Thursday, May 22, 2014

throwback ; aqiqah qausar @ banting ; 9 sept 2012

kalu tak kerana kazen aku call semalam tanyer pasal kenduri aqiqah qausar dulu, mmg aku lupa dah yang aku tak buat lagi n3 pasal kenduri dia tu. aku beriya carik kat label blog sendiri. sekali belom masuk citer daaaa... hahaha... sori qausar, mami lupa! ok²... cerita ni harus ada dalam blog utk tatapan kamu ye qausar sayang.

mari kita ingat balik kenangan itu....

ni kenduri aqiqah qausar yang ke dua. eh... boleh eh gitu. hehehe... sebenarnya dah buat kenduri utk qausar masa raya ke 3 di kelantan. maktok dah niat nak buat di kampung untuk sedara mara belah dia. masa tu dah tumbang sekor kambing. so sekor lagi atok ayah plak niat nak buat di banting. kenduri di kelantan maktok taja menu tengahari, mami beli kambing, kat banting atok ayah sponser kambing kami sediakan untuk menu lain². orang yang paling huru hara mestilah dedi qausar. aku tgk dia kelam kabut mcm anak dia nak kawen kekdahnye. teruja giler sebab kenduri kat banting ni jemputan ramai. maklum, keluarga besar... bunting yang tegantung tu pun dedi yang beriya tempah. tau² ajak aku pegi kedai printing. aku tak tau nak cakap cemana bila tgk kegembiraan dedi untuk buat kenduri anak dia sorang ni. kalau boleh, semua benda dia nak buat sendiri. ye lah, susah nak dapatkan... mcm tu la.

tema semua dia yang pilih. ape dia nak aku iyekan aje. bila dia cakap mami nnt kita buat camni, pastu gini², nnt tempah baju kaler ni, nak kemah mcm ni.. aku ok, ok ok... sedeh, sebak pun ade sebab bersungguhnya dia. beruntung kamu qausar, lahir penuh kasih sayang dengan orang disekeliling kamu. hebat penantian 7 tahun. alhamdulillah... 

 pilihan dedi jugak. kemain.... mak aku cakap vogue gitu! ape yang vogue aku tak tahu lah. hahahaha

time ni kat banting tak banyak pilihan untuk pelamin aqiqah. so tgk yang ni cantek, on je lah. dedi dari awal dah pilih tema kuning puteh. nak anak dia nampak mcm anak raja. baek....

harga pelamin aqiqah ni RM500, habes tawar menawar dapat la 450. 

yang ni aku buat sendiri. dulang tu beli kat sayang U. kelapa tu toreh sendiri. ni kelapa yang ke 3. yang dua tu tak jadi. hancur kelapa tu sebab banyak tangan yang buat. semua ni lasti minute. buat je mana mampu. ikut selera dedi, dia nak pakai tempat renjis pengantin. tu kena sewa lagi. aku cakap tak payah, membazir je. 

menu hari tu kami amek ngan katering untie lela, kawan baik maktok. harga mmg murah giler. mami dapat 9 hengget utk satu kepala. termasuk cendol. katering kl sampai ke banting. yang kelakar, boleh pulak tayar van pancit tengah jalan. so lambat skit sampai tapi idak le kenduri dah mula. maktok dah risau masa tu takot kenduri dah mula makanan blom sampai. berkali² maktok tepon untie lela.. sampai untie lela cakap sabar 'ye nekmah, kau duduk diam² jangan nak kecoh sangat'. hahahaa... menu semua maktok yang pilih. ade sambal udang..

 ikan masin

 masak lomak daging salai

 ayam goreng berempah

 sayoq campo

 ulam dan sambal belacan

 pencuci mulut

kambing pun aku deal ngan untie lela jugak. senang citer... harga untuk kambing termasuk menu² lain, RM1200. kambing amatlah gemok. puas makan.

 ada salad

 jagungs

 coslow dan kuah black pepper.

 perantin tengah sedap tido dalam endoi. bagus... senang kami nak buat keje. 

rindu bau baby.. 


eh, dia dah bangun... ok, jom tukar baju! 






sambung ye...

18 dok ngomen:

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Comel! Grand btol majlisnya. Dulang bwk kelapa tu pun dah meriah. Hehehehe~

Love Umi said...Reply To This Comment

salam...dah cam pelamin pengantin plak pic no 3 tu heheehe...

gulppp....tgk kambing tu uhuhuhuu

Shark Kay said...Reply To This Comment

meriahnya..
lauk pauk pn bleh tahan meriah.
mcm raya dh tgk.

mamawaiz said...Reply To This Comment

amboi..memang meriah. nnti kalau kenduri kawin..mesti lagi havoc kan

sudipVSsenduk said...Reply To This Comment

wow! dah rupa majlis sambut menantu.. hihihi. Bertuah qausar. Moga menjadi anak yang berjaya di dunia & akhirat...Amin.

Eye_nee said...Reply To This Comment

9 Henggit dgn lauk pauk yg mcm tu?????...berbaloiiii nokss oii...sedih lah akk baca daddy qausar berhiya-hiya nak buat itu ini...7 thn sis...meriah dan cantik kemain pelamin tu...

Ada bab 2 3 4 5 lagi ker....adoiiii tak sabaq cheq nak tunggu ni....

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Kambing...sedapnya...hehehe...

Aku ni entry USS tak sempat nak up lagi. Nak dekat setahun dak kot.

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

comel btol qays masa tecik

eMMe said...Reply To This Comment

grands majlis aqiqah... tringat time Aqiqah twin, Me pun lupe de update kt blog ke tak ek, hahaha...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Hehe..nsb ko teringat nk cerita erk..
Aku tgok kambing domok tu aku terliur weyhh..
Suka giler kambing...

aizamia3 said...Reply To This Comment

biasanya kambing akan jadi pilihan utama.. ;)
tengok dak Qausar ni, betullah rindu dengan bau baby.. ;)

JunAina said...Reply To This Comment

Qausar masa baby nampak cam pompuan comey ja...geramnya tengok babyyyy...

Tihara said...Reply To This Comment

cantiknya pelamin dia :)

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Bukan main kenduri aqiqahnya ye...pelamin cantik, makanan semua nampak sedap, kambing amat gebuss.....dan yang penting baby comel....:D

idzwa kamaruddin said...Reply To This Comment

so sorg lagi la lepas ni!

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...Reply To This Comment

salam..
wa dah lama tak jenguk sini..
grand nye majlis...
sedap2 makanan..:-)

Queen said...Reply To This Comment

share no auntie lela/ sbb harga tu sangatlah muraaahhh sangat.. next akikah bolehlah panggil dia pulak..

sbb mas akami haritu.. kambing sahaja dah 1200. lepas tu kambing kecik je..

mamawana said...Reply To This Comment

Assalamualaikum

Meriahnyer majlis...

Moga bahagia berpanjangan moga dimurahkan rejeki berterusan. Amin.