hari ni aku hapdet hari kedua dari pagi sampai malam. gasak la korang layan gambar lagi hari ni. hahaha... aku bangun awal pagi tu, tekejut bunyi alarm. tgk jam kol 5.30 pagi. awal lagi... nak tido balik tk lena dah takot tak tejaga plak. aku terus call bilik kak jah ngan adik aku. kejut siap², biar dorang pon bangun sama. hahaha... pastu aku kena marah sebab kejut awal sangat. kehkehkeh.
kami diarahkan tunggu kat lobi jam 8 pagi. eh ye ke jah kol 8 pagi? bukan 7 lebeh ker? hahahaha... aku lupa sudah, tanya jah dia yang cakap 8 pagi. aku tak catit plak kesah hari ke 2. ni kami kat depan front office hotel kami. orang yang pick up kami tak sampai lagi, moh le posing sedas dua dulu.
aku suker sangat persekitaran hotel ni. tenang dan bersih sekali
tu dia... datang dah posing maut kak jah. hahahaha
aku rindu dengan korang semua. rindu dengan gelak tawa bersama. rindu dengan lawak abi yan yang boleh buat air mata mengalir tanpa henti. lawak pasal bonda tu paling win la kan jah.
kami beli tiket masa dalam bas tu hari RM100 kan, ok nak masuk kena byr RM30 plak. entrance fee katanye.
aku tak tipu... tu aku zoom gambar kasi terang.
dah masuk feri carik la tempat yang korang rasa selesa. ha ni dia breakfast utk pagi tu.
kami pilih dok kat tempat mcm ni.
ape² sarapan la dulu... perut mmg tak lapar giler.
pelan² feri kami meninggalkan jeti.
layan angin laut pagi hari adalah nikmat.
kalu nak tahu, depan kami ketika ini penuh ngan omputeh. depa nengok je aksi jakun kami. hahaha
fedulik kan... janji ada gambar kat bendera thailand. kannnnn
lama beno nak boleh ke sampai. aku dah brapa kali lelap, brapa kali tejaga... tak jugak sampai lagi. dah laki aku snap gambar curik ni. teruk beno ngupanya. aku takde nak sorok muka sememeh aku dee... kasi up aje, aku bukan manusia yang sentiasa nak nampak cantik. kahkahkah...
ok sampai dah kat mue island. panas bedenting waktu ni. dh la aku semunya hitam, mengalir peluh jgn cakap la. ku tahan jek.
hebat adik aku amek gambar peluk mcm ke laki dia je paling segak. hahahahahahahahahaha
basuh kaki lu, kaki penuh ngan pasir laut.
aktiviti kat sini adalah climbing, snorkeling dan xtvt bebas. memasing pakai seliper, so takde la xtvt climbing. dao kata ada jual kasut utk climbing dalam feri. takde pon dao! kau tipu ye... hahahaha.. ke depa jual masa kat tempat climbing tu tak tau la plak aku. tour guide tak cakap ape² pon.
kalu climbing boleh layan view cantik aku rasa. kami tak pegi pon kat tempat climbing tu.
kami hanya layan angin sepoi² kat bawah pokok.
sambil sembang² hal keluarga. kat sini la kami mengekek gelak pasal bonda. aduhai... lawak sungguh la. eh, nampak aku mcm tgh bersembang ngan si baju putih tu kan. walhal tk kenal pon. hehehe
pengantin sebok posing
dan lagi... hahahaha
serius bosan giler kat mue islang ni weh. rugi plak amek package adventure ni. baek amek package round island. takpelah... layan angin pon sedap jugak. ermmmm
sebelum turun kat mue island, dari feri kami kena naik sampan utk ke mue island. feri tak brenti terus depan pulau ye. dah abes masa kat mue island, naik sampan balik dan naik feri balik. oi mengah tahu. kali kedua naik feri, kami lepak kat open air plak layan angin. dedi ngan abi lepak atas sebab nak smoking. area atas tu utk smoking ye, takleh smoking sesuker hati. korang nampak tak laki aku kat atas tu.. ke korang dok tenung minah saleh tu??? hehehe
ok, sampai dah kat pulau ke dua, mae island. mcm biasa, kena turun dari feri, naik sampai baru sampai pulau. kat sini xtvt berkayak. aku awal lagi dah mengalah, tak mao berkayak, aku takot tebalik. mcm² aku pk weh. aku takot nnt dah masok dalam kayak pastu takleh keluar la takot tesangkut bontot ke ape ke. hahahaha... pastu shidi buat lawak, dia cakap kayak kita nak naik tu 'memberi'. aku gelak mcm nak pitam. sampai hati perli aku. hahahaha...
bila dah dengar taklimat, sape² yang taknk berkayak kena balik ke feri sebab yang berkayak kena pergi ke check point lain. huwaaa!!!!! aku terpaksa la gitu. berbekalkan kata² semangat kak jah dan bebelan laki aku, maka aku cuba beranikan diri. walhal aku tk ikhlas utk semua ni. hahahaha
tour guide bagi arahan, sape gemok dok belakang, kalu dok depan nnt kayak tersungkur ke depan. kong ajooo. hahaha... eh betul la... tapi ayat dia bukanla lahar mcm ayat aku taip ni. hehehe..
nah... bukti aku berjaya berkayak. paling kelakar waktu ni sebab aku tak berani nak lepas tangan dari pegang kayak. laki aku soh aku dok diam² dan jgn begerak sangat takot tebalik. aku ikut je ape dia cakap walopon kaki aku dah kejung tahap boleh krem 44 hari. ni aku belakon je amek gambar buat peace. ko tak tau jari aku mengigil nak buat peace dan tangan sebelah lagi nak pegang pengayuh kayak tu. habes je kak jah amek gambar, cepat² aku pegang tepi kayak balik. huwaaaa... nasib takde ape terjadi. dah la ada satu kayak terbalik... depa kurus² belaka pon boleh tebalik ke.. ape daaa... kehkehkeh.. lagak!
serius beno muka laki aku. dia cakap muatan berat. siot jek... kesian dia, dah la muatan berat, dia sorang yang berkayak. lantak ko la situ... yang aku tau.. datang ombak aku cuak, aku nak tahan ombak tu dari dekat ngan kami...siap halang ngan tangan, kau mampu! hahahaha
memang seribu kenangan la kat sini. nak repeat balik mmg tak la... jauh kot nak kena pusing ke check point ke 2. aku ni tk sudah² dok repeat ayat kursi la, baca al-fatihah la... krem segala sendi jgn cakap la... boleh jalan mengengkang tao. tobat aku taknk berkayak lagi. kalu terpaksa nak buat cemana, tabah je la...
aku kesian ngan kak jah, dia takde gambar berkayak dia cakap. aku mcm tak percaya sbb aku nmpk dia amek gambar sendiri. tak tau le kot gambar tu tak menjadi. ade ke dia soh aku amekkan gambar dia. giler ke hape aku nak lepas dari pegang kayak. elok² kayak aku seimbang jadi lain plak nnt. dah la kamera dalam waterproof bag. tak kosa la aku nak bukak bagai. aku begoyang skit laki aku dh bising soh dok diam. keji tao marah aku... aku lenguh kot. hehehe
sori ye jah sayang... aku takde kemampuan ketika itu. nnt aku amek gambar kau berkayak kat titiwangsa yeeeee...
akhirnya misi berkayak tamat jugak. aku rasa mcm nak canang satu kampung aku berjaya berkayak walo tak ikhlas. kahkahkah... masuk feri terus makan tengahari. ni menu yang ade. lapar jgn cakap... mmg boleh telan pasir laut kalu takde makanan.
aku serik nak naik feri cenggini. lambat mengalahkan semut. so far round island kat krabi lagi best. laut kat krabi lagi cantek. ahhh... rindu krabi! aku akan repeat bawak qausar suatu hari nnt.
ha... melepet kau jah... beriya kau tekukik² nengok aku naik kayak yeeee...
pekerja dalam feri sepakat naikkan sauh. berat wehhh...
ni mr. sam... dia yang bg arahan masa nak berkayak. dia yang bila time aku nak bangun dari sampan, dia cakap ini kena hulur tiga pat lima tangan nak sambut. syilaka betol... geram aku... hahaha... tapi aku tak amek hati la... aku sempoi, lagi aku gelak sambil tumbuk dia ade la. masa aku habes kayak, dh dekat nak sampai check point ke 2, dia nampak aku beriya dia tepuk tangan. aku dah sampai lagi beriya dia tepuk... terus nak sambut aku keluar dari kayak. aku buat mata juling kat dia. hahahaha
muka dia muka melayu abes kan.
gaya seorang ratu. kerlassssss...
ko tgk laki aku ngan adik ipar aku... tegamak biarkan kami sendirian. sedap sangat teman omputeh tedampar tu ye... amboiii sampai ke jeti korang teman dia kan. kecik ati kite. mentang² kain dia kembang bila kena tiup angin, seluar kami tak dpt kembang bila kena tiup angin... mencik!
pagi sebelum gerak ke jeti, jah bagi cadangan, balik dari xtvt pulau, cepat² amek motor nak layan sunset. takde makna deee... memasing dah lunyai, tapi sampai bilik laki aku ngan abi sempat terjun pool.
tak merasa pool samui rugi katanya. cet pooodah! masa ni angin kuat, seakan nak hujan. dorang pun cakap sejuk je airnya. gasak korang la...
dah senja.... jom masuk bilik.
mandi² terus ketuk bilik kak jah minta kettle. dah kata kena share kan. buat megi layan wasap, telegram, komen fb bedesup masuk laju.
aku ade bli aiskrim kat cafe depan pool. layan sekali nnt lupa nak makan.
malam tu kami mkn tempat yang sama, kat fareast. servis slow pon tabahkan je la. jah minta air suam, ko tgk air suam dia siap dalam cawan belapik gitu. nak sampai pun beriya lama. ermmm
ni shidi order, nampak mcm udang kan, tapi bukannn. ni ayam tempura. sedap, isi tebal.
mula² kak jah ingat dalam buku menu ni fish & chip tapi salah... ni chicken chop sebenarnya. sedeh nengok hiasan dia. kuah dia plak entah ape² rasa. western kat fareast mmg pangkah habes! tapi isi ayam ni tebal kau.. siap boleh share ngan semua gitu.
aku ngan laki aku order ni. tapi tomyam tu dia salah amek order, aku order tomyam putih, dia kasik tomyam merah. telan jela... adik ipar aku order nasi goreng tapi aku tk amek gambar plak. dha lapar sesangat. lupa pulak heh...
total makan malam kedua. lepas makan kami ke 'up town' chaweng carik ape² yang boleh perabihkan duit. pastu kami berpecah, jah ngan shidi carik tempat urut... kami masih kat up town. lepas tu baru kami carik tempat urut. sudahnye aku ngan laki aku je p urut, adik aku ngan laki dia balik hotel. nak dijadikan cerita, mlm tu nasib baik kami tak xsiden langgar hanjeng. klu tak... entahla.. dah la kete laju² kat sane. ngeri kalu ingat balik.
lepas ni aku kasi habes n3 hari ke3. tak sabar nak perabih kesah samui ni. bai korang!
10 dok ngomen:
happening dan cantik giler pantai kat situ...huwaaaa...jeles!!!
hoiii, berkayak kat titiwangsa buat apa??? aku nak gambar berkayak kat pulau la ngokkkk...
celah mana dtg gambo aku berkayak dah kalau aku yg amek sendiri pic aku weiii?? adoiii...
Nak pegiiiiiii..bestnyeeee kalau dpt berkayak..
bestnya
caya lah...berani jugak naik kayak. saya x berani ler kak..takut terbalik.
best la naik kayak duk blakang saja....haahaha..ni klu bonda bace mampuih den...hihi
anon, den tahu kamu siapa. hahahaha
wahhhh klua ku pun ngeri berkayak tu .. gile hape nk amik gambo dlm laut tu .. terjatuh HP menangis kang
layan gambar lagi....
best nye jalan2...
;)
Assalam sis,
iols pun tak pernah berkayak seumur hidup
takuit kekdahnya he3
Post a Comment