Tuesday, June 3, 2014

reunion waris mohd shariff & esah

sabtu lepas, kami ke klang, ada perjumpaan keluarga belah dedi. bukan saje perjumpaan, ada sekali kenduri tahlil dan kesyukuran. mlm sebelum tu dedi ada tanyer qausar, adik nak makan ape esok pagi... dia jawab roti canai. dedi tanyer lagi... tengahari? dia jawab nasi ayam... malam? dengan selamber muka dia... nasi goreng ayam la... aku ngan dedi dia gelak besar dgr jawapan dia. tak abes² dengan ayam. sudahnya pagi tu roti canai kemana... nasi ayam ke mana... mami buat mee je utk dia sebab bangun dah lambat..  

skang ni, lepas mandi dah pakai baju bagai... mesti dia tanyer... ensem tak. amboi... kemain kau ye dik. pakai jam, pakai minyak wangi semua sendiri. bab sikat rambut je dia tak suker... belari satu rumah kejarkan dia. nasib baik le rambut dia lurut halus gitu. tak sikat pun tak nampak sangat. tapi aku tetap nak sikatkan jugak. 

senyum tu tepaksa ke ikhlas tu qausar. 

skang ni macam² lagu dia tau. aku pun heran... dia dgr kat maner? maktok pasang radio tv ke kat umh? lagu hyperact jgn cakap la, mmg peberet dia. dia tgh nyanyi lagu hyperact la ni. 

 aku paksa dia buat muka kiut... mmg nmpk tepaksa sgt dik...

 ha ni tgh syok nyanyi lagu hazama... ku penglipur laraaaaaaaaaaa..... 
pastu hazama ke mana... hyperact kemana... tau² bunyi dengkuran. hahahaha

 dah sampai klang... tu dia.. tema ijo katakooooo

 makcik pakcik dedi semua best²... kepochi sangat depa semua ni taooo

 dah kenapa mcm datuk bongkok tiga tu dik oiii

 mengada sangat tau budak ni. bila aku cakap... betul² la dik amek gambar. dia jawab maluuuuuuu.. sekeh kang! hehehe

 dedi orang kuat majlis. bab tempahan tshirt dia yang handle. 

 ade kek jugak. untuk family dan untuk bufday mak mertua aku sekali

sementara tunggu majlis bermula, aku ngan mak mertua aku tgh hangat bergosip. 

 lepas zohor, jemput orang surau datang majlis kami. 

 orang surau dah settle makan... yang lain plak pakat serbu

dalam sepuluh adik beradik bapak mertua aku... uda usop la jadi ketua skang ni. 5 dah meninggal tggal la 5 beradik je skang ni. so ape² semua rujuk ngan uda usop. kelakar tau dia ni. ni dia tgh citer balik asal usul aruah atok dan nenek... cemana depa leh kenal, asal dari mana dan sampai la ke zaman yang ada skang ni. kalu aku tak dgr ni, haram aku tak tau...

 jgn kata aku... yg lain semua melopong. hahaha

4 beradik je yang ada, sorang lagi ada hal lain. takpe, next time make sure ada semua sekali. in shaa Allah... kenalkan bapak mertua aku... kanan sekali tu le.. dak qausar ikut memek muka atok oli dia la.. bibir tu mmg sama sangat. 

 mak sambut bufday sekali. alhamdulillah... semakin sihat dia skang ni.

ucu shila, biras mak mertua aku. ucu shila pun orang kuat majlis. ape saje semua refer ngan dia

seterusnya, pemilihan ahli jawatankuasa. bab ni takde sape setuju atau bangkang.. sebut je nama terus kira sah. hahahaha... dasyat! dedi qausar kena jadi timbalan pengerusi. wow... berat tugas tu dedi oii... kena pegang amanah betul², nnt tahun depan orang tak pangkah awak lagi. hahaha

 ko tgk anak teruna aku... kemain sedap bedating ngan dua pupu dia. diam² je dorang dok celah kete ni.

inilah dia waris aruah mohd sharif & esah... ade lagi yg tak dapat dtg belah siang... dorg dtg malam sebab malam tu ade bbq dan karaoke. kami 3 branak tak dapat join, ada hal lain. tu sebab aku tak pakai tshirt ijo ni, malas nak tukar² baju. tak yah carik aku kat gambar ni sebab aku yg tgh amek gambar ni. hahahaha

pak uteh (pak mertua aku), uda usop, ucu dan andak

 cucu cicit lelaki

mak mertua aku takde dalam gambar ni, dia tgh solat. makcik dedi yang pakai spek paris hilton tu paling havoc. takde dia sepi majlis. hahaha... 

kesimpulan majlis ni mmg meriah. in shaa Allah nak buat family day outdoor plak. aku cop nak jadi ketua sukaneka. arrrr... tak kira setuju ke tak... aku nak jugak. hahahaha





sekian!

8 dok ngomen:

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

meriahhhhhhhhhhh!!

wahida said...Reply To This Comment

teringat aku ziarah mak mertua ko jah...dah makin sihat nampaknya dia...Alhamdulillah...

ko nak jadi ketua sukaneka jah? ya ampunnnnnn, masuk jezzabel pun malassss...hahahaha...


larikkkk...

NM03 said...Reply To This Comment

wahida,

kurang hajeeerrr kau jah!!!!







kau tunggu!! siap kau!

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Alhamdulillah dpt merasa ada pak mak mentua..srmoga pnjg umur murah rezji to ur PIL..

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Meriahnya .... semua kehijauan :)

adarnadzmie said...Reply To This Comment

meriah ko...dpt berkumpul mcm ni bes sgt... dpt kenal saudara...:)

Kakzakie said...Reply To This Comment

Satu ukhuwah yg patut dicontohi. Menarik sebab semuanya supporting dlm majlis yg diraikan..

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Sesekali berkumpul macam ni memang gamat kan? :)

Sekejap je Qausar dah jadi anak teruna...