Monday, August 25, 2014

open house waris mohd shariff & esah

assalamualaikum semua.... wahhhh sedapnye mengeliat... sejuk dingin je cuaca hari ni. klu tak keje ni kompem tengahari baru bangun. udah, jgn malasan lagik, meh sini aku nak gebang pasal open house family belah lakik aku. banyak citer raya tetunggak, ada yg tgh tggu gambar tak sampai² lg... entah bila la gambar tu nak sampai gamaknye... (jeling baybienaz). hehehe

open house ni telah dipersetujui oleh semua kaum keluarga. bajet mengikut kutipan tabung oleh semua pihak. family mohd shariff dan esah ni adalah belah pak mertua den. tu yang selalu je ade perjumpaan dan makan². tiap bulan ceti (ucu shila) mesti wasap group minta bank in duit tabung. siap bukak buku bank tu. report kuar masuk duit mesti di audit. bukan sebarangan bendahari tao dia. ni tgh plan nak buat family day kat out door plak. mcm² cadangan yang ado. tggu je la nnt kat maner yg menjadi. hehehe

tema open house adalah pakaian pertama hari raya. dedi dan qausar opkos pakai baju raya petama. aku tak ikut tema sebab entah, takde alasan. aku pakai baju lama jek. perjumpaan adalah jam 4 ptg. jam 3 kami gerak dari banting. ko tgk itu taiko, belagak sangat ngupanya. eh, mak dan pak mertua aku pun tak ikut tema. hahahaha... bedal aje lah.

 ni mmg pesen dia. aku tak pasti ape motip dia suker nau buat mcm tu.

 aku rasa aku ayu sangat masa ni. hahahahahha.... tadah tangan plis, aku nak muntah. kikiki...

 baru sentengah jln, ini budak sudah hanyut. ternak bulu mata ke hape ko ni dik. makin pjg lak mami tgk.

 org kata kalu tido mata tak katup rapat, degil namanya. mmg degil pon budak ciwek ni.

 udah sampai tapi ujan lagi. dedi soh tunggu dalam kete. padahal kete parking depan kemah. diva sangat rasanya dedi tak kasi kuar kete padahal ramai sedara² dalam kemah dok tgk kami. 

 eh... awek lalu la... kemain ko jeling kan dik...

 dik, hensem dah tapi oksigen tu boleh tak cabut. adehlaaaa

 memasing tgh menunggu yang lain tiba. mungkin sebab ujan, so acara lambat start. 

 yang hensem baju purple tu penolong pengerusi. cewahhhh... hebat kan dia. hahahaha

 tgk pen. pengerusi tu tgh bagi taklimat. hebat sangat nih...

 ini budak.... ko jgn tanyer... dah separuh bakul dia telan buah dokong. 

 ok, dah boleh makan. memasing kelaparan.

 termasuk budak tak reti kenyang ni. hahahaha

 qausar ikot ngupa atok dia. betol ke tak sama?

 dedi ngan mak dia masih makan bersuap tao.. sila percaya!

 ada yang sampai lambat sebab dok tunggu ujan brenti nak panjat pokok rambutan. hahaha..

 menu semua sedap belaka

 tauhu sumbat tu aku makan berulang kali.

 dah kebetulan semua berkumpul, moh la sambut ulang tahun perkahwinan uda usop (abg ke 2 pak mertua den) dan isterinya mak uda

 tu dia... beriya no ko makan dik oiii... masa ni ramai yang kerumun depan dia amek gambar. hehehe... tu yg dia muka pelik je tu.

 kebetulan plak depan umah uda ada pasar malam, ape lagi, kena paw la omak eh...

 memasing tgh tggu cabutan bertuah

 bukti aku kena ujan belari dua branak ke pasar malam. hahaha...

 dedi lepas gian pun bodigad tak lepas... mesti ikot sama

 lepas maghrib sambung bakar otak². ada 400 keping otak². takde makna la nak bakar semua, depa pakat amek sorang sikit balik bakar sendiri kat ngumah. 

 ade ayam bakar jugak. aku sponser ayam bakar ni. aku perap sendiri, main campak² je bahan²nye. eh, laku la ayam bakar aku... ermmm sedap la tu. hahahaha

 tada.... qausar dapat best dress tempat ke 5. sekali dapat mainan masak² da... hehehe

 dedi dapat best dress tempat ke 7. jadik la....

 tgh sedap layan karok dan makan², sekali blackout plakkk... adoi, bikin kacau je...

satu taman lak tu. maka majlis pon selesai dan disusuli dengan tapau menapau. hehehehe




8 dok ngomen:

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

syok gilerrr wehh!

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Cantik ko noks pkai purple..naik seri..
Aish pun suka sgt dokong tuh...
Aku klu mkn byk tgkap kpla trs..

Eye_nee said...Reply To This Comment

Seronoknya majlis ko ni sis...ada cabutan bertuah bagai...keluarga harmoni bermuafakat gituuuu...

eMMe said...Reply To This Comment

sronok....tgk gelagat qausar..kelakar juga dpt hadiah masak2, heeheheh...

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

qausar ni dah besar mesti ramai peminat
hencem !

Kakzakie said...Reply To This Comment

TNB buat hal pulak!
Kelakar tengok Qausar makan kek sampai semua sibuk snap gambar dia:)

wahida said...Reply To This Comment

Jah, setahu aku kalau budak tido mata x katup rapat, budak tu terang hati, cepat faham apa yg dia belajar..
Qausar nnt mesti bijak

aizamia3 said...Reply To This Comment

Memang happening arr.. tapi part blackout tu yang tak berapa ngam.. huhuhu..

psstt: mainan tu bagi kat Nuha jelah Qausar ek.. ekekeke..