Monday, December 29, 2014

lexis, part 2

dalam kedukaan dgn bencana yang menimpa pantai timur, aku juga turut merasa sedeh dan hiba atas ape yg terjadi... keluarga terdekat aku di kampung juga terlibat sama, rumah ditenggelami air, yang sebelum ini tidak pernah terjadi. kuasa Yang Maha Esa, tiada siapa yang boleh menidakkan, hadapi dengan penuh redo dan mengharapkan pasti ada hikmah atas ape yang Dia turunkan itu. buat masa ini, kami semua sukar utk pulang ke kampung, hati memberontak utk membantu dan menjenguk mereka, tapi apakan daya, laluan yang sukar utk kenderaan biasa menjadi penghalang buat kami. kalau aku ada cash yang banyak, sudah pasti aku beli sedebuk 4x4 dan terus balik, peluk makcik, pakcik dan sepupu² aku yang lain. mereka dah beberapa hari kekurangan makanan, bekalan air, elektrik terputus, Ya Allah... hentikanlah penderitaan mereka, sesungguhnya Kau yang Maha Agung.

oklah... kita simpan perasaan sedih dalam². meh la kita sambung kesah lexis.. kalu ikut hati yang pilu skang ni, entah bila la nak habes citer lexis.  

lepas dah check in, dah kenyang... kami turun bawak anak² enjoy mandi pool. dak qausar mmg tekinja² bila nampak pool. sebelum tu kasi dia main kat dalam ni dulu... kang dah basah takleh masuk plak.

 cuaca tak brape panas sangat

 budak ni betul² berani. lepas ni aku nak belikan dia life jacket budak² pyer. kasi lepas dia sorang². 

 tengok tu... tu aksi wajib

 qausar nengok je abang hafiz buat mcm² aksi, pastu dia nak tiru. penat dedi ko melayan dik.

 tak abes² ngan telajak larissss

 tu apartment glory beach... dlm proses tukar kaler.

 mak² yang tak abes² bergosip. tu jerawat tu, dh bebulan tak surut² dah kenapa. 

 akhirnya si nor pon join sama. aku??? tak mungkin. hahahaha

 kol 6 naik bilik. siap² pastu kuar makan.

 anak² nor tak join kuar makan. anak bongsu dia dah tido, tak sihat masa tu. so yang lain² pun sama malas join. letih pun ye. dak qausar??? sebok ngan upin ipin. 

pastu tetiber lena... ehhh cemana nak kuar makan ni nak? dedi cakap dokong je, nnt sedar la tu. so kami kuar makan naik kete aku je. makan kat tempat biasa, mana lagi kalu bukan nasreen yang penah aku pegi sblm ni. 

 dapat menan baru... yeayyyyy.. tido pon polok kete bawuuuu. masa ni kan dia soh aku amek gambar dia hantar kat kakal. saje nak kasi kakal jeles la tu. hahahaha... sudahnye aku 3G je.. senang citer.

akhirnya tumpasss... hahahaha... nampak penat sangat... maunye tak penat, kuak lentang berirama kan ptg tadi. hahaha. ni sebenarnya dia punyer dengkorrr.... baek punyer. oklah, bersambung lain kali. mood nak menaip dah semakin tipis. bai!



10 dok ngomen:

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

qausar kemain kuak lentang kat pool. masuk bilik pejam mata pon kuak lentang lagi haha

mamawaiz said...Reply To This Comment

yelah kak..kita doakan semoga saudara mara, kawan2 dan mangsa banjir tu selamat lah hendaknya

aizamia3 said...Reply To This Comment

Itulah tengok dalam FBmu nampak teruk gak.. bertabahlah buat semua.
Geram tengok dak Qausar.. rasa nak cubit geget dia..

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

rindu plak aku dgn grand lexis wehhh

Kakzakie said...Reply To This Comment

Yg sedihnya nak berhubung dgn mereka tu tak dpt:(

Senang macam Qausar, letih aje tidur..

norhidana miswan said...Reply To This Comment

biasalah tu bdk2 mana blh tgk swimming pool kan kak oi.... aku tak teringat nk jenguk blog ko nih masa pg PD ujung minggu baru nih, tak tau pun tmpt mkn mana yg best...nsb lah kali nih dinner sume dh sedia...

aiyan pun sama, berendam tkamo naik... bile kite kata dah2... nnti aiyan nk main lg katanyer

Aida Salleh said...Reply To This Comment

Tumpang simpati pada keluarga yang terlibat dengan bencana. Semoga mereka semua dilindungi Allah hendaknya.

Amboi kemin lagi Qausar.Enjoy sakan dia. Tapi kalau holiday macam ni mmg budak2 lah yg paling hepi kan? lepas penant tido. bangun kang main lagi sampai lebam.hehehehe

lia ummiirfan said...Reply To This Comment

anak-anak dapat mandi kolam memang seronok kan! kita lak yang semput melayan derang .. hihi.. sayalah tu.. hikhikhik..

Najib Ariyan said...Reply To This Comment

salah satu persediaan banjir untuk nak tolong family... berenang? dah boleh berenang ker?

NM03 said...Reply To This Comment

abang bear,

jgn nak perli sgt taoo... tggu kite berenang pegi sabah tu. hahahaha