Thursday, August 7, 2014

citer ramadhan lepas

amboi, kemain dak qausar amek aleh keje mami hapdet blog ye semalam. ini semua poyoooo... hahaha... oklah, hari ni aku dah ade mood. tapi aku akan mula dari cite tertunggak ketika ramadhan. ala, tak banyak pun nak share citer ramadhan aku. mana ada lagi gambar dlm hp aku masukkanlah sekali. tak buat citer mcm tak best plak gambar tu tebiar je. wahhhh alasan gempak abes. hahaha

ni puasa ke brapa entah, kami 3 branak buka puasa kat kenny rogers. aku igt lagi, masa tahun petama puasa ada anak, tahun lepas la kan, aku ada gak bawak qausar bebuka kat tempat yang sama. masa tu dia tak reti ape lg, masih dalam stroller nengok je mak pak dia makan. hehehe... skang dah banyak akal, tak senang aku nak kawal emosi dia. bila ditegur sentap, muka cebek. ni kena petir ngan aku la ni buat muka cenggini ni.

mana aku tak hangin, ikut suker dia je nak telentang tebaring mcm ni. menggangu awek sebelah meja nak bermanja ngan boipren ke laki dia entah. kejap² kang dak qausar dah semakin dekat ngan awek tu. ko dah kenapa dik, gatai sangat kaaa... geram aku. sampai awek tu cakap tak pe kak... biasa la budak². kalau ko cakap tu ikhlas, terima kasih la dik, ahkak takut dlm hati kau mengutuk anak aku je. hahahaha... aku plak yang emo keeee...

ni lagi satu hal. kemain payah nak otter baju. bukan main mengelinja budak ni tau. ya allah... aku ni hari² urut dada, hari² nafas aku turun naik. baru anak sorang, emosi dah mcm anak sedozen. ko tgk la baju dia kena air liur dia. aku cabut oksigen dia marah, terus dia kuarkan air liur dia, tekena la baju masa aku sarung kat kepala dia. budak ni kalu korang nak tahu, pantang kena marah, pantang ke tegur, mesti dia kuarkan air liur dia tanda protes la konon. aku perati je perangai dia, bila aku naik hantu kang aku buatla mata buntang aku, terus je melalak. melalak tak lama, sumbat oksigen diam la dia. hehehe

ko tgk dia tenung akak tu... bila aku cakap akak ni antu kak limah tau dik. dia takut ngan antu kak limah, bila aku cakap mcm tu, beriya dia tenung akak tu. dah kenapa jelita plak antu kak limah kali ni ek. hahahaha... aku tu pun pasrah je aku cakap dia antu kak limah. kikiki

 tak puas ke ko tenung akak tu dik oii... beriya benor nih

masa ni kat aeon big wangsa maju. eh... tak sedap la sebut aeon big, sedap panggil k4 jugak. tujuan asal nak cari jubah dan kulta utk mak dan pak metua. sekali si dedi pi gatai try jubah jugak. dia kata mcm nak pakai raya petama jek. hishhh... kami dah plan, raya petama pakai baju raya tahun lepas je. malas nak beriya la sebab tak lama pun kat banting tu. selalu mmg mcm tu, kalu raya kat banting dulu, mmg dedi akan pakai baju raya yang lepas² je. yang beriya pun aku je la tapi setakat ni mmg aku tak penah merasmikan baju raya kat banting. sebab ape... sebab aku akan bertshirt dan seluar je, sebok kat dapo je kan. beraya ngan mertua pun sempoi gitu je. 

dia bekenan ngan kaler kelabu ni. pastu aku bising la, aku cakap abeshtu aku nak pakai baju ape. dah le takde kaler kelabu...nyampah... dia kata amek kelabu la sebab anak ade jubah kelabu. aku dah panasssss... wah nak panas gitu padahal bukan ko beriya pun pg raya kan. ahhhh takde... aku ttp nak carik sama kaler jugak, kot² kena pakai nnt cemana kan? sekali tgk ada sepasang baju raya yg aku tempah teselit kelabu skit². hahahaha... baru mak boleh benafas lega. mengada gitu ye dak. eh, hensem plak aku tgk laki aku pakai jubah. ada tokoh masuk pencetus ummah kennn... tukang ketuk beduk. kikiki

kami gerka balik banting hari sabtu. jalan clear giler, yang nampak sesak tu menghala ke tol gombak. uiiihai... sesak giler beb. kami gerak balik banting pun dah petang. saje je bajet sampai lg beberapa jam nak bebuka. sopan sangat menantu hantu ni kan. malas betul nak tolong mak metua. hahahaha... tak la... laki aku bangun lambat arrrrr.... aku menantu hebat taoooo. tak caya tanyer mak metua aku. kahkahkah!

 ini budak nasib baik tido. kalu tak mmg aku ngan dia mcm harimau ngan singa. elok dah nak sampai dia bangun. ha dah bangun la dik. ada suprise utk kamu. 

yeyyyy... qausar dapat moto baru. asyik dok punggah je basikal dia dari kl ke banting, ada baiknye beli yang baru. letak je kat banting, balik bila² tak payah nak hangkut basikal tu lg. semak bonet kete je. hehehe

sampai umh atok, tekinja² nak naik motor. kesian... apaknye takde motor, maka jakun la dapat naik motor. muka belagak je tu. 

ahad ptg bawak dak qausar potong rambut. rimas aku tgk rambut depan dia, dah cocok biji mata. potong rambut belakang??? owhhh tidak. mau bapak dia meroyan nnt. naper muka qausar mcm anak tino plak ni. dah mcm anak si amoi tu plak aku nengok. mcm sama je muka dorang. hehehe

sementara tunggu dedi pegi param, kita tunggu je dalam kete ye dik. nak diam ko kasi dia main game. kompem meleleh air liur dia sebab ralit sesangat. hahahaha

 malam raya kasi can qausar merasa main bunga api. ya allah.... mula² kasi dia pegang bunga api, ko tau muka jakun dia.. melopong mulot tao. kesian ko dik. hahaha...

 tu dia... vespa pilihan dak qausar sendiri. homei takkkk

puas main bunga api, masuk ngumah mengadap tab plak. hoiii.... ko feeling hebat kan dik siap tebaring atas meja jepun wan kau. amboiiiii..... kemain anak raja sangat ni. aku soh dia turun wan dia kata biaooooleeee... dok banting dia tak boleh pakai baju. melasak belengeh badan. baik pakai boxer je la. tak banyak aku nak membasuh. hehehe

 pagi raya bangun je tido, tak mandi pun lagi terus makan nasi himpit ngan kuah kacang. laaaa.... dia suker ke. aku baru taooo... hehehe... banyak lak tu dia makan. 

ini jelah sekeping gambar raya mereka berdua. lepas dedi balek solat raya, aku tukar baju dak qausar, amek gambar sedas. hanya satu ni je kenangan yang ado. aku???? menten ngupa makcik siah tukang masak dik nun! sedeh ahkak... hahahahaha


7 dok ngomen:

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

Buat macamana pun, comel je Dak Qausar ni... :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Alahai qausar..apa salahnya peningkan kpla mami kamu ek..hehehe

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Sebenarnya pakai jubah ni memang selesa itu yg daddy Qausar suka.

Qausar pun nampak segak berjubah. Dah macam budak Turki yg ikut mak/ayah mereka ke Mekah.

Dr K said...Reply To This Comment

suruh si Qausar naik vespa dia tu, sambil pakai sut Superman dia..mmg matching betol kaler biru merah! hahahaha

attyfir said...Reply To This Comment

superman pandai makan nasi impit kuah kacang .cute je superman

lieyalatif said...Reply To This Comment

pandainye qausar makan kuah kacang..dayyan? tgk merah sikit..eh bukan merah, oren2 sikit die dah belakon dok ckp pedas2 tak mo makan...haiyaaaaa!!

kelako aku tang protes dengan keluarkan air liur hehehehe....byk akal qausar ni beb....

norhidana said...Reply To This Comment

kene jumpa nih ngn qausar biar dia bg ilmu sikit kt aiyan biar dia kuat mkn mcm anak ko kak.... aiyan mkn memilih gile... tensen aku

aku suke lah ngn moto barau qausar n gambar dia berjubah tu... dr dulu nk carikan selai utk aiyan tp tak dpt2...