Followers

Thursday, July 24, 2014

Monday, July 14, 2014

budak nakal

esok cuti, yeyyyyy!!! boleh kemas umah, tukar langsir, buang sawang, susun atur perabut dan macam² nak buat rasanya. tapi kita tgk esok, menjadi tak semua niat dalam hati ni. hahahaha... malam ni ingat nak pegi jalan tar. ramai ke sesak ke aku tetap nak cuci mata. qausar dok ngan maktok ye, kalu kamu ikut nnt mami jadi stress. hehehehe

kelengkapan raya qausar semua dah cukup. tinggal nak beli kasut jek. ala qausar, pakai capal aje lah ye. kamu tu nnt pakai kasut mula ngadu kaki gatal la, kaki sakit la. selipar pasar malam jugak kamu suker. 

minggu depan je dah nak keje kan. pastu pesta raya. hureiiii!!! semalam bonda qausar belikan dia jubah ngan sampin. segak betol qausar. hehehe... puji anak sendiri. 

eh oklah, aku dah malas nak menaip. hahaha... boleh gitu. ok bai! ni ade sedikit gambar qausar utk penyeri n3 hari ni. ngeh ngeh ngeh....




 selfie syok sendiri. hover taoooooo

 pastu melalak nak ikut dedi. ala.. dedi pegi kedai jap je pon. mengada sangat la heh. air mata dah macam batu permata kekdahnye. 

kalu makan kat luar, aku suka tunggu dia abes makan baru aku makan. bila time kita nak makan, dia plak takmau dok diam. nak kasi dia diam senang je, bagi le ayaq batu segelas. kompem dia diam punyer. maka boleh makan dengan aman. ikut peel aku le ni suker kunyah air batu. hihihihi... 


eh, bukan tadi aku kata dah malas nak menaip ke... cet!!


Friday, July 11, 2014

macam² citer nak gebang

hari ni aku sahur. hehehe... komen daddy ziyad semalam buat aku senyum kambing. lawak la doktor sorang tu. aku ni kalu tak makan takpe lagi, tak kena neskepe tu aku risau skit. nasib baik le kepala aku tak ting tong teruk sangat semalam. kalu ikot nafsu jahat aku, mmg dah kelepet posa aku semalam.. hehehe..

semalam citer kat maktok pasal tak bangun sahur. pagi tadi dia tepon kejut sahur. dua hari awal puasa mmg dia ade call kejut, pastu takde dah. bila aku ngadu cakap tak sedar utk sahur, tu yg dia start call balik. maseh maktok kerana alarm maktok bikin aku ceria pagi ni. aku angkat je call maktok jerit bangun sahurrrr!!! terus tebuntang mata aku. hahahaha...

nah, abang botak dah tahu aku up gambar dia dalam blog. kemain suker dia weh. pastu semalam ada parcel aku sampai lagi. pastu dandan tu dia posing mcm tu soh aku amek gambar cepat². lawak tol abang botak ni. cepat kak embun, kita tgh posing baek punyer ni. nnt masuk blog tau. hahahahaha

nin dia barang yang aku order dah sampai semalam. aku dok skodeng blog kak gerau, sekali dia up pasal sambal hijau ni. aduii... aku ni cepat nau terliur, terus order. aku tak kenal pun kak gerau sebelum ni, bila dok balas² wasap, mcm dah lama kenal pulak. kelakar la dia tu. 

punyer tak sabar nak tgk isi dalam, time tu jugak aku bukak. perghhh... bau sambal dia menusuk jantung weh. kemain sedap baunye. kecoq ayaq liyoq aku! terus wasap akak gerau cakap sambal hijau dah selamat sampai. ni makan ngan nasi panas² mesti terangkat. tingin nak cuba sambal hijau ni? nah, sila skodeng dan wasap lah dengan beliau. kak gerau 012-2695158

balik keje semalam, dedi singgah restoran hussin nak tapau sup kambing. sup kambing kat sini mmg femes. sup ayam ade, sup daging ade, sup perut ade, sup kaki kambing pun ade. betollll aku tak tipu. popia kat sini pun sedap dan femes tau. ko tgk belah kiri tu beratur utk beli popia. yang belah kanan tu beratur nak beli sup. lokasi kedai ni kat belakang masjid jamiul ehsan, jalan pahang. kedai ni kat belakang masjid tu lah.

 muka hepi sebab sampai cepat. kalu lambat beratur panjang le dia.

semalam aku up pasal  kek lapis coklat ni, ade yang buat permintaan soh up gambar dah potong cemana. nah, saksikanlahhhhhh... aku bagi dak qausar makan, kemain suker dia. dapnye dapnyer dia cakap. 

kek lapis tu sedap, tambah ade plak coklat kat dalam tu, lagi le sedap. korang nak order ke... alamak, aku order ni ngan member opis. aku dah tanyer dia cemana kalu ade yang berminat. dia cakap order banyak utk raya. takut tak sempat sampai stok. lenkali lah eh aku kasi nombor contact kawan aku ni. korang gugel je, ramai je yang jual kek ni. 

menu sahur pagi tadi. bebuka semalam tak sempat nak rasa sambal hijau, maklum... bebuka kat umh maktok, aku pun tak hengat la nak bawak sambal ni. so sahur pagi tadi takde lauk lain, hanya sambal hijau tu dan sambal bilis garing aku beli kat param gombak belakang balai polis gombak. aku tgk cantek je sambal dia, ikan bilis pun banyak dari kacang. tu yang aku beli. 6 hengget je satu bekas bulat transparent tu. aku ni layan sahur sorang² je sebab dedi bangun minum air je. sahur dia sebelum tido. aku ni kalu join dia sahur sebelum tido mmg tak boleh blah. nnt perut aku pedih. ape² entah kan. tapi kalu weekend kami sahur sama kol 5 pagi. 

lepas sahur niat aku nak melipat baju. musim bulan posa ni jadual harian aku semuanya larik. selalu balik keje semua keje umh aku buat. ni dah sampai umh ape pun tak sempat nak buat. nak kena kejar masa ke umh maktok utk bebuka kan. nnt lambat sampai maktok petir plak. hehehe... tapi aku pandang kain baju ni kecik besar kecik besarrrr je. tu malas la namanya. eh, sambung tido jap la, kang tunggu dedi besiap nak pegi keja aku lipat. so dah belipat la kain baju ni masa aku tunggu dedi besiap pagi tadi. dia kalu besiap mmg lama gilerrrrrr... sikat rambut pun berejam. hehehe...

hari ni besday maktok. hepi besday maktok!!!! kami sayang maktok!!!!

terima kaseh maktok sebab sayang qausar dan cucu² lain seadanya. terima kasih jaga qausar, besarkan qausar. sori sebab hari² buat maktok jadi tarzan. hehehe...


Thursday, July 10, 2014

ini semua poyo!!!

aku ngantuk

aku malas

aku sejuk

aku ting tong

aku tak sahur

huwaaaaaaaaa!!!!!!!!!!



bebuka nnt

aku tak sabar nak terkam kek lapis dua jenis rasa ni

besabarlah wahai perut!


Tuesday, July 8, 2014

ramadhan 10

Assalamualaikum semua!!!

kembali bersiaran hari ni. semalam aku lembek, pening kepala tahap nak tekeluar biji mata. bebuka ngan neskepe terus tebuntang biji mata. uiii teruk betul napsu neskepe dalam badan aku ni. nak hapdet semalam pun teputus niat sebab tak tahan nengok pc lama². 

alhamdulillah, hari ni dah ilang segala kesakitan. terima kasih maktok sebab picitkan kepala semalam. aku ingat nak hapdet citer pasal geng antu jepun, tapi malas nak pilih gambar la plak. nnt la... esok ke lusa ke eh. 


so hari ni citer biasa² je. up gambar makan sahur pagi tadi je. tiap kali ramadan, nasi goreng bodo la jadi pilihan. cepat dan mudah. sambil pejam mata je dah siap. hehehe... 4.30 pagi aku dah masuk dapo. nasib ko la jiran, menggangu idung korang sebab bau tumis cili api aku mmg kuat giler. aku sakit hati ngan dedi skang ni, dah 4 hari kot dia tak makan nasi. diet katanya... mencik, nyampah... nak kurus la tu... huh! takpe, kita kasi ruang utk dia diet. lepas raya tgk dia cemana. mesti dia bedal nasi balik punyer... hahahahahahahahaha... dasar pendengki!

" berpuasa tanpa solat umpama bekerja tanpa gaji. disisi manusia, ia nampak mulia, tetapi disisi Allah ia adalah sia-sia "

Friday, July 4, 2014

makan busat seblom ramadan

jumaat lepas sebelum puasa, atok ayah wasap nak banje anak menantu cucu makan. kalu bab² nak kumpul anak menantu cucu, mesti dia serah tanggungjawab kat aku. so aku la yang wasap semua ahli lembaga keluarga bagi tau hasrat atok ayah. atok ayah cuma wasap kat aku bagi tau soh cakap kat semua luangkan masa carik hari ape yg semua mesti ada utk makan malam bersama. wah... skema tak atok ayah. hehehe

aku sajes tempat ni, so atok ayah setuju. 

buka buku menu ni, omak... pelik² nama masakannye.

ini budak kena marah ngan aku. tak reti dok diam, ko tgk dia jeling kat aku cemana.

muka majok la konon, sedeh kemain la tu kononnye.

ok meh mami pujuk. anje² angat nih. lagi satu, atok ayah wasap group dia kata kaklong kena pegi awal dan order ape yang patut. yang lain sila jemput mak ayah. hahaha... arahan sangat nih. so bonda le yang jemput mak ayah. yang lain semua terus jumpa kat kedai makan je. budak ni takde kawan lagi, yang lain blom sampai so muka agak bosan ketika itu.

pucuk paku goreng velacan. sedapnye...

tomyam songkhla yang pasti kena rasa. adik aku si aciq tu suka bebeno. aku lak rasa biasa² je. lagi sodap tomyam songkla kat pd tu. aku malas nak cedok lauk dlm tomyam ni masa amek gambar.

udang ni pun nama pelik, aku tk hengat la nak amek tajuk menu semua. takde butter prawn so aku order ni. nama pelik kemain tapi rasa mcm udang goreng biasa je.

ni ayam goreng ape entah. yang ni sedap. nampak biasa tapi memang sedap.

siakap stim limau. aku suker kuah dia. 

tu dia, ratu tonggek dah sampai. kemain ko kakak, sedebuk bunga atas kepala. mek siam sangat ko ni tau kakak. hehehe

cik talib tido plak. aku geram betol ngan cik talib ni tau. muka mmg minta kena kepit je. hahaha... dah lekat panggil dia cik talib. mula dulu kan aku panggil dia ciku. sebab butir mata dia mcm biji ciku. adik aku yang bongsu panggil cik talib, lekat le sampai skang panggilan tu. sampai qausar pun panggil cik ayib. hihihi

dedi, ayah ajif, ami ayu, ade kakal sebelah ami ayu tapi sebab ami ayu gemok, so tak nampak anak dia. hahaha... atok ayah, baba, paksu (sedara) dan payeh (anak sepupu).

umi aciq, kak icha, abi yan, maktok, vivik neng dan bonda. 

ha, tu dia kakal. nampak pun. hehehe

bab makan ini budak mmg tak cakap banyak. jangan harap nak kita suapkan, semua nak sendiri.

umi dan 3 anak kesayangan dia. mana kakal?? tak abes makan lagi daaa...

depa buat hal dah....

kan aku dah kata, dorang dah mula meneroka setiap sudut dalam kedai makan ni. lantakkan!

cik talib kalu dengar suara kakak dia, suara abang dia, mula la tak senang duduk. tekinja macam nak join sama. pastu gelak mengekek tgk peel kakak ngan abg² dia.

kepenatan la budak qausar tu. tu yang sedap tesandar tu. ko tgk kasut kak icha. kemain ko kakak, mcm model gitu. pastu susah nak larik. minta bonda amekkan seliper dia kat kete. hahahaha... kakal takde dalam gambar sebab dia tak sudah² makan. bila dah habes makan, dia pun join sama tapi masa tu aku dah tak amek gambar plak sebab jenuh dok mengejar depa takot langgar meja orang lain.

kesimpulan makan kat sini boleh la.... nak repeat lagi tak kot. hehehe... maseh atok ayah, belanja kami semua. alhamdulillah kami kenyang sampai raya pertama. hahahaha

lokasi restoran songkhla ;
lot 32-G & 36-G
jalan danau niaga 1
plaza usahawan genting klang.
(belakang sepital colombia dekat dengan rsmy cheese naan)


Thursday, July 3, 2014

dari soromban ko kolumpo

wihu... assalamualaikum!!! ape habaq semua?? ha.. takmo layu kuyu pepagi ni. cargassss semua. bangkit dari mengantuk tu. hahaha... kemain hepi kak odah pepagi ni. mau tak cargas, semalam dapat tidoq awal, nikmatnya rasa. smlm tak bebuka kat umh maktok, kami bebuka kt umh sendiri, 3 branak. lepas bebuka, kak odah buat keje umh, siap semua. ha... sepantas kilat kak odah siapkan semua sebab nak nengok citer ramadan jangan pergi. Allah... touching sungguh citer tu heh. dah la tgk citer indah smlm kak odah menangis, sambung lagi menangis tgk citer ramadan jgn pergi tu smlm. kak odah kalu dapat mak metua mcm shila rusli tu, mau jadi kurus kering makan hati kot. hahahaha... sila lah tgk citer tu kalu nak tau sentuhan jiwa dia cemana. masa kak odah menangis, anak kak odah beriya dok panggil mami mami mami berulang kali. hahahaha... mak ko tgh menjiwai watak dik. jiwa melayu asli cenggitu le. hahahaha

eh, pjg lebar pulak mukadimah hari ni. ok, bebalik pada tajuk di atas, tu dia eh... kemain loghat nogori. bukan ape... kak odah ade order barang dari seremban, semalam dah selamat sampai. tu yang tekeluar loghat nogori tu. ngeh ngeh ngeh...

ni kak odah pekenalkan abag pos kesayangan kak odah. aku panggil dia abang botak sebab dia tak penah ade rambut aku rasa. kepala dia cenggitu je le. hehehe... dah le kelakar, suka nyakat kak odah. abang botak panggil kak odah ape tau... ni gelaran dia bagi, anje angat² nama dia bagi... ala... malu la nak cakap... *katupmuka* ok  la... kak odah cakap... dia panggil kak odah kak embun. hahahahahahaha... kelakar tak??? masa mula² dia panggil kak embun, aku dah bantai gelak senak dada. ko dah kenapa panggil aku kak embun ni, dia cakap sebab muka dah la kiut, sesuai la nama embun. oh demmmm!! kiut ngan embun ada jiwa ke? hahahaha... belasah la abg botak oi.. janji ko hepi. ko tgk masa dia nak anta parcel aku ni, kalu stgh orang dah tak mau nak amek gambar, ni dia siap posing lagi. poyo sangat tau. datang je kat tmpt aku terus panggil kak embun!! kemain kuat lak tu. sabau je la... amboi, kemain pjg intro pasal abang botak ye.

ha, inilah dia barang dari soromban. sambal bilis berapi yg dah sekian lama aku tingin nak rasa. menjadi jugak aku order hari selasa ritu. semalam sampai, pastu aku boleh lupa nak bukak masa bebuka puasa semalam. aku ni sejak branak mcm ni la. asyik lupa je. mmg pelupa tu dah semakin menjadi² plak skang. kesian aku kan. aku order dua bekas, aku kan pentamak. hahaha... nnt nak buat makan sahur ngan nasi panas². takde lauk lain pun takpe dah. yang aku order ni xtra hot tau. cemana kepedasan dia tak tau le, nnt dah try aku roger balik. 

bukan saje boleh makan ngan nasi, boleh juga kapit ngan roti atau dijadikan perencah masakan. boleh jugak utk topping pizza spicy sambal katanye. ha... nak buat nasi goreng sesuai sangat la ni. kalu pepagi malas nak menumbuk ketung ketang kan, ko campak je sambal bilis siap ni, sesuai sangat orang malas mcm aku. hahaha... nk buat rencah utk sayur pun boleh.

teringin nak order? nah... aku dah siap zoomkan utk korang. silalah berhubung puan fariha melalui call/wasap/pesbuk atau ig. selamat mengoder dan selamat mencoba!




ko tgk, abg botak baru lalu depan aku... siap nyanyi lagu embun lagi taooo... hikhikhik