Wednesday, October 3, 2012

aqiqah qays qausar shah ; aidilfitri 3


assalamualaikum semua
sila layan beberapa moment indah semasa majlis aqiqah anak teruna yang dikasihi. majlis telah berlangsung pada selasa, 21 ogos bersamaan dengan aidilfitri ke 3. majlis diadakan selepas zohor. utk majlis dikampung ni, kami tumbang sekor kambing yang dibooking seawal qays 6 bulan dalam perut mummy rasanya. kalu tumbang kambing utk aqiqah anak lelaki harus 2 ekor kan. so sekor lagi kami buat majlis dibanting pulak. yang tu nanti citer lain ok.

qays mcm biasa tak byk ragam. keje dia tido je cuma merengek bila perut lapar. dah kenyang tido balik. senang mummy nak buat keje. daddy seawal pagi dah ke pasar dengan mak tok. kazen qays, kakak icha tak boleh tgk adik dia tido. mesti nak selit sama. kakak icha pandai ulit adik dgn zikir pelat² dia. so sweet... masih igt ngan icha? ala.... yang lebih dikenali dengan bambam sebelum ni. dah besar pun dia, dah 2 tahun pun. banyak mulot pulak tu.
p
"baby qays... sayang baby qayssss..." itulah ayat yang dia suker ckp bila dia peluk ciyom qays. harap dorang akan rapat dan kasih sayang akan berkekalan bila memasing dah besar nnt.

daddy ditugaskan parut dan perah kelapa. banyak lak tu.. hahaha... tengkiu pada sepupu sepapat dan sedara mara yang sudi dtg seawal pagi tolong masak. riuh rendah umh kampung, seronok....

qays sebelum majlis berlangsung. comel tak qays pakai jubah.. tgk, dalam keadaan orang dok kacau dia, orang tu pegang, orang ni pegang, dia menten tido.. haishhh!! baru mummy perasan, masa ni mata qays masih sepet lagik. skang je tebuntang mcm mata daddy dia.

tema raya kami tahun ni pink belacan. ayah dan menantu lelaki semua pakai balik baju melayu yang mak tok sponser masa kenduri kawen adik mummy bulan 6 lepas. tengkiu mak tok... eh, baju mummy pun mak tok sponser jugak, tengkiu lagi sekali mak tok... ^_~

cucu lelaki sulung mak tok dan tok ayah. manja ni...

alhamdulillah, ramai yang hadir. lupa lak nak amek gambar kat dapo dan sudut ruang tamu lagi satu, penuh ngan kazen dan makcik² mummy. maceh uolss sudi memeriahkan suasana. moga Allah swt perkenankan doa kita semua. amin!

masa pak iman dok bagi qays minum madu, kurma dan ape entah lagi, qays menten diam tapi nmpk sangat muka pelik dia. pak iman je yang potong skit rambut qays sbb utk majlis cukur jambul, kami dah rancang buat kat banting. pak iman tu dua pupu mak tok tau. dia tanyer qays lahir baper hb, hari ape dan jam brapa. bila mummy dah ckp, pastu dia cakap qays ni manja. manja sampai besar. manja mcm maner pun jaga elok². maksudnya jgn bagi muka sgt. tok nujum pulak dah. hehehe

 selawat nabi sambil mengeliling para tetamu. masa ni hati mummy rasa sayu

lepas habis kenduri, macam biasa sesi bergambar bersama keluarga. tahun ni semua anak mak ayah dah ada keluarga sendiri. cukup 4 orang menantu lelaki yang punyer pelbagai sifat. hahaha... yang sulung pendiam, yang kedua banyak cakap, yang ketiga menurut perintah, yang keempat malu² kucing. jgn marah adik² ku... tapi betul kan...hehehe

 semua tunjuk qays!!! tapi qays menten lentok. hahaha

mak ayah, ampun salah silap kami. halal makan minum kami,terima kasih jaga mummy dan qays dalam pantang. terima kasih bagi kami mkn free hari². hahaha.... mummy pelik, naper anak mak minta maaf mak tak nanes pun, tapi bila menantu sulung mak, si daddy qays tu mak mengalir air mata. sebelum ni takde pun. ha... mummy tau, mak terharu sebab akhirnya kami ada jugak zuriat sendiri kan... mak sedih tgk menantu mak kan...  ok, mummy pun tetiber sedih dah ni.. uwaaa!!!



sekian laporan untuk hari ini. nanti sambung kenduri kat banting plak.

29 dok ngomen:

Anum said...Reply To This Comment

comelnya baby kak ena

cheqna said...Reply To This Comment

alhamdulillah......=)

wahida said...Reply To This Comment

kenapa aku mcm konfius mana acik mana ayu nok?

Unknown said...Reply To This Comment

mmg meriah!
sume ala2 sedondon kan..
qays sgt baik, x meragam langsung..suker2!

suwara entertainment said...Reply To This Comment

meriah sungguh kenduri baby qays ye. best sgt!
waaa..mustilah ibumu terharu, pasti dia ada doakan utk anak2nya. alhamdulillah, penantianmu itu berakhir dgn kehadiran qays :)

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

SOBSOBSOB...*baca sambil lap air mata dgn hjg baju kurung ni*

serius beb..walaupun sekadar baca kat blog je dari dulu luahan hati ko psl bab anak ni mmg taouching habis ar..

pena rozie said...Reply To This Comment

Meriahnyer....

sheera said...Reply To This Comment

amboi kak jah.
dh x blh cam dh mne acik,ayu.

Z.u.r.a and I.w.a.n said...Reply To This Comment

aqiqah irfan buat masa ry aidiladha tahun lepas.....sbb bsalin masa bln 10...

#sedih ok ayat kamu yg last tu..sbb sy pon mak blinang air mata bila bsalaman raya, penah en suami kata kt mak sy "minta maaf mak sebab tk dpt kasi cucu lagi..huhu.."....sbb sy n suami pon lmbt dpt zuriat...huhu..

#irfan cucu lelaki sulung klrga sy n suami...syukur..

Dr K said...Reply To This Comment

alhamdulillah...dah selesai majlis akikah nya...tunggu entri banting pulak..:P

mamasuri said...Reply To This Comment

wah meriah...aku belum bt lagi akikah si darin ni..plan raya haji..tp tunda kot ke raya cina thn dpn..huhuhu

mamasuri said...Reply To This Comment

wah meriah...aku belum bt lagi akikah si darin ni..plan raya haji..tp tunda kot ke raya cina thn dpn..huhuhu

mamawaiz said...Reply To This Comment

alhamdulillah..
qays ni anjernya..ikut sape lh tu yer

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Sebab itulah Qays montel semacam sebab dia jenis kuat tidur. Bagus senang nak jaga..

:: Riri-Fatieha ::~ said...Reply To This Comment

comelnye qays... geram tngk dia tido..

noorbaybie said...Reply To This Comment

tetiba sedih plak aku baca part yg last tu nok.. sob sob.. happy 4 u darl!!

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

cantik warna tema....
alhamdulillah, selesai udah majlis...

Unknown said...Reply To This Comment

Dah besar baby tu....
Semoga sihat- sihat selalu mcm mak nyer
Hehehe

NM02 said...Reply To This Comment

@wahida

asalkan kau tak kompius antara aku dan mereka sbb aku menten gorjes dari mereka2. hahaha

NM02 said...Reply To This Comment

@mamasuri

jgn luper jemput aku. hahaha

NM02 said...Reply To This Comment

@mamawaiz

ikut dedi dia

NM02 said...Reply To This Comment

@azam

cet... perli ha....

norhidana said...Reply To This Comment

suke lah sume pakai baju belacan tuh termasuk si bujang ko tu kak... comel banget....

SangRatoo said...Reply To This Comment

hemsemm..bila lah dpt gomol Qays ni.. :)

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

alhamdullillah.. dah settle buat cukur dan aqiqah skali.. lepas ni tak payah nak ingat2 dah... :) comel sangat baby qausar ni.. geram tengok..

Alin Marlini said...Reply To This Comment

comelnyer dia...

dear anies said...Reply To This Comment

boria n sedondong sedondeng gitewww comelllzzzzz

makchaq said...Reply To This Comment

Terima kasih singgah blog makchaq..
Makchaq pernah mai sini dari blog wahida, masa Qays baru lahir.. Makin comel Qays la ni...

Cik Rose said...Reply To This Comment

Assalamualaikum...

Salam perkenalan kak :)

Comelnya baby..geram Ros nengok :)

Eh baju pun cantik semuanya sedondon :)