Friday, September 5, 2014

syian daddy qausar

dekat seminggu dedi dok ngadu sakit gigi. gigi bongsu belah atas katanye. makan je sakit, mengunyah je perit. sejak tu dia takde selera nak makan. aku ni kalu dia start takde selera, aku mula la runsing. hahaha.. mau tak runsing, nnt susut badan dia aku gak sentap. ngehngehngeh.. semalam dah tahap tak leh tahan, so smlm dia mc tapi leh anta aku gie keje gak lagi. aku cakap yang sakit gigi kan bukan kaki. dasar malas nak drive sendiri gitu la.. paksaan itu perlu okeh!

semalam aku wat appointment ngan klinik panel. malam baru takde org booking, so aku amek la kol 8. aku kalu dengar nak jumpa doktor gigi, boleh ngilu satu badan wooo... eiii aku takut giler ngan doktor gigi. seumur hidup!

bila doktor cek tempat yang sakit tu, terus doktor cakap kena cabut. tekejut dedi, apetah lagi aku. aku yg teperanjat lebeh sampai tekeluar dari mulut aku 'ha?? kena cabut'? kuat lak tu. hahaha... doktor cakap dah goyang kena cabut jugak. pastu dedi cakap goyang ke doktor. ai... gigi sendiri pun tak rasa ke dedi oii... pastu ada dua lubang, kena tampal. aku yang kat belakang dia, mcm nak tadah tangan mohon doa moga dipermudahkan segala urusan. hahahaha..

doktor bius tempat nak kena cabut tu dan sebelum cabut dan tampal, kasi scaling lu biar cantek dan bersih. lama tak buat scaling, last buat dulu sebelum aku ngandungkan qausar. kami kalu nak buat scaling, kena buat sama². tapi kali ni aku tak brapa nak kuatlah nak buat scaling. aku takut doktor cabut gigi aku yg dah lama goyang, dari zaman aku ngandungkan dak qausar. uiii seram kek leha oi... selagi gigi tu mampu bertahan, biarlah dia goyang inul kat situ, sampai masa sok, kalu tak mampu bertahan lagi, kita serah diri je la ngan doktor. hikhikhik.

scaling sudah, tampal pun sudah. saat yang ditunggu pun tiba, masa ni bontot aku dah tejengket² nengok dedi kejap kang arghhh.. kejap kang menjerit.. oi, sakit sangat ke?? dah bius kot. pastu doktor bius lg sekali. woiii... lagi sekali??? ohmennnn! lepas bius yang kedua, doktor tarik dgn kuasa vito, terangkat bontot dedi pastu siap. doktor panggil aku soh amek gambar gigi. aku tgk, oomakk.. bosarnye gigi ekau dedi oi. hahahaha... aku berkali² pk nk masuk ke idak gambar gigi tu. aku rasa taknyah la eh. kang ade yg geli, maki hamun plak kat aku nnt. hahaha.. 

doktor pesan jgn kumur, nnt darah lg kuar byk. balik kang minum air batu byk². minum milo ais ke... sekali betul² dia beli milo tin sejuk. hahahaha... 

dah, jom le kita balik dedi oi. jgn nak meratap hiba lama² kat kaunter tu. owhhh... tunggu mc, sori... mami lupa. hahahaha... sikarang tak sakit gigi lagi... boleh makan dengan hepi. 



tengkiu doktor gigi! nnt kita ketemu lagi...


12 dok ngomen:

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

saya pon paling gerun nak jumpa doc gigi !!

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

bagus kan kat cini

Chot said...Reply To This Comment

Hari ni sy mencabut gg juga.. Mcm gian pulak rasa ..baru up cerita. Meh kita kongsi cerita gigi bersama2..hahaha..

aizamia3 said...Reply To This Comment

situasi kita samalah.. selagi boleh bertahan akan bertahan.. dah kalau tak boleh baru g serah mulut kat doc gigi.. hehehe..

Hati Ema said...Reply To This Comment

ermmmm malu nak jumpe dokter gigi... gigi tak lawo. hehehe

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Kes mcm aku la nih.tgh sakit gigi tp buat derk je..pastu kalau rasa xthn sgt aku makan pain killer..giler x..aku pun tak suka dentist...hate u dentist!!!

eMMe said...Reply To This Comment

last 3 years, cabut gigi sebab gantung braces...

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

sakit gigi ni rase nyer sampai boleh nak tumbuk org..kakaka..

Kakzakie said...Reply To This Comment

Lega bila sah setel semua. Nak makan senang.

Kakak ni kalau sebut dentist pun memang seriau. Ngilu apa lagi dengar yg ngeeeeegggggg masa nak tampal - ngilunya.

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Belum pernah sakit gigi lagi ... tapi boleh tengok kesakitannya bila hubby aku yg kena ....

Siti Fatimah said...Reply To This Comment

Ups....baru teringat. Lagi dua bulam kena cuci gigi... sowi lama tak bertandang

Anonymous said...Reply To This Comment

hensem plok dedi qosar nih hrmmm tasty sangat