Wednesday, January 9, 2013

qays dan pengasuh part 2

assalamualaikum semua

hari ni mami nak citer pasal qays dan pengasuh seperti yang dijanjikan semalam. sebelum ni qays memang dok ngan pengasuh sebelah ngan umh adik mami si angah tu. kalu ape² hal senang la kan. lagi pun pengasuh tu mmg dah lama pun kami kenal. pengasuh tu nama dia kak ti dan anak² yang dia jaga panggil dia mak ti dan suami dia bapak. anak angah si qalesya tu pun mak ti yang jaga. kalu korang ingat, mami ada citer yang masa mami anta qays 3 bulan, mak ti peknen kan. due dia patut akhir bulan satu. 

ok, lepas dah masuk bulan 12, mami dan adik badek yang lain pakat amek maid dok ngan mak dan jaga anak² kami. standby awal takut² mak ti bersalin awal. maknanya kalu dah ada maid, qays, qalesya dan rayqal akan kami anta ke rumah mak. mak bukan tak boleh jaga cucu tapi mak kami bz women. hahaha... kalu dia ada masa free, mmg dia soh cucu² tido ngan dia. takpela... kami pun paham kerjaya mak. dan patutnya qays dok ngan mak ti sampai abes bulan 12 je sebab maid akan start awal bulan 1. 

entah cemana, belom sempat bulan satu, mak ti dah start rasa sakit perut. dah tak larat nak jaga qays. masa tu tinggal brape hari je lagi nak abes bulan 12. nak tak nak, mami terpaksa la cari pengasuh sementara. cari punya cari dapat gak jiran atas ngumah mami. kebetulan budak² yang dia mengasuh semua balik kg memasing sebab cuti sekolah. dia sempat jaga qays 3 hari. mami penah citer kat n3 ni. masuk tahun baru, mak ti call kami soh anta balik qays sebab dia tau maid kami ada masalah pulak. kesian dan asyik teringat kat qays je katanya. bila mami tanyer boleh lagi ke nak jaga qays. dia cakap boleh, ari tu sakit 2 hari sebab dia p makan gulai nangka. tu yang rasa menyucuk². oh lega kami rasa dan kami beharap maid dapat sampai sebelum mak ti betul² nak bersalin.

3 hari qays kat ngumah mak ti, jumaat lepas suami angah call bagi tau mak ti dah masuk wad. wakduh!!! runsing lagi!!!!.. mami dan dedi half day sebab kena amek qays. angah keje, suami dia pun berniaga..nak minta anta kat ngumah mak, mak plak jaga rayqal sementara anta kat pengasuh baru. adoi... terpaksa gakla half day kan. malam tu dedi try call nurul, isteri kawan opis dia sebab nurul ni jaga anak mmbr opis dorang gak. mcm yang kami cakap, sementara je, tunggu maid sampai. adoila maid ni pun... mcm² hal plak. nasib baik la nurul kata ok. isnin kami EL sebab p amek barang² kat ngumah mak ti p anta ke ngumah nurul. nak p masa cuti sabtu ahad, kami berdua bz ke sana sini, p kenduri la p sepital la, entah... ada je benda² penting sampai tak sepat nak buat urusan qays. hahaha...

masa anta barang² qays kat ngumah nurul, tgk qays mcm ok je. lagi pun qays mmg tak kesah ngan sesiapa saje. anak² nurul pun suker kat qays. anak sulung dia cakap muka qays mcm jambu. mami gelak pastu mami cakap mmg dia jambu batu air lemak manis pun. tu kan gelaran qays. hehehe... satu je yang kami risau sebab dedi akan anta mami dulu pastu mereka berdua sama² ke opis dedi. risau sebab takut qays lasak dalam car seat dia. budak tu kalu dah bosan dok dalam car seat, mula la melasak nak bangun la, pusing kiri kanan la.. ish risau mami. tapi smlm dedi kata ok je. masa kuar ngumah pagi smlm dia tido dan terjaga masa dah sampai opis mami tapi dedi kata dia gud boy sampai opis dedi. masa anta ke ngumah nurul, dia ok je. ok, mami lega la dengar citer dedi. masuk kol 9, mami try call nurul tyer khabar qays. nurul kata sampai pg tadi, dok kejap dia tido. pastu dia bangun dia nanges. dan ye.... mami dengar suara dia masih menagis meraung. adoi... dah start rasa susah hati. nurul kata takpe, tunggu tgk jap² lagi cemana. kalu ada ape² nurul call balik. mami pun terus le call dedi kasi tau. dedi kata tgk tghari, kalu nangis jugak, amek dia bawa balik dia soh mami half day lagi. kol 10 lebih mami call nurul lagi, naluri ibu mmg akan rasa lain bila ape² tak kena kat anak dia. dan ape yg mami risaukan mmg benar, qays masih menangis. berenti kejap minum susu dan sambung nangis. ala...naper qays ni. selalunya tak kesah ngan sape pun. dok ngan pengasuh sementara yang jiran atas ngumah tu ok plak. nurul kata dia try nak tido kan qays nnt dia call blk dalam kol 12. dok jap tu dedi call dia cakap nurul call dia bg tau qays tak brenti nangis. dedi kena amek jugak la, kesian kat dia. 

masa dedi sampai umh nurul, qays nmpk dedi tekebil² pandang je muka dedi mcm nak sampaikan sesuatu. masuk kete dia tenung muka dedi. hahaha... kesian dedi kata. sampai opis mami, mami masuk kete dia tenung muka mami plak. mami cuba berinteraksi ngan dia dan dia mula la cakap bahasa jerman dia tu, hehehe... tau² dia tertido sendiri. sampai ngumah dia masih tido dan  lena giler² sampai kol 5ptg. mmg penat betul. penat melalak la tu. kesian dia.

ptg smlm mami ada call mak ti, nak tyer pasal tutup botol qays, dia cakap dia dah balik ngumah. oh lupa... mak ti dah selamat bersalin anak lelaki seberat 4.50kg. tekejut tak??? hahahaha... comel lak tu, mata sepet, dagu mcm qays. hehehe... smlm kami p melawat dia. sembang punyer sembang mak ti kata esok boleh anta qays. ha????? kami tekejut. mungkin mak ti kesian sebab mami ada citer qays asyik melalak je dok ngan pengasuh baru. dia kata boleh sebab dia minta tolong kawan dia tolong skit². pagi kawan dia datang tolong mandikan, kasi mkn bagai. bila qays dah masuk buai, mak ti boleh enjutkan. tghari tu boleh la dia nak balik ngumah kejap nak mkn ke ape ke. pastu dia p balik ngumah mak ti sampai ptg. oh lega seleganya. mmg qays pun rindu ngan mak ti, bapak dan abg harry anak mak ti. sampai umh mak ti terus ulur tangan, muka kemek nak nangis pastu minta dokong. hahaha... mereka tak dapat dipisahkan lagi. kikiki....

pagi ni mula la balik rutin harian mcm biasa anta qays kat ngumah mak ti. harap lepas ni akan seperti biasa sampai la maid datang. tetiber rasa tak sampai hati plak nak pisahkan qays dan mak ti. hahaha... ha, kan pjg lebar story aku hari ni. tengkiu la sudi baca sampai abes. hehehe... 


qays qausar shah, imam muda musim terbaru yang terkenal ngan peel manja, mengada, ciwek, telinga capang.. hahaha... dialah jambu batu air lemak manis disukai ramai. hehehe....


52 dok ngomen:

Anum said...Reply To This Comment

bakal imam muda nie

Sharifah Nadzarah said...Reply To This Comment

aduh lama tak nengok dak encem ni....sian dia..windu mak ti gamaknyer..

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

manja niiiii :D

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Sian dia. Nak dgn pengasuh lama juga yer.

Qays memang jambu ☻☺

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

Amboiii.... Qays dah pandai buat piligan, ya...:)

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

susah betul guna skrin kecik dgn jari yg beso ni. Asyik salah ejaan je...:(

lieyalatif said...Reply To This Comment

bab ni laa yg buat kite susah hati kan niezza...mcm dayyan dulu bertukar pengasuh jugak sebab tak serasi....

hope mak ti dpt jaga qays dengan baik...risau gak tu sebab die dlm pantang lagi kan...qays pun jadi good boy tau jgn buli mak ti heheheheeh

emy said...Reply To This Comment

cekci nyer imam muda kte ni..jambu lak tu...hehehe..aku kadang2 pening ngan pengasuh..tp skrang dah lega..sbb pengasuh suri yang lama dah jaga darin...aku kalau pengasuh suri yang lama ni..mmg aku tenang giler kalu nak g mana2...nak outstation pun takpe..hehehe

Unknown said...Reply To This Comment

eeeee...comelnyerrr qays ni..gewammm...cubit pipi sket..hehe

Chik Att said...Reply To This Comment

Aminnnn ...besaq besaq nanti jadi tok imam nool

mamawaiz said...Reply To This Comment

bab anak ni mmg kadang2 sy pon rasa give up je nk suruh org lain jaga..rasa nak berhenti kerja, jaga sendiri kat rumah. tp sebab kita pon ada komitmen lain..terpaksalah.

adarnadzmie said...Reply To This Comment

qays jgn noty2 tau dok ngan mak ti...hehe...

comey tgk imam muda tecik ni...:)

Anonymous said...Reply To This Comment

Mak oiii...pajg lebar...penat baca...hahaha

Dee said...Reply To This Comment

amboi..memilih no..kalau ngan auntie..nangis2 jom pi midvalley..confirm diam..tu baka mak dia lah tu..wakaka..

suwara entertainment said...Reply To This Comment

hehehehe. dia dah pandai kenal org dah klau umo camni kak. tu yg bangun2 je dia melalak tu. cian cian dia. meh aunty nak geget peluk manja skit :D

- AZIE - said...Reply To This Comment

bab cari pengasuh nie memg susah nak dpt yg btl2 boleh harapkan dan serasi dgn anak..

cheqna said...Reply To This Comment

hai hensem!!!
=)

Suria Amanda said...Reply To This Comment

amboi dak bulat ni...dalam hati ada taman eh...

ieja amieja said...Reply To This Comment

adat la tu..dia nakkan mummy n daddy dia jgk..senang je bg satu adk kat qays..hahaha

norhidana said...Reply To This Comment

ooooo pndai ek qays, nsb lah mak ti tu pun sgt bertolak ansur... untung akak dpt pengasuh camtu

wahida said...Reply To This Comment

aku harap anak ko menang contest nok!! si comel gebu sorang ni...

izyan al-za'im said...Reply To This Comment

geramnye! nape comel sgt ni? hehe

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Bdk dia akan rasa lain tau sbb dr kecik dh biasa ngn mak ti tu jek..kesian qays ek..mama nih jgn hnta kita kt orang lain tau..

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Jelas sangat yg Mak Ti sgt pengasih dan tidak berkira. Syukurlah Qay dapat kembali duduk dgn dia sebelum maid sampai..

attyfir said...Reply To This Comment

alhamdulillah..settle dah masalah qays..
mesti qays syg sgt ngn mak ti kan..
mak ti pun mesti sayang sgt ngn qays..

Bukan Bidadari said...Reply To This Comment

comey.....

Teratak Hami said...Reply To This Comment

comelnya Qays ... jambu air!!!
Kkdg mmg tak sampai hati nak pisahkan anak & pengasuh kan?

haryati said...Reply To This Comment

dh serasi kot kan ngan pengasuh tu...

eLLy said...Reply To This Comment

alololo tomeynye gambar si lebai kecik nie.... gerrrrammmmm

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Montelnya imam muda....hehe

N i e Z a said...Reply To This Comment

alahai qays..dh kenal org la tu...tu yg nangis je bile tgk org yg dia x kenal..hehehhe..

ummiross said...Reply To This Comment

Sejuk mata memandang, insyaAllah bakal imam muda.

whitecappuccino said...Reply To This Comment

aunty geram la tengok qays..eiiiii!

Mamikeisha😍 said...Reply To This Comment

qays yg sangattt comel...

Nora Karim said...Reply To This Comment

alololo comeinya qays....

kurus said...Reply To This Comment

dah makin besar kan .. sure dah kenal orang ... ;)

comel tul geram lak akk tgk ! ... terlinga capang tuu cerdik dik .. ;)

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

siapapun yang mengasuh Qays...minta2 dpt jaga Qays dengan baik...

NrlAidaHml said...Reply To This Comment

mmg qays tak boleh dipisahkn dgn mak ti kan..dah serasi org kata..

Unknown said...Reply To This Comment

http://nenscollection.blogspot.com/2013/01/peraduan-sikecik-ku-comel-dan-manja.html

kak jom join contest buat si jambu air akak neh..sy tag buat mama qays

ejaMaria said...Reply To This Comment

orang nama 'Mak Ti' mmg pandai asuh budak... mesti budak lekat kat dia - pengasuh lama saya pun nama Mak Ti... :)

lizz said...Reply To This Comment

ololo comeynyer qays...

Ratu Hatiku said...Reply To This Comment

Geram betol tgk qyas nie.. blh pinjam sehari x? :P

Chik Att said...Reply To This Comment

Meh nak gigit ....

Rinna said...Reply To This Comment

Tomeinyaa Qays.. napa ngan pp tuh.. meh sini nak ciom sikit.. :)

pena rozie said...Reply To This Comment

Comelnyer die

Dr K said...Reply To This Comment

4.5kg!!! huh..semangat betol anak makti..hihihih..bersalin normal ke caesar makti tu?

saya respect la kalau dpt pengasuh macam makti ni...mana nak jaga qays..nak jaga anak dia lagi....

Tie HT said...Reply To This Comment

comeynya baby pakai kepiah..cakk :)

ummi_khalish said...Reply To This Comment

hensemnya baby qays ni...muahh ckit....:-)semoga dia akan biasakan diri dengan pengasuh lain pula..huhuhu...

Unknown said...Reply To This Comment

alahai sedih pun ye jugak.. dia mmg dah serasi dgn mak ti lah tu... mesti mak ti pun akan rindukan qays nnti.

Cho Zila said...Reply To This Comment

mak ti tu bertanggung jawab orangnyer .. mesti sangat baik orangnyer... moga semuanyer okjerler... susahkan..

Hana Soffelia said...Reply To This Comment

sedih pulak baca qays menangis tu. Nasib baik mami dia leh blik dgn cpt. kita as parent, memang pantangkan dgr anak menangis, dan2 tu nk blik ambik. el pun el lah. hehe

ReramaBiru said...Reply To This Comment

alala comelnya bakal imam muda nie :)