ramai yang bertanyer pasal tempat bufday party qausar. moh le nak share serba sedikit info utk mereka² yg rasa berminat nak sewa. aku dpt tau tempat ni masa mula² mkn kat sini, jumpa event manager dia dan terus dia bawak kami masuk dewan comel ni. hati terus terpikat dan terus booking. dewan ni diberi nama dewan selera. ade yg tau tempat ni terkenal ngan restoran ogy ahmad daud. tapi dia dah tarik diri. baru² ni ade kuar citer pasal dia dan restoran ni. nak tau gugel la sendiri ye. hehehe
boleh muat dalam 100 orang. nmpk cam tak banyak meja kan, sebab depan tu ade meja candy buffet, meja letak hadiah dan meja goodies bag. lagi pun ruang depan tu mmg aku luaskan skit sbb clown nak wat game utk anak². deco kat syiling tu pun mmg dah ade ye, bukan aku yang buat.
sofa empuk ni mmg ade dalam dewan tu ye. boleh aleh ikot selera memasing. PA system tu pun termasuk sekali. tu yang aku suker, tak payah nak pening² carik utk sewa PA system lagik. semua dah cukup lengkap.
susunan meja juga bergantung kepada selera kita. korang cakap je nak lagu mana, dorg akan susun nnt. balon itu tidak termasuk sekali ye. yg tu nnt aku citer lain.
makanan semua dorang letak kat luar.
kat tempat letak makanan ni pun luas. aku lupe nak pesan kat kazen aku soh amek keseluruhan tempat ni.
gambar makanan plak, dia amek dua gambar je. mihun goreng dan...
nasi ayam. nasi takde gambar, hayam je dia amek gambar. hehehe...
ok, ni detail pasal keseluruhan tempat ni ;
sewa dewan RM500 (3-7ptg)
bergantung kepada makanan dan brape ramai, aku dapat harga dewan RM350
menu kami hari tu ;
nasi ayam hainan
bihun goreng
fries / nuget
sagu gula melaka
koktail buah
teh tarik
air oren
buah
tambah ayam goreng rempah
satu kepala aku dapat RM16, pastu tambah ayam goreng rempah 40 ketul, seketul dua hengget.
RM16 x 100jemputan + RM350 dewan + RM80 ayam tambah = korang kira la sendiri
RM16 x 100jemputan + RM350 dewan + RM80 ayam tambah = korang kira la sendiri
utk keterangan lanjut, korang leh berhubung dengan PUAN ILA : 019-610 6161. tyer la ape saje kat dia. nak minta diskaun pun boleh, in shaa Allah... dia boleh pertimbangkan. nak sewa utk kenduri kawen pun boleh. tapi tu kena tyer dia direct, aku tak reti nak terangkan. hehehe
gambar ni masa mula² kami singgah mkn kat sini. ni gambaran luar dewan. yg ade langsir tu la dewan selera. tapi masa hari kejadian, sedara mara aku selamber je p mkn kat meja luar tu. tapi masa tu kastemer tak ramai lagik, so rasanya tak ganggu waktu niaga sangat la. hahaha...
keseluruhannya aku amat puas hati ngan servis kat sini. ape² yg tak cukup, aku minta sekali je, terus dapat. berurusan ngan puan ila pun terbaek! so korang, kalu rasa berminat, sila la carik puan ila ye.. n3 bersambung pasal candy buffet plak. tunggu!!!
SELERA D'GREENWOOD
Lot 2344-9, Jalan Batu Caves,
Kg. Simpang 3 (Greendwood)
Gombak
Puan Ila : 019-610 6161
21 dok ngomen:
cantik sgt tmpt nya..
Berpatutan lah harganya. Deco pon cantik.
ooo harg apon boleh tahan gak kak.nt boleh lah survey2 rasanya.heee
Suka tengok deko ada belon2 bergantungan tu, cantik.
Harga pun sangat berpatutan, layanan bagus, tentu puas hati kan..Alhamdulillah.
eh murah tu! bleh suggest kt member ni
bahagian dalamnya cantik NM...
pagi2 akak lalu sini...
harga memang berpatutan..
menarik sebab kat Gombak.. ooo ingat sikit2 kisah kedai ogy mat daudtu.. boleh tahan gak yerk harganya.. tapi kalau dapat dewan harga murah berbaloilerkan...
Boleh tahan harganya
nmpk sgt selesa.. berbaloi dgn sewanya,,
pehh memang kelassss
sesekali kita ubah selera pulak buat kat luar umah kan.. ;)
wahhhhh best nyer!!!
kemain lawo tempat ni...deko-dekonyer pun cantik...
Murahla dewan tu mu..seyes..dhla besar..
bestnya kalau dapat buat majlis dekat tempat camni...semua teratur...
Nampak memang menarik dan selesa sangat. Kakak suka decoration sangat sesuai utk majlis..
Mmg cantik n nampak grand beb tempat die....dah mcm kenduri kawin qausar dah aku tgk hah....mmg grand abis....yg penting susun aturbtempat, deco n mkn sedap....mmg cemerlang laa korang laki bini plan besdey party qausar nih....
memang cantik, dah setahun Qausar ya niezza..
memang class tempatnya tapi mak oiii harga not badlah...
Wow! Dah tau dah rege dewan. Bolehlah kan? Tapi Gombak le plak. Huhuhu!
boleh tahan gak makanan kat sini
Post a Comment