Thursday, October 9, 2014

taman tamadun islam, terengganu

yezzaaaa... akhirnya up jugak citer taman monumen. meh aku citer skit pasal taman tamadun islam atau taman monumen ni. kat dalam taman ni, ada 23 buah monumen islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan islam sebagai sebuah agama global. nak pegi tengok yang real kat setiap negara mungkin ada yang tak mampu, jadi replika yang ada kat dalam ni mmg nampak sebiji dengan yang asal. ada beberapa monumen yang mempersembahkan tayangan video menceritakan bagaimana monumen tersebut mula di bina. hah... dah mcm cekgu sejarah plak. dah, mari kita masuk ke dalam tgk ape yang menarik... wah gitu...

sebelum sampai kat sini, dak qausar tido lena. penat pagi hari dah kuak lentang dalam pool. tu yang monyok je muka dia. masa ni mmg panas terik, kemain bekedut muka dedi.

alololo... syian dia. teponyok dalam stroller tu. hehehe

cekidaut harga

waktu operasi dan waktu jualan tiket terakhir.

dah bayar bagai, kita akan dapat passport. kerlasss sgt passport bagai. satu passport ni kita boleh masuk 3 kali. bayaran masuk tu ttp sama cuma kali ke 2 masuk boleh dpt free naik train atau basikal, kali ke 3 dapat 30% diskaun buggy dan free train atau basikal. 

passport ni mcm buku je. ada mengisahkan monumen² yang ada kat dalam tu. 

dah masuk dalam, korang boleh pilih nak jalan kaki atau sewa maner² kenderaan yang ada. kami pilih sewa buggy dengan muatan 5 penumpang, RM55.

yehhh... datin nak melawat kawasan.

masjid negara

yg bawak buggy tu akan brenti kat semua monumen yang ada dan menceritakan secara ringkas asal usul monumen yang ada. perghh... aku tabik spring toing² kat budak tu sebab dia ingat semua. ye lah, tu keje dia kan, dah bertahun lak tu dia kata. ok, masuk je akan nampak masjid negara. kami tak turun dari buggy pun utk tgk lebih dekat sebab alahai... tingginye tangga nak naik atas tu. hahahaha... memasing cakap next... tak baik kan.

masjid xian, china

dibina oleh laksamana haji cheng ho. ko jgn main², laksamana cheng ho tu haji taooo. unik kan reka bentuk masjid ni. 

mesti tao kan ni kat maner. skang kita berada di taj mahal, cewahhhh! baru tgk replika mcm ni aku dah tepegun, apetah lagi kalu tgk yang betul depan mata. ini pun nampak mcm sungguh² kat taj mahal. shah jahan bina istana taj mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya dan juga simbol kasih sayang terhadap isterinya mumtaz mahal. romantik sangat kan. abaikan anak aku yang sentiasa nak buat pisyooo. 

bagai shah jahan dan mumtaznya. muahahahaha

kubbah as-sakhrah, baitul muggaddis, palestin

aku terpegun sungguh dengan seni binaan islan yang tercantik di dunia ini. meh aku bawak korang tgk belah dalam.

seni bina yang halus dan memukau setiap pelancong yang masuk kat dalam ni. anak aku siap wowwwwww. dia pun terpegun jugak.


 inilah yang dikatakan batu besar tempat Nabi Muhammad saw berdiri ketika peristiwa israk mikraj.

dedi siap amek video, tapi aku malas nak up dalam blog. hehehe... mengada tao dak qausar, aku soh pandang kamera tapi dia mcm tu la.. suke wat onar. 

umi dan abi nak amek gambar je mesti dia tetibe terselit. padahal dia kat belakang aku masa ni nak pakai kasut, eh.... boleh lak sempat larik dok kat celah tu. geram!

pastu dapat kawan baru. punya peramah budak tu, dak qausar je berat mulut. gaya dah mcm hebat sangat kaun kan dik. suker nau letak tangan kat belakang gaya mandor pencen. hahaha

nak citer satu² monumen mmg panjang la n3 aku hari ni. so aku up gambar je lah ye. kalu berminat silalah ke terengganu. hehehe




aku lupa nama budak ni. kecik betol dia tao. mmg peramah dan aku suker sakat dia. hehehe

heeh budak ni, sempat lak dia menyengih kat aku. gatal. hehehee

mula tu kami ingat nak naik basikal ni. pakat kayuh reramai. pastu abi kata kang tak larat nak kawal qausar. aku bajet nak soh dia duduk belah depan tu. mcm syomel ke kan. tapi ada betul jugak kata abi yan tu. pastu abi kata panas² nak mengayuh mau lencun badan. mmg iye kau... naik buggy pun basah tiak kami. sebab ape.. banyak naik turun buggy. tak turun tgk replika rugi la kan. nak bawak qausar naik river cruise pun tak dapat sebab penuh ngan rombongan budak sekolah. sudahnye kami lepak kat cafe, minum kasi hilang kering tekak. masa korang beli tiket, akan dapat kupon diskaun utk beli makanan dan minuman juga utk shopping souvenir. kami tak makan pun sebab nak beli apepun semuanya beratur panjang. 

 kami ke masjid kristal utk solat zohor. 

sekian....



12 dok ngomen:

msredcheesecake said...Reply To This Comment

Ala comel je shah jahan n mumtaz...teringin nak gi tp xsampai2...terasa jauh je

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

bestttt jugakkk tempat ni!!

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Klu lalu2 dh selalu..sggh je blm pnh lg..blh la nti kita jejalan ganu..kompem singgah sini..

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mak pernah sampai kat kawasan ni tapi tengok dari luar je... :)

Sue-Rya Qistina said...Reply To This Comment

bestnya!!! dah berbelas tahun kot x g terengganu..teringin gak nak pergi bawak anak2..

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

bestnya

Kakzakie said...Reply To This Comment

Berkali ke T'ganu asyik tak singgah di monumen tu. Tapi masjid Kristal kakak adalah singgah..

Menarik sebab macam betul sgt kan..

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

walaupun kg saya kat ganu tp belum sempat nak menjejak kat sini huhu

Lynn Hamzah said...Reply To This Comment

memang cantik taman tamadun islam nie...kalau ke taman nie boleh singgah solat kat masjid kristal tu...

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Bestnya dpt jalan2 ....
Lucu tengok muka qausar cam terkepit dlm stroller... hehe

Ainim Suju said...Reply To This Comment

teringin sangat nak pegi

Amanda Suria said...Reply To This Comment

aku x pernah sampai lagi nok...menarik utk explore ni