Friday, March 25, 2016

dinner & apc

29 feb berlangsung dinner opis aku bertempat di opis aku jugak. skang semua bajet, takde dah nak merasa hotel mewah mcm dulu². walo buat kat dewan opis, tetap happening. sejak ada dak aus, aku dh tak join dinner. bukan sebab ape, payah nak tggal anak kecik. ni aku hadir pun bersebab. 

tema untuk tahun ni adalah retro. aku mmg tak pernah ikut tema. ko buat la tema ape pun, aku simple je tetap berbaju kurung. aku tak reti nak havoc mcm orang lain. aku suker je tgk kawan² opis bergaya dengan tema memasing. laki aku pun sama, asal sesuai sudah. dah lama tak terjebak dgn dinner, rasa kekok pulak. rasa diri tu sentiasa diperhatikan. kahkahkah... ko ingat ko ayda jebat. hagak² la mokcik woii... kikiki

masuk je dewan, aku jumpa pompuan ni dulu. aduhhhhh... takde ke muka lain yang mesti ada depan aku dulu selain dia. brekpes dia, lunch dia, nak balik dia, time dinner pun dia. hadehhh... terus sambar aku amek gambar. asal boleh. dia koir mlm tu, tu yang pakai menatang kat telinga tu. 

ni hadek yang kat atas. ditakdirkan bertemu jodoh satu opis. hahaha... nama dia anje, anje tu nama mengada. nama betul dia akid bla bla bla... malas cakap sebab nama dia tak melambangkan dia. kikkki... jgn marah anje... sejak ade dia, makin huru hara geng capati. betul.... tak tipu! eh, dia pun masuk koir jugak sama mcm kakak dia kat atas tu.

 ada bas lebih kurang mcm ni sebagai prop untuk amek gambar. aku tingin jugak nak bergambar kt situ tapi beratur je staff dok tunggu giliran. terus takde hati. 

mengharap dapat cabutan bertuah. tapi nan hado. last sekali banyak cabutan yang org patut dapat dah balik, maka dibuka soalan untuk staff, betul jawab baru dapat hadiah malam tu. tak kesah ko dpt jwb berapa kali pun... yang ni lucu, nnt citer.

aku hadir dinner sebab ni lah. sebab dapat APC. hahaha. jahatkan aku... mana leh aku lepas peluang bergambar kenangan ngan orang kampung mak aku. kawan sekolah pakcik aku. tok pa tu... aku nak cuci gambar ni kasi kat pakcik aku. mesti dia bangga giler. kadang² kalu aku balik kampung, dia siap tanyer aku, tok pa ape khabar. mcm aku PA tok pa pulak. hihihi

dari kiri aku, mak nam, ceo aku, timbalan menteri baru aku... ehem².. ko hado gambar dgn dia. tok pa, chairman opis, ksu dan rakan² apc. tahniah kepada diri sendiri dan rakan² apc.

hidangan malam tu nasi beriani. wow... sedap uols! makan sambil layan retis jemputan, ada shila hamzah dan francisca peter. nyanyi la korang, aku lapooo. eh ade neelofa jugak tapi dia bukan emcee malam tu, dia dapat award dari opis aku.

 karamel tu sedap. aku ni tak suker karamel, tapi bila aku try yang ni, aku leh telan. dua mangkuk tu habes aku telan. laki aku mmg tak la benda² bersusu gini. 

 oh lupa, koir malam tu best! tapi rasa sekejap sangat. tak cukup tgk kawan² gelek, riangnye mereka terutama yang ni. lupa diri dah dia weh. 

 baru timbul budak ketot tu. datang dari celah mana entah tiba² tepuk aku. 

 ok ni sebenarnya try henpon baru aku. hahahahahaha

 celah dinding pun jadiklaaaa....

 bertukar pasangan. jgn tiru aksi ini, kami je mampu. hahahaha. aku dah mcm patung cendana, keras disitu, malu... jangan kata si nor tu, dia menjadi aje. 

 suker suker suker... penuh frame! 

ha ni masa jawab soalan untuk dapatkan cabutan bertuah yang masih ade. ni bos admin, soalan untuk dia, bilakah tarikh mula dia lapor diri. oi senang giler soalan tapi dia punya cuak nak jawab, meggelabah dia weh. aku siap tenangkan dia. kelakar habes masa ni. sampai urut² dada. aku siap cakap cepatla bos, sampai dia marah aku dengan gelak, dia cakap ko jgn takutkan aku shareena. hahahaha...adoila bos.... jgn kecam saya tau, bos ada dalam blog ni. ampon!!!

 orang lain sebok nak rebut hadiah, dia sebok ngan tab dia. ei la budak ni... ngan kasut tekehel mcm tu.. geram je aku nengok. elok nau la, ngan dok atas troli gitu... hahaha

 akhirmya dapat jugak walo isi dalam biasa² aje. aku dapat purse, dan skang aku tak ingat mana aku humban purse tu. hahahaha

duduk korang situ diam², bini² korang nak tunjuk power jawab soalan nak rebut cabutan bertuah. hahahahaha.... sopannye... laki sapaa ni.

11 tahun berkhidmat akhirnya dapat apc. terima kasih pada yang menilai, saya harap apc ini atas usaha kerja keras dan ikhlas berkhidmat untuk negara bukan dari kipasan pihak atasan, saya tak reti mengipas, saya reti ekon, baru betul² sejuk. hahahaha... hebat.... kalah ucapan ayda jebat. gituuwww... 

kalu dah namanya rezeki... alhamdulillah.


16 dok ngomen:

ain.ya.nun. said...Reply To This Comment

Hehe. Tahniah dapat APC.

Tak ikut tema tapi baju dah colorful, retro dah tu

aizamia3 said...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. Tahniah Mommy Qausar.. ;)
Kite dapat tahun lepas.. tu yang terbang sampai Sarawak.. eh.. entry Sarawak pun tak habis cerita lagi.. huhuhu..

Unknown said...Reply To This Comment

Alhamdulillah tahniah kak :)

norhidana said...Reply To This Comment

akhirnya berupdate jgk lama aku tunggu cite apc nih tau lps nmpak gambo kt fb...
tahniah wei....

korang bt kt matrade hall tp dewan dia bkn main lawo dh tarap bt kt hotel... kalu dewan jupem camni mmg lah layan...

suke btl aku nengok si Dana ngn adiknya tuh, pandai btl bergaya... (eh aku panggil dana lak, apa nama pangilan korang tu aku lupe heheheh...)
ko pun kn suke bergaya2 apasal lah mlm apc tuh ko sopan santun heheheh

*eh2 tu amat maslan ke?

adarnadzmie said...Reply To This Comment

Tahniah nieza... semoga terus cemerlang....

emy said...Reply To This Comment

tahniah wei..
havoc matrade majlis apc
jupem tahun ni budget kena cut..
nun kena bt kat maeps je pun...
hahaha

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Pertama sekali tahniah dari kakak atas anugerah yg diberikan
Happy tetap happy tapi anugerah itu tanda keupayaan dlm kerja dah terbukti.

Mek Rose said...Reply To This Comment

salam...datang sini tgk qausar..ya Allah dh besaq...
besnya dinner...:-)

Rinna said...Reply To This Comment

Tahniah..dpt APC..
Curlast majlisnya..

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

alhamdulillah..tahniah nok!~

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

tahniah beb!!!
alhamdulillah akhirnya dapat jugak kan selepas 11 tahun berkhidmat..

Cik Da said...Reply To This Comment

tahniah.....

aarongrey112 said...Reply To This Comment

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com

wahida said...Reply To This Comment

yeayyyy...akhirnya jah update blog!
kipidap jah!

Pokok Manggis Depan Rumah said...Reply To This Comment

Tahniah dapat hadiah akak. Rezeki tu namanya ;-)

Jobdirumah Buat Duit said...Reply To This Comment

Harap-harap tahun depan dapat lagi. Meriah majlisnya walaupun bukan buat di hotel.