Friday, February 13, 2015

kau pergi... pergi...

banjir besar di negeri kelantan baru² ini rupanya petanda besar kesedihan
awan terlebih dahulu menangis kerana mengetahui akan kehilangan seorang ulama ubat
bumi pula menerima air utk membersihkan dirinya bagi menerima jasad seorang ulama hebat
moga tenang roh beliau disana

Ya Allah
ampunkanlah dosanya
limpahkanlah rahmat kepadanya
selamatkanlah dia dan ampunkan kesalahannya
muliakan keududukannya
luaskan tempat tinggalnya
mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk
bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih
dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik
masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya
serta jauhkannya dari azab neraka
amiin...

walau tidak pernah berjumpa
tetapi terasa dekat dihati
perasan menjadi kosong
terasa kehilangan yang tiada galang ganti


"nyawa kita diumpamakan api pelita yang bila² masa sahaja boleh terpadam"
-TGNA-


pergimu di malam penuh rahmat
perjuanganmu meninggalkan kesan yang terpahat
amanatmu dijadian panduan dan nasihat
tenanglah disana wahai ulama hebat
al-fatihah

telah berdiri seorang lelaki
hidup berbekal kecekalan diri
walau menghadapi sejuta cabaran
terus berpaut pada kebenaran

berkurun sudah kau merintis jalan
bertahun sudah hasratmu terhalang
tetap bersemarak api keazamannya
bara keramat doa dan harapan

kau melangkah bermula dari lembah
kau mendaki setangga ke setangga
semakin hampir menjejaki puncak
semakin sering kau ditikam onak

namun kerana
kau lelaki
derita dapat diselindungi
tangisanmu rahsia dihati

kesepian teman dan sejati
di dalamnya kau mengenali
tenangnya wajah matangnya bicara
kerana kau menyakini
Tuhanlah yang Maha Esa

lelaki ~ dato' ct buat tgna




12 dok ngomen:

kehidupan sihat said...Reply To This Comment

al fatihah

terasa kehilangan

Falsya said...Reply To This Comment

Ya Allah sedihnye..;(..sebak sedih betul rase hati..

Al-fatihah..

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Al Fatihah ...

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

al-fatihah
kehilangan yg besar buat kita semua

norhidana said...Reply To This Comment

alfatihah bt arwah, moga rohnya dicucuri rahmat...

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Malaysia sedang dirundung kesedihan atas kehilangannya.

Al-fatihah buat TGNA

aizamia3 said...Reply To This Comment

Takziah kepada keluarga terdekat dan sanak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat. Semoga roh Tok Guru Nik Aziz dicucuri rahmat Allah S.W.T.

wahida said...Reply To This Comment

perginya seorang mujahid Islam...

al fatihah..

eMMe said...Reply To This Comment

Al Fatihah, moga rohnya bersama para ahli syurga...

Eye_nee said...Reply To This Comment

Entah kali yg keberapa hari ini..Airmata akk tumpah lagi..tidak pernah berjumpa..tidak pernah berbual bicara namun dlm hati dia dekat sentiasa...Semoga Rohnya ditempatkan oleh ALLAH ditempat yg paling mulia...

arysha_fayyadh said...Reply To This Comment

Assalam sis,
Al Fatihah

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

Tiba2 suasana terasa sepi...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.