ni cter masa cuti awal muharam bulan 10 lepas. dah lama tk bercuti, selak² booking.com tgk ada harga murah walhal kami pergi tu hari cuti umum. oklah, ameklah peluang bawak anak bujang jalan². heehhh... pd lagi. hahahaha... tahun ni dh berapa kali pegi pd daaaaaa
ni la the grand beach resort, selama aku dok lalu depan hotel ni, aku penah cakap hotel ni cantek design dia, style minang... tapi nampak mcm dah lapuk. masa nak booking tu hari, aku ada gugel, tgk ada blogger pegi dia kasik tau hotel ni dh berubah kaler. dalam proses baikpulih. aku dok rasa harga murah sebab hotel ni tgh upgrade, mungkin kot ek, sebab lepas balik dari sini aku ade belek booking lagi, tengok hotel ni dh naik harga. oowhhh ye lah kot. hehehe...
kami sampai awal, dh check in dulu, pastu kuar makan. lapooooo...
moh try makan kat sini.
rasa nak try semua.
lukisan yang ada tu semua sejarah port dickson.
masa ni panas bedenting, dapat coconut shake mmg sedap sungguh.
nampak biasa tapi semuanya sedap.
haahhhhh.... lega...sejuk usus aku. hahaha
kami tak lama kat sini, aus dah memekak nak balik hotel.
harga bilik 150. tapi takde bekpes sbb cafe tgh reno. bilik garden view, yg nmpk pokok² aje. frust dak aus. hehehe... tapi ade la nmpk laut sayup².
dalam bilik ada bau cat lagi. semua perabot cat baru... masih berkilat.
toilet ada bathtub. aku risau skit ada bathtub sebab dak aus suker lompat². bathtub kalu ada sabun kan licin, penah dia tegolek nasib takde ape². so ni kalu dia nak berendam, apak dia kena dok skali. dh dia kata tak muat nak swiming. hahahaha
susah nak dpt hotel yang ada jadual waktu solat. aku tabik!
kami lepak² lu dlm bilik, lepas asar baru turun berendam. oh ye, hotel ni tkde astro. aku tk tau takde sebab tgh reno ke mmg takde ke.
bila mengadap pool sebegini, hati aku tenang skali. pokok² melambai, laut tenang. ya allah... damainyee...
pool yang sangat besar. puas weh! cantek kan bumbung minang tu. suker sangat.
dak aus tak sudah² melambai kt kaltebang. bukan salah taip tapi mmg aus panggil kaltebang. hehehe
jom main pasir. woooo angin kuat masa ni. best best best!!
nmpk hotel belah kiri nun di sana tu... tu avillion admiral cove, kami penah stay situ masa beday aus. dulu aku suker nau hotel tu, tapi bila dah merasa TGBH ni, aku lebih suker kat sini pulak. hehehe
uit... tungguuuuu!!
dak aus takleh main pasir lama. dia cepat bosan. ni perangai aku. mandi laut pun dia tak suker. sama mcm aku.
seketul dedi dan seketul aus.
dedi soh amek air, dia takot. hahaha
sekeping kenangan yang wajib posing mcm ni. hahaha
kan aku kata, dia dah bosan.
dik, tu bukan perigi. hahaha
kadang kesian kat dia. sorang² tkde kawan.
setakat goreng² gini boleh la order kt cafe. jadikla isi perut dak aus.
kan dah kata dia lapar. dia kan kuat melantak. panas² gitu pun bedal je dia telan. hahaha
ok dah senja. moh balik bilik.
tengah bersiap nak kuar makan, dapat call dari ummi. dia tanyer bilik no brape. tau² ade depan pintu. dak aus tekejut nengok abi ngan ummi dia ada. suker nau la dia.
baca doa makan satu kedai boleh dengar. dah meja sebelah nengok dia sambil gelak. hahaha
lepas makan skali, dorang terus balik. esok dorang keje. gigeh tau laki bini ni memalam dari ampang ke pd semata² nak mkn skali.. ooooo terharu sangat.
esoknye pepagi dah ngadap laut. cuaca cantek sekali. kalu nak tau, masa kami ke sini, cuaca mmg tak menetu. asik ujan je. mula tu dok berbelah bagi, nak pegi ke nak cancel sebab asik ujan je. demi dak aus kami tawakal je pegi. kalu ujan lepak dalam bilik je la. alhamdulillah, sepanjang 2 hari kami kat sini, cuaca memberi peluang kami bersantai penuh tenang.
check out jam 12, carik kedai mau makan. ini budak sudah mengantuk sebenarnya.
singgah sini isi perut. kami perasan kedai ni masa hari pertama sampai pd.
terbaik!
tilik nombor ape tu aus oi. hahaha... cantek mak kau sanggul rambut tu. hahahaha
gambar sup power? takde.. kebulur tak dan nk amek gambo.
sekian.
15 dok ngomen:
mcm menarik je pool hotel ni...nak ngintai booking.com lah jap g..hehhee
aus..leh geng lah ngan darin..kapalterbang pun panggil palterbang je..huhuhu
Cantik gak hotel tu.. Harga pun ok lah...mesti try ni
aku penah check in sini..bestttt sgt sebab org tak ramai ;)
hai aus kacak =P
Seronok jalan-jalan port dickson. Boleh makan macam-maca sana.
Seronok jalan-jalan port dickson. Boleh makan macam-maca sana.
Boleh nak pergi juga PD macam ni. Macam menarik aje.
seronok anak-anak bila pergi berjalan tempat macam ni.
sukanya si kecik
Best tgk waktu senja kt PD...nyaman je
Lama tak tgk dak aus..makin cerdik ..makin handsome
cantik la kak walaupun tak la nmpk hotel baru... tp kemas je nampak kejadian nya
syok lah layan pool ngn pantai takde org sgt... korang2 je
harga pun murah lah bg aku...
msti itu bdk paling suke kan
Hotel ni dulu mmg hidup segan matik tau mau...hahaha..dah di renovate, bagus....aku baru gi PD minggu lepas, lalu depan hotel ni..penuh pack..
Kedai yg jual coconut shake tu kat area mana? Tengah bandar PD ke?
Hotel ni terbaik..staff2 semua ok..ada masaalah aircond je tadi but cpt je diaorg dtg selesaikan..room service memuaskan..makanan pun sedap2..thanks pada semua staff2 gbrpd..korang awesome..šššššš
Post a Comment