Thursday, April 3, 2014

jln² kuala selangor ; de palma day 2 & wedding dik emy

ni part 3 kesah kuala selangor. korang jemu aku tak leh nak kata ape la. klu ngantuk, meh la baca ape yang nak aku bebel ni. moga² mata korang segar. hehehe.. aku jenis tak suker nak buat citer jalan² abeskan semua sekali arung. rasa mcm tak best. 

last day kat hotel, pagi² buta aku dah kejutkan dak qausar. dia tgh sedap tido, aku kejut dia cakap kakak semua dah tunggu adik nak main air. terus tebuntang biji mata dia. ooo... kau suker kan main air. ngantuk pun tolak tepi ye... ok, takyah mandi la dik, basuh muka je. gosok gigi pun nnt la. hehehe... aku siap² pakaikan dia baju mandi, senang tak payah nak patah balik ke bilik. so pagi tu kita sarapan dulu. cer ko tgk si nor tu, kemain gedik nampak qausar sampai. dah qausar mengeliat masuk celah kangkang apaknye, takutkan si nor.. sebab mlm masa kuar makan satay hut tu, nor ada buat² marah dia. sekali betul² dia takut da. hehehe...

aku suker giler gambar ni. terus jadi wallpaper enpon aku. nak buat wallpaper pc takut kang sape² lalu tempat aku tekejut plak tgk gambar sepsi laki aku. hahaha... 

masa aku amek gambar ni, aku cakap lagi sekali dik... haram dia nak pandang aku dah. hati dia dah tak sabar nak celup air kolam yg tgh sejuk tu. lagi plak dah ade sorang budak dok beriya main air sorang², lagi la menarik perhatian dia.

sebelum orang betambah ramai, cepat² aku soh laki aku naik slide tu pangku dak qausar sekali. laki aku tu, kalu ramai takmo dia nak naik der... segan katanya. aku siap amek video, dah masuk dalam IG pon.

baju pink tu anak nor yang bongsu. eh, bongsu terrrrrr??? hehehe... kami panggil dia demok. aku sangat geram kat dia. kalu aku pelok, takde nak pelok manja² der.. mesti aku ramas bahu dia, dada dia, perut dia.. eh semua la. geram! naper kau homei sangat, kan mami dah geram. oh ye, anak² nor pggil kami mami dedi jugak. so kami bahasakan nor ngan laki dia, ibu dan ayah jgk. ibu nor dan ayah naz. ibu nor??? mcm penjual jamu mak dara plak rasanya. kehkehkeh 

tgk tu, dia buat muka kiut sambil pisyo tekepit dua jari gebus dia tu. 

tunggu dia besar skit, nak masukkan dia kelas swimming. jenis tak takut air budak ni...

gambar ni tak menahan, boley masuk majalah mangga. hahaha... gambar ni nor yang amek. dia zoom, tu yang nmpk pecah skit. kemain kuak lentang kamu kan dik. mulut tu... ei... suker katip bibir mcm tu.kunun seksi la tu... 

ibu nor, penjual jamu.. malu² kambing plak. eh tak sedap la ibu nor. sedap kesuma dewi jugak!

ok, kol 10pg kami masuk bilik. kemas² ape yang patut. rehat jap kasi dedi tido, eh aku pun telelap sekejap. tetiber aku dgr dak qausar dok buat² dengkor, perli dedi dia. hahaha... terus aku jadi segar, gelak sorang². tak menahan anak aku skang ni. suker ajuk balik ape kita cakap, apa kita buat. bab ajuk dedi dia dengkur mmg kelakar giler sebab sampai tebahak dia batuk nak buat suara mengerang. hahahaha... ha, nampak tak ekon dalam bilik ni. terbaik kan!

kol 12 check out, masuk kete tak sampai beberapa minit terus sunyi sepi dalam kete. jenguk belakang semua dah tesandar. patut la diam je. tgk si demok tu, kemain penat muka dia kan. geram aku. kami teruskan perjalan ke sungai besar. itu tujuan utama kami bercuti. menghadiri kenduri kawen adik kak jah.

dak qasaur pun sama. tau² dengkur dah. lega skit dia tido, kalu tidak tekinja² dalam kete. jgn kan kata anak² dah sedap layan mimpi siang, aku pun sama, entah masa bila telelap. eh, aku mmg ratu tido dalam kete pun. hahaha... tau² dah sampai. dari kuala selangor ke sungai besar bukan jauh maner pun kan, tapi aku rasa lamanya aku dapat lelap mata. sedap kemain. 

sampai² terus cedok makanan. takde nak tesipu² malu derrr.

pilihan dedi

pilihan aku. dak qausar aku suapkan dia ayam dan gulai lemak putih tu. sedap gila ok kuah lemak tu. lauk² semua sedap² belaka. aku ngan nor siap tambah dua kali. si nor siap kaleh tempat, takut orang nampak dia makan banyak. ape² entah dia tu. hehehe.. sambal velacan dia... omak! sape yang buat sedap sangat ni, rasa nak jumpa minta otograp.. hehehe.. aku cakap ngan jah nak minta tapau, tekulat² muka dia. hahahaha

tu dia, kenyang sudah, moh begambar ngan panten pulak. beseri kemain ngan warna kuning teserlah satu kampung. tgk muka dak qausar, aku baru lepas sikat rambut dia. kemain jujur muka dia kan. hahaha

one more.... senyum semua..... kecekek! 
selamat pengantin baru buat dik emy dan farina. moga kekal ke anak cucu dan hingga hujung nyawa. berkahwin itu nikmat! selamat melayari alam rumahtangga dan selamat berbahagia selamanya. amin!

kesian depa tunggu aku ngan nor lama. aku, nor ngan jah kalu jumpa mmg la tak sudah² gelak tecuit². macam ke tak jumpa kat opis nnt. dok kikiki depan pintu gerbang umh pengantin. mak kak jah nengok je peel kami. mesti mak dia kata, kesian anak aku, bekawan ngan pompuan tiga suku. hahahaha... satu je aku ralat, aku lupa nak tabik hormat ngan mak kak jah. hahahaha... mak dia kan pesara polis. kalu aku dapat tabik hormat, kau rasa aku kena keja satu kampung tak? hehehe...

bawah ni gambar ehsan dari kamera kak jah. 

kan aku cakap... qausar mmg suker wat mulut mcm tu. aku perasan, dia ngikut peel paksu dia skit. adik dedi dia. suka katip² bibir. ni sampai ke besar la ni. muka dia kelat sebab kena paksa bangun, dia kan tgh sedap tido dalam kete. 

 datang dah muka merah dia. 

kami, tetamu jauh. jauh la sangat.

kau mampu, tgh orang ramai sempat si kesuma dewi ni dok calit lepstik kat bibir aku. bajet diva sangat. mengong kan. malu kiteeeee!

 lagi gambar bersama pengantin dan kakak pengantin. plis, tgk bibir qausar.

ko hengat kau jelita ke kesuma dewi. kemain moncong kau kan. bajet fasha sandha flying kiss kat peminat le tuuuu... hahaha... siap la aku kena bahan ngan dia nnt.

bersama shidi, suami kak jah dan mak dia. shidi jadi orang kuat hari tu. perasan tak depa laki bini cara senyum sama. kan kan kan... 

 sahabat untuk selamanya...

amek berkat kak jah. untung² leh kasi qausar adek. mihahahaha... 

baibai kak jah... jumpa kat opis!!! tak sudah² perangai buruk mak mak hover ni tau. aku rasa, lenkali nak amek gambar, aku kena buntangkan biji mata la. asal senyum je hilang mata aku. asal gelak je tenggelam mata aku. hahahaha


21 dok ngomen:

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

wow bestnya jalan2
patut la kak nor guard tanya anum x pergi kenduri
hahaa

NM03 said...Reply To This Comment

ye ke num... hahaha...

Puan Awin said...Reply To This Comment

la..kak jah ni org sg besar je ke? br den tau ;)

Amanda Suria said...Reply To This Comment

ko ni nok..kalau bercerita aku yang ngantuk ni dah segar bugar mata dah....hahahaha...kelakar...

Eye_nee said...Reply To This Comment

Berseri-seri warna kuning pengantin...sedapnya mkn lauk kenduri ada ikan masin sambal belacan mcm tu...

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

qausar jangan buat bibir macam tu plis hahaha

:: idzwa :: said...Reply To This Comment

aku suka entry ni!mcm happy sgt :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Aku dpt rsa feel kesedapan ns kenori ko tuh..cehhhh

Umi Nazrah said...Reply To This Comment

salam singgah. kuala selangor belum sampai. kalau banting tu sampai la. tu pun antar adik ke matriks. heheehhee

Anonymous said...Reply To This Comment

gewammm nengok anak ko noks.putih melepak ...
aikk mana lagi sorang geng ko noks? asyik korang bertiga jew

NM03 said...Reply To This Comment

anon,

dia tak dapat ikot, balik kampung...

wahida said...Reply To This Comment

hoiiii!! ko crop semua gambar ko kan jah!! ko ingat aku x tau?? hahaha...

anyway tengs pada ko dan along, nor dan naz sbb sudi dtg jauh2 (jauh la sgt) ke kenduri adik aku...

minta maaf kalau ada terkurang sana sini...love u all!!

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Jalan sakan ko bebs.......nasi tu buat aku lapor :)

Madumu said...Reply To This Comment

oooooo kemain mcm2 ko bahan aku ye bambam.... aku kumpullll je semua peel ko ni SIAP KO NANTI!!


lieyalatif said...Reply To This Comment

mmg kene sgt timing tu noks...lepas main air penat2 ...perut lapo pastu pi terjah kenduri kawin...uihh lauk pauk plak sedap2...fuhhh aku yg dpt bygkan enaknye menyuap nasi noks hahaahahahah....

cantik baju 3 anak dare tu..sedondon biru....

norhidana miswan said...Reply To This Comment

mmg best lah ntry ko kak, padat ngn segala maklumat... lawo je aku nengok baju ko kak... itu baju yg ko baru beli kain kt nagoya aritu ke kak?

kalu dh pg mkn kenduri ngn kwn2 wajib lah kalu kite gelak sakan, bt mcm umah sendiri kan... betul tak heheh

NM03 said...Reply To This Comment

norhidana,

tak beb, tu kain wahida beli kat bandung. cantek kan... lama aku tak pakai baju tu

Ema Johari said...Reply To This Comment

sehabat sejati tak kira jauh dtg memeriah kenduri kahwin adik pada wahida...

attyfir said...Reply To This Comment

lapar pulak kty nengok lauk kenduri.
betul lah laain kali kena buntangkan biji mata..hehehehe

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Tersengih2 aku baca. Lawak tau ayat ko nih.

Sedap nya lauk org kawin tu.

Sue-Rya Qistina said...Reply To This Comment

tersenyum kambing cik sue sorang2 kt opis ni baca entry ni tau kak. hehehe..