Tuesday, April 8, 2014

dinner bersama keluarga @ restoran nelayan, gombak

mula² sekali aku nak minta maaf sebab n3 hari ni gambar semua tak menarik. aku snap pakai enpon, tapi biasa la, semuanya nak cepat. so aku tak brapa fokus bab amek gambar. asalkan ade sudah. dinner kami disponser oleh suami tercenta aku dan abi yan, adik ipar aku yang ke 2. tujuan utama makan² ni sebab nak meraikan sifu, iaitu bapak aku tapi atok ayah tak dapat join, dia ke pilah, menziarah kematian. atok ayah kata, kalu sempat dia singgah. kami mengharap dia dapat datang, tapi takde rezeki. sebab ape nak meraikan dia, sebab kerana dia, kami mendapat kejayaan satu keluarga. tu je aku boleh cakap. hehehe

pening memikirkan nak cari tempat makan yang best, plan nak pegi jeram ngan bagan, tapi mcm jauh. kesian plak kat anak² esoknye nak sekolah. aku ngan dedi try servey restoran nelayan, gombak. korang tau kan, restoran nelayan ttwangsa dah tutup. dah bukak kat gombak skang ni. jumaat lepas kami pegi la servey, tgk tempat ok, luas dan selesa, so kompem la booking utk ahad malam. 

 kaunter bayaran dan meja utk korang buat booking atau apa² pertanyaan. 

restoran nelayan ni femes utk kenduri kawen. kami tau dorg pindah sini pun sebab ada orang tanyer jalan nak ke sini, time tu kami ada kat area grenwud. dewan utk majlis perkahwinan pun besar jugak. selesa, siap ada stage dah utk pelamin. aku takut nak amek gambar kat dalam dewan tu, gelap... nnt tetiber kuat entiti lain plak... hehehe

blah kanan tu pun tempat makan jugak. anak² jenuh belari kat depan ni. kemain lagi, kepoh ngan anak² keluarga aku.akak yang jaga kaunter tu redo je ngan peel dorang. maafla kak, anak² kami mmg kepoci skit. hahaha

kami pilih menu set D, utk seploh orang. seploh orang utk satu meja, boleh pilih 7 jenis hidangan. RM190 termasuk chinese tea dan buah. satu kepala RM19. murah ke idak? pada aku murah dan hidangan dia pun ada 7 jenis, banyak la tukan. ok la kan? oo.. kat sini pun ada steamboat jugak.

 kami amek 3 meja. kami jemput keluarga kak sue sekali, mana boleh takde dia. kami kan rapat.

dak qasuar skang kalu nak begambar, mesti telentok mcm tu. peel terbaru dia. kau jgn main² skang dah pandai marah orang. maktok ngan tok ayah pun dia dah berani marah. tapi bila atok ayah lawan balik, tau plak ciwek. hahaha

mak mertua bonda, dari siam pun ada sekali. kebetulan plak dia baru sampai, melawat cucu baru. dia yang tudung pink tu, aku suker mengurut ngan dia. nampak kecik je kan, sekali dia sental badan ngko... berair mata. hahaha

mak abi yan pon ado. suker dia melayan si ciku. eh, aku panggil qaleef ciku sebab mata dia mcm biji ciku. hahahaha... jahatkan mami ni, suker² je panggil dia mcm tu. 

kak chicha baca doa makan. bagus kak chicha skang ni, dah semakin cerdik. asal balik dari sekolah je, dia ajar kami lagu² baru yang dia belajar. kadang aku tak paham ape dia sebut. bila aku tanyer banyak kali, mesti dia marah aku, 'diam la mami ni, tak paham² kakak ajar'. hahaha

 orang lain belum amin doa makan lagi, dia dah bedal dulu. qausar, qausar....

lepas makan, kami biarkan aje anak² belari. yang paling lasak anak aku la. kemain dia mengilai mlm tu. aku perati je.... asal belari je tecabut kasut dia. dah kak syasya yang asyik tolong dia. nampak tak ngupa dia cemana. peluh melekit satu badan, basah abes kepala ngan peluh. 

 ingat lagi tak syasya yang penah aku jaga dolu. dia dah ada adik skang ni. so takleh manja² lagi ye..

 keadaan bertambah tegang dek kerana budak sorang ni. dia dah mula dah!!!

 guling dik.. bestnyer guling² atas lantai tu... si rayqal pun melayan sama.

 aku soh dia bangun dia buat dekkkkkk je... siap kamu ye dik yeeeee...

 sabar mami sabar!!! *urutdada* guling la, baring la.. mami nak posing jap ye...

 sejak dah ada anak ni, nepkin asyik le kat bahu. nampak noo gaya vivik kan. tu vivik aku kanan sekali tu, kemain beseri kau ye... 

vivik aku pakai jeans... kerlasssss... hahahaha

 yang lelaki semua lepak luar layan asap. aku jerit kat dedi soh masuk tgk perangai anak kesayangan dia. 

 tecabut lagi... ei... dah kenapa..

 tahap kesabaran aku dah habes. aku buntang biji mata, aku jentik telinga dia manja² tros mengeliat mcm ni larik kat ummi dia. 

 merayu² ngan ummi dia minta oksigen dia. kesian plak aku nengok. dah mcm ngupa ape dah kamu dik oii...

yang mak aku tak abes² intebiu pompuan ni, staff kat situ. dari mana, berapa lama keje, dok mana, gaji brapa... adoi... taknak ajak balik ke maktok... hahahaha...

sekian, abesh jugak n3 aku walaupun aku kemalasan giler nak hapdet hari ni. penutup n3 dihidangkan dengan gambar² menu malam tu. baibai!









utk makanan kat sini, aku kasik 5 bintang dari 10 bintang. so paham² sendiri la ye... hehehe

13 dok ngomen:

wahida said...Reply To This Comment

ya Allah si qausar...guling2 ko ye...
mcm tu lah aku pening kepala layan kerenah si adik masa dia guling2 kat lcct dulu...haha...bertabah la jah, anak lelaki mmg lasak, kalau tak lasak, mcm pelik la pulak kan...

weh, chicken lemon tu nampak sedap la jah...terliur aku, sedap tak nok?

:: idzwa :: said...Reply To This Comment

err...ramai ckp psl bintang tu...err..mcm tak berbaloi je..err..ke tekak masing2 kannn :)

NM03 said...Reply To This Comment

wahida,

sedap tapi manis sangat la jah. aku rasa dia letak madu kot...

NM03 said...Reply To This Comment

idzwa,

tu sebab aku rasa tak ramai orang weiii

Z.u.r.a and I.w.a.n said...Reply To This Comment

fuyoo qausar bestnya guling2 ye..
kena sedas ngn mama ye..hehe

wahh..menu2 dia meletop ko..
nmpk menarik tertarik..

norhidana miswan said...Reply To This Comment

bkn main luas tempat nyer yek kak, sesuai kalu bdk main kt situ, kalu ada tempat permainan lg bagus hehehe...

bkn main menyelerakan aku tgk menu2 tuh, tp ko dh kata 5bintang dr10bintang itu yg kureng rasa nk try hehehe

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

hari tu sek aku buat jamuan akhir tahun kat sini..
memang kureng sangat..
tak sedap la pendek citer..
kahkahkah

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Meriahnya. Suka tgk qausar makan.

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Ambik ko mami....qausar guling abis kat lantai restoran tu......sabar2....hehe

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Besar ye Restoran ni Reena.. ni ganti yg kat Titiwangsa tu kan..

Bermacam ragam anak2 ni Reena kena banyak sabar tu :)

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

qausar ni mesti lagi banyak berguling dari makan hehe

Nurfaezah Abdullah said...Reply To This Comment

qausar2 *geleng2 kepala*

makanan dia 5/10 hmm hehehehe

zulhilmi tempoyak said...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. rindu lak nk luangkan msa ngan famili. huhuhu...

rating makanan dia berapa. heee