salam jumaat buat semua. pagi ni saya terlewat bangun tapi nasib baik le sempat thumprint. huh... en. suami kalu dah lambat, mula la dia tunjuk skil maikel sumaker dia. adoii... saat mcm tu le paling saya tak gemor sebab saya mula jadi mcm lipas kepanasan kena sembur ngan racun perisa taik lembu. hahaha... tau le kete mini kuper ai tu laju.. nasib baik ai tak de motor. kalu tidak harus ai pakai helmet utk keselamatan diri. kahkahkah...
ok la, jom sambung citer kat kuala pilah. lepas dah cukup rehat, kami turun balik utk cari ape yang best kat kuala pilah. bila kuar je dari hotel... uuu mak ai.. happeningnye...
en. suami sempat posing kat ruang santai tengah lobi.
ha... mau tak happening.. ada pasar malam beb! suker suker suker... pasar malam ni betul² depan hotel kami.
depan hotel kami juga ada pasaraya econsave
sebelah econsave ada kedai makan melang kopitiam
sebelah kiri hotel mengadap econsave ada fun fair. fulllamakkk... memang syiok la.. semua tu kami terjah selepas balik dari jalan² kat bandar KP
tempat pertama kami tuju adalah ke muzium istana diraja sri menanti
ayo.... manyak lembu woo... petang² memang time dia pun bersiar² kot
ada dua jalan nak ke muzium tu, satu laluan masuk yang berdepan dengan restoran warisan, satu lagi mungkin jalan kampung kot. tapi engkorang jgn risau, banyak signboard yang boleh bantu. kami ikut jalan kampung sebab dekat dari arah hotel kami. gambar yang kat atas ni laluan masuk dari restoran warisan.
ni pintu gerbang nak masuk ke bandar diraja seri menanti
lama dah berhajat nak ke sini. tak silap, dato ct pernah wat video klip kat sini kan?
kami berdua je, sherashi bershama
cantek kan! ai suker kalu dapat umh bentuk cenggini. suasananya... aduh... sungguh nyawan sekali
sila baca utk keterangan lanjut
ini adalah replika batu bertikam. ianya terdapat di kacamantan (kampong) lima kanun batu sangkar, sumatera barat, indonesia. batu ni di kaitkan dengan bekas tikaman keris datuk pepatih nan sebatang tanda sumpah setiapendamaian sebagai mengakhiri perselisihan faham dalam hal pemakaian sistem adat koto piliang yang dicetuskan oleh kakaknya di katumanggungan. menurut cerita, dt katumanggungan juga telah menikam sebuah batu dengan kerisnya dan keris itu ditempatkan di sungai tarab VIII batu yang dijadikan sebagai pusat pemerintahan koto piliang dengan mengamalkan sistem adat dt bentara putih
ni plak adalah batu kasur yang merupakan satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja di negeri sembilan. antara ujiannya ialah mereka harus tidur beberapa hari di atas batu ini yang dilapik dengan daun "jelatang" yang sangat gatal disamping gangguan lain selama berada di atasnya. hanya mereka yang bertahan dalam tempoh yang ditentukan dianggap telah lulus ujian dan raja melewar telah lulus ujian ini dan seterusnya di tabalkan menjadi raja negeri sembilan.
yang ini adalah tempat meletak jenazah jika raja mangkat. tiga replika ni korang akan nampak bila mula² korang nak masuk dalam muzium tu.
Istana DiRaja Seri Menanti terletak di bandar Sri Menanti, Negeri Sembilan. Istana ini diperbuat daripada kayu belian tanpa menggunakan sebarang paku. Dibina pada 1902, istana ini mempunyai ciri-ciri senibina Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikan ia kelihatan tersergam indah dari jauh. Bangunan setinggi 65 kaki ini, mempunyai 99 tiang kayu keras dan ketinggiannya adalah 65 kaki. Pelbagai motif bunga turut diukur pada kayu belian yang digunakan untuk membuat istana ini. Kini, istana yang dahulunya menjadi kediaman rasmi Raja telah dijadikan Muzium DiRaja khas. [sumber dari website majlis daerah KP]
blah atas tu dilarang masuk. dilarang amek gambar kat blah dalam muzium, tapi ada gak tangan ni gatal dok amek pakai henpon. tapi tarak berani mau masuk dalam ini n3.. hehehe. ramai je saya tgk org yang masuk dalam tu dok selamber je amek gambar... mmm...
ptg² layan makan colek mangga kat gazibo tu mesti syiok kan...
tak puas rasanya dok rasa angin petang luar muzium ni. angin dia nyaman sekali. muzium ni mengadap bukit bukau, tu yang rasa nikmat sangat. blah dalam muzium tu pun takde kipas rasanya, cukup dengan angin yang masuk dari luar.
pastu kami lalu kat luar istana. naper tak masuk?? kau igt kau sape ha...
luar istana ada tasik. syiok kan kalu dapat layan perasaan kat sini.. hehehe
ada jugak yang memancing
pastu kami terus ke makan tuan tulis. hati² ye bila lalu jalan nak ke makam ni. banyak periuk api... tahik lembu daaaaaa... hehehe
Tun Tulis atau Tuan Tulis adalah gelaran kepada seorang ulama Negeri Sembilan yang bernama Haji Ismail Bin Hussein. Beliau berasal dari Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 1840an dan meninggal dunia pada tahun 1923. Tun Tulis adalah seorang anak muda yang miskin tetapi penuh semangat untuk menuntut ilmu agama. Kerana kemiskinannya, beliau tidak mampu untuk membeli buku. Oleh itu, beliau meminjam buku dari rakan-rakannya dan menyalin buku itu dengan tulisannya sendiri. Dari situ rakan-rakannya mengelarkannya dengan gelaran Ismail Tulis. Selepas perguruannya, beliau tidak henti-henti menulis kitab sehinggalah orang kampung menggelarkannya Tuan Tulis. Selepas beliau meninggal dunia, Yang Dipertuan besar Negeri Sembilan mentitahkan agar dibina bangunan di makam Tun Tulis dan bangunan tersebut kekal hingga ke hari ini. [sumber dari website majlis daerah KP]
inilah makamnye. tapi kami tak masuk sebab en. suami pakai suar pendek.
laluan nak ke jalan besar balik, ada tergantung dua sangkar burung ni.
ingat nak makan mlm kat sini, tapi tutup plak.
baru perasan, ada pusat kfraf kat sini... adoi, rugi tak masuk sampai dalam
esoknya, kami ke rumah pengantin
pelamin yang tesergam indah menunggu ketibaan pengantin
inilah dia pengantin baru. tahniah buat ain dan nizam. moga bahagia ke anak cucu dan berkekalan selamanya.
tak sabar nak bercuti kat palace of the golden horses... percutian free of charge!! yezzzaaa!!!
22 dok ngomen:
tak penah round pilah walaupun selalu pg pd..huhu..
thanks for sharing..
Lama tak gi sana..
Apsal pengantin lelaki tu macam merenung jauh je? ;-)
mrs. eady,
sama le kita. rasanya ni baru fes time kot ai jejak kuala pilah. hehehe
jamiel!!!!!!!
kini kamu menjelma kembali.. welcome back!
kakcik,
dia tengah pk strategi utk mlm tu kot. kahkahkah.... tau dek dia ni, mampos guweeee....
~tak pnh jalan2 kat n9~slalu tu lalu2 je..ehehe...
tak pernah sampai lagi kat istana tu...
chantek nye pengantin...
purple...ai loikee..
(^^,)
TK PENAH SAMPAI N9...mcm belajar sejarah pulak dtg sini..hehe
xpenah round pilah pon...asik lalu jek..hhehehe
alamak ngape lembu tu kurus sangat .. huhuu
cantik kan pelamin zaman sekarang nie
cantik2 gmbrnya.. i jeles!!
dulu time study slalu ikut member balik pilah...umah di kt belakang restoren warisan tu la.....
x dpt gi pilah punn x per .. sbb adik dah review banyak pasal pilah nie .. kira puas hati lah tgk pic2 menarik nie + stroy2 yg diceritakan :))
as salam...
cantek ea gamba..
laen kali datanglah lae yo, umah akak dopan yo sikit dari makam tuan tulis tu.. knapa tak masuk dalam makam tu?
as salam,
byk juga tempat yg menarik di situ
kak ati tak pernah sampai sana lg
wah,mcm best plak tgk gmbr2 kt istana tu..selalunya dok lalu lalang balik KL ikut sini dok baca signboard je,tak pernah plak nk try singgah..ni kena singgah ni sbb dah tgk kat sini mcm best =D
tq for sharing info!!!
ai lom sapai lg situ..
bler leh sapa tataw la, huhuhu.. =P
cntik2 pic..n9 mengingatkan anak saya yg belajar kt matrik kuala pilah..so sesekali berkunjung ke sana, shpping sikit2 sb brg2 pakaian agak murah bbnding jb, wpun x banyk pilihan..tpo oklah..
wow...bestnya tgk gambar2 neh...cantik2 la...
lawooo la gamboo puas tgk,rase cam nak pegi juge tau huhuhu
alamak, br sy terasa yg sy dh lame tak menjejakkan kaki ke kuala pilah ni. pegh sgt cantik view2 yang akak amik tu...gud gud...esp kt istana n kwsn sekitar...
sayangnye tak dpt makan kt restoren warisan tu..huhu...tempat femes tu..xpe, next time pegi lg ok!!!
Post a Comment