Friday, August 8, 2014

syawal di kampung halaman

mari dekat mari rapatttttttt.... nih aku nak citer suasana kat kampung aku. meh la dengar eh. aku gerak balik kelate raya pertama malam jam seploh gerak dari kl. tahun ni turn banting, kami lakik binik mmg tak penah gadoh bab balik kampung beraya. mmg tiap tahun ikut turn. adil dan gumbira lah rumahtangga. hehehe... dari banting kami gerak ptg dalam jam 5. sampai umh kl terus packing kain baju utk balik kelate plak. dedi dah pesan soh packing siap² sebelum balik banting. aku yang tak moh sebab nnt mesti aku punggah balik. aku mmg ada peel mcm tu. apsal entah. hehehe.. dari kl jam 10 mlm konvoi ngan adik aku no 3, dia pun beraya kt kg mertua dulu kat melaka, eh, tahun ni mmg adik beradik aku kt umh mertua lah senang citer. singgah gua musang pekena teh ais dan roti tuna adik aku buat pastu lepak² jap longgar² kan otot pastu gerak terus sampai kampung jam 4.30 pg. dak qausar dari karak dah lena. dia tak tido masa kat banting, tu yang ngantuk bebenor. eh, pjg lak mukadimah, moh le nengok citer yang aku sajikan hari ni. 

raya ke 3 kami ade buat kenduri aqiqah utk qaleef anak adik aku no. 2 ala... cik talib mata sepet tu... ko tgk budak kl yang sangat jakun tak penah nengok kambing. kesian kan... hahahaha... kak icha tengok kambing kena sembeleh terus sentap jiwa. muka nak nangis, kesian kat kambing tu katanya. dia kata dia tak nak makan kambing tu. berkali² tanya kenapa potong leher dia. hah sudah... budak ni ganas tapi jiwa sehalus kuman. dia tgk kes firdaus dulu pun melalak mcm kena belasah. 

depan rumah ada pokok rambutan yang comel. walopon pokok dia tak brapa lebat tapi buahnya mampu mengenyangkan kami dan tetamu yang datang. tak payah susah² nak jolok pakai galah, petik pakai tangan je dik nun. ni suasan petang raya ke dua. takde xtvt sebab mak aku ngan adek badek dia pegi ikut rombongan meminang. ni mak aku baru balik, tukar baju terus nengok orang sembeleh kambing. 

 mak aku soh amek gambar dia petik moktan. 

 ngan pokok limau plak

 dua orang ni feeling abang zain dan indah. puiiii sangat. hahahaha

ehhhh... tak abes lagi ke maktok oii... soh amek ngan bunga plak dah. ok layan je lah. nampak tak ada pakcik tepi pokok tu

dorang tgh lapah daging kambing. ni orang kampung dan sedara aku yang baju itam tu. ko jgn harap la menantu maktok nak buat. mmg tak reti budak² bandar ni. reti melantak je. hehehe

hah, nasib baik jiran sebelah umh datang beraya. kalu tak sampai ke belakang rumah la maktok nak begambar. hehehe

inilah kampung halaman ku. nikmat kehidupan di kampung. semuanya indah... teringat aruah nenek... tak sempat dia nak rasa duduk kat rumah ni. dia pergi masa rumah ni hampir siap dibina. al-fatihah utk aruah nenek. kami rindu nenek...

orang lain semua kat luar ko melantak sorang² kan dedi. sabar je la... patotla aku carik dia takde... aku igt dia membuta ngupanya tgh makan ape entah. bulan posa kemain ko diet kan, tiba bulan raya, patploh kali ganda ko melantak balik kan dedi. muahahahahaha... takpe²... mami suker dedi dah makan balik. kehkehkeh.. dak qausar dan kak icha membuta masa ni. aman skit rasa. 

aku tercarik² vivik aku sorang ni. ngupanya dia dok ralit petik cili hapi kat tepi ngumah. ha tu la, nasib baik la jiran sebelah ngumah datang beraya, kalu tak habes pokok cili, pokok serai semua maktok nak begambar kot. hehehe

stok durian utk orang kl. aku nampak doyan byk cenggini terus rasa riang ria di aidilfitri. hahahaha... kat kl takleh nak merasa sangat sebab lakik aku kan tak makan. dah ade depan mata cenggini mmg keje dok pulun je la. bangun tido hadap, lepas makan hadap, ptg hadap, lepas sidai kain hadap, tgh takde benda nak buat hadap, nak tido hadap. nasib baik la kepala tak ting tong. 

tu dia... hadap le selagi mampu. hehehehe


13 dok ngomen:

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

assalamualaikum
singgah pagi
sory sangat2 bz x sempat nak singgah lama2
anyway jemput datang open house anum ya

NM03 said...Reply To This Comment

in shaa allah num. byk jemputan ni. sempat kite singgah ye

lieyalatif said...Reply To This Comment

sumpah meriah kooooo.... dgn stok buahnye mcm tu.... siap ade aqiqah plak tu....berganda2 plal celebration korang.....ramai2 kumpul mcm tu mmg seronok kan noks...balik win pic last makan durian ramai2 tu....serius wey, durian ni kalo makan berdua bertiga tak best...makan ramai2 mcm tu baru syok....sorang tukang kopek, tangan yg lain dah ready nak cekut.....meriah2....

safurara said...Reply To This Comment

hehehe mak akk sama mcm mak saya,sket2 suh amik gambar dia.hahaha kelakar,.

Kakzakie said...Reply To This Comment

Org bandar balik beraya di kampung macam-macam hal. Dari maktoknya sampai ke cucunya semuanya ada agenda masing-masing:)

Rizziela said...Reply To This Comment

sedapnya...byknya buah2an..memang puas makan :D

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

gila makan durian tak hajak!!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Bila raya ni lah nak buat macam2 agenda Reena.. semua anak cucu datang berkumpulkan..
Sedapppp nya durian :)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...Reply To This Comment

Bila raya ni lah nak buat macam2 agenda Reena.. semua anak cucu datang berkumpulkan..
Sedapppp nya durian :)

Chik Att said...Reply To This Comment

wowww wowww ... duriang ...
Selamat hari raya .. maaf zahir batin

attyfir said...Reply To This Comment

alor besh nya dpt balun doyan sepenuh hati..nak jugak le..

Syeeda said...Reply To This Comment

banyaknya doqoyan.. makan ngn pulut sedap nih =)
selamat hari raya maaf zahir batin

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Wahhhhh bestnya banyak durian .... sendawa durian lah ko bebs ....