trut truttttttttt
Friday, September 27, 2013
Thursday, September 26, 2013
kasih sayang tiada tandingan
semalam tak sempat nak jenguk ayah, kami kena ke sepital sg.buloh sebab FIL aku tak dapat dtg. hati aku mmg resah tak dapat tatap wajah risau ayah. gambar ni pun adik aku yang wapp. aku ade call ayah tanyer khabar... cuba belawak ngan dia sebab kalu aku tak buat mcm tu, aku sendiri akan ciwek, senang kuar air mata. ayah kena buat bypass dalam masa tedekat, sekarang ayah kat wad HDU. ayah diberi ubat utk cairkan darah sebelum menjalani bypass. mak cakap, penuh wiyer kat badan ayah. mak cakap lagi, kesian sungguh tgk keadaan ayah. aku tgk gambar ni pun dah rasa nak meraung. aku tak boleh nangis depan ayah... aku taknak dia sedih sama. aku tau hati dan perasaan dia mesti tak keruan skang ni. tapi elok la ayah masuk HDU sebab kalu kad wad biasa, aku takut ayah curik² keluar, pi berasap kat celah pokok lagi. hehehe.. ayah tunggu kami datang ptg nnt hokey!
moga ayah tabah menghadapi ujian ini dan terus kuat demi kami semua. kami sayang ayah!
eh, aku nangis??? denggggg!!!!!
Labels:
kesihatan
Wednesday, September 25, 2013
gigel satu badan!
baru dapat berita, ayah aku kena buat bypass dalam masa tedekat.
dgr kata saluran utama dah terlalu sempit
aku???
terus jadi bisu
gigel seluruh badan
aku tau, ayah kompem tgh cuak
sebab dia takut betul ngan bypass
rasa nak larik jumpa ayah peluk kuat²
Labels:
kesihatan
kali ke 2 ayah @ ijn
aku tak pernah citer dalam blog yang ayah aku ade sakit jantung. kejadian pertama terjadi tahun lepas, masa tu aku tgh peknen 8 bulan. imbas pertama kali aku dapat tau dia ade sakit jantung masa tu aku dalam perjumpaan bulanan bahagian opis aku. ko tau la bila dah jumpa kawan² tak hengat dunia cemana kan. gelak mengekek² la kekdahnya. pastu dapat call dari laki aku... masa tu aku mmg tak dgr sangat ape dia cakap sebab bising giler dalam bilik perjumaan aku tu. aku dgr dia cakap, ayah ada kat sepital selayang, jatuh. aku pun mcm jerit skit la cakap... ape?? jatuh?? kat maner??? pastu laki aku pun cakap lagi kuat, bukan jatuh la, jantung. aku terdiam terus kooo... tak tekata ape... pastu plak laki aku cakap ayh kt zon kritikal. mmm aku mmg tak cakap banyak la.. jamuan ke mana, perjumaan ke mana...
yang bestnye, ayah aku call laki aku, dia kan kat uitm selayang, ayah aku ingat laki aku jaga exam kat sepital, mmg sebelum tu dia penah jaga exam kat sepital, tapi hari kejadian tu, laki aku kena jaga kat fakulti. dia boleh cakap kat laki aku dia masuk emergency selayang, masalah jantung tapi jgn call sesapa bagi tau dia kat situ. dia tak nak mak ngan anak² dia tau. wah.... nak sorok la konon. ko igt laki aku boleh diam... mmg tak la. hahaha... laki aku kompem la cuak. tu yg terus call aku kasi tau. pastu plak kebetulan time tu, laki aku bz jaga exam student. mmg tak dapat nak kuar. aku cakap takpe, aku p sepital naik teksi.
takde citer banyak, aku terus call angah, kebetulan time tu dia baru nak masuk keje. kebetulan plak lagi, laki dia tgh ada ngan dia lagi masa tu. aku cakap... korang terus p selayang, carik ayah kat zon kritikal. adik aku dah dgr mcm tu, bedesup la dorang laki bini. aku call mak, aku call aciq, ayu... aku balik tempat kemas barang² semua, naik mengah aku masa tu. ye la, kan aku tgh sarat... semua benda aku tekejar². dalam cab mmg aku tak senang duduk, rasa lambat nau dari jalan duta nak sampai selayang.
sampai je depan emergency selayang, mengelabah aku cari zon kritikal. masa tu aku rasa nak nangis meraung minta tolong. sebenarnya mmg aku dah nangis jugak skit. entah, aku rasa cuak. tak penah² ayah aku ade penyakit sebelum ni... tiba² masalah jantung. tup² dgr kat zon kritikal. ngan perot membonyot masa tu, tekangkang² aku bejalan, sesak nafas... jumpa je zon kritikal, aku nampak angah. angah bawak aku kat katil ayah. dah bedepan ngan ayah, terus aku aku tanyer... naper mcm ni yah... mmm.. air mata aku masa tu, bejurai² kooo... aku tgk muka ayah aku selamber tapi dalam kesedihan. pastu ayah cakap, ni malas nak kasi tau korang adik badek. ko ngan tengah sarat, ayah tak nak susahkan ko, tak nak mak tekejut. masa ayah cakap mcm tu, aku tgh tecungap letih jalan laju ngan bawak perut beso... ayah cakap lagi, tgk... dah mcm orang semput. aku bepaut kat katil ayah aku.. tgk wayer beselirat kat badan ayah. ayah cakap dia ok.. tapi aku tau dia sebenarnya mmg tak ok..
dok kejap tu laki aku sampai. terus laki aku jumpa doktor tanyer mcm². aku rasa mcm drama plak. laki aku cakap kat kami adek badek.. ayah serius... jantung dia mmg tak stabil. ayah kena refer ijn. tapi sebelum tu ayah kena masuk wad ccu. hah... urut dada masa tu beb. dua hari ayah kat ccu. masa ayah kat ccu. ko tau je la wad ccu jantung cemana, semuanya yang tgh kritikal. aku tgk pesakit kat situ pun naik takut. lepas kuar ccu, ayah masuk ijn. jantung ayah tesbumbat satu, so ayah kena wat angio. walaupun saluran jantung dia masa tu hanya sumbat satu, bagi aku mmg dah masalah besar. patut la selama ni ayah asyik cakap dia sakit dada. dan yang bestnyer, ayah dapat tau dia ade masalah jantung dari zaman kak icha dilahirkan. masa tu ayah malas nak citer kat sape² sebab family aku tgh seronok dapat kak icha, cucu sulung mak ayah. ko bayangkan dari zaman 2010 dia tau dia sakit jantung. setahun dia simpan cerita koo.. geram aku!
first time ayah masuk wad ijn, dia dapat bilik first class sebab wad kelas 2 semua katil penuh. tapi kat bil doktor kata dorang caj harga kelas 2. best dapat bilik sorang. besar bilik tu, rezeki ayah le time tu. kami memekak anak branak pun tak sape fedulik. hahaha... nasib baik la opis aku tanggung rawatan ijn, lega! tu yg proses dia cepat, alhamdulillah. 3 hari ayah kat ijn. ayah cakap buat angio pun sakit, cemana la orang yg buat bypass.. mmm, kalu rasa takut, sila berhenti rokok ye ayah... tapi tak... ayah aku perokok yg tegar! dah buat angio pun dia menten berasap. nasihat?? tak makan saman!
lepas rawatan angio kali pertama, ayah menten ada check up kat ijn. beberapa bulan lepas kuar ijn, ayah nmpk ok. tapi makan setahun, ayah cakap sakit kat dada datang balik. hah... kami dah risau balik. khamis lepas, ayah mkn sampai 15 biji ubat bawah lidah. tu mmg sakit betul tu. yang tak bestnya, malam tu kami nak anto dia p ijn, bekeras dia tak nak. dia nak jugak tunggu esok, lepas solat jumaat dia nak pegi. eiii... aku mmg geram giler dah ngan dia masa tu. aku cakap, aku nak call ambulan soh datang amek dia. dia boleh gelak ngko. dah esoknya, aku call ayah dah pegi ijn ke blom kan.. dia cakap tak jadi sebab dah tak sakit. Ya Allah... kenapalah ayah aku mcm ni... adik aku siap cuti kekdahnya nak p anto dia kat ijn. ayah kata tunggu selasa la, mmg masa tu tarikh dia kena masuk wad pun. kenapa ayah aku kena msk wad balik, mmm... sebab lagi 2 tesumbat. doktor kata, kena buat angio lagi. kalu sakit gak lagi dan ade sumbat gak lagi lepas angio kali kedua utk 2 saluran tesumbat tu, mmg kompem kena buat bypass. tebuntang biji mata ayah masa tu. hahahaha.... nak kata ape, cakap orang tak nak dengar kan.
ayah aku ni, kalu bab makan, mmg dia pantang abes. dia mmg jaga pemakanan dia. air batu mmg tak penah dia minum. tapi bab rokok, takde istilah pantang dalam idop dia. kalu anak² minum air gas, dia punyer marah giler, siap marah² soh kami
brenti minum air bergas. aku cakap ape.. boleh, kalu ayah nak kami
brenti minum air bergas, ayah brenti rokok sama. terus dia wat dekkk
ngan aku. hahaha... semalam, ayah dah kena masuk wad, masa kami dah nak balik, dia siap follow sekali. siap ikot kami ke parking, aku cakap la tak payah, ayah kan nak p surau, dia kata takpe... rupanya ape ko tau.. dia nak betenggek bawah pokok kat tepi hway ijn tu nak berasap. haduhhhh.... ketegaq tahap gaban sungguh la ayah aku ni. dia kata last, nnt tak boleh keluar dah. mak aku siap tepuk dahi. mak aku siap soh balik, dia cakap tak payah la wat angio kalu tak reti berenti rokok. ayah aku wat bodoooo je. hahaha..
muka hepi dapat masuk sepital. hahaha...
lawatan anak², menantu² dan cucu². ayah cakap, ayah baru kena masuk wad sebab kena puasa, blom buat rawatan ape² lagi korang dah datang. hahaha... kami mmg, ayah checkp up kena buat MRI pun kami semua adik badek dan menantu teman ayah. kelakar... satu family ikot. ko tgk muka hepi qausar. giler seronok dia kat situ. habes semua pesakit dia salam. uncle cina yg tak larat nak duduk tu pun dia nak p salam. hahaha... dia punya hepi dapat bebas belari kat dalam wad tu, tau je la wad dia kan besar.. penat aku mengejar. dalam kaunter nurse pun dia boleh mencelah masuk. grrrrrrr!!!!
mak aku plak, dia mmg pantang, orang yang dia tak kenal pun dia suker
tegur tanye mcm². mak aku ni peramah dia lain mcm skit. dari katil ke
katil dia p sembang. boleh jadi wakil rakyat mak aku ni. pastu peramah
dia menurun kat sape, kat anak aku la... qausar kan suker tegur orang.
hahaha.. tu tgk, ralit sungguh dia sembang ngan pesakit depan katil ayah aku. siap ajak bini orang tu tido kat umh dia lagi, dia kata jom la ikot saya balik rumah, tido kat umh saya, sakit badan tido kat kerusi, esok kita datang balik sama². ha... ngko mampu! hahaha
hari ni ayah kena wat angio... harap dipermudahkan segala urusan. amin!
Labels:
kesihatan
Tuesday, September 24, 2013
semakin mengerti
dah boleh duduk sendiri kat sebelah daddy
ape daddy cakap, dia diam dan dengar
qausar gud boy kan kan kan... (anguk, anguk dan anguk sambil sedut oksigen)
suker wat bibir mcm tu... geram mummy nengok tahu
Labels:
qays qausar shah
Monday, September 23, 2013
ngantok
ngantok
ngantok
layan je la sengkuang sapu dolu² ni ye... tuan ngumah mood melayang ari ni
bai bai
ngantok
ngantok
layan je la sengkuang sapu dolu² ni ye... tuan ngumah mood melayang ari ni
bai bai
Labels:
monday bluess
Friday, September 20, 2013
hanya di santai cafe ; kenanga wholesale
jakunzi jap aku tgk meja makan ni. korang jakunzi jugak tak? hehehe... kaki meja siap buat dari batang paip besi uolsss... ade shower utk basuh tangan, nak wat mandi pon boleh gamaknye. hahaha... siap bekas sabun lagi jemah oiiiii...
yang ni plak kepala paip biasa
yang ni kepala paip up skit. tak payah susah² nak bangun p basuh tangan. hanya ade depan mata je.. hahaha... korang sila jangan percaya okes. tu semua tipu semata. tapi
mmg aku jakun la kejap tgk menatang tu semua. kretip abes la org yg
cipta ni. banyak modal kuar, walhal benda tu perhiasan semata. tu tektik nak tarik pelanggan kot ek.. pelanggan yang jakun mcm aku. hahaha
amboi ko ciq, kemain katip bibir kannn
Labels:
ape ape aje
Thursday, September 19, 2013
burger bakar abang burn @ danau kota
assalamualaikum semua. lamanya tak hapdet pasal jalan² cari makan. aku pun rasa mcm dah lama tak up stori pasal makanan. so hari ni moh le cuci mata ngan beger bakar abg burn yang sempat kami singgah smlm kat danau kota. mmg dekat sangat ngan umh aku. kebetulan smlm ptg kami tak ke sepital, kami pun dah lama tak kuar dating berdua, moh le kita lepak manja² sblm balik ngumah cuci kain yang menimbun tu. hahaha... kesian, orang lain dah tak heran ngan beger bakar abg burn, aku baru nak tehengeh² mencoba. hikhikhik....
sebelum ni kat red chair ni adalah kedai mkn yang berkonsepkan santai sbb siap ade kusyen empuk atas laintai berlapikkan kapet kaler merah, kusyen kaler merah, kerusi dan meja makan kaler merah. semuanya berkonsepkan merah. tapi skang dah takde, mungkin orang lain dah amek aleh tmpt ni. sebelum ni kami tak penah pun lepak sini. smlm try gugel lokasi beger bakar abg burn yang berdekatan, sekali tgk... eh... dah ade bukak kat danau. kat red chair?? mmm dokek sangat la tu.. alang² nak masuk kawasan ngumah jugak. tak ku tahu... so ape lagi.. jom daddy kita rasa meatball yang org dok ckp sedap sgt tu. psst... meh nak bisik, nasib baik la aku gugel cepat, kalu tidak daddy nak mkn roti canai kosong je. hahahaha...
mula beroperasi dari jam 5ptg hingga 12.30mlm. wow, ni cawangan depa yang ke 17 noksss... bangga mak jemah tahu!
tengkiu daddy hari hari hari hari... tiap hari banje mummy. hikhikhik...
daddy mmg penggemar beger yang tegar. tak kira la beger biasa ke, beger kukus ke, beger bakar ke.. semua beger dia bedal.ni beger bakar biasa, RM7.50. aku soh dia order yang betingkek tingkek tu tp dia tak nak. kalu datang ramai boleh la order yang tu katanye... beger dia nmpk biasa kan... tapi kemantopan isi daging dia yang buat kita puas.
next, wedges yang ummmppppp penuh dengan limpahan kejunya, RM4.50. puas hati dari kepsi punyer uolsss!!
yang ditunggu dah tiba. tu dia... meat ball yang dikatakan femes kt beger bakar abg burn, RM9.90. meh aku nak royak, sebelum aku dapat tau yang aku peknen kan, aku ngan geng antu jepun ada la p ikea, pastu singgah mkm meatball ikea. sebelum tu aku xsaited sangat nak rasa meatball ikea. sekali dah rasa, Ya Allah... kenapa aku rasa loya semacam je. sumpah aku tak leh telan masa tu weh. sejak tu aku trauma ngan meatball. aku tak boleh dengar perkataan meatball. boleh muntah wooo... dasyat tak trauma aku... hahaha... tapi entah kenapa, aku leh terorder dan terasa nak mencoba plak meatball abg burn ni. hebat betul penangan iklan dia weh. hahaha
meh nak zoom skit meatball dia. first time aku rasa, terus tepejam bijik mata ko... sedapnyerrr la haiiii... bagi aku lagi better dari meatball ikea. tu ape aku rasa la. korang aku tak tau la. kenyal daging dia... piuwwww... mantop beb! pada yang belum penah rasa... korang try la order dan rasa sendiri ye. adik bongsu aku plak lagi suker ikea punyer. takde takde takde... meatball abg burn lagi sodap! hahaha... pasal meatball pon bleh gadoh ka... huk aloh!
daddy pun suker semua menu yang kami order tu. dia kata lenkali leh singgah lagi, nak try beger bakar kambing plak. okey daddy... nnt kita mai lagi naaaa
sedap daddy??? mmm... sambil menjilat jariii..
lokasi cawangan danau kota : kedai mkn red chair, dekat ngan petronas bersebelahan dgn shell up town danau kota. betul² tepi jalan besar danau kota.
Labels:
beger bakar
Wednesday, September 18, 2013
jom shopping @ NEcollectionboutique
assalamualaikum semua
hari ni saya nak persembahkan blog shopping online terbaru dari kami
mcm² yang akan saya persembahkan kat situ nnt
sila² la jenguk dan cuci mata ye
kalu ade yang berkenan, nak order
boleh komen terus atau sms/wapp pon boleh
ehem... sudi² la follow jugak eh
maceh korang
cemana boleh wujud blog shopping online?
in shaa Allah saya share jalan cerita nnt
hahaha
mcm ke hebat sangat
saya budak baru belajar
pelan² kayuh gituu
sila add kat bloglist korang eh
jom shopping
Labels:
NEcollectionboutique
Friday, September 13, 2013
aku, dia dan kamu
semalam, otw ke sepital, masa tu kat traffic light, aku tgh godek² enpon, ajak daddy amek gambar jap. sekali tgk... hamek, sembabnyer mate aku. mate dah la cepet, bila sembab makin cepet lak aku rasa. mau tak sembab... eh, malas la nak citer. bila aku cakap aku penat, nnt orang dok ngate... ape sangat la yang penat. ok fine! aku yang rasa dorang ape tahu. daddy pun penat sama, tapi dia ttp ceria. ye la... tgh mood ok nampak le ceria. klu tidak dia la yg paling suker wat muka bila penat. gebunya muka aku, ah.. tu tipu semata². bukan kerana pakai ephyra ye. kulit asal adalah seperti kertas pasir. hahaha... ada jugak rasa hati nak try ephyra... kot² lagi munggil dari kak ton. kikiki
hari ni kami sedondon lagi. baju raya tahun bila tak ingat. dah lama kot tak pakai baju ni. baju aku tu cepat nampak kedut. tu yg malas nak pakai. alasan sangat. lepas anto dak qausar, asal brenti kat taffic light, moh le begambo. hahaha... aku cakap kat daddy, moh buat pipi kempung. hah... daddy tu kembung pipi ke kembung mate. hehehe... aku plak kengkonon kembung ayu la. citpodah. kami kembang, kembung tapi kami bahagia. buwekkkk... >_<
meh nak citer, rahsia ni tahu. jgn ckp kat sesape, nak² lagi kat mak tok. nnt dia bebel tak sudah². smlm kan... dak qausar jatuh katil. kesian kooo... sebelum ni dia tido bawah, mmg ade tilam single utk dia. tapi sejak beberapa minggu ni, dia tido atas katil ngan kami. atas katil tu kami tido melintang. dia kat tengah. katil aku tu plak bukan rapat ngan dinding, hampir nak rapat kat dinding, kira tepi dinding tu boleh lalu utk naik turun katil. kenapa sejak skang ni dia tido ngan kami. sebab kalu dia tido bawah, asal tgh mlm kompem dia panjat katil sendiri. dia boleh panjat sendiri sebab katil aku jenis divan yang ade lebih keliling katil. kat situ la tempat panjat dia. kadang² dia tepuk² aku soh angkat dia, kadang tau² dia dah melintang antara aku ngan daddy. hah, dapat bayangkan tak.. tu yang daddy cakap biar dia tido ngan kita, tido melintang. aku takpe la, katek. kaki takde la tejuntai sangat kat ujung tilam. daddy la kesian, tejuntai kaki dia. hehehe
tgh syok di buai mimpi, tiba² gedegang!!! ok, bukan begitu sound effect yang betul bila jatuh katil.. hahaha.. tapi mmg kuat giler kot bunyi dia jatuh katil. jatuh plak kat sebelah laluan sempit tepi dinding tu. aku ngan daddy sepantas kilat bangun dapatkan dia. dia melalak ko tok sah tanyer la... satu block boleh dengar. mau tak ko... atas lantai kot dia jatuh. aku nak nangis jugak dah masa tu. daddy soh aku amek air kasi dia minum. daddy dok pujuk, dok gosok² kepala, belek satu badan kot² mana tau ade luka ke bedarah ke. nasib baik tak de lebam ke ape ke. huh... gigel lutot wooo... tak penah jadik mcm ni semenjak dia tido atas katil ngan kami. aku rasa dia mimpi lebeh kot smlm. cemana plak dia bleh jatuh kat ujung kepala bukan kat ujung kaki. kalu kat ujung kaki, bawah tu aku dah letak tilam dia. mmg tak sangka dia bleh jatuh kot ujung kepala.
eh, panjang plak citer aku. hahaha... ok sambung... puas pujuk, bagi susu baru dia ok dan sambung tido. masa dia jatuh tu aku tgk jam kol 4pagi. dekat kol 5 tiba² dia melalak balik. aku rasa dia masih rasa tekejut kot. puas la pujuk lagi.. tak menjadi jugak. sudahnya dia nak tido atas riba aku. bila dia lena betul baru aku letak dia elok². trauma kah? kesian qausar. sebab tu aku malas bukak sofa bad dia. biar dia besar skit baru boleh letak balik kat bilik kami. sofa tu aku aleh masuk kat bilik dia. tak payah bli katil, daddy siap tempah tilam size sofa bad tu tau. kang klu skang dia tido sendiri kat sofa bad tu, mau teguling² jatuh. oh tidak.
malam ni adik tido bawah balik tau. kita tido sama² kat bawah ok.
Labels:
kami
Thursday, September 12, 2013
timo kaseh ore kapong
aku rindu kampung halaman. terlalu rindu! raya dah la tak balik. niat hati nak balik raya haji. memandangkan keadaan MIL skang ni bertambah lemah dan tak pasti sampai bila dia kat sepital, niat utk balik kampung terasa mcm tesekat kat kerongkong. kami semua mengharapkan mak cpt sembuh dan dapat balik berehat di rumah sendiri.
kalau dapat balik kampung, owh gumbiranya rasa. kami adek badek dah banyak plan nak buat. mmm... banyak le sangat. tiba kat kampung, memerap kat umh makcik aku. kalau dapat balik lama skit, mesti lagi best. tapi.... cuti rehat yang tinggal pon nan hado dah ni. tahun ni la first time cuti aku cepat noo nak abes. selalu dekat² ujung tahun balance cuti mesti banyak lagi. takpe... tahun depan cuti aku betambah 5 hari. yahuuu!!
skang musim doyan dtg balik kan. tiap kali ade musim, makcik aku (kakak mak) mesti kirim buah² yang ade kat dusun dia. doyan ni sebekas beso dia kirim. siap kopek lagi. maklum, nak kirim yang original tak muek keto. tu pun dia kirim kat cucu dia yang balik kampung bercuti. penah dia kirim melalui bas. bekotak² koo... sampai je doyan ni kat ngumah mak aku, kami pulun sepuas hati. aku plak amek kesempatan melantak sampai betul² puas sebab daddy takde masa tu. dia ke sepital kena sign borang bius mak dia. sian daddy, baru je balik melawat mak lepas balik keje, baru bukak pintu ngumah, sepital call soh pegi plak lagi. takpe la daddy ye, tu semua pengorbanan anak utk mak sendiri. byk pahala kan daddy. kalu daddy ade, kami mesti dok kat luar ngumah nak makan doyan ni. daddy bukan boleh bau benda harum ni. mencanak naik kemerahan kat muka dia. mula la loya, pening, nak muntah. nak je ku sumbat isi doyan ni kat mulot dia biar dia rasa cemana sedapnyer rasa doyan. hahaha... derhaka sangat!
sebelum kami pulun beramai, mak mesti amek simpan skit. kalu tidak mahu habes time tu jugak. kami adek badek menantu kan tak sedar diri kalu dapat doyan. isi doyan tu nampak biasa kan. tapi rasa dia... eeemmmmmm.... lemak manis kooo..
pastu plak makcik aku kirim langsat sekotak. penuh sekotak kata koo. nmpk stgh sebab mak dah kuarkan separuh dan lagi separuh aku dah rembat bawak balik ngumah. hehehe... yang aku lupa mangis. mangis ade setengah kotak. aku tak brani nak mkn mangis sebab kazen aku yang banak czer, lepas mkn perut dia jadi sakit giler. sakit kat tempat czer tu noks. mak aku pon siap pesan awal² jgn makan. kazen aku tu anak makcik aku yg kirim buah ni le, dia siap call mak aku soh pesan kat aku jgn makan. tajam ke buah mangis? aku pun jadi takot le nak mkn. sebab aku ni tak tahan sakit. hehehe... ade baiknye dgr ckp mak kannnnn...
ni extra gambar utk ari ni. pepagi lagi dah bangun. bangun terus tanyer ball maner. dah dapat ball habes satu ngumah dia main sepak ball. pastu tenampak plak bulu sapu habuk lemari ni, diameknye dibuek penyapu. habes satu ngumah dia nak sapu. bila daddy ckp dah jom p umh mak tok, bleh dia jawab nnt arrrr... tu sebab jgn kasi dia terbangun, bila dia dah tersedar... habes satu ngumah di kecahnye. rajin terlebih dak qausar ni. ye la, kecik² rajin ye dik. dah besar mummy minta tlg nnt buat dekkkk je. masa tu mummy piat tinga awak tahu.
skang ni nak masuk ngumah dah pandai bagi salam. salam ringkas.. "kom" bkn antu kom kom kan dik kan... mummy takotttttt.... hehehe
Labels:
ape ada di kg
Wednesday, September 11, 2013
daiso # 2
jumaat lepas aku p daiso kat publika lagik. entah kenapa kali ni aku tak tau nak beli aper. mcm kelakar sebab sebelum ni kalu masuk daiso mmg macam² aku borong. n3 daiso yang lepas, aku sempat share ape yang aku dah rembat kat daiso, sebelum tu aku tak tepikir pun nak share gambar. lama gak betapa kat dalam daiso. pegang tu tak bekenan, amek tu belek² tak bekenan... eh, dah kenapa tetiber semua tak bekenan. hahaha... sudahnye aku bli dua benda ni je.
bekas buat eskim ni aku bekenan sungguh sebab dia ade muncung mcm straw utk sedut eskim yang cair. terus terbayang gelagat qausar dok mkn eskim. hehehe... budak tu mmg antu benda² sejuk. ko kasik le eskim tu sejuk cemana pun, dia rilek je telan. peel mcm sape.... aku le tu. hehehe
ha, begini la ngupanya kalu dah jadi eskim. lelehan eskim tu akan betakung dalam tempat pegang tu dan boleh sedut. best tak best tak... hahaha... jakun! minggu lepas aku dah buat utk kak icha, qausar dan qaqal. tapi kak icha je yang boleh mkn dulu sebab lagi dua orang budak nakal tu tgh selsema. ooo tak boleh tak boleh, nak mkn kena jejauh, kang dak qausar tu bukan boleh nmpk. kalu tak dapat kang dia rempit suara dia satu taman boleh dengar. kikiki.... nnt kena p daiso lagik, bonda icha dah kirim, aku pun nak bli lagi satu utk ngumah sendiri. yang ni aku kasi mak aku utk stok eskim cucu²nya.
pastu aku bli tempat gantung plastik. aku gantung kat kabinet bawah sinki utk plastik sampah. klu buang kat bakul sampah dak qausar suker selongkar. geram aku. bila aku gantung plastik cenggini, dia tak reti nak selongkar plak. hehehe...
masa aku buat n3 pasal daiso ari tu, ade yang cakap suker soping kat DIY. aku pun suker gak bli barang kat DIY. tapi bagi aku lagi giler masuk daiso kot. barang² dapo dia semua kiut miut. jgn kata barang dapo je, semua barang comei² kot. geng antu jepun, jumaat ni ke daiso lagi kite? hehehe
Labels:
daiso
Tuesday, September 10, 2013
2 orang budak nakal
mereka sebaya
qays qausar shah
muhammad rayqal aryanshah (anak adik bongsu aku)
tahap kenakalan mereka melampau
tahap gaduh paling hebat mereka, tarik rambut
moh saksikan lagak berani mereka
hehehe
qays qausar shah
muhammad rayqal aryanshah (anak adik bongsu aku)
tahap kenakalan mereka melampau
tahap gaduh paling hebat mereka, tarik rambut
moh saksikan lagak berani mereka
hehehe
qausar : cepat la qaqal, nnt dorang nampak kita nyorok kat bawah ni
qaqal : ok ok... jap laaaa... pelan² ni nnt dorang dengar plak
qausar : alamak!!!!! ade cik kiah propa plak!!
qaqal : maner maner????
qaqal : alamak qausar!!!!! habes la kita cenggini, cemana leh kantoi ni!!!
qausar : entahla... boleh kantoi plak... cemana ni qal?
qaqal : takot la qausar.... (pegang kaki qausar)
qaqal : cabot qausar cabooootttttttt!!!!
qausar : ala, releks la qaqal... meh sandar kat sebelah kitew... dok diam² kat sini
qaqal : kitew takottt... nnt mummy betukar jd tarzan!
qausar : ala... gelabah la qaqal ni tau... ape² entah.. tgk, kan mummy dah buntangkan biji mate dia. habesla kitewwwww
mak tok tepuk dahi dengan kenakalan cucu²nya. tu blom si otai cik leha memok ade. kalu tidak lagi huru hara jadinye. bila ketua dah arahkan mcm², ape pun boleh jadi tau terutama sepahkan kain baju dalam bilik mak tok. pastu mula la mak tok jd tarzan pastu betukar jadi harimauuuuuuuu. hahahaha
Labels:
anak²ku sayang
Monday, September 9, 2013
nak soh dia diam.... tapi...
budak ni kan tak reti dok diam. nak soh dia diam aku kasi vicks ni soh dia bukak sendiri.
mmg dia kusyuk abes
sampai menganga mulot
tapi bila cuba dan terus mencuba, tak dapat jugak bukak, inilah hasilnye
beguguran satu satu
makin dipujuk makin menjadi
dah letih dia elok sendiri. hahaha
Labels:
qays qausar shah
Friday, September 6, 2013
daiso
aku klu p daiso mmg mengila! seratos pon boleh habes tahu. mau tak.. rambang mata weh... semua rasa nak beli. korang pon mesti penah soping kat daiso kannn... aku ni klu boleh hari² nak p daiso. hahaha... mmg melampau! skang ni, ade duit, ade masa harus terjah daiso tiap hari jumaat. rehat kan panjang... mmg betenggek lama la kat dalam daiso tu. hehehe.. eh, laki aku pon suker masuk daiso tau. ade je dia beli... kalah aku yang memilih. hehehe
antek tak bekas minyak kitewwww... kitew suker kitew suker...
siap ade tapis uollsss... kitew suker kitew suker...
ade muncung utk tuang minyak dan ada jugak tempat pegang. omei kannnn.
ni berus utk kain baju yang ade bulu² atau habuk yang melekat. aku lagi suker pakai jenis mcm ni dari yang roller tu. yang tu klu habes kertas gam, kena beli yang baru kan. yang ni tak payah, habuk² tu akan masuk kat dalam bekas tu dan koreng boleh tekan yang kaler pink tu utk buang sisa habuk yang ade. ni dah kali ke dua aku beli, yang first dulu qausar campak time dia mengamuk dan hancur bekecai.
mop merangkap penyapu ni pun memudahkan keje aku.
aku beli kain bulu ni utk keje ala kadar kat umh. maksud aku, klu time aku mengemas, menyapu umh beriya, aku akan pakai penyapu yang betul, tapi bila utk sapu ala² anak sepahkan umh, atau sapu² biasa, aku akan pakai kain bebulu ni. cepat, senang dan mudah utk kau kumpul sampah. biasanya sampah² akan melekat kat kain bulu tu, dan korang boleh bukak balik kain bulu tu dan ketuk² je kat dalam tong sampah.
klu tak pakai kain bulu tebal tu, aku pakai wet tissues ni utk sapu rambut² gugur atas lantai. dalam bilik aku mmg penuh rambut gugur dan bulu² kaki laki aku. eh... hehehe... ye, bulu kaki laki aku lebat, asyik le gugur. hehehe... so utk memudahkan keje, pakaikan je tisu basah ni kat mop ala² penyapu tadi dan sapu je mcm biasa. sambil tutup mata je boleh buat keje. hahaha... dah melekat sampah, rambut atau sebagainya, bukak tisu basah tu dan buang je terus. nah... mudah bukan.
sejak dah jambu dah makin ade akal ni, asyik le dia selongkar lemari. habes dia punggang barang² yang aku dah susun dalam lemari. eiii... mmg geram tahap gaban le. skang ni suker selongkar lemari baju dia. pantang le pintu bilik tebukak, mmg sedap la dia sepahkan balik kain baju yang cantek tesusun. patut la diam je, ingat ralit main ape... upenye sepahkan kain baju ye. hah skang... tidak lagi... sampai tegaru² kepala dok pk ngape la dah tak boleh bukak semua lemari yang ade. hahahaha
last sekali, antek tak beg daiso kitew... beg ni tiap kali ari jumaat kita akan bawak. isi hp, tab, kunci² dan barang kawan² pun aku bawakkan sekali. tompang le kawan², putus beg ni sok, kita share singgit sorang ye beli beg baru. hahahaha...
tengok, nampak sangat dah takde idea kan. hal soping kat daiso pon boleh jadi bahan. ngeh ngeh ngeh... satu barang 5 hengget, boleh campo campo...jom ke daiso
aku geram daiso OU... besaq nak mampos. 3 jam tak cukup tawaf kot. hahaha
aku geram daiso OU... besaq nak mampos. 3 jam tak cukup tawaf kot. hahaha
Labels:
daiso
Subscribe to:
Posts (Atom)