Friday, September 13, 2013

aku, dia dan kamu


semalam, otw ke sepital, masa tu kat traffic light, aku tgh godek² enpon, ajak daddy amek gambar jap. sekali tgk... hamek, sembabnyer mate aku. mate dah la cepet, bila sembab makin cepet lak aku rasa. mau tak sembab... eh, malas la nak citer. bila aku cakap aku penat, nnt orang dok ngate... ape sangat la yang penat. ok fine! aku yang rasa dorang ape tahu. daddy pun penat sama, tapi dia ttp ceria. ye la... tgh mood ok nampak le ceria. klu tidak dia la yg paling suker wat muka bila penat. gebunya muka aku, ah.. tu tipu semata². bukan kerana pakai ephyra ye. kulit asal adalah seperti kertas pasir. hahaha... ada jugak rasa hati nak try ephyra... kot² lagi munggil dari kak ton. kikiki


hari ni kami sedondon lagi. baju raya tahun bila tak ingat. dah lama kot tak pakai baju ni. baju aku tu cepat nampak kedut. tu yg malas nak pakai. alasan sangat. lepas anto dak qausar, asal brenti kat taffic light, moh le begambo. hahaha... aku cakap kat daddy, moh buat pipi kempung. hah... daddy tu kembung pipi ke kembung mate. hehehe... aku plak kengkonon kembung ayu la. citpodah. kami kembang, kembung tapi kami bahagia. buwekkkk... >_<


meh nak citer, rahsia ni tahu. jgn ckp kat sesape, nak² lagi kat mak tok. nnt dia bebel tak sudah². smlm kan... dak qausar jatuh katil. kesian kooo... sebelum ni dia tido bawah, mmg ade tilam single utk dia. tapi sejak beberapa minggu ni, dia tido atas katil ngan kami. atas katil tu kami tido melintang. dia kat tengah. katil aku tu plak bukan rapat ngan dinding, hampir nak rapat kat dinding, kira tepi dinding tu boleh lalu utk naik turun katil. kenapa sejak skang ni dia tido ngan kami. sebab kalu dia tido bawah, asal tgh mlm kompem dia panjat katil sendiri. dia boleh panjat sendiri sebab katil aku jenis divan yang ade lebih keliling katil. kat situ la tempat panjat dia. kadang² dia tepuk² aku soh angkat dia, kadang tau² dia dah melintang antara aku ngan daddy. hah, dapat bayangkan tak.. tu yang daddy cakap biar dia tido ngan kita, tido melintang. aku takpe la, katek. kaki takde la tejuntai sangat kat ujung tilam. daddy la kesian, tejuntai kaki dia. hehehe

tgh syok di buai mimpi, tiba² gedegang!!! ok, bukan begitu sound effect yang betul bila jatuh katil.. hahaha.. tapi mmg kuat giler kot bunyi dia jatuh katil. jatuh plak kat sebelah laluan sempit tepi dinding tu. aku ngan daddy sepantas kilat bangun dapatkan dia. dia melalak ko tok sah tanyer la... satu block boleh dengar. mau tak ko... atas lantai kot dia jatuh. aku nak nangis jugak dah masa tu. daddy soh aku amek air kasi dia minum. daddy dok pujuk, dok gosok² kepala, belek satu badan kot² mana tau ade luka ke bedarah ke. nasib baik tak de lebam ke ape ke. huh... gigel lutot wooo... tak penah jadik mcm ni semenjak dia tido atas katil ngan kami. aku rasa dia mimpi lebeh kot smlm. cemana plak dia bleh jatuh kat ujung kepala bukan kat ujung kaki. kalu kat ujung kaki, bawah tu aku dah letak tilam dia. mmg tak sangka dia bleh jatuh kot ujung kepala.

eh, panjang plak citer aku. hahaha... ok sambung... puas pujuk, bagi susu baru dia ok dan sambung tido. masa dia jatuh tu aku tgk jam kol 4pagi. dekat kol 5 tiba² dia melalak balik. aku rasa dia masih rasa tekejut kot. puas la pujuk lagi.. tak menjadi jugak. sudahnya dia nak tido atas riba aku. bila dia lena betul baru aku letak dia elok². trauma kah? kesian qausar. sebab tu aku malas bukak sofa bad dia. biar dia besar skit baru boleh letak balik kat bilik kami. sofa tu aku aleh masuk kat bilik dia. tak payah bli katil, daddy siap tempah tilam size sofa bad tu tau. kang klu skang dia tido sendiri kat sofa bad tu, mau teguling² jatuh. oh tidak.

malam ni adik tido bawah balik tau. kita tido sama² kat bawah ok.


30 dok ngomen:

syawalsimpsons said...Reply To This Comment

alahai ciannyer dak tecik ni jatuh katil...moga2 semua ok kan...

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Heheheh...teringat ms Aydin baya Qausar dulu. Pnh gak jth katil. Tergolek gitu. Melalak kuat gak. Hehehehe....klu tak nah jth katil, bkn anak jantan namanye kan? Hahahah~

lizz said...Reply To This Comment

la qays hencem jatuh katil yer...sian dia...nasib baik tak apa-apakan...

norhidana miswan said...Reply To This Comment

huhuhui....adat ada anak kecik tu kak... aku nih dr masa pas kawin lg lah teruk takde katil... tp tilam aku tu jenis yg tebal n tinggi skit penah gk lah aiyan jth masa bby dulu tp takde lah gedeng kuat bunyinyer mcm qays tu kan hehehe...
bile ada anak kecik mak aku mmg tak bg beli katil sampai laaa ni tak berkatil walaupun aiyan dh beso... tp dia tido ganas kak... kalu ada katil comfirm hari2 jth katil... pasni bwh katil tu ko kene susun2 bantal ke susun2 tilam or toto lah utk keselamatan

Dee said...Reply To This Comment

actually..budak2 tgh melasak mcm qausar ni mmg mudah jatuh katil..mimi dulu pun begitu..dah kepung ngan bantal mcm buat kubu pun dia boleh jatuh..so, sebenarnya eloklah dia tidur bawah..kalau dia nak panjat katil pun kita sedar..lagipun kalau dah jatuh..takut lain lak jadinya..sian qausar..

Anonymous said...Reply To This Comment

ckp maktoookkkkkk!!!!

NM03 said...Reply To This Comment

kak anon

ha......... aku agak dah ko akan masuk diam2!!!!!

siap kooooooo anon

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Nak kol la cik ma skang..nak bgthu jgk..hahaha

Mimy Hamid said...Reply To This Comment

aku sejak Fayel lahir katil adalah pameran hiasan...aku dah tido bawah bergolek tilam je...takut pasal jatuh katil la..

wantie said...Reply To This Comment

adoi... siannya qausar. ko tak tengok ke lebam ke hape ke?


hahaha...lawak ko ni. mata kembung!

Acik Erna said...Reply To This Comment

sian dak comel jatuh katil..acik dulu bila anak dah mula lasak tidur..teus buka katil..hampar tilam penuh bilik

ummiross said...Reply To This Comment

yaehhh, tido bawah sama2 demi qausar, so sweet!

Nurfaezah Abdullah said...Reply To This Comment

kesian qausar, nasib baik xde pape..

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

kalau macam tuh NM...letak tilam kat bawah...kasihan Qays..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Alah... ikut style kakak selagi anak masih buas tidur ajelah bawah. Takutlah kakak - nasib baik tak patah ke apa.. bahaya betul..

Nory Zoulkefle said...Reply To This Comment

ciannyer dia...nasib baik tkde pape..
mimpi apa lah agaknya tu sampai terjatuh dr katil..huhu

wahida said...Reply To This Comment

aku dulu anak2 aku dua2 org merasa jatuh katil jah...

nangis sekejat2nya...aku dpt bayangkan mcm mana qausar meraung...huhu...

diana said...Reply To This Comment

setakat ni anak2 saya tak pernah jatuh katil..kalau jadi la gini saya rasa saya pun meraung sekali dengan anak..heheh

~MommyAqilMedina~ said...Reply To This Comment

adoiyaii..kesiannya Qausar...Nasib baik tak jadi pape kan..Alhamdulillah..

Gieyana said...Reply To This Comment

Siannya dier jatuh katil..hope x injured k..:)

Mimi Azirah said...Reply To This Comment

Alahai sian dia jtuh katil

Ainim Suju said...Reply To This Comment

dia mimpi apa sampai jatuh camtu kak..kesian qausar

aizamia3 said...Reply To This Comment

Alololo kesian my menantu ni.. hehehe..
Sama arr dgn dak Nuha penah jatuh katil.. tp kisahnya ai tgh wat keje tp katil, dia golek2 sedar dah jatuh.. huhuhu.. dia punya menangis macam kena pukul.. tapi katil kami rapat ke dinding.. senang.. dia kalau melasak melekat kat dinding je..

BUNDA a.k.a KN said...Reply To This Comment

Baby sedang membesar perlu lebih berhati2 walaupun perkara begini biasa dalam proses membesar...

munna said...Reply To This Comment

kesiannya qays......

SangRatoo said...Reply To This Comment

alolo..siannye die..mama sherry..kitorang pun tiga beranak sampai skang tido ateh katil melintang..hihi bayangkan jela ajib yg lonjong tu tido cemana..kaki terkeluar dari paksi katil..banyak betul lebih kaki..hihihi.. :)

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

Princess pon penah jatuh.tapi xde sape tau.wakakakakka.takut t kena marah.hahaha

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

ciannyer dier..

AzeedA said...Reply To This Comment

Alahaii.. hugs for mummy & qausar!

IzZa HaDi said...Reply To This Comment

Salam,

being an authorised EPHYRA dealer, im so excited to share with you the product that has giving wonders to most of the ladies out there.

FYI, im selling EPHYRA at a very good deal! (below market price for sure!)

let me know if you are interested :)

spread the love!

Izza (EPHYRA Authorised Dealer)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com