Tuesday, December 17, 2013

qausar sayang mummy, manja daddy...

lama tak citer pasal anak bujang kite kan. balik dari krabi, ptg tu jugak bedesup amek dia kat umh mak tok bawak p makan. kami pun tengah kebulur giler masa tu. masa amek tu la dia termenung tgk kami. tu aku cakap, mesti dalam hati dia pk, eh... idop lagi mak bapak aku ngupenye. hahaha... 

masa aku kat kl sentral, mak aku call tanyer kat maner dah. pastu dia cakap mak ade potong rambut qausar. aku tanyer balik, pendek sangat ke... tapi mak aku sambung cakap ala, nnt panjang balik la rambut dia. aku tanyer lagik, mak potong ekor dia pendek sangat ke. mak aku tukar citer lain. masa tu hubby tak dgr perbualan aku ngan mak sebab dia tgh sembang ngan driver teksi.

masa maid aku bawak turun qausar, hubby dah menjerit, naper muka anak nampak bulat? naper ngan rambut dia? pastu dia nmpk rambut pendek. aku pun dalam hati dok ckp... alamak... ni pendek terus dah ni. mampos le daddy kamu bising dik oi... mmm... mmg tak payah cakap banyak le. kompem le hubby bising. merajuk dia... hahaha.. aku cakap mak potong sebab mak cakap anak asyik garuk² tengkuk. panas kot. pastu hubby cakap, kalu panas, mandikan je la... naper potong sampai pendek. dah la simpan dari dia umur 2bulan. aku terus cakap... jgn melawan ape mak buat, dia dah tolong jaga anak kita. terus hubby diam. hahaha... tu je cara nak kasi dia senyap. kalu tidak membentak². sampai dia tepuk la stering kete geram punyer pasal. kikiki...

dah tak nampak muka mat rempit, nampak bulat je muka qausar. masa kat krabi lagik mak dah citer pasal dia jatuh kerusi kat meja makan. mak cakap dahi dia benjol. mmm... tu mmg selalu. kalu sebulan takde benjol tak sah. 

 nampak benjol kat tengah dahi tu. atok ayah dia kata qausar stuntman. hehehe

skang dah pandai nak menulis. semua benda dia nak conteng kalu dapat pegang pen ke pensel ke. ala dik, mummy nak kamu kidal mcm mummy, bonda, ami, ummi dan kak icha. dasyat tak pengaruh adek badek kidal aku. sampai kak icha pun kidal. qausar plak yg nampak banyak kanan. takpe... mummy saje je. 

ha, mcm ni la cara menung dia masa mula² tgk kami. 4 hari kena tinggal, mau tak temenung tgk ada balik muka mummy daddy dia. hehehe... ni mmg peel menung dia. ei... dahi tu dah le jendul, betambah jendul plak mummy tgk dik. 

seminggu lepas tu, dia terjatuh dari dalam kete plak. meh nak citer ape sebenarnya yang terjadi. kami dari rumah mak, nak balik ngumah...sekali maid aku cakap dia nak ikut aku, nak tido umh aku. ok la, jom la... masa kami otw ke kete, hubby dah masukkan dia dalam kete dulu. mmg tiap kali nak balik ngumah dari umh mak tok, qausar suker dok belakang sorang. elok je dia duduk diam kat tengah. tak pernah bangun selagi tak sampai umh. mula tu aku risau jugak takut dia tak dok diam, tersungkur ke ape ke kan. aku ajak dia dok sekali kat depan dia tak nak. bila aku dok belakang sekali ngan dia, dia tak suker. konon nak bawak diri la dok sorang² kat belakang. konon mcm orang besar la. so tak pe la... mlm tu dia dok mcm biasa je. aku plak ngan maid aku ralit bersembang, tau² maid aku bukak pintu, gedebuk bunyi benda jatuh. semua tekejut. aku lagi la, depan mata kot dia jatuh. kepala dah tesungkur ke bawah, muka atas jln nasib baik tak kena divider jalan. kaki tesangkut atas seat kete. aku menjerit punyer kuat masa tu. dah la kete tepi jalan, depan stall beger. orang ramai lak masa tu. maid aku pun tekejut, terus angkat dia. aku dah mengigil. hubby ape lagi, belari la ke arah kami, masa tu dia dah nak masuk kete, terus tak jadi. aku rampas qausar dari maid aku, aku belek² muka dia, tgk merah kat pipi. ada 3 benjol kat dahi. aku usik² semua tempat takut ada yang seliuh ke patah ke. muka dia penuh pasir. ish... igt balik kejadian tu, sedeh aku tau. 

dia punyer melalak, jgn cakap la. masa mula² tu dia menangis tak kuar suara, lama tau. aku siap tepuk² muka dia takut dia pengsan ke, jadi benda lain ke sebab lama kot. sampai umh, aku basuh muka dia, basuh berkali² kat luka tu, belek semua badan dia pastu letak minyak. ya allah... tegesel sebelah pipi atas jalan. ada 3 benjol dan lebam kat dahi. benjol masa pakai baju oreng atas tu baru je baik. dah ade balik benjol baru. aku letak ibu jari kat lelangit, tuam dan selawat kat benjol tu. aku picit² benjol tu jgn kasi darah beku. mlm tu dia tak lena tido. mungkin dah mula rasa sakit badan. kesian sungguh kat dia. 

kami tak citer pun kat maktok malam tu. nnt kompem dia membebel. esok pagi, lepas dah antar maid dan qausar kat umh mak tok, adik aku citer, kebetulan mlm tu dia tido kat umh mak... masa maktok dok buai qausar dia igt pipi qausar kena giget nyamuk, nampak merah... qausar plak suker tido tangan atas dahi, maktok kaleh la tangan tu. mmmm... dah nampak mcm tu ape lagi... menjerit la maktok.. terus tanya kat maid. dah maid aku tekulat² muka menjawab. dia takut la sebab dia rasa salah dia. hahaha... sebenarnya kami mmg tak nampak pun qausar bangun dan bediri tepi pintu. cermin kete gelap. aku rasa dia nampak maid aku nak masuk kot tu yg dia bediri ke tepi pintu. tak pon dia bangun sebab dah babai ke. mak tok biasa la, membebel tak brenti. hahaha... aku cakap dah kalu dia dapat tahu siap la tadah telinga. skang dah ok dah... ade tggal skit je lagi kesan merah. aku tak bawak dia p klinik pun mlm tu. kami pk kalu dia tak lalu susu, tak lalu makan, tak xtif, baru bawak dia p klinik. alhamdulillah... qausar kuat, takde ape yg merisaukan. lasak mcm biasa.

khamis lepas, demam pulak.. jangkit berjangkit la ni. dia ni kalu demam, demam sungguh². dia susah nak merengek, susah nak nmpk dok diam, susah takde selera makan. kalu dia demam mmg nmpk sedeh habes. ni dah masuk 5 hari dia demam tak baik². badan dia masih panas. asal mlm je panas. siang pun dia kurang xtif. tapi skang nasib baik dah nak mkn dan susu. masa p jumpa doktor, doktor cakap penuh ulser dalam mulut. sbb tu selera takde. masuk ubat bontot dah dua kali. tak kebah jugak.

ha nampak kesan jatuh tu. skit je lagi kan. tak lama ilang la tu. tgk dia kalu demam, melepet jek. smlm kami bawak lagi pi klinik, kali ni amek darah plak. takut jugak ade ape² yg tak kena. ptg ni baru kuar keputusan. harap² takde ape la. tapi skang ni dia banyak tekejut. hubby bedehem skit pun dia punya teperanjat mcm orang sergah kat telinga dia. aku bongkok nak amek puting dia jatuh pun dia punyer tekejut, takut² terus peluk aku kuat². aku rasa ade yg tak kena ni. sebab.... maid aku bawak dia pi tgk budak jatuh dari tingkat 12 block mak aku. kompem la budak tu meninggal weh. kami tak tau sebab ape, mmg dia nak bunuh diri ke, terjatuh ke... sejak tu la qausar asyik ade rasa takut. orang kata badi mayat... nauzubillah... tu aku nak marah kat maid aku tu. yg pi bawak anak aku tu pasal ape. adik aku cakap, qausar ni dah mcm semangat dia hilang. ptg ni in shaa Allah nak bawak dia pegi darul syifa'. hari tu dah minta air penawar... lepas minum tu dia muntah beriya² sampai lembek badan. haishhh... skang ni mcm² aku pk. mana ngan gelabah keputusan darah ptg ni. mana ngan pk qausar dalam keadaan ketakutan je skang. Ya Allah, tenangkanlah jiwa aku... sembuhkanlah anak aku qays qausar shah.. 


28 dok ngomen:

lieyalatif said...Reply To This Comment

aduh...scary aku tgk luke jatuh tu noks...bile bace lagi laa dabel triple aku scary....kene hati2 lagi lepas ni noks...sian qausar...dah le die putih gebus nampak segale benjol lebam calar balar tu...turun saham kang heheheheeh

wahida said...Reply To This Comment

kesian qausar...jatuh dari kereta satu hal, bibik bwk dia pi tgk mayat org bunuh diri satu hal, dengan demam tak baik2, aku harap keputusan darah ptg nnt takde apa2 lah...

banyak2 kan doa jah...InsyaAllah qausar akan sembuh nnt...

sayanggggg qausar!! cepat baik tau sayang!!

Anum said...Reply To This Comment

tomeinya dia

adarnadzmie said...Reply To This Comment

alahai cian dak comey qausar ni... moga qausar cepat baik ye...:)

ummiross said...Reply To This Comment

kesiannya Qausar, betul-betul ummi kesian ni, tengok muka Qausar sayu jadi hati ni. Elok juga bawa ke darul syifa tu, pulihkan semangat Qausar balik, insyaAllah. Moga semuanya selamat..moga qausar cepat sembuh.

syawalsimpsons said...Reply To This Comment

qausar jatuh sama ngan izz jatuh terlentang keluar kete..sama la...adoi sakitkan kak bila jadi depan mata kan,...

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

harap qays cepat sembuh ye. rambut pendek ke panjang awak tetap macho nsem bergaya :)

matahati-aishahazhar said...Reply To This Comment

sian nyer tang jatuh dari kete tu.. anak akak pun pernah gak kene mcm tu... masa tu dia dok kat riba.. tetiba abg dia datang terus buka pintu. akak tak sempat nak pegang.. terus jatuh kebawah terlentang.. hadoi... masa tu risaunyer tuhan je yg tahu..

norhidana said...Reply To This Comment

ish ko nih kak.... nk mrh aku nih... jgn lah bt gitu lenkali kt qays tuh, bdk2 mmg suke mcm berdikari tp kalu kite cuai skt sian kt dia, dia tu kecik lg... nsb tak jd apa, sian dh luka...lenkali ko ingat jgn biar dia duk belakang sorang2...bahaya kak... sian hero ensem acik nih...

*jgn ko sentap lak kak aku bebel2 kt ko,sbb aku pun kadang tercuai pastu kite jd kan ingatan

norhidana said...Reply To This Comment

sambung bebel lg.... moga qays ensem nih cpt sihat yek, mintak2 lps bwk pg darul syifa pasni dh ok dh semangat balik lah yek hero nih

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

Allah.....kesian nyer qausar...

maid ko pun kenapakah bawak pegi tgk org mati..adoyaii..

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Alahaiii...siannya dak handsome nih. Semoga cepat sembuh qausar. Harap² semuanya ok.

wantie said...Reply To This Comment

haish..dak comey ni asyik dapat sakit je.. siannya dia.

Suria Amanda said...Reply To This Comment

budak kalau jatuh ke demam ke...memang teruk kan...sabar la nok..harap2 xde pape...tabah ok...

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Alah...ciannya dak qausar. Pas satu, satu...tapi takpe. Aydin pun dulu mcm tula. Klu takde jatuh sana-sini, bukan anak anak jantan namanya. Heheheheh.....yg penting, dia menten comel. geram je tgk dia. Moga sembuh sepenuhnya ya?

MuMMie BeRRy said...Reply To This Comment

sianyan quasar yg gebus ni, sakit plak, yg terpanjat2 tu mesti hilang semangat, g la ambik air penawar kat mana ustaz, inshayaallah quasar get well soon and will be active back..

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Jgn bertangguh dik. Kesian Qausar tu masih baby tak tahu nak expresskan. Sedih juga kakak tengok dari satu ke satu kes.

Baguslah baik ke darussyifa' - moga Qausar kembali sihat dan ceria.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...Reply To This Comment

semoga qausar pulih kembali semangat dia..

mybe lps jatuh tu..dia rasa tkejut sket..then maid plak bw gi tgk bdk jatuh..

tp apa2 pon..think positif k..inshaAllah byk bdoa pada Allah..
minta air tawar dr ustaz...mn taw kan.

Mia Kassim said...Reply To This Comment

alamak noks....takut aku baca cerita ko ni...nasib baik Qays tak apa2 kan....

Unknown said...Reply To This Comment

hensem ler qausarr nie..
he he he..gitew ler kan...
nenek2 mmg camtu...tp takpe...nanti leh bela lagi rambut qausar tu...
makin hensem bila rambut pendek..

fuh! ngeri auntie tengok kesan luka qausar tu...
sian quasar...terkejut tu..tu yang sampai demam...
qausar cepat baik k

Anonymous said...Reply To This Comment

ala siannyer takut betul kalau budak2 jatuh mcm ni... moga cepat sembuh yer si comey qausar !

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Maid mu ni dah knp??
Nak aku tolong hempuk ke??
Walawehh

::NureeN:: said...Reply To This Comment

berderau baca pasal qausar jatuh keta tue...
aduhaiii mmg rasa darah tak berjln oo bila tgk anak jatuh mcm tu..
insyaALLAH sama2 kita berdoa moga keputusan darah tu OK...
maid kena pesan mcm2 la mcm ni, jgn la pegi jenguk skali, x yah la bz body kan.. dok umah jer la huuuu

bujal X said...Reply To This Comment

hensem..lepas tu lasak..besar nanti ble jadi stuntman~~haha~

Mun said...Reply To This Comment

biasa la kan..hero la kata kann..ngeee... xreti duk diam..

aizamia3 said...Reply To This Comment

fuh.. bila melibatkan anak ni.. panic dia lain macam sikit.. tak sama macam kalau en. suami sakit..

Moga dak Qausar cepat sembuh hendakNYA.. biasalah orang tua kalau ada yang tak kena dengan cucunya memang selamatlah kena bebel bagai.. anak sakit takpe jangan cucu.. hehehe..

emarieys said...Reply To This Comment

siannya qausar, tengok luka qausar teringat pula luka kat anak jatuh dalam longkang.

Dee said...Reply To This Comment

moga qausar cepat sembuh..cuma nak pesan..takpelah anak kita nangis sbb kita tak kasi..jgn kita nangis kemudian..next time jgn bagi dia dok sorang2 ye..bahaya..