masa kuar tu?

Aidah said...Reply To This Comment

Masya Allah comelnya Qays ni. Teringin nak peluk cium. Nikmatkan ada anak ni. Tahniah sekali lagi, dik. Syukur sangat pada Allah akhirnya adik ada zuriat sendiri, comel pulak tu. Peluk cium akak utk Qays. Mmmuah...rasa tenggelam mulut dalam pipi gebu tu...gewaaaammm.

Chik Att said...Reply To This Comment

pengalaman paling berharga ka.... tak tau nak cerita . Tambah2 lagi bila timang anak sulung.

semoga Qays sihat selalu dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan ayah

munna said...Reply To This Comment

COMELNYA QAYIS....DUGAAN YG MEMBAWA KEBAHAGIAAN

Alin Marlini said...Reply To This Comment

dugaan disini..bahagia disana...

comel sangat qays

Eye_nee said...Reply To This Comment

sedihnya akk tgk wajah qays yg tgh cebik tu...dugaan ini semua sesuatu yg menggembirakan ko sis..biar bgaimana pun berlikunya...kejayaan ko mengatasi semua tu adalah satu nikmat kan...

wan nurul hezrina said...Reply To This Comment

alhamdulillah disebalik kepahitan dan kesusahan Allah beri nikmat..melahirkan anak lelaki adalah nikmat perempuan pula rahmat..tahniah kay=)

anaa said...Reply To This Comment

saya baca sampai habis.. :)

sedih kan masa tengok anak dalam nicu.. anak akak 2 orang dok nicu sebulan coz premature 32 weeks...

berapa berat qays masa lahir ye?

salam kenal.. anaa.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...Reply To This Comment

menitik air mata aku baca, aku paham perasaan itu, sbb anak kedua aku pernah masuk icu lepas lahir sbb G6PD.. apapun tahniah beb... ciumkan baby utk aku eh..

Zana Adieyza said...Reply To This Comment

semoga qays dapat jadi anak yang soleh, sihat & bijak hendaknya..

doakan ada rezeki utk zana pulak yer kak..

Munnafendy said...Reply To This Comment

sy baca smpai hbis. sebak. adoi berair mata dh ni.alhamdulillah qays dah mbesar sihat skrg. sedihnya, lahir2 tpisah ngn mak...huhu

ct rahani said...Reply To This Comment

sy baca smpai habis.. touching baca citer akak nih.. mmg sedih klu kena brpisah ngan anak.. nk2 baru lahir.. sama la kiter kak.. dua2 anak sy pun lahir secara c-zer..

Siti Shuhadah said...Reply To This Comment

shu baca x tinggal 1 ayat pon tau..hehehe...

nape qays comel sgt ni...gerammnye tgk dia...

akuzle ayu said...Reply To This Comment

alahai, mek jah. aku baru teringat kat ko. tetiba terpikir," eh, cik mek neh dah beranak kor?" terus mai sini. tgk2 ader Qays yg comey n bam3... taniah yea? syahdu ah baca pengalaman bersalin ko. alhamdulillah dah ok now. yg penting, ko nampak slim amat sih. hebatlah...