Tuesday, December 31, 2013

selamat tinggal 2013

banyak kenangan manis, suka dan duka sepanjang tahun ini. semuanya akan ku simpan rapat² dalam sejarah kehidupan. segala yang terjadi semuanya mengajar erti sebuah kehidupan dan menjadikan aku lebih dewasa dalam mengharungi hari² mendatang. moga segala kebaikan yang dilakukan sepanjang tahun ini mendapat keredhaanMu Ya Allah. segala kesilapan, moga mendapat keampunanMu Ya Allah. 

Azam utk tahun baru? aku tidak pernah ada azam atau menyimpan azam utk setiap tahun. ape yang aku rasa perlu, in shaa Allah... aku cuba kuat utk menunaikan niat di hati. aku juga macam orang lain, yang inginkan esok lebih baik dari semalam. 

aku doakan moga suami, anak, mak, ayah, adik beradik sentiasa dekat dihatiku. moga kalian terus dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Yang Maha Esa. kuatnya aku kerana kalian semua. begitu juga kepada kaum keluarga lain dan sahabat² yang berada disekelilingku, aku hargai kalian semua. moga kamu semua diberi umur yang panjang dan diberi kesihatan yang sempurna utk hari² seterusnya.

Ya Allah, aku mohon padaMu, kau berilah aku iman yang teguh utk aku terus mengingatiMu, dekat denganMu. ampunilah dosa²ku yang lalu, Maha Pengasih, Peyayang, Maha Mengerti.


habiskan sisa tahun ini dengan mengimbas kembali sejarah kenangan yang ada...





Al-Fatihah kepada aruah nenek mertua wahida atas pemergiannya ke rahmatullah pada jam 4.30 pagi tadi. moga rohnya dicucuri rahmat dan dibariskan bersama mereka yang beriman soleh. amin. semoga wahida dan keluarga tabah dan kuat dengan ujian akhir tahun ini. Allah dah rancang segala yang terbaik utk aruah. redhalah atas ketentuanNya....

17 dok ngomen:

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

selamat tahun baru
alfatihah untuk arwah nenek mentua kak wahida

msredcheesecake said...Reply To This Comment

selamat tahun baru.... semuga menjadi pengajaran apa yg berlaku...

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

Happy New Year Sis

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Happy new year mu..
Semoga trs sukses

Rizziela said...Reply To This Comment

Semoga 2014 lebih bermakna untuk kita semua

Cik Puan Rara said...Reply To This Comment

salam tahun baru kak.

Lynn Hamzah said...Reply To This Comment

happy new year...al fatihah...

::NureeN:: said...Reply To This Comment

selamat tahun baru..
takziah buat wahida & family...
sedapnya tea tarik tue... :)

Ainim Suju said...Reply To This Comment

Happy new year kak

norhidana miswan said...Reply To This Comment

suka duka 2013 semoga 2014 banyak yg indah2

Nafira usof said...Reply To This Comment

selamat tahun baru 2014 jugak..:)

Al-fatihah untuk arwah nenek wahida~

:: Mrs.Eady :: said...Reply To This Comment

selamat tahun baru..semoga kite terus berkawan sehingga ke akhir usia!

Hati Ema said...Reply To This Comment

selamat tahun baru

Siti Asiah said...Reply To This Comment

selamat tahun baru & moga 2014 lebih memberi erti kpd niezzareena sekeluarga...;)

Siti Asiah said...Reply To This Comment

tergoda tgok nescafe tarikh tu...;)

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Selamat tahun baru noks.....

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...Reply To This Comment

selamat tahun baru jugak... =)