Monday, August 19, 2013

1 syawal 2013, raya kami

assalamualaikum semua.... rasanya hari ni semua dah masuk keje cam biasa ek. tak mo malas² ye, cargas cargas!!! hehehe... pagi ni gigeh kami keluar awal sebab takot jem gilak². sabtu ahad lepas jalan sesak kemain ek... ye la, ramai dah yang dh start wat open house. kami pun dapat banyak jemputan. mana dan kami singgah, mana tak dan minta maaf le banyak. kalut nak kejar masa kadang tak boleh nak p semua jemputan. eh, pasal open house nnt aku wat n3 jugak. kenangan bersama mereka yang mengundang kami menjamu selera. hari ni aku persembahkan raya pertama kami bersama keluarga.

tema kami satu keluarga adalah gold. mula tu aku nak mustard yellow.. entah kenapa leh tepesong kepada gold. hahaha... kami ni suke sama kaler pada pagi raya. dan yang bestnye, aku lah penentu kaler aper utk tiap kali raya. hahaha... hebatkan kuasa seorang kakak sulung.dan tahun ni julung² kali kami tak balik kampung mak kat kelantan nun jauh... sebab aper, sebab ayah tak moo balik katanya. dia nak beraya kl. mungkin sebab ayah pun tak brapa sihat sangat skang ni. bila jalan jauh dia cepat rasa letih dan tak selesa. aku siap offer soh dia balik terbang, tak moo jugak. aku tak nak paksa beriya sangat la kalu gitu. so kami adik bradik buat kata putus, semua tak payah balik. ye la, takkan nak tinggal ayah sorang² plak kan. 

tahun kedua beraya bersama anak teruna. tahun lepas dia baru masuk 2 bulan. skang dah dapat kaki, tak larat nak main kejar². aku mmg nak blikan dia sampin, tapi maktok kata tak payah, dah le qausar jenis kalu belari senang noo tegolek. hahaha... dia kan kalut. so raya tanpa sampin le tahun ni. tahun depan mummy bli ye sayang... nak begambar ngan dia susah kemain. mana taknye, kak icha dah tekinja² kat depan tu dok panggil nama dia. tu gambar aku dok peluk dia kuat tu sebab dia sibuk nak turun. hahaha...

dah snap gambar 3 beranak dua tiga keping, qausar pun terlepas. haishh.... jadiknye kami bergambar berdua je la... hehehe... eh, daddy... kemain senyum kat gambar ketiga tu. dah kenapa. ye ye, wajib tutup perut muncit ku itu. terpaksa.... kang kalu tidak korang ingat aku mengandung lagik. hahaha

ni pasangan angin laut cina selatan. hahaha... kenapa aku cakap mcm tu? sebab mereka selalu noo tak sebulu. kikiki... tahun ni kami tak buatkan ayah baju sepasang sebab lepas raya bukan dia pakai pun. mak kata tahun ni blikan ayah baju dan kain sarung je. tengok² kain sarung yang mak bli kena plak ngan tema.Ya Allah, kau panjangkanlah usia mak dan ayah aku. amin...

seterusnya, ni adik kedua aku. bonda, baba dan kak icha. kak icha pon susah noo nak soh bergambar. tak sabar nak kejar² ngan qausar. aku soh dia senyum, ko tgk dia senyum ngupa cemana. dah penyek muka dia jadiknye. hahaha... tak lama lg kak icha dapat adik. dapat anak buah baru lagik. tahun depan bertambah duit raya lagik. hahahaha

next, adik ketiga aku, ummi achiq dan abi yan. adik ipar aku si yan ni nmpk pendiam tapi dia la paling kelakar. sekali dia keluar lorat nogori, mengekek kami gelak. aku doakan mereka cepat menimang cahaya mata. ummi, sabar itu penting. aku boleh tunggu sampai 8 tahun, aku harap ko jugak mcm tu. in shaa Allah, ade rezeki tak kemana punyer. jgn putus doa, itu yang penting. 

last sekali, adik bongsu aku, ami ayu, ayah ajif dan rayqal. rayqal ni tunggu masa je dapat kaki. kompem bergusti ngan kak icha dan qausar. adik ipar aku yang ni plak, pendiam jugak orangnye. yang ni pendiam sungguh. ade masa dia banyak cakap, ade masa dia cakap bila perlu. tapi bila sekali cakap, mesti kelakar. orang pendiam mmg gitu ek. hah korang, nnt jemput kami mkn² kat umh baru korang tau. tak jemput sentap sampai raya tahun depan. hahahaha

muslimah sangat ngupa aku kan. tahun ni aku tak buat baju kurung banyak. aku tempah dua pasang dress ala² jubah, dress ke tu? jubah ke tu? hahaha... dan baju kurung sepasang. dah cukup. ade lagi kain tak sempat nak tempah, nnt la... nak raya haji sok aku anta tailor. sebab tak balik kg le aku tak rasa beriya sangat nak beraya. sedih kan... daddy plak pakai balik baju masa wat aqiqah qausar tahun lepas. lepas pada majlis tu dia mmg tak pakai dah, simpan utk raya. so tahun ni dia mmg takde tempah baju melayu. qausar plak, ingat nak pakaikan dia jubah masa aqiqah dia. jubah tu sama ngan kain baju melayu daddy. sekali mak tok p blikan baju melayu kat dia. dia kata jgn pakaikan qausar jubah tu, nnt takut tesungkur. mm.. mak tok ko mmg mcm² dik, padahal jubah tu pun ade seluar jugak, tapi sebab jubah tu labuh, tu yg mak tok tak kasi pakai. tudung, aku tak bli baru, pakai yang mana ade. tudung ni pun aku penah pakai sekali je masa beday qausar.

 ko tgk muke qausar, muka kena marah ngan aku.

 muka nak nangis tapi tak jadi. hikhikhik....

 baju pink tu maklong aku. kakak sulung ayah aku. paklong aku tu suara dia femes dalam iklan dan mcm² rancangan kat astro. yang lain² tu semua sepupu aku anak maklong aku. 

ni lysha, anak maklong aku yg ketiga. ni kazen aku yang paling rapat ngan aku. kalu lepak sekali, mesti keluar citer zaman nakal muda² dulu. hahaha... skang dia dah ade 3 orang anak, dan bakal anak keempat tahun depan, in shaa Allah. sape sangka, kami yang sungguh nakal dolu², skang bila dah ade keluarga, semuanya berubah. alhamdulillah...

inilah kami sekeluarga di pagi raya. lepas lepak kat umh maklong, kami ke umh pak ngah, abang ayah aku. tapi gambo idak le sempat nak amek sebab nak kejar masa ke rumah neklang pastu nak kejar masa balik banting. esok sambung lagi ye...

hah penat sangat, masuk kete terus dengkur. melepet koo... hehehe

34 dok ngomen:

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

cantik colour tema

wahida said...Reply To This Comment

kaler gold ni cantik noks...kena sgt ngan korang...

angah dah pakai tudung ke noks?

rumah paklong ko ni kat mana jah? aku suka la tgk laman dia yg terbentang luas ni...

rayqal tu makin hensem la aku tgk...

nok, nnt kim slm kat mak ko, ckp aku nak mkn lagi mee kari dia...hihi...

wahida said...Reply To This Comment

eh, lagi satu, esok ko mesti pakai dress ko yg gojes ni gi jamuan esok kan...meletup ko jah...cantik!!

Kakcik said...Reply To This Comment

Cantiklah warna keemasan. Tahun depan mak nak 'cop'warna itulah... :)

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Meriahnya raya ☺☺

NM03 said...Reply To This Comment

jah, umh paklong aku ni kat batu kep. umh baru, mmg luas giler laman dia noks.

tak la, angah n aciq tu mmg tiap kali raya pertama pakai tudung. hahaha... aku pun heran, dah kenapa nak kena pakai tiap kali raya petama.

rayqal tu nnt besar mesti ensem mcm ayah dia kan noks...

aku nak pakai dress tu esok? mau kena kutuk kot noks... hahaha

Ibu Lala said...Reply To This Comment

Besarnya rumah niza. Bestkan ada tanah besar besar ni. Puas la si qausar tu nak berlari lari.

Wah adik beradik pun sedondon warna. Happy family. Kite je yang tak sedondon raya ni.

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

cantiklah tema kaler gold ~!

Eye_nee said...Reply To This Comment

Semahal Gold..kelas warnanya noksss....

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Lawa la.weyhh tema gold cemggini..hehe..

Kim salam ke ma mu ek..nti aku nak dtg raya aka.urut ngn ma mu..haha

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

semua pakat ambil gambar kat buaian...cantiklah

meriahnya raya korang...

norhidana miswan said...Reply To This Comment

waaaaa cantik tema raya ko thn ni kak... paling best bile 1 family sume sedondon... seronok pg raya sama2 kaler gitu...

tak pelah sesekali raya kt kl kan, jnji mak ayah kite ada sama kire ok je

:: Mrs.Eady :: said...Reply To This Comment

Meriah kate kooo :)

IDAZS said...Reply To This Comment

selamat hari raya, cantiknyaa...

Mimy Hamid said...Reply To This Comment

best sgt family ....sepakat kuning...mmg sporting

Lynn Hamzah said...Reply To This Comment

meriahnya...seronok tengok...

mamasuri said...Reply To This Comment

cantiknyer warna baju korang...
mmg meriah aku tgk..

wantie said...Reply To This Comment

kaler gold. wah mcm kaler pengantin.

qausar tu letih bergambar ke letih berkawat?

AdaM Hawa said...Reply To This Comment

cantik!!! gold gitu.. qausar comelnya kamu..

Qashmere said...Reply To This Comment

Manja nyeeeeeeeee cantik baju2

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Wah meriahnya....cantiklah satu family baju tema gold...

lieyalatif said...Reply To This Comment

CANTIK GILE noks pilihan tema kaler ko...best le ko ade kuase besar pilih kaler tiap2 tahun....lawa kan bile sedondon ngan yg lain2....

qausar dah le putih melepak mmg masuk betul ngna kaler tu....mesti byk duit raye budak encem ni dpt kumpul kan noks...

Kakzakie said...Reply To This Comment

Betullah kata mak tu kalau Qausar pakai jubah takut tersungkur sebab tengoh ligat tu. Tengoklah pimpin tangan pun kaki dah ligat bukan main. Geram kakak tengok:)

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...Reply To This Comment

haah, cantik plak kaler gold ni..
naik seri aje tgk hang pakai!

~MommyAida~ said...Reply To This Comment

Meriahnya raya uolss..kaler pon mengancam...Selamat Hari Raya..

ummiross said...Reply To This Comment

Fulamak..bestnya gambar raya, cantik sangat gambar atas buai tu, gold memang pilihan tepat, nampak ceria sekeluarga.

Daddy Ziyyad said...Reply To This Comment

selamat hari raya nok...
mmg terserlah ke muslimahan kau lah..berjubah gold macam tu...hahaha..

Jumria Alimuddin said...Reply To This Comment

nice warna tema ni...smlm google warna orange pn nice....slama ni tema warna gelap jak...next yr mo try warna2 cerah plak :)

Amanda Suria said...Reply To This Comment

Cantik...sama tema ngan mak abah aku nok...tahun depan nk suruh diorg semya sama tema la...best skit kot...

Cho Zila said...Reply To This Comment

semuanyer sama tema yerk.. baguih gak gitu.. bebetoi sedondonkan..

Haryati Faizal said...Reply To This Comment

selamat hari raya ye...

Softtouch [Hanim] said...Reply To This Comment

cntikla nieza kaler tema awk....gold...bj awk pun cntik-...makin ensem qausar ni..geram tgk...

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

cantik2 picnyer !

Khai♥Rin : anies said...Reply To This Comment

uiii serba kuning gituwww