Friday, May 23, 2014

throwback ; aqiqah qausar part 2

sambung lagik citer aqiqah dak qausar. sebelum tu aku nak citer ngan korang hal semalam. aku hangin giler ngan perangai dak qausar. semalam dia menguji tahap kesabaran aku. ape aku cakap langsung dia tak heran. sebab ape... dia tau ada maktok yang bela dia. dia tau ade vivik yang boleh dukung pujuk dia. ooo... makin menjadi² ye perangai kamu. jadiknye aku semakin naik hantu dengan dia, aku dukung dia letak kat luar pintu. tutup pintu biar dia melalak sampai tak kuar suara. aku siap cakap jangan sape tolong dia. hahaha... 

dalam hati begetar jiwa tahan air mata. aku saje nak ajar dia takotkan aku. kalu ngan dedi dia haram tak takot langsung. aku tak penah buat macam tu lagi kat dia. biar dia... ajar skit. aku tau tu budak lagi tak paham ape. tapi lepas kejadian tu, boleh plak dia dok diam. boleh pulak ape cakap dia ikut. saje... saje nak kasi my blood go upstairs! hahaha.. lepas tu dia larik masuk bilik ngan dedi dia, aku dengar dia ngadu cakap mami buat. dedi tanye buat cemana, dia jawab luar, akot.... hahahaha... kuat ngadu skang ni taooo.

sori qausar, mami tetap sayang kat kamu. tapi lepas tu dia plak ugut aku nak letak aku kat longkang. sabar je la... yang bestnyer dedi tak masuk campo langsung semalam. kalu tidak mmg aku la yang kena marah balik buat anak mcm tu. tapi aku kena ngan maktok.. dia cakap aku tak waras buat anak mcm tu. hahaha.... kemain maktok pujuk qausar pastu tak kasi aku bawak balik anak. beriya dia bawak qausar masuk bilik. aku tinggi suara skit cakap balik sambil buntang mata kat qausar. terus cebek mulut larik kat dedi. hahahaha.... syiannnn... aku gelak lepas tu. hahahaha... jahat mami!

oi... panjang plak kesah semalam. mari berbalik kepada tajuk asal. 

tu dia jubah peranten siap tegantung kat endoi. amboi... kemain tempah jubah bagai. idea sape lagi kalu bukan dedi dia. so turutkan ajo.

terima kasih kepada sepupu sepapat, sedara mara yang sudi sponser kuih muih. ujung sane ada cendol jugak. termasuk dalam harga satu kepala yang aku cakap smlm. cendol cepat abes.. mmg cendol untie lela sedap tu pasal laku cepat. 

majlis kesyukuran bermula selepas solat zohor dengan dihadiri oleh orang² surau dan sedara-mara yang datang. time ni mami sebuk siapkan dak qausar. 

tu dia... peranten dah wangi, segak dengan jubah kuning. dok diam² dalam endoi tu taoo..

ooo.... dia nanges plak...

meh mami pujuk dulu... mami bisik kat dia.. ni kenduri kesyukuran dan aqiqah utk awak. takmo la nangis, semua orang nak tgk awak hari ni. awak kan raja hari ni. itulah yang aku cakap kat dia. aku ingat lagi...

elok plak dia diam pastu terlena... letak balik dia dalam endoi. lepas doa kesyukuran selesai, masuk plak kumpulan marhaban. ni semua orang kampung dedi. 

lunak merdu suara mereka. meremang bulu romaku. tgk dak qausar, sedap tido diringi alunan berzanji dan selawat marhaban. 

gambar ni ada maksud yang aku sendiri tak reti nak cerita. 

mami tepaksa bangunkan dia sebab nak tawaf kumpulan marhaban sambil potong manja rambut dia skit. nasib baikla dia tak melalak time tu... 

semua kumpulan marhaban pakat ciyom dia. depa cakap mcm anak omputeh. pastu tengok aku ngan dedi. hahaha... mesti dorang cakap anak puteh mak pak tak le puteh mane pun... hahahaha.. dorang tanyer sape nama anak ni. aku cakap la nama penuh... sekali sorang makcik tu sambung... inna a'thoinakalkausar... sedapnye nama dia... aku senyum je. hehehe

dah kena gomol dek semua kumpulan marhaban, dia jadi rimas la kot. nangis la ape lagi... dah tu maktok soh mandikan dia sebelum maktok cukur rambut dia kasi licin. 

umi ke ami ayu yang mandikan dia. abi yan tolong pegang. tu nek izan yang gomol dia. lemas budak tu. hahaha... dah mandi kemain buntang mata dia. mmg masa dia kecik² suker wat mata macam tu. masa ni ami ayu tgh peknenkan rayqal. tu kakal dalam perut ami ayu tau dik.

dia nak kena botak dah... maktok sendiri yang botakkan dia.. bagusnya dia, diam je..


rambut dia rendam dalam air kelapa. biar sejuk kepala dia.. maktok cakap la...

mami suker gambar ni...

tu dia... homei plak dia botak camni kan. alolo... nangis pulak... kesian dia, penat kot.. tido pun tak cukup. 

ok².. tido la dulu ye nak. syiann dia.. tgk gambar ni rasa nak botakkan dia la plak skang ni. 

sementara peranten tido.. kasi ini dua orang tukang tembak makan dulu. sian dorang, penat amek gambar. penat layan kerenah aku. hehehe.. baju itam tu payeh anak sepupu aku, baju biru tu jeng nama dia, kawan baik payeh. depa dua ni kawan baik. aku amek khidmat jeng lepas tgk dia pandai amek gambar masa adik aku kawen. gambar semua cantek. tapi sampai skang aku tak kasi dia edit lagi gambar² aqiqah qausar. lupa! ooo boleh eh lupa. hahaha... 





11 dok ngomen:

Tie HT said...Reply To This Comment

comelnya la anak awak ni :)

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

kejam tau mami ni!

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

kuningnya perantin hihi
comey sangat qays masa baby2. lengan ketak2

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Dahlah Qusar tu putih pakai baju kuning tambahlah nampak melepak. Siapalah tak geram tengok...

Eye_nee said...Reply To This Comment

Ko naper jer kurung dia kat luar pintu..huhhh!!!....gelak akk baca dia nak letak ko kat longkang...

Gambar itamputih dia meniarap itu adalah sgt ohsem....

suwara entertainment said...Reply To This Comment

saya pun pernah jugak buat mcmtu kat kakak dan bambam. kdg kena ajar diorg cara camtu supaya diorg x ulang kesilapan. tapi saya buat tu dgn keadaan airmata mengalir..acane tu..dah kata hati seorang ibu kan. hehehe. sampai ke sudah kalau dia nk buat salah kt mummy, dia jadi takut..

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Garangnya mummy .... aku pun bebs pernah juga buat tp lepas tu rasa nyesal pulak huhu

Comelnya qausar....mmg lah org geram tengok :)

Cheritera Kami said...Reply To This Comment

bulatnya mata dia...

wahida said...Reply To This Comment

comel masa kena botak tu...cute habis...

dah botak lagi nampak mcm anak omputeh...

wida said...Reply To This Comment

mmg macam anak omputeh..nnti speaking london ye qausar!

mamawana said...Reply To This Comment

Comel, cute...wajah2 bahagia