Monday, February 23, 2015

fareast, makanan halal di samui

assalamualaikum semua!!!
lamanya tak bersiaran. minggu lepas aku cuti 2 hari, anak den demam panas. sian plak nak hantar kat pengasuh. 6 hari aku cukup rehat kekdahnya. walopon anak demam, mlm² dia terjaga dan tido aku pun tak menentu, tapi siang tu aku dapat cover balik tido aku. setakat hari ni, bila malam je badan dia panas. makan ubat pon masih sama. tapi dia xtif. aku rasa sebab cuaca skang kot ek. ramai je yang tak sihat kan?

so hari ni aku hapdet skit je dulu. tak sempat nak resize gambar. pada korang yang sampai ke samui, nak carik kedai makan halal mmg payah aku rasa. ke sebab area chaweng je susah. entahla... korang nak kena perati betul² sepanjang jalan tu utk carik kedai halal. malam pertama kat sana, kami try pusing area chaweng, tetiber tenampak kedai ni. mula tu kak jah cakap, ada blogger bg tau kedai ni tak brapa best. so kami pusing lagi carik kedai lain. tak jumpa dah weh. maka berpatah la balik ke kedai ni. takpe... kita cuba.

 ni la kedainya, area chaweng, berdepan dengan baan suan hotel. 

 dia punya gambar menu tak menarik langsung. ape dorg order aku ok jek. kebulur tahap cipanzi dah ni. tk berdaya dah nak bukak mulut. hahaha... ko apesal nengok aku ummi?

 repeat order

 pengantin tgh carik lokasi kami dalam map. 

 dedi ngan abi join sekali nampaknye. dorg tgh carik perkampungan melayu dalam map tu nak tgk jauh ke idak ngan lokasi kami. sekali jauh daaaa..

 aku perati je gelagat dorg. 

 dh mula merindui qausar yang tersangat² rindu. owhhhh...

 tepi jalan bersepah je orang jual minyak dalam botol cenggini. 4 hengget sebotol. rugi, kalu terdesak boleh la, klu banyak masa ada baik korang isi kat petrol pump jek.

sebelah fareast ada kampeni travel agent. aku soh laki aku p tanye harga package yang kami amek ngan dao atas bas tu, aku igt dia pegi la tanya, saje la nak compare harga... sekali dia cakap tak tanye pon, malas nak masuk. hampeh...

 ok, menu dah sampai. ni clear tomyam. pedas nak mamssss. aku suker aku suker.

 ni red tomyam. pon sedap jugak. tapi aku lagi suker yang clear atas tu. ko kalu hirup bersungguh², mau tesungkur weh... pedas dia sungguh² berapi.

 siakap stim limau. sedap boleh tahan.

 kangkung goreng belacan tak silap aku. lupa sudah. nak refer ngan kak jah, dia mc plak hari ni.

 omelette shrimp

 memasing dah tak sabar nak terkam. ko tgk adik ipar aku si abi tu, dah kaut lauk dulu dahhh. hahaha

hah... kenyang pon. so far aku rasa ok je masakan kat sini. takde la sampai tkleh telan. berasa la jugak. paling aku suker clear tomyam dia. perghhh... kena repeat aku kata. hahaha... ok bab bayar memasing dah blur. maklum hari pertama nak kira baht. 

tu dia total makan kami, RM115.50

kesimpulan makan di sini, sedap jek... tekak kami boleh terima. cumanya, dia punya service mmg slow giler. kami tunggu air pun berejam apetah lagi makanan. dia punya pesen cemama tao, dh dekat makanan nak siap baru dia hantar air. aduhhhh... time tu nak masak, time tu la dia baru nak memotong, nak menumbuk... takde bahan² tersedia. maunya tak lambat. bertabah je la. yang buat air pon alahai... selagi tak siap makanan selagi tu dia tak buat air. bertabah lagi. hahahaha



17 dok ngomen:

Anum said...Reply To This Comment

mahal gak ek, dengan menu banyak tue je order...

Falsya said...Reply To This Comment

Merembes ailio tgk tomyam..slurppp sedapnyeee..tp rege boleh tahan mahal..dieorg charge makanan ke charge berapa jam tunggu makanan smp..hahaha

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Boleh terbayang kepedasan tom yam tu. Cam nak meleleh pula air liur ... hehe

Unknown said...Reply To This Comment

berbaloiii gak harga tu tengok makanan pun mcm sedap je

Unknown said...Reply To This Comment

kalo dh lpr sgt memang nak ngap semua hehe

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

hahaha..kering tekak tunggu air wehhh..dah la lapar pastu lapar lagi 2 kali ganda sebab tunggu order...mampus!

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

tomyam clear tu memang nampak sedap hoihhhh

budakvanilla said...Reply To This Comment

sedapnya. nasib sabar menunggu. :D

fazianbatrisyia said...Reply To This Comment

tq singgah. I follow....
sedap tgk menu semua

Ummialyaanas said...Reply To This Comment

cuaca sgt panas..anak2 kt rumah pn bergelen minum air tp tetap bibir kering...
sodap nye makan la haiiii

Dr K said...Reply To This Comment

hahahhaa..stylo betul si shidee pakai snow cap macam tu..

tomyam tu mmg sangat menggiurkan lah nok...omelete shrimp? boleh la aku suruh wife aku try buatkan

eelobor said...Reply To This Comment

WOWWWW.....jauh nyer berjalan-jalan. mesti best kan...

cheq da said...Reply To This Comment

Cheq da follow di sini...

cheq da said...Reply To This Comment

Cheq da follow di sini...

cheq da said...Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
cheq da said...Reply To This Comment

Cheq da follow di sini

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

mahal jugak ke tak??heheheh

comel la mu na bt muka gitu