Tuesday, April 15, 2014

warkah buat anakku, qausar # 2

assalamualaikum anakku,

ni warkah kedua mami utuskan buatmu. baca tau ape yang mami nak luahkan ni. sekarang ni kamu tgh demam. dari hari sabtu asal malam je badan kamu panas. sabtu 37.3, ahad 38.5, isnin 38.5 dan pagi tadi jam 4.30 pagi, kamu gelisah, mami rasa badan kamu, Ya Allah.. panasnye. mami cek suhu lagi, tinggi jugak 38.3. mami suap ubat dan kamu minum banyak air. susu kamu takmau langsung. ulser dalam mulut kamu banyak tu yang buat kamu tak lalu makan dan minum. puting pun kamu tak mau isap. sedeh mami tgh kamu qausar!

semalam cik neng petik daun bunga raya, maktok soh rendam dan kepal² kasi kuar lendir daun tu, pastu mami lumur satu badan kamu. menangis jgn cakap la... manja sangat kamu ni. dok kejap tu panas badan pun kebah. lega hati mami, hati maktok apetah lagi. risaunya dia dengan kesihatan kamu. dah elok tu, nak pulak kamu makan nasi. mami suap kamu tak mau, makan la sendiri ye janji kamu nak makan. kempis dah perut boroi kamu tu tau.  mami puas tgk kamu makan sendiri. banyak kamu suap masuk mulut. macam biasa la, kamu kan gelojoh. hehehe... 

maktok kata, demam nak betambah akal. sekarang kamu dah semakin petah becakap. dah suker ajuk balik ape orang cakap. asal buat benda tak kena, mesti kamu sebut Allah. kadang Allahuakbar. mcm orang tua tau. semalam pegang henpon mami pastu henpon tu jatuh, kamu sebut Allah.. eiiiii comel tau. gelak tok ayah kamu. dah pandai abc tapi sampai g je. tu pun kadang kamu lupa. mami suker bila sampai e, e utk elephant, tapi kamu sebut elephant tu Ya Allah.... lucunye dik oiii! tesangkut nafas kamu nak boleh sebut. hehehe...

123 pon dah pandai. mami sebut satu kamu sambung dua.. mami sebut 3 kamu cakap abes dah. adoila anak... mami sebut one kamu sebut two. mami sebut three kamu tepuk tangan terus jerit yeyyyyy... pastu cakap epyoen (clap your hands). hahahaha... omputeh sangat. masa kamu ralit main sorang² boleh plak kira sendiri ye. nakal!

sama mcm doa sebelum makan. blom abes doa kamu dah amin. tak sabar nak makan la tu. kadang mami baca doa kamu ikut, baca yg ekor² ayat. takpe... asal kamu mahu mencuba. kadang tu mami baca kamu boleh cakap ok. habis satu baris ayat kamu cakap ok. sampai la abes ayat. eiii.. nak marah ke nak gelak pon tak tau. geram mami tau! 

skang ni ruang tamu penuh ngan mainan kamu dik. sebakul dedi dah sorok dalam bilik kamu. coffee table mami pun dah takde bunga cantek. bederet ngan menan kamu dah. mana kamu rasa nak main amek je terus. dah puas main, tau pulak kamu susun cantek² balik ye. bagus! setakat ni menan yang kamu suker apalibang tu le. jenuh mami carik apalibang tu tau, jumpa jugak kat pasar pagi. mami pun suker apalibang tu, on kan aje, apalibang tu bunyi sebiji mcm bunyi nak terbang betul². pastu kamu suker biarkan apalibang tu sebab apalibang tu pandai bawak diri. pandai pusing, pandai ke kiri, ke kanan, pandai reverse kalu telanggar ape² benda. dari ruang tamu sampai ke dalam bilik dia leh jalan dik. best kan dik. semalm baru mami perasan, apalibang adik no mh380. mh370 dalam kenangan dah dik. 

ha lagi satu, maktok kan suruh mami potong rambut belakang kamu tu. dah panjang ekornye. tapi kan, mami takot nak cakap kat dedi. nnt dedi sentap lagi. cemana ni dik??? atok ayah pun dah bising. ala dik.. tak rock la maktok ngan tok ayah tu kan... hehehehe



19 dok ngomen:

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Terharu ni qays bila baca entri khas dr mami...hehe

Moga cepat sembuh ye budak kecik...

norhidana miswan said...Reply To This Comment

suweet nyer... makin bijak dia yek kak, bdk2 nih senang dgr kata... jnji kene ngn caranyer

aku kalu iktkan pun takmo gunting rambut aiyan yg kenteng2 tuh... syg oooo tp selalu makngah laju je potong

NzA said...Reply To This Comment

singgah2...Wah comelnya dia...Moga membesar menjadi ank yg bijak n cemerlang dunia akhirat....

Anonymous said...Reply To This Comment

suruh ank ko nyanyi bunga kemboja,,,
pandai dia nyanyi smlm...
hahah

:: idzwa :: said...Reply To This Comment

budak bijak nie!

Kakcik said...Reply To This Comment

Qausar yang comel dan cerdik. :)

Amanda Suria said...Reply To This Comment

Qays yang ensem...tp kuat merajuk kan...hehehe...alaaaa...jgn la potong ekor tu...syg la...

NM03 said...Reply To This Comment

cik anon a.k.a ami ayu,

haah.. semalam masa tgh makan pun dia nyanyi... gelak besar atok ayah. hahaha

izzeyda said...Reply To This Comment

aloloo bijaknya Qausar nih..cute plak tuh, geramnya kat Qausar nih..

sudipVSsenduk said...Reply To This Comment

Bijak budak Qays ni..

adarnadzmie said...Reply To This Comment

terharu campur lucu lak baca luahan hati mummy qausar ni...hihi...

apalibang... hehee...

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

Cerdiknya kamu qausar
Mmbesar dgn sihat ye

Sue-Rya Qistina said...Reply To This Comment

alolololo..cutenya!!! gitulah kak, tumbesaran anak..sat g dia dah pandai cakap penuh, semua dia nak tanya. hehehe

Rai Ourkizuna said...Reply To This Comment

at least dia susun.. kalau kat rumah kami.. sampai susah nak pijak lantai dek mainan diorang terabur..

Shalimar said...Reply To This Comment

sonok aunty sha baca note mama utk qausar nehh...
Tgk tuu....betapa besarnya kasih sayang ibu bapa pada anak...moga nnti leh jaga mama n daddy plk ..InsyaAllah..

follower #1250
http://notashalimar.blogspot.com/2014/04/jangan-mencemuh-makanan.html

wahida said...Reply To This Comment

aku teringin nak tengok qausar makan depan aku nok...

mesti comel...

Siti Fatimah said...Reply To This Comment

amboi.. part makan tak menyempat nyempat ko yer...

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Get well soon handsome boy.

Eye_nee said...Reply To This Comment

ala siannya Qausar...ulser dlm mulut tu..pedih bukan main...semoga cepat sembuh yer Qausar hencem..