Tuesday, July 25, 2017

kalam jamaie, alam ria pasti


aus terpilih masuk kalam jamaie wakil pasti saidatina khadijah. mula² cikgu cakap aus masuk kalam jamaie, aku dh cuak. ye la, dia ni bukan boleh masuk ape² pertandingan. sure melalak punyer. aku cakap kt daddy, daddy soh tarik diri. giler jahat daddy ko. kasi can la kat anak tu tunjuk bakat. kalam jamaie ni bahasa arab, ha.. anak kau cakap arab kot depan org ramai, kau tak bangga ke daddy. hahahaha

leher mana nak oiii!! kau nangis kau siap!

aku pesan kat daddy, kalau anak nangis jgn layan ciwek dia. bagi kata² semangat. biar dia rasa dihargai. aku bisik kt aus, aus bagus terpilih wakil sekolah. tak semua cikgu pilih untuk masuk pertandingan mcm ni. dia dengar, siap angkat² kening lagi kau. ah poyo aus. lagi sekali aku ulang, kau melalak kau siap. hahaha... zalim mami kau nak.

 punyer taknak terlepas pandang, aku dok depannnnn sekali. 

masa kena berkumpul ikot sekolah, aus dh mula sawan tangis. hahahaa... aku punyer geram kat dia aku rasa nak cubit² depan org ramai. cikgu soh rehearsal, dia sorang boleh teresak² dalam kumpulan. ya rabbi... aus.. tepuk dahi aku. aku bangun g panggil daddy dia. daddy pujuk², umpan beli mainan bagai baru dia ok. aus cakap jgn pegi jauh, nnt dia sedih. hahaha

bila turun PSK, aku ke depan stage nak rakam detik indah. aus nampak aku, sengeh² dia kat atas tu. . pastu dia toleh belakang, tgk daddy dia ada ke tak kat situ. hahaha.. lucu la kamu aus. ada satu baris ayat aus kena cakap sorang². holoh holoh holoh.... kemain lunak suara kau nak. mami nak tegelak sangat² masa tu. hahahaha

ni kawan sekelas aus, delisha nama dia. aku panggil dia mek cha. mek cha ni, suker sakat aus, suker ngorat aus. hahaha... betul aku tk tipu. aus plak yang larik malu². klakar kan. mak mek cha ni kawan aku dari zaman remaja dulu. now anak² penyambung kasih. eh... 

tahniah mek cha, dapat tempat ke dua dalam pertandingan sajak. bagus mek cha.. maklong bangga ngan kamu. tahun depan tak sama sekolah dah... nnt ada pesbuk add aus tao. hahaha

cikgu aqilah yg byk jasanya utk anak² PSK. dia jugak rapat ngan aus. aku igt lagi mula² aus masuk PSK, dialah yang dokong dan riba aus yg teruk melalak hari pertama tu. larat pulak cikgu riba dia. hahaha... aku ngan cikgu aqilah ni dh mcm kawan skang. rapat jugaklah, ade je cerita kami dalam wasap. tahun depan aus dh tukar sekolah, nnt mesti rindu ngan cikgu..

tahniah anak² psk, tahniah aus dan kawan². walaupun dpt tempat ke 4 takpe, sekurangnya korang ada pengalaman dan sumbangan utk psk. sikit je lagi markah nak sama dgn tempat ke 3. sokay ye anak², kamu semua tetap hebat di mata cikgu² PSK.


2 dok ngomen:

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Tahniah Aus. Nenek tumpang bangga dengan Aus... :)

norhidana miswan said...Reply To This Comment

acik tumpang bangga kt aus...