Thursday, December 5, 2013

island hopping ~ package phi phi island ; krabi

hari ni dah boleh masuk hari ke dua kesah kami di aonang krabi. piewww.... byk lagi weh n3 akan menyusul. kalu korang jemu, aku minta maaf le banyak... selagi tak abes citer krabi, maka tidak akan ade n3 lain la menyelit. kalu aku tak up stori krabi, takde la kenangan di hari tua nnt ye dak. hehehe.. ok jom layan hari kedua kami di sana...

waktu krabi adalah sejam lewat dari waktu kita. masa flight nak landing, ada announcement waktu krabi, aku terus tukar waktu kat jam tangan aku. bila dah masuk krabi, hp korang automatik tukar waktu krabi. tak payah la nak risau pasal tu ye. mlm hari pertama tu, aku tido lena jugak la, tapi asyik le tesedar tgk jam takut telajak tido, tak dengar bunyi alarm. hehehe... xcited nak ke pulau kekdahnye... pagi tu kak jah kata, jenuh dia call bilik aku.. haram kami tak dengar. sori la jah ye.. ngupanya tepon bilik aku bunyi slow. lepas kak jah sound baru aku kuatkan. hehehe.. sebelum kuar, kami bekpes megi lagi. pastu neskepe semalam tak abes, aku masuk peti ais, pagi tu aku cicah biskut. kami boleh je bekpes kat hotel tapi tak halal noks.

 tu gaya spontan, nasib baik tak telentang. hahaha.. aku tgh turun tangga tetiber lakik panggil. eh... tetiber jugak aku buat gaya gitu. dah mcm beraerobik kat tangga plak aku tgk. hehehe

nak buat island hopping, mesti bawak waterproof backpack. selamat la barang² peribadi kita. ni aku tak beli pun, kawan opis lakik kasik pinjam. makaceh rina! lakik kata nak kena beli gak satu, nnt nak pegi perhentian senang. eh??? perhentian??? eh... perhentian??? ye ke ye ke... tipu la tu! lakik buat muka malas nak layan. hahaha... padan muka. eh.. kita kena stanby kat lobi dari jam 8.15 tau... jgn lambat takot kena tinggal. 

tengah tunggu orang dtg pikap kami, ade 4 orang student dari kedah tgh deal pasal island hopping ngan mamat ni. ala... aku lupa plak nama dia. dia ngan miss phat tukar² jaga kaunter. selang sehari gitu aku rasa. ha..ngan dia ni boleh timbang rasa. ngan student tu dia leh kasik package phi phi island 1000 baht = RM100 utk seorang. mcm ngan miss phat jenuh rayu, takde dia nak kasi weh. kalu korang dok hotel aku ni, nak deal pasal island hopping, carik dia ye. pastu dia ni kelakar. gaya dia mcm michael ang masterchef gitu. syok sembang ngan dia. bila budak² tu tanye betul ke servis hotel dia bagus.. dia siap kuar sijil ngko tunjuk kat depa. hahaha... ngan gaya² lembut dia, best melayan. hehehe

 tu dia heh... aerobus kami dah sampai. hahaha... gelak guling². cantek tak bas kak ton!!! bas datang pikap kami tepat jam 9 pg

scary noks naik bas ni. lantai dia kayu. pastu ade yg dah pecah. ala... mampu ke nak tampung berat kak ton ni. hahaha... dah la laluan tgh tu sempit giler. tecungap kami nak cari tempat kosong. kena sengetkan badan baru leh jln. eh, jgn kata kami je eh... orang ramping pun sempit tau nak lalu. 

 ekon tarak, kipas klasik ado.. layan...

tengok... sedeh tak. hehehe.. kesian mat² saleh yang tinggi lampai. dah la takde tempat duduk. kena bediri kepala betul² kena bumbung. kesian kan.. bas ni selagi boleh amek kastemer dia. nasib baik la dia datang amek kami dulu. 

 bas kokak pun, tv lcd tau... best plak layan lagu siam. ala² rentak 60an gitu. syok gak

okeh, dah sampai. kat sini la kami sesat masa nak cari stadium aonang. sini penghujung laluan aonang. aku tak tau ape maksud signboard putih tu.. lupa nak tanyer orang kat situ. daddy siap beli air sebotol besar kat hotel, takut nnt kat pulau mahal.

 kat sini pun ramai jek orang bukak gerai motor. 

 dgr briefing ni betul² tau. dorang akan bahagikan kita ikot kumpulan dan ikot bot. pembahagian tu dorang akan sebut ikut nama hotel dan no bilik. yg tgh bagi briefing tu nama dia alex. kelakar nak pitam. 

alhamdulillah, ada jugak orang kita yang satu bas ngan kami. mereka dari ukay perdana. ala... jirang kentut je la aku cakap. gelak dorang sekeluarga. hehehe... dorang dok hotel haleeva je, berdepan ngan hotel kami tu. perkenalkan akak zizah, abag rizal dan anak². mereka sporting giler. mereka datang krabi ngan kete. dari kl ke hatyai masuk phuket pastu baru krabi. bestkan... aku dah plan ngan lakik nak buat mcm tu jugak. tunggu qausar besar, senang nak bawak jalan jauh. masa ni aku doa, biarlah kami dapat satu bot. alhamdulillah... Allah makbulkan doa aku. 

 pembahagian kumpulan dah selesai, mari ikut ketua bot memasing ke jeti. eh... jeti ker?? tgh bejalan nak ke jeti, ada plak pertandingan bola tampar. alhamdulillah, cuaca hari tu amatlah baik. panas mengelip ngko. 

 oi... tecungap jugak nak boleh sampai ke tempat bot. jauhnyeee.... 

 kami bersembang hal dunia. kahkahkah...

 hah... sampai pon. 

ok, sila carik ketua bot memasing dan make sure naik bot yang betul ye. masa briefing tu dorang dah siap² bagi tau no bot. jgn memandai nak tukar ye, sebab dorang dah rekod nama dan no hotel kita ikut ketua bot memasing. 

masuk je bot, alex dah tunjuk magik. hahaha... magik la sangat. dia bukak tutup botol coke pakai botol mineral. ok la, magik la jugak. dia cungkil je penutup botol coke tu ngan petup botol mineral. pertama kali tgk, mmg teruja la. sebenarnya, korang tak payah susah² nak bawak air. kat dalam bot dah tersedia satu tong merah yg besar tu penuh ngan mineral dan coke. korang minum la coke sampai bebuih mulut. amek je kalu rasa haus. mmg banyak pun. mmg disedia utk kita pun. 

bila bot dah jalan, alex pun kasi taklimat lagi. dia bagi tau la pulau ape yang kita akan singgah. hai la si alex ni, aku rasa nak campak je dia ke laut... suker nau buat kelakar. aku bukan boleh gelak kontrol, sempit rasa dada. tapi takkan aku nak gelak guling² plak kat dalam bot tu kan. mau orang igt aku dugung jadian manusia. muahahaha!!


 aku soh alex amekkan gambar. inilah kawan² baru aku. hahaha... eh, ade lagi, tak amek plak gambar yg duduk depan muncung bot. ramai gak lagi.

alex sukar nyakat minah jepun dia. dia loan ranger. bawak diri travel sorang. ni dia amek gambar pakai kamera aku. hampeh ko alex. pastu dia cakap kat kami i love uol pastu tunjuk kat minah jepun ni sambil cakap but i love u more. sepak kang! hahaha

alex ni tak leh dok diam. ade je cobaan nak sakat orang. dia letak air batu kat dalam baju orang la, baling air batu kat orang la.. ai.. geram plak aku nengok. pastu dia tegur kami, hanimun ke.. aku cakap haah. dia tanyer dah ade anak ke.. aku cakap la dah, sorang. pastu dia cakap, ok.. today you made in krabi born in malaysia. hahaha... malu aku weh. pastu aku cakap balik, anak aku tu made in bali, born in malaysia, padahal tak pon, saje nak sambung lawak dia. dah dia tepuk tangan. betambah la aku malu. vodo ko alex. yang aku pun melayan. hahaha

 tengah layan lawak alex, tetiber dia soh bangun. kami pun pakat semua bangun. sekali tgk... wow!!! star cruise weh... depan mata noksss... ok aku jakun!

 pastu bot kami lalu kat bawah muncung star cruise. wowwwww lagik!!! best best!!!

 pastu nampak chicken island. package aku takde brenti kat sini. sekadar lalu jek.

 ni kawan sebelah aku. lupa nama dia. susah nak sebut nama dia. dia dari italy berumur 56 tahun. dia pun travel sengsorang. pendiam lak tu. kitaorang gelak la cemana pun. dia senyum je...

 sedap kemain togok coke ye. tau dek tok ayah qausar ni, mampos. hahaha

 nak sampai ke pulau pertama agak lama jugak. aku dah start ngantuk masa ni.

 sebelum sampai pulau pertama, sila isi borang ni ye. kasi nama, hotel maner, no bilik, dari maner, umur dan jantina. ni utk dorang dabel cek balance tak ngan rekod yang dorang ade. 

 tak sudah² lagi lawak si alex ni. aku rasa dapat dia jadi ketua bot mmg best la. tak tau la bot lain kan. dia nak sakat orang kan, sekali dia yang kena.. kan dah kena siram ngan mineral sejuk. padan muka. hahaha

ok, dah nak sampai. alex cakap kita akan sampai bamboo island. kita bebas nak buat ape asalkan jam 11 kena naik bot semula. sape nak pinjam alat utk snorkeling, sila angkat tangan dan sign kat borang yang kita isi tu. berkali² alex pesan, make sure jam 11 ada kat bot semula, sape lambat... bye bye.. katanye. 

weols dah sampai bamboo island uolsssss... cantek tak!!! laut hijau, cuaca cerah, ape lagi... jom snorkeling!! 




18 dok ngomen:

Suria Amanda said...Reply To This Comment

Ya allah..subhanallah....cantik giler....

wahida said...Reply To This Comment

jah, kita tak brekfes kat hotel kita tu sbb dia x halal, serve pork, awat tak citer?


kerlassss ko nok kawan dengan mat salleh je sekarang....muahahaha...

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

cepat update lagiiiii...nak sambung nangis niiiii...

MuMMie BeRRy said...Reply To This Comment

best n chantik nya kak....

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

puas hati datang sini...layanan baik
snorkeling....bestnya

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Noks...jelessss!!!!okbai..

Ujie Othman said...Reply To This Comment

bestnya..enjoy reading. sambil berangan diri kat situ..:D

Rozita said...Reply To This Comment

Bestnya ..cuaca cantik tuuu. Masa akak pergi phiphi island ari tu, cuaca mendung +hujan ...huhuhu. Tapi yg bagusnya tak sunburn lah !

Dee said...Reply To This Comment

aku baca pun leh tahu tahap lawak alex..mujur gak kau tak bwk qausar nok..jenuh panas2 gitu..silap2 demam anak kau..btw..kak jah gi asing ke? tak sama ngan kau?

Z.u.r.a and I.w.a.n said...Reply To This Comment

lawak bebenor si alex tu..
haihh nk island hopping gak la..
nak pi krabi gak..hehe..
cantik sgt laut bamboo island tu..

Unknown said...Reply To This Comment

cantiknyeee..nak pegi jgakk..

Unknown said...Reply To This Comment

bestnyeeeeeeee!
jelesnye aku~
aku tak pernah lagi sampai mana2 pulau tau~ jgn kata pulau kat obesi. pulau kat mesia pon x pernah jejak lagi.. sadis jer kan dgr citer aku. takpe lah.. aku tengok gambar kat blog ko jer lah sambil verangan~

syawalsimpsons said...Reply To This Comment

wahhh biru je airnya...terbaik la

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Alamak bestnya.....bilalah aku nak bercuti-cutian macam ni....huwaaa

Unknown said...Reply To This Comment

cantiknyaaaa gambar.. nak lagi nak lagi...!!

wantie said...Reply To This Comment

mat salleh tu kalau dia faham kome gelak apa tentu dia join. mungkin dia tak paham. nak gelak lebih lebih kang mcm badut pulak. hahahaha

JunAina said...Reply To This Comment

Jadik pemandu pelancong cam gitu mesti kena pandai tackle org tapikan memang bestlah package siap minum2...

ajumohit said...Reply To This Comment

bestnya makan angin, suka tgk view laut biru

aju sihat niezza, anak2 masih 3 dan belum ada penambahan lagi hiks hiks