Wednesday, April 9, 2014

masak lomak cili api zaman moden

dah lama tak wat n3 masak². gambar n3 ni pun dah basi sebenarnya. basi² pun aku tetap nak hapdet jugak. aku ni kan jarang masak, so bahan² nak masak pun beli time betul² aku rasa nak masak. macam rempah ratus mmg aku tak penah simpan stok. penah aku simpan, kot² ada jiwa nak memasak, so boley terus ketung ketang kat dapo.. tapi bila aku rasa lama tak guna, dan tiba² ada mood nak masak, aku macam tak best nak guna rempah ratus yang dah lama aku tak guna tu, rasa mcm dah tak elok. padahal benda tu tahan lama je kan. mcm basic tu ada la, takkan umh aku takde serbuk kunyit kot. hihihi

pes masak lomak ni aku beli kat bazar opis aku. nampak mcm menarik, tetarik plak nak mencuba. akak yang jual tu pun kemain promote kat aku. aku tanyer dah pedas ke pes ni. dia kata tak brapa sangat sebab dulu ada kastemer komplen sebab pedas sangat, pastu dia cakap kat tokei yang buat pes ni. pastu dah rasa tak pedas sangat. aku pun beli sebab bersungguh nak rasa sedap ke idak.

aku beli sekali daging salai sepeket besar harga duaploh hengget. tak ingat aku baper kilo. skang semuanya senang kan. kalu mak² kita dulu, nak masak ape semuanya kena buat sendiri. kemain bepeluh kat dapo. mak² zaman skang, tak payah nak menumbuk bagai, koyak plastik, cedok pes, campak dalam kuali. tepuk² tapak tangan dah siap. aku le tu... hahahaha.. aku lupa plak nak amek gambar daging salai. ala.. takkan ada yang tak kenal ngupa daging salai cemana kan. aku akan beli lagi daging salai ni sembab daging dia empuk. korang kalu rasa nak cuba, silalah hubungi no tepon yang ado kat atas tu ye. 

dah akak yang jual tu cakap tak pedas, aku rela tumbuk cili api. aku paling tak suker nak tumbuk cili. masak lomak cili api kalu tak pedas tak umpphh la kannnn. aku tak campo bahan lain dah. pes tu aku campak dalam periuk, campak cili api yang aku tumbuk, letak daging salai pastu terus campak santan. aku suker pakai santan kotak. dah gelegak nampak kuning dah cantek, aku letak belimbing buluh. gigih aku pegi pasar malam carik belimbing buluh tau. bila dah cantek je kaler masak lomak aku, aku pun cuba la rasa sesudu. sekali tebahak menangkap naik panas badan sampai ke kepala. ooomak ai... kemain pedas masak lomak aku. matikla kena tarzan ngan mak aku. hahahahaha

siap dihidang utk suami tercenta. amacam?? menarik tertarik tak?? sumpah sedap masak lomak aku ni weii... hahaha... sungguh, aku tak tipu! laki aku pun sama tesedak. merah satu muka dia. hahaha... ampun dedi, telajak pedas la plak. dia yang kuat pedas pun tak boley tahan, cemana plak mak aku ngan bapak aku nak makan nnt. memang ye kau.... bapak aku tegur, baper guni kau letak cili api ni long? bagai nak giler pedasnya. hahahaha... ampun atok ayah!



23 dok ngomen:

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

NAMPAK SEDAP

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Perggghhh.....best ni mkn dengan nasi putih.....hehe

lieyalatif said...Reply To This Comment

perghhh senang mudah ko menggulai yeak noks...tapi hasilnye mmg superb..cantik rupenye...kaler pun menggiurkan....

betul ckp ko noks, skrang ni byk instant2 so senang nak masak..antara rajin tak rajin jek kan....

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

podeh la baru nismilan kan haha

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

sodap nya. Dah lama tak buat masak lomak cili api nih.

:: idzwa :: said...Reply To This Comment

pedas la mengancammmmm!!!

Amanda Suria said...Reply To This Comment

sodap eh lak,tp den laie gomar masak ori NS...hehehe...namo ;pun oghang nismilan an?lapa di buek eh nengok gamba ni ha...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...Reply To This Comment

kalau ak mkn mmg tk leh la
sbb tk tahan pedas la ko..hehe

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

tempting aku tengok..
hahahah..
cuma pedas sangat tu budak2 tak blh la makan kan..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Sah kakak yg jual tu lagi kuat pedas sebab dia kata tak pedas sangat itulah sebab tambah cili lagi ye.. sekali mak ai pedas sampai merah muka:)

Rizziela said...Reply To This Comment

jimat masa utk surirumah yg bekerja kan

wantie said...Reply To This Comment

kalau tak pedas bukan nama masak lomak cili api le kan...

bior berapi. i like!!!!

wahida said...Reply To This Comment

masak lemak daging salai letak belimbing buluh mmg sedapnya la hai...

dah terliur aku nok, nnt balik n.9 nak mintak mak mertua aku masakkan lah...
mak mertua aku buat masak lemak daging salai mmg terbaik wokk...jom jah serbu rumah MIL aku...hahaha...

Nurfaezah Abdullah said...Reply To This Comment

kekeke oops terlebih pedas

Cik Ecah said...Reply To This Comment

bestnyerr semua main campak2 jer...haha

aizamia3 said...Reply To This Comment

hahaha.. patut ekau ghaso dulu sobolum campak laei cili api tu..

norhidana miswan said...Reply To This Comment

amboih... mudah nyer skrg nih mcm2 paste ada dh, asam pedas, kari pun dh ada kan...

Eye_nee said...Reply To This Comment

ko, pun satu tak merasa dulu podeh ko tidak..ko humban stogah kilo cili api lagi..mano tak podeh...haihhh..per2 pun nmpak sgt selero daging salai ehhh....

C i k P i p i T e m b a m said...Reply To This Comment

sedapnyaaa!

Pinkjambu said...Reply To This Comment

nampak sedap sunggoh, pekat melekat!

TiranaAduka said...Reply To This Comment

ni yang makin buat perut ku berkeroncong ni.....

salam. sis....TA singgah petang

Rinna said...Reply To This Comment

feveret akak tuh masak lomak cili api daging salai nie.. Boleh gak dicampur ngan daun gelugur.. podeh2 gitu laa sodap.. :)

Daddy Ziyyad said...Reply To This Comment

hahahahah..cerry berry tak korang lepas makan masak lomak terlajak pedas ni??