Wednesday, September 28, 2016

PKL Residence, Phuket

alang² dah balik kampung, kitaorang plan nak masuk thailand utk bercuti. sedap sangat la cuti seminggu tapi amek cuti rehat tiga hari je. so raya ke dua tu pepagi hari jam 6.30 pagi kitaorang dah kuar umh menuju ke rantau panjang. permulaan ni kitaorang konvoi 3 kereta. sampai rantau panjang amek member sorang nama dia bob pastu terus masuk sempadan.

masa masuk sempadan ni hati aku berdebar sangat. dh lama tak bercuti masuk thailand pastu kali ni masuk naik kete lak tu. udah le dapat berita letupan sebelum kami nak bercuti ni. hai... tawakal je la. aku ni mmg suker fikir bukan².

nasib baik awal pagi... orang mmg tak ramai. so sekejap je lah dalam ni. dh setel tunjuk geran bagai jom blah. aku rimas, staff dorang muka mcm taik. tapi askar² dorang ramah pulak. huhuhu

tak ingat la ni brenti makan tang mana. time ni memasing kebulur giler. 

masjid dia mcm rumah je kan. tapi nampak unik

budak montel tu tgh sedap tidoq. mmg tak la kalu nak suruh jalan. ape lagi... bedokong la jawabnye

satu je kedai halal yang bukak. belasah je la weiii

dak montel mata cepet kena giget nyamuk. 

ni je yang nampak selera. nak kata kari tak kari. makan je la janji kenyang

aku soh asben belikan coconut shake, sekali dia beli teh ais. manis ting ting sampai tak mampu nak telan. sudahnya air ni boleh minum masa kat krabi. kemain jauh menunggu boleh minum.

dak aus dari tido, bangun tgk movie

separuh bogel plak dia cakap rimas lama sangat dalam kete. bedal main badminton ngan kakak yaya pulak. pastu marah kakak yaya tak pandai main. hahaha

aku tak menahan nengok gambar ni. melalak² nak pakai sweater kak icha. aku plak lupa nak bawak dia punyer. nasib le kak icha tu mood baik... bagi je la adik pakai. hensem la sangat aus oi... dengan ropol² tang lengan tu. adoila anakkk. hahaha

dah habis bosan dah ni. dari pagi buta ke malam tak sampai² lagi. sian dia...

sudahnya kami tiba di phuket lebih kurang 8.30 malam. ko bayangkan perjalanan kami dari 6.30 pagi kat kelantan sampai phuket 8.30 malam. nak kata serik tapi road trip ni enjoy giler. so kami singgah makan kat sini, area patong beach. 

memang puas makan. dah tentu lapar kan... maka habis semua ni. 

tu dia total. 795 baht bersamaan RM95. takyah fikir... jom check in.. tak sabar nak baring luruskan tulang temulang,. hahaha

aku yang booking hotel ni dalam booking.com. 
PKL Residence / 2mlm / RM92.99
lokasi tak jauh dari jungceylon shopping center dan bangla road. dalam 10-15 minit kalu jalan kaki. naik tuktuk, tak sempat panas buntut dah kena turun. hahaha. aku suker lokasi hotel ni sebab tak sesak.

luas dan selesa sangat

bantal busuk mak dan anak takleh lupa. kikkki.. nampak walkie talkie tu. tu la cara kami bersembang dari kete ke kereta. ada 5 kete kan, so semua kete ada woki toki. tak sempat nak ngantuk beb. ade je benda nak sembang. 

lama tak up gambar jamban. hahahaha

wifi dia lajuuuuuuu. motip wifi ngan gambar ni? tu.. kt buku dia ada byk wifi ngan paswed. pilih je

lokasi sekitar hotel kami. depan hotel seberang jalan ada family mart. banyak senang wooo. ada sorang staff pandai kecek kelate. lagi la untung.

parking lot takde, so kami park sederet mcm ni. jgn risau, in shaa allah kete selamat. selagi korang tak halang laluan yang ada cat merah putih, kete korang selamat. sebelum park sini, asben nak park depan family mart tu, nasib ada sorang laki tegur.. no no.. clamp clamp... dia jerit kat aku kau. tanjat kite. tapi dia cakap tu sambil senyum. hahaha.. 

bilik² kami tak jauh. kami booking 7 bilik. 4 bilik 1 floor, 3 bilik 1 floor. konsep hotel ni mcm apartment, kuar lif ada 4 pintu. mmg memekak ngan suara kitaorang je la. budak² siap belari kuar masuk bilik ke bilik. dah la... muak pulak nak cter panjang. esok je la sambung lagi ye. baiii

12 dok ngomen:

Salina@IbuAqil said...Reply To This Comment

Bestnya sis...
Kami ni ntah bila lah plak nak sampai sana..
Sis ina dtg sggh sini lama x jenguk kawan2..
Meh sggh follow blk umah kami ye..
Kami baru pindah umah baru (dearsalina.blogspot.com)
;)

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

6.30am - 8.30 pm dalam kete?
mak aih memang pijau kebas kematu la segala bontot selama itu hahaha
kita balik tganu 7am-2pm pon rasa nak bengkok tulang

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

belum pernah ada pengalaman masuk thailand naik kereta tkut sesat takut xdpt keluar haha..

Kakcik Nur said...Reply To This Comment

Mujur kete beso, boleh dak Aus main badminton bagai... :)

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

bestnya...tak penah smpi lagi..

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

Bapak lama perjalanan ¥___¥

Pokok Manggis Depan Rumah said...Reply To This Comment

Seronok jalan-jalan macam ni. Lama juga perjalananya.

Jobdirumah Buat Duit said...Reply To This Comment

Tak sampai lagi sini. Ada juga rasa nak pergi.

OhPanduan said...Reply To This Comment

Seronok juga jalan-jalan macam ni. Boleh lihat tempat orang.

Aini Shah said...Reply To This Comment


Hi Niezza, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Nieda ramly said...Reply To This Comment

luas bilik dan paling win murah....mana nak dapatkan?

Intan Saffyna said...Reply To This Comment

hi,saya singgah sini sambil follow and klik nuffnang :)