xtvt pertama hari ketiga kami adalah terjah elephant trekking. sampai krabi tak naik gajah tak syok la. harus dan wajib rasa naik gajah, dok tgk blogger up n3 pasal elephant trekking mcm syok je, mcm best je... maka kami juga tidak lepaskan peluang yang ada. cuaca pagi tu jugak baik sekali.
ni personal driver kami. nama dia phom. eh, ke phem.. ha gitu la bunyi dia. dia sampai hotel tepat pada masa bersama kete "vellfire" toyota commuter sebenarnya. hehehe... dia ni senyap je sebab dia tak brapa fasih bahasa inggeris. cakap melayu ape tah lagi. aku tanyer ngan dia kat maner tempat lunch sedap, dia mcm blur, pastu aku wat isyarat nak makan, baru dia paham. hahaha... tapi dia ok. ape kami nak semua dia ikut. kami sewa toyota commuter ni ngan harga 2500 baht = RM250 dari jam 9pg - 4ptg. 4 tempat yang kami dapat pegi iaitu elephant trekking, emerald pool, hot spring dan tiger cave sebagai bonus utk kami sebab kebetulan satu laluan. yang bestnyer, kete ni kami yang punyer, takde share ngan orang lain hokey. kami nak kuak lentang dalam van pun boleyyy.. hehehe... mana nak dapat van murah ni? cari miss phat kat kaunter hotel goodwill okey.
ok, kita dah sampai elephant trekking. moh tyer ape yang patut
berdepan ngan elephant trekking ni ada atv jugak
kami kena tunggu turn. sementara tungguh gajah sampai, kami dihidangkan ngan nenas dan air mineral. kat krabi asyik melantak nenas je la keje kami. tu yang balik kl ceri beri tak sudah². hehehe
aiyak, muka abg blur plak
yey... gajah kami dah sampai
nak naik gajah tu, kena naik pondok yang scary ni okey. mmg scary la i tell u sebab tangga dia dah sopak². takut mak jemah tau. pastu kayu yang kat atas pondok tu mcm dah lembek meliut. hahaha... mcm² plak aku pk.
datang dah muka cuak mak jemah. giler tak cuak!! takot okey nak naik atas gajah tu. mampu ke gajah tu tampung aku yg ala² anak gajah ni. muahahaha!!! owh ye, aku naik ngan adik, hubby naik ngan abang. jah tak naik sebab masalah kesihatan dia. so shidi teman dia.
bila gajah dah jalan, aku dah bepeluh satu badan. gayat weh!! masa ni jah panggil aku dari belakang, aku tak mampu nak toleh habes. dia lambai aku, aku balas lambai tapi muka ke depan. hahaha
masuk utan dah... aku tak lepas pegang tempat duduk tu. masa tu dah pk, boleh ke aku nak amek gambar ni sebab jah pas kamera dia kat aku.
laluan hubby dan aku berbeza. ala....best la dorang dapat masuk dalam tasik.
gajah tu ikut je arahan tuan dia. eh, nampak abang mcm takut je tu.
aku dah tecari² hubby, dah... mana dorang ni?? pastu eh, jumpa jugak kita ye... cak!
kalu masa banyak, nak jugak merasa bawak atv masuk utan. next time la..
bila dah selesai bawak kami, gajah kena berehat sementara kat sini sblm amek orang lain plak. kesian gajah ni, mesti dia tak cukup nyawa kan. semput bawak dua anak gajah. aku ngan hubby la.. hahaha
mereka bergambar kenangan ngan gajah.
nak beli pisang ni kasi gajah makan pun boley, taknak pun boley. tiada paksaan. satu bakul kecik tu lima hennget jek.
harga utk satu jam
RM80 dewasa, RM50 kanak²
utk setengah jam
RM50 dewasa, RM30 kanak²
tapi abang dan adik dapat RM25 sorang. pandai² la korang kawtim ngan dorang ye
17 dok ngomen:
syoknya
walopn dh tgk kat blog wahida ttp nk tgk kat sini. canteknya beb gambar2 u... u pakai camera apa eh? lense?
Cantik semua gmbr2...
Bestnya dpt naik gajah
eB,
canon beb. lense biasa + lense fisheye
bestnya, pengalaman menarik ni!
sentap tak dapat naik gajah...hahahaha...
x suka kalau gajah masuk sungai...masa aku nyer experience dulu boleh dia sembur tinggi2 air terus simbah kitorang...not good tau gajah tu...
bestnya dpt nek gajah..
bestnya dpt naik gajah
syok woo..naik gajah..walau dlm hati takut2..hehehe..
Kakak suka sebab anak-anak wahida pun dah macam anak sendiri. Suka keakraban yg terjalin..
adohai..gelak2 aku baca n3 ko ni sis oii..ko kalau tulis tak lakar2 tak sah kan...boleh bercak-cak bagai ko dlm gayat2 tu yer...tp kompom gayat kan...masa kat phuket tu gambar anak2 yg akk ambik sumer zigzag jer..dah tgn aku mengeletar duk atas gajah tu...
bestnya alahai nek gajahhhh..
takut kotttt naik gajah nie..hehehe...
kita pegi ritu..
tk nek pon elephant..
tk sempat..huhu
yang penting ada gambar kenangan.. ;)
salam NM03..
best tu naik gajah..tapi takut hehe..
nice picture !..:)
Post a Comment