Thursday, January 9, 2014

ragam qausar


hari tu bawak dia jalan² pegi JJ. misi mencari kasut utk dia blom selesai. sampai JJ aku cakap ngan hubby lepaskan dia. biar dia rasa bebas. memang bebas sebebasnye sampai tak larat aku ngan daddy dia nak kejar. pastu takmo pegang tangan... lagak mcm orang besar. yang bestnyer, bila nampak awek baya dia tau plak dia tecegat mcm tiang letrik. kaku nengok awek tu. mu mmg menurun peel daddy mu eh dik. hahahaha... sudahnya aku cakap ngan hubby, pegi la amek troli, tak larat dah nak kejar. asal kejar je dia buatla guling² atas lantai. geram aku! pastukan, bila dia nampak je daddy dia amek troli, dia boleh gelak sambil pandang aku. mesti dalam hati dia cakap abesla misi aku nak jajah kawasan... hahahaha

 tetiber dia sendiri yang cakap enyum (senyum) sambil angkat tangan gitu. 

 aku cakap dah, dia bukan boleh lama dalam troli. mesti memberontak nak kuar punyer. tgk... ugut la konon tu kuarkan sebelah kaki. 

 nak kasi dia diam senang je. tunggu ye.... eh, tu nmpk lebam kat pipi. biasala, stuntman mmg cenggitu. takde lebam tak sah.

 ha, kan dah diam tu. hahahaha.... yg dia mampu cakap, dapnye dapnye... ah, takat nuget mekdi pun sedap ke... hihihi

 balik ngumah dia punyer penat mengalahkan buat keje kat sawah padi. bila nengok dia tido cenggini, kesian je ngupanya. asyik je kena marah. asyik je kena jentik... asyik je kena babab kat tapak tangan. 

sejak baik dari demam, makin kuat minum susu. bila susu dah habes, dia punyer tonggeng botol tu nak dapatkan titisan terakhir. kesian nengoknye... kadang aku tambah buat susu lagi. tapi tak banyak la. kadang dia minum habes, kadang tinggal sikit. kadang habes betul. 

semalam pi cocok booster. sebelum masuk bilik jumpa doktor, dia dah menyorok tepi dinding ni. puas daddy dia panggil ajak jalan sekali tak mau, nak dokong pun tak mau... anak² (taknak) berulang kaki dia cakap. daddy kata dia dah tau, mesti nak kena ngadap doktor. sudahnya daddy dokong paksa, meronta² cakap taknak. bila bukak je pintu bilik doktor, nampak plak doktor yang dia dah biasa, hape lagi... dia punyer meraung begema klinik. bila baringkan dia lagi la kuat dia melalak. tapi, lepas abes je cocok, dia minta nak salam doktor. kelakar tak.... doktor pun gelak. 

semalam tido ngan maktok. sebelum lena tu, dia punyer mengada buat aku geram. entah ape yang dia syok sendiri pun tak tau. ni aku tgh amek gambar dia, dia boleh gelak mengekek mcm aku tgh geletek dia plak. bila aku jerit cicakkkkkk amek qausar ni.... terus diam kaku. tau² dengkur dah. hahaha... gelihati ngan peel dia. cicak pun takut....

dua hari lepas, maktok 3g aku soh tgk ape anak bujang aku buat. dia panjat kerusi, naik atas meja makan. amek bekas kek, letak atas peha dia. maktok cakap... tgk anakmu mengganas cari makanan. hahahaha

pastu amek kek ngap masuk mulut. betenggek atas meja tu lama gak. ni kes minta kek orang tak layan la ni. hahahaha... bukan taknk kasi dia makan, masalahnye dia makan tak brenti. sampai tok ayah dia pun cakap... budak ni tak boleh duduk ngan orang lain... dok taska sesok pun tak tau le cemana, keje nak makan je... nak ke orang layan peel dia. kalu bawak bekal sendiri pun blom tentu cukup. hahaha

ni plak bonda dia wasap gambar. bangun je tido, tak sempat nak mandi terus minta ayam. ko tgk peel gelojoh dia. tu bukan ayam pun... kek jugak dia makan. dia kan semuanya ayam. bila bonda dia cakap mkn elok²... terus dia sumbat semua masuk mulot. pastu tekulat² muka nak nelan. adoi.... tok ayah dia dah baper kali cakap, ada dia tak larat nak layan, takde dia...tido ke balik ngumah sendiri ke... sunyi pulak. hahaha... qausar ni, nakal² dia pun, penyeri suasana tahu. kan dik kan....

20 dok ngomen:

Rizziela said...Reply To This Comment

Penatnya superman

cheqna said...Reply To This Comment

kak..perangai nakal n buas2 ni kompem ikut ko kan kak??
hahahahaha

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

Amboi rambut dia handsomenya tergugat iman kita...

msredcheesecake said...Reply To This Comment

handsome lah qausar.... kalau biar diorg lepas memang penat nak kejar siap terjerit2...hheee

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Handsome lah anak ko ni noks. Mesti ramai peminat bila beso nnt nih.

Qhalif pon mcm tu gak. Klo lpas bebas memang suka betul. Tak nak org pegang tangan dia.

ummiross said...Reply To This Comment

Seronok baca kisah Qausar, memang penyeri suasana dengan gelagatnya, dah tu ensem pulak.

lieyalatif said...Reply To This Comment

haahahah tegelak2 aku bace noks...adui laa qausar...panjang akal betul....mmg kuat makan die yeak...bagus mcm tu...aku lak penin sbb dayyan tak mo mkaan sgt...setakat makan nasi tu nak laa tapi antara waktu makan tu kurang die nak makan....aku ni gigih la beli mcm2 biskut ke ape buat kudap2 die....berat dayyan baru 11kg...qausar mesti lebih kan...

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Keletah banyak Qausar tapi membuat semua happy. Tak banyak kerenah bila mintak tak dapat dia panjatlah meja... cerdik kan..

wahida said...Reply To This Comment

suka tgk budak2 kuat makan nok...
comel dia kemam kek tu...

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

biase kalo nakal ni ikut mak..hahahahaa.....budak comel!!!

norhidana said...Reply To This Comment

hahahahah pangai dia sama mcm aiyan kalu bwk pg supink mana2... si qays nk jgk lah duk troli kalu aiyan mmg dia terjun dh wei... dhla lps je mmg menyasar dia lari sana sini... nampak awek nk peluk cium ko...lg dasat anak bujang aku... aduhla

aiyan makanan kureng skit... itu yg aku payah... anak ko senang nk umpan tuh kalu bg mkn je dh senyap heheh...

aizamia3 said...Reply To This Comment

oh.. my menantu.. hehehe..
dak Qausar takut cicak, dak Nuha takut lipas.. kehkehkeh.. ;)

Unknown said...Reply To This Comment

hahahahaha..comelnye diaaaa!
first time tengok gambar dia neh. kiut sgt2. pandai plak posing time amik gambar..:)

safurara said...Reply To This Comment

kenapa ko comels sgt qausar! kak,buat menantu boleh x kak.hehehe

Z.u.r.a and I.w.a.n said...Reply To This Comment

sama tul peel qausar ngan irfan
kalau pegi mall mmg dia nk jln sdiri..
kalau nk letak dlm troli
kena umpan mainan ke...
boboi mmg gitu kot kan..
terlebih berani..haha..

Unknown said...Reply To This Comment

qausar makin hensem hehe geram tgk

Eye_nee said...Reply To This Comment

Dah ko pun asik mengumpan makanan nak suh dia diam..hah amik ko Qausar keje makan jer...gelak pulak akk baca maktok ckp anak ko MENGGANAS cari makanan..adoiii hai la maktok...ala toksah risaulah..menjelang nak besar ni mcm2 lah peel dia...Rilek jer...yg penting Qausar HENSEM...hahaha..

Fazleyatul Aini said...Reply To This Comment

eee geram tgk qausar ni
dah besar mesti nsem abissss ni

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

takpela selagi boleh makan mu..
nanti dh besar dia takmo makan kita plak susah hatikan

Ibu Lala said...Reply To This Comment

Syok la dgr citer qausar nih. Mcm mcm.cerita