Monday, December 9, 2013

viking cave, phi phi island, monkey bay & snorkeling ; krabi

ni last n3 island hopping. sebelum aku teruskan stori krabi, moh kita sama² berdoa semoga semua mangsa banjir diberi emosi yang kuat utk menerima ketentuan dari Allah swt. moga banjir cepat surut dan mereka dapat kembali ke rumah masing². biarlah harta benda musnah, janji nyawa selamat. aku hanya mampu berdoa dan bagi bantuan setakat mana yang mampu. korang kalu tak keberatan, sama²lah hulur bantuan utk mereka ye. entah esok lusa, hari kita pula. 

ok, lepas menikamati keindahan di maya bay, boat kami terus meluncur laju melalui viking cave. viking cave ni satu tempat yang femes jugak. ada yang duduk tetap kat dalam tu tau. mereka membela burung dan hasil sarang burung tu, mereka eksport ke china. masa alex bagi tau ni, aku dgr tak dgr je, tapi itu yang dia cakap yang dapat aku dgr la. tak silap aku, kat dalam tu juga lukisan purba yang menggambarkan orang viking ditemui pada tahun 40an. hah... sejarah namanya tu kan... kita tak boleh turun utk ke gua tu ye, hanya boleh lalu dan cepat² la korang amek gambar. 

seterusnya kami ke phi phi island utk makan tengahari. masa yang ditunggu² oleh kami semua. giler lapar dah masa ni weh. phi phi island ni pun cantek jugak. tapi ramainye la hai kat sini. semua boat stop sini utk makan tengahari.

kat sini tempat kumpulan aku berkumpul dan makan. 

makanan dia adalah tidak sedap. hahaha. jgn risau, makanan kat sini halal.

sambal ijau tu sedap. tu je pun pembangkit selera. 

spaghetti dia tak sedap langsung. aku tak sabar nak balik hotel, belasah megi. muahaha...

lepas makan, kami lepak tepi laut. masa ni dah rasa bosan giler sebab ape... penat! kat phi phi island ni ade jugak hotel dan rumah tumpangan. patot la ramai manusia. ramai jugak yang menginap kat sini. patutla aku nampak ramai je orang bawak beg beso².

layan hasil tembakan. masa ni aku bebel sorang dah. tak sabar nak baring atas katil. tapi sempat lagi aku call mak nak cakap ngan qausar, tapi dia tido plak.

aku geram ngan nenas kat krabi. comei². pastu cara potong dia pun unik, tak dibuang tangkainye. aku terliur tgk kumpulan mat salleh makan nenas ni. banyak betul dorang beli. aku tak gamak le nak makan masa ni, kang sakit perut plak. malas le aku nak carik jamban. ke takut sakit perut dalam boat cemana plak. 

aku soh lakik belikan jambu madu ni je. sedapnyerrrrr jambu ni weh. aku belasah makan sorang. kikiki

kat tiang tu ade shower. nampak tak...

singgah plak kat monkey bay. alex ckp monyet kat sini mmg liar². pulau ni dorang yang punyer. dasyat ngko monyet! kami semua tak turun pun, tapi ade je yang turun bergambar. gambar monyet pun haram takde. hahaha... aku tau lakik aku dah malas nak amek gambar sebenarnya masa ni.

masa yang ditunggu oleh mereka yang gemar snorkeling. boat kami berenti kat tengah pulau, pastu alex kata semua kena terjun dari atas boat. hah??? giler?? aku kalu mcm ni mmg tak brani la weh! takut aku! tapi tempat ni cantek. air dia ijau biru. air dia nampak berkaca. ala!!!!!! aku nak tapi takot!!!

takpe la... lupakan hajat. aku amek gambar je la... 


alex ngan pembantu dia tetap akan jaga mereka semua. takot kang mana tau, ade yang tetiber lemas ke kan.

penat snorkeling, kami semua dihidangkan dengan buah tembikai dan nenas. ni kira last kopek la sebelum kami mendarat. wah... mendarat gitiuwww. hahaha. mula² alex kuarkan buah² ni, dia lalu keliling kami dan soh kami tgk je. kongajo ko alex! aku dah terliur ngan nenas tu ok! ah, tak kira... aku nak jugak makan nenas tu, sakit perut pun lantak ar.

dia berenti depan aku pastu dia soh aku amek gambar. ko perli aku kan alex!

round ke dua baru dia kasik amek buah² tu. entah masa bila aku terlena kat bahu hubby. uiii... tak menahan dah mata masa ni. yang aku tau semua pun lena. hubby plak sampai nak melepet kat bahu mat salleh sebelah dia. aku yang tekejut. hahaha.. si alex pon dah tak kuasa nak buat lawak. dia pun dah penat. awk jepun tu pun dia tak kuasa nak layan dah. hahahaha... tau pun ko diam kan.

dah sampai ke tempat asal jeti. moh begambar ngan long tail dulu. aku teringin jugak nak merasa naik long tail ni. lain kali lah, ade rezeki ke krabi lagi, kompem aku nak naik.

nnt kita naik long tail ngan qausar ye daddy..

baibai long tail. 

tgh jalan nk pegi ke tempat asal kami berkumpul, ade sorang mat salleh ni tgh layan panas. dari jauh aku dok pk ape la dia dok buat mengiring cenggitu. ngupanya tgh layan tab. layan dalam bilik hotel kan best derr... hahaha... aku punyer kulit la dorang ni kan.

sampai sini sajelah pertemuan kami ngan pulau yang cantek dan pemandangan yang cukup indah. in shaa Allah, ade rezeki kami akan sampai sini lagik. dah naik bas, aku sempat menangis, masa tu sumpah aku rindu qausar. giler kan...tgh letih mcm tu pun aku sempat kuar air mata. ape² entah. sampai bilik, mandi... lepak² jap, tunggu kak jah balik dari phi phi island, pastu kami kuar makan. aku cakap tadi tak sabar nak belasah megi kat hotel kan. mmmm... takde makna, dah letih semua benda pon aku malas. hahaha. owh ye, aku ngan kak jah berpisah pulau sebab dia ada masalah kesihatan. kalu ikut laluan aku kan hard core skit, banyak pulau nak berenti. kesihatan dia tak mengizinkan, maka dia sekeluarga amek cruise gi phi phi island je. tapi masa aku kat phi phi island tak bertembung ngan dia pon eh. laluan pintu masuk kami berbeza. nak tgk kesah phi phi island kak jah, sila klik sini.



sambungan nnt, kesah makan malam kami yang ohsem!

21 dok ngomen:

Anum said...Reply To This Comment

cantik

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

huwaa nangis lagi..huwaaa nangiss...huwaaa...nangisss..

licha said...Reply To This Comment

salam sis.. singgah follow :)
wahh.. jelesnya tgk..hihi..
best sgt npknya g krabi.
oh btw, dh menabung nuffnang jugk.

wahida said...Reply To This Comment

cantik sgt tempat snorkeling tu noks...

indahnya la hai...

Dee said...Reply To This Comment

kalu aku dah terjun dah..air punya jernih gitu..rugi wei..hihihi..

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Cantiknyaaaaaa...jernihnya air.

Eye_nee said...Reply To This Comment

naper ko tak terjun sisss.....ada life jaket kan..kompom tak tenggelam punya...terliur tgk laut dia msa tu jernihnyaaaa....

Unknown said...Reply To This Comment

sumpah cantik gilaaaa...

Unknown said...Reply To This Comment

wah bestnyer.... the island looks awesome!!

ummiross said...Reply To This Comment

Tempat cantik, gambar-gambar pun sangat cantik, memang awesome!!!

Unknown said...Reply To This Comment

Tertuja tgk gmbar2 yg cantik kat sini...xsabar nk jejak kaki ke sana ni...

nuyui a.k.a miss YUI said...Reply To This Comment

besnya tgk.. terliur tgk nenas..comel lak tu...

arghhh.. jeles2!!

syawalsimpsons said...Reply To This Comment

terbaik la kakak..mmg cantik pemandangan kat krabi ni

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

cantiklah...
samalah...takut nak terjun ha..ha..

Suria Amanda said...Reply To This Comment

Kalau dah berpanas memang la penat nok...tp berbaloi la kan...dapat menikmati segala keindahan alam yang kita tgok sebelum ni kat TV or majalah jer kan...

Unknown said...Reply To This Comment

canteknye lahaiiii.
bertuah ko dpt gi melancong ket pulau2 cantek camtu.. jeles aku~

Unknown said...Reply To This Comment

nanti blh bawak qausar pegi sama hihi

haryati said...Reply To This Comment

percutian yg besh..gamba pun cantik2 ye...

shamyheart said...Reply To This Comment

subhanallah.. cantikknya.

akak siap lentok kat hubby lagi ye. hihihi~

Z.u.r.a and I.w.a.n said...Reply To This Comment

pulau2 dia sgt awesome..
viking cave tu..ada org menetap ye,,
tk sgka iols..

sedih kan tingat anak kt umah..
i pun cm la dulu..
mmg menitis gk airmata..haha

QasehnyaRania said...Reply To This Comment

Mmg cntik giler la
yeay dh tahu.akak mmg x bawa bb :)