Tuesday, October 14, 2014

musim sakit

sakit itu penghapus dosa kecil, maka aku terima dugaan yang Allah turunkan. lepas anak suami, lepas suami aku plak merasai. aku sebagai isteri, sepanjang sakit boleh bawak diri sendiri. mungkin kita dah tegar dengan keadaan sebegini, penat dengan kerja harian di rumah pun dah biasa. mengeluh sikit tu mesti ada tapi dah itu yang kita hadap hari² maka takde yang nak dikirakan sangat. tapi bila anak atau suami yang sakit, aku sebagai ibu dan isteri kena kuat, kena memainkan peranan dengan jiwa yang kental utk menjaga mereka berdua. anak sudah tentu masih kecik, maka merengek tu perkara biasa. tapi.... pabila si suami yang sakit. aduhhhh.... manja mengada dia ko jgn tanye. over dari anak kot aku rasa. peel mengada suami aku dah biasa dah. kita ikut je kehendak dia. tapi bila isteri yang sedang menangung sakit, tak penah la aku nak lembek depan suami melainkan tahap tak boleh tahan. setakat ini alhamdulillah, semuanya aku tanggung sendiri. nampak..... ape yang cuba disampaikan kat sini?? kekentalan seorang isteri bernama mummy qausar. muahahaha.... 

walopon sakit, masak utk keluarga ttp berjalan seperti biasa. sabtu petang dah beli kopok lekor dan cekodok pisang utk minum petang. tapi tekak suami, kita tak boleh kata tidak. minta pulak megi goreng. ok bos! siap. 

 suami kata dah lama mami tak buat sardin kuah. selera si suami mmg suke sardin berkuah. sambal sardin dia suker tapi yang berkuah dia lagi suker. tada.... siap bos!

mertua dan nenek bagi banyak daging dan tulang kurban. maka setiap hari ada saje lauk berunsur daging di rumah sendiri dan rumah maktok. apa lagi yang enak selain daging masak kicap begini. sebenarnya aku nak buat daging kicap dan sayur kacang panjang goreng teloq. entah ape verangan terlebih kat dapo, aku pi campak skali kacang tu dalam daging. adoii.... tekurang satu menu. lenkali jgn over menung ye pah bedah.

di rumah maktok, ada plak sup gear box yang pekat likat. mana boleh dipandang begitu saje. rugi woo.. boleh terbawak dalam mimpi. tapi aku tak reti nak makan lemak yang ada dalam tulang. hanya cubit isi kat tulang tu aje. selebihnya mak yang sedut. amboi maktok... naik darah tinggi baru taoo. maka, setiap hari ada saja berunsur daging, aku dah sakit gigi skang ni. huwaaa... derita okeh! sebab ada gigi yang goyang tak berapa goyang, dok kunyah daging bertambah perit plak rasanya. cabut??? tidak!!!!!! takot doktor gigi woooo.

ini budak bila demam selera makan pun kurang. bila sihat, selera makan dua tiga pat ploh kali ganda. qausar dah pandai makan budu... wihuuuu.... 




23 dok ngomen:

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Suka btol tgk Qausar ni. Berselera manjang!

Biarlah suami dan anak2 je yg skt. Kita klu skt, bukan kite je yg skt tp satu family boleh skt. Sapa nak kemas umah. Sapa nak tlg masakkan. Huhuhu!

mamawaiz said...Reply To This Comment

sama lah kite kak..ingatkan pas anak2 n suami sakit, kita ni x kena lah..sekali tumbang jugak.dpt mc 2 hari..hehe.

lieyalatif said...Reply To This Comment

aku mmg suke tgk qausar makan noks...beselera sokmo...siap budu hah pandai makan?!! oh my god!! mmg bagus anak bujang koooo hehheeheh dayyan ni aku still kene tekel menu peberet die baru byk mkn....

sedasp2 menu kooo beb.... mee goreng tu mcm kedai2 masak hah...cantik jeeee...

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

semoga semua sihat2 aje noks..

wahida said...Reply To This Comment

daging korban aku hari tu aku buat kari keling weiii...sedap jah oiiii...

matik la puji masakan sendirik...kahkahkah...


megi goreng ko nampak mabeles jah oiii...cili padi tu auwwww...

sudipVSsenduk said...Reply To This Comment

hebak anok mu..

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

sume menggiurkan niii
paling sodap nampak tu encik sardin tu
haishh ni yg nak masak sardin jugak niii

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

sedapnya menu2

eMMe said...Reply To This Comment

woooo..menu sedap2 di depan mata ku... sakit2 boleh masak lg, cayala bini bos, heheee~ amboi qausar, dah boleh makan budu..... wauuu weee~

eMMe said...Reply To This Comment

woooo..menu sedap2 di depan mata ku... sakit2 boleh masak lg, cayala bini bos, heheee~ amboi qausar, dah boleh makan budu..... wauuu weee~

Eye_nee said...Reply To This Comment

Daging korban akk lum sentuh lagi...ko dah tercampak kcg pjg pun akk tgk mabeles jer daging kicap ko tu...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...Reply To This Comment

Betui la Mmg musim x sihat jer
Kat sini pun sama
Ngan typhoon bagai ni
Kejap Sejuk kejap panas
Hadoi la

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Betul kan bebs... klu kita yg sakit terpaksa gigihkan juga buat kerja rumah huhu

Wah kelass qausar pandai mkn budu ... hehe

Tihara said...Reply To This Comment

moga nieza sihat2 sokmo
take care yea
akak suka photo diary macam ni :)

- said...Reply To This Comment

sis mintak sket mee goreng tu!! nampak sedap tu... kekekeke~

Lynn Hamzah said...Reply To This Comment

wow...daging goreng tu sedap...makan ngan nasi panas...best...

Rinna said...Reply To This Comment

Beselera qausar makan yer.... comel jerk..

Sedap plak tgk lauk pauk tuh.. lapo petang2 nie

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Aku terliur tgk sardin mu mek..sedapnya nmpk..hehe

aizamia3 said...Reply To This Comment

Dak Qausar boleh geng dengan Nuha lah.. kuat makan.. hehehe.. ;)
Moga cepat sembuh ye ahli dalam rumah tu.. ;)

mamabeauty said...Reply To This Comment

semoga cepat sembuh..

makanan tu semuanya nampak sedap2 belaka

Daddy Ziyyad said...Reply To This Comment

serius la nok...each time kau post gambar masakan kau, mmg nampak sedap...teringin nak rasa..kah kah kah...sayur kacang + daging masak kicap tu..mabeles okehhhh...sardin kuah kau pun terbayang aku sedappp woo cecah lempenggg

Hanis Azla said...Reply To This Comment

As-salam..

betullah.. skrg mni musim demam.. kena lebih jaga kesihatan kan.. akak pun klu demam selera menjadi2 he..he.. kalau ada chef macam ni kat rumah mmg boleh cepat sembuh..

Amanda Suria said...Reply To This Comment

aku tgok si qays makan...geram plak aku rasa nak join sama...