Thursday, July 25, 2013

hari ini hari aku!

Ya Allah
Panjangkanlah usiaku
Agar lebih lama untuk aku mentaatiMu
Jadikanlah kehidupanku ini sebagai ladang
Moga diakhirat kelak dapat ku mengutip hasilnya

Ya Allah
Tambahkanlah amalanku disaat bertambahnya usiaku
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar
Menyinari jalanku

Aku bersyukur Ya Allah
Engkau masih pinjamkan nafas untukku
Terima kasih atas segala nikmat yang telah Engkau berikan
Terima kasih untuk segala ujian yang telah Engkau turunkan
Moga Engkau berikan aku keimanan yang teguh
Untuk aku mengharungi segala cabaran itu

Ampunkanlah Aku Ya Allah
Aku hanya hambaMu dan insan yang lemah
Kadang aku tewas dengan godaan yang melanda
Moga dengan limpah dan rahmat dari Mu
Berkati dan rahmatilah aku untuk aku mencari redha Mu


terima kasih kepada Puan Naimah binti Shafii
mak yang telah melahirkan aku
terima kasih juga kepada En Mohd Shahri Yaakob
kerana mereka berdualah aku dilahirkan
menjagaku siang dan malam ketika aku kecil
membesarkan aku penuh kasih sayang walau selalu kena bebel
memberi nasihat tanpa henti tp adakala aku tidak mendengar
menjaga makan dan minumku sehingga kini hari² mkn free kat umh mak. hehehe
memberi aku tempat berteduh aku dok umh yg mak beli secara percuma. mmg deharka sgt. hahaha
menjaga dan membesarkan anak aku selalu anakku bermalam dengan mereka
sabar dengan kenakalan anakku hari² mak tok jadi tarzan, tok ayah selalu kena buli
sayang dan kasih akan aku, suamiku dan anakku seadanya
terima kasih mak, mak tok...
terima kasih ayah, tok ayah..

selamat hari tua untuk aku, Shareena binti Mohd Shahri
25 julai 2013
genap 35 tahun

.
.
.
.
.
.


daddy qausar
kat maner dinner cahaya lilin kita malam ini
ahaksssss 

40 dok ngomen:

Suria Amanda said...Reply To This Comment

Selamat hari lahir nok...semogga apa yg ko impikan menjadi kenyataan...amin...

ameris said...Reply To This Comment

happy bday..

norhidana said...Reply To This Comment

selamat hari lahir kak, moga dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yg baik n hepi selalu bersama family tersyg... sblum2 ni 2thn berturut aku sambut bday bulan pose akhirnya thn ni dpt sambut bday bkn time pose

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Selamat hari lahir....moga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu di samping keluarga....amin

pena rozie said...Reply To This Comment

Amin..... Eppy birthday,,,,,

Eye_nee said...Reply To This Comment

Hepi Besday sis...semoga kehidupan ko sentiasa bahagia..rezeki yg berganda dan dipjg kan umur...aminnn..

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

Happy Birthday mek jahhhh! :)

wahida said...Reply To This Comment

walaupun dah wish, nak wish lagi sekali...

selamat hari lahir sahabatku...
semoga kau terus dilimpahkan rezeki yg luas, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa berbahagia dgn keluarga tersayang...

setiap solat aku tak pernah lupa utk doakan kesejahteraan ko...aku harap kita boleh berkawan sampai bila2..terima kasih sudi menjadi sahabat dunia akhirat aku...

aku sayang sangat ko jah...

Unknown said...Reply To This Comment

happy besday kak!

eMMe said...Reply To This Comment

Assalamualaikum NM02
hehehe.. busday dia lak yea!

Tahniah! atas penambahan usia ini..
moga terus sukses dlm carier, umahtangga dan anak n maybe anak2 oneday sape tahun kan!

best la kalo ade celebrating dgn someone bersama cahaya lilin...
sweet n romance, heee~

Unknown said...Reply To This Comment

Hpy Bday mummy...

Sga trs sukses!!!

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

happy birthday kak ! semoga panjang umur dan murah rezeki. happy2 selalu ya *hugs*

haryati said...Reply To This Comment

selamat hari lahir ye!...

ummiross said...Reply To This Comment

selamat hari lahir Shareena..
Moga Allah SWT sentiasa menganugerahkan segala yang terbaik buat Shareena dan keluarga.

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Bila baca puisi ni, mst ko anak manja kan? Hahahah!

Happy 'burst'day beb. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rejeki lagi (adik qausar...mane tau khenn?)

Encik Suami said...Reply To This Comment

Assalamualaikum.

besday kita pun bulan julai gak.weee.

nak wish gak la.

Selamat hari lahir utk akak.semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diperkukuhkan jodoh, & dikurniakan kesihatan yang baik.

Ratu Hatiku said...Reply To This Comment

Selamat hari lahir.. Semoga pnjg umur, murah rezeki dan bahagia dunia akhirat.. :D

NrlAidaHml said...Reply To This Comment

Happy Birthday Mummy Qausar..semoga terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..nanti uupdate k kat mana bercahaya lilin..hihih

Unknown said...Reply To This Comment

tahniah kak..
slamat hari lahir..
moga dipanjangkan umur dan dimurahkn lagi rezeki :)

Ibu Lala said...Reply To This Comment

tahniah.

moga panjang umo, murah rezeki dan dikurniakan cahaya mata kedua.

hepi berthday nieza.

Unknown said...Reply To This Comment

Selamat hari Lahir yang ke 35 Shareena. Baru tahu nama penuh niezza...

Moga murah rezeki selalu dan berbahagia di samping suami dan anak tercinta.

Dee said...Reply To This Comment

happy birthday shareena..daripada sarina..hihihi..

Mimy Hamid said...Reply To This Comment

happy birthday shena eh kak shena..nak panggil akak ke apa ...huhuhu semoga panjang umur murah rezeki muahh mama Qausar

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Happy born day kakak Shareena binti Mohd Shahri. Smoga diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rejeki, diberkati kehidupan di dunia dan akhirat dan smoga kekal bahagia selamanya.

Unknown said...Reply To This Comment

happy birthday kakkk :D fae pikir doa apa tadi. bila fae scroll kebawah ohhh akak birthday rupanye today hihi.

akak pegi la celebrate ngan suami. qausar biar fae jaga. hahaha.

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

hepi besday buat Shareena...
moga dipanjangkan umur serta dmurah rezeki selalu..

wantie said...Reply To This Comment

Happy B'day buat mu shareena.
upss... b'day to NM03. nak jugak aku panggil nama tu.


candle light dinner le berbuka nanti yer

ct rahani said...Reply To This Comment

selamat hari lahir kak.. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta bahagia hingga ke hujung usia.. amin.. :)

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

Amin untuk doa2mu, nak... :)

lieyalatif said...Reply To This Comment

hepi besdei my cute fren!!! moga menjadi isteri yg solehah dan ibu yg baik....

amboiii mkn berteman cahaya lilin gitu malam ni yeak...auwwww!!

safurara said...Reply To This Comment

mula mula sedih.sampai bawah.alahaiiii lawak lah akk ni.hehehe.happy buffday kak.may Allah bless u always.murah rezeki dan panjang umur.

Unknown said...Reply To This Comment

happy besday kak... sma besday ngan anak sulong sy tau...moga bahagia selalu kak...

Unknown said...Reply To This Comment

nyanyi sikittttt...

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Puan Shareena binti Mohd Shahri
Allah selamatkan kamu



semoga sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Ilahi


:)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

weyhh..mu tua setahun dari aku la..aku ingat kita sama umur..

selamat hari lahir ek..
mu still ageless..blueekkkk

dear anies said...Reply To This Comment

happy birthday to uuuuuuu...

nnt kita tiup lilin sm2 yek... ;-)

Unknown said...Reply To This Comment

selamat ulang tahun kelahiran... sebaya rupanya kita yerk.. :)

klu dekat blh anta kek 2-3 tingkat.... :)

semoga happy selalu disamping yg tersayang.....

Me, Myself and I said...Reply To This Comment

happy birthday my twin.. jumpa jgk org yg sama birthday ngan kita

AdaM Hawa said...Reply To This Comment

Selamat ulang tahun..

Ainim Rashihah said...Reply To This Comment

Happy birthday Kak Shareena

kurus said...Reply To This Comment

eppy bday dear !


semoga panjang usia .. bertambah anak lagi utk temankan qausar !