Tuesday, December 27, 2016

island hopping, phuket

jgn terkejut, hari ni ada sambungan phuket. sambungan ni aku taip aku save, esoknya taip lagi pastu save. pastu berminggu sambung balik. tak senonoh... hahahaha... tapi aku sangat stress sebab aku dh tak igt pasal island hopping ni. arghhh!!!

bercuti tanpa megi mmg tak sah kan... hehehe. menunggu megi kembang, kami bersiap dulu.

  pastu turun lobi, van dah menunggu

 ruang lobi

 lek lek je kan

 teringin nak rasa bermalam kat sini, tu ada nombor. 
hotel ni aku booking pakai booking.com. mudah aje kan.

 trip kali ni kami tempah tshirt. bila ada tshirt pakai dgn group rasa mcm wow hebaknye. hahaha

 kak icha ikot sekali. sian dia kalu tak bawak. 

 ni family aku dan kak sue. tengah tudung biru kazen aku. mana adik aku entah... dua family lagi takde masa ni. ke celah mana dorang menunggu tak igt.

 cantek tak baju kami

 ni driver van kami. mula² dia sangat ok.. tunggu nnt...

 dh sampai tepi laut

 kitaorang sewa satu boat utk family kitaorang jek

 aus teruja sangat masa ni

 tapi geli nak pijak lantai boat. hahaha

 duduk atas riba daddy sebab takot nak duduk sendiri tapi lelama daddy yang rasa nak muntah sebab aus berat. hahaha

 sebelum gerak tadi kami singgah beli pulut ayam. tapi mmg tak terasa pon nak makan. kepala memasing semakin pening. lambatnye nak sampai

 aus dan kakak semakin berani. tapi takleh bediri lama, ombak tinggi, dorang asik nak tejatuh jek

 kakak dah bosan sebab lambat sangat nak sampai. mmg lama, lagi lama dari penah aku island hopping di krabi, walhal tempat yang kitaorang pegi ni sama mcm aku penah pegi dulu dari krabi

 panas mengelip dah masa ni

3 ketul montel yg dh tak nampak biji mata. hahaha

abah dan anak²

memasing ada mabuk lagi masa ni. rehat la dulu

budak² ni panas ke, pening ke depa pedulik ape... janji dapat main pasir


laki aku jugak layan blues kt sini. aku risau je dahan pokok tu krekkkk patah. hahahaha... 

sebuk la amoi belakang tu....

kak icha dan kak bie sebuk melompat, yang belakang tu aiii... kemain melentik liut nak begambar. hahaha

geng bidin al-zaifar... kenapa nama tu... rahsia! hahaha


adel!!!!!!!!! kenapa menonggeng tu nak oii. hahaha

ko sebuk nak becium kt situ, anak kau manaaaaaaa. hahahaha

ada la dalam 2 jam kot kitaorang kt pulau tu. naik balik boat nak ke phi phi island plak. melantak la buah yang dihidangkan. perut mmg tgh lapar giler dh masa ni. masa aku pegi round island kat krabi lagi cantek dorang potong buah. ni tak cantek... hahahaha

sampai phi phi island dh. kali kedua kami sampai sini. dulu tak bawak aus, skang aus dah mencemar duli sama. 

jalan² cuci mata

singgah makan kat sini

syok wooo makan mengadap laut membiru


ha nah seketul lautan di depan mata

ini budak berganda² keseronokkan dia

dekat sejam lebih kitaorang kat phi  phi island. naik boat semula dan masa utk snorkeling. aku tak sangka dak aus bersungguh nak join. tak sabar dia nak ikot daddy dia turun

daddy cakap dalam air lagi berat budak ni. hahaha

ibu pon berani. caiyok la ibu...

taknak naik pulak dah. dia cakap best nampak ikan... dah la dik... cepat la naik, daddy tak larat dah tu

dari phi phi island nak balik ke jeti, kitaorang semua kelu tak berkata sebab ombak terlalu kuat dan memasing takot tak terkata. aku tak tau nak kongsi cerita kat sini cemana, sebab aku rasa mcm sempat ke kitaorang selamat sampai. boat kitaorg teruk dilanda ombak. aku mcm serik nak naik boat lagi. tapi dak aus lena tido sbb letih sangat. syukurlah kami semua selamat. aku tabik la pada budak yang bawak boat tu. ye lah, mestila depa banyak pengalaman kan. sampai jeti memasing lapar, terkam beli pad thai. 

leklek je dia memasak. aku plak rasa nak soh cepat. 

tapau pancake jugak

tapi aku tak sempat sebab driver van dah bising. dia jerit² soh cepat. mcm hareem driver van tu sebenarnya. kita pulak kena ikot masa dia. aku rasa nak tumbuk je. pastu sound kitaorang jgn makan dalam van. menate sungguh. dalam van kitaorang semua pakat mengata dia. sampai hotel semua pakat turun tak cakap tengkiu pun kat dia. nampak dia terasa, sebab memasing pun wat tak tau je. semua main blah. padan muka kau! benci aku. luah rasa geram kat driver van, tapi abg pancake yang glamer kt sini. hahaha

sampai hotel buat megi sedap layan ngan pulut ayam. nikmat dia mcm kau mkn spaghetti olio ngan nasi ayam rempah. hahahahaha




tunggu sambungan yang entah bila bersambung... :p 

9 dok ngomen:

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

bestnya
rindu nk pg lagi

ain.ya.nun. said...Reply To This Comment

27 December punya post dengan 28 September balance dia.
ok fine!
=p

norhidana miswan said...Reply To This Comment

bestnya.....

siap ada tshirt tu yg lg havoc tuh...
best nya main pantai, cantik betul....
pastu tgk makanan yg ada tuh, telan liur aku... cumanya apasal driver van korang tu hampeh ek

Pokok Manggis Depan Rumah said...Reply To This Comment

Seronoknya jalan-jalan di phuket.

E'in said...Reply To This Comment

bestnye dpt jln2 thailand.. hihi

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

eh macam lama akak tak bersiaran tup-tup keluar entry bercuti hehe...bestnya kita pun rindu nk p krabi lagi. phuket tak pernah sampai lg.

Azian Elias said...Reply To This Comment

memang bestkan Phuket.. tp yg tak tahannya, panas lit lit tu.

Nieda ramly said...Reply To This Comment

kami naik bot panjang je..tak dan nak pening. tapi kongsi dgn group lain.masa booking cakap group kami je.
aihhh

Dewi Aja said...Reply To This Comment

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)