Friday, July 19, 2013

10 ramadhan 2013

assalamualaikum semua... jawab dulu, tak jawab dosa tau... mmm... baguih! hehehe... apa macam hari ni? ada baguih? aku ok je, cuma ngantuk je pg ni. biasala la, aku kalu bgn saho mmg takkan boleh nak lelap balik. kang lelap mau nak berbuka nnt aku bangun. hahaha..

smlm aku tak keje, lakik aku pening loya katanye. mmg aku tgk pun dia jalan melelong jek. aaa... toksah nak buat andaian mcm². lepas berbuka kat ngumah mak hari rabu tu, aku tgk dia diam je. masuk bilik tido sampai qausar dok kacau dia byk kali pun dia tak layan. dia kalu sakit mmg ngupa itu. aku kejut ajak balik pun dia mcm mamai. sampai umh terus tido. selalunya dia lepak dapo lu, menguyah ape yg patut. bangun saho pg esoknye pun tak mau. tapi aku paksa jugak takot dia tak larat. setengah hari smlm dia tido je, sampai aku plak naik lemas. dok melayan qausar smlm mcm org giler aku dibuatnye. mau tak.. dia deranya aku koo tau. skang ni suker nau buang² barang dari atas katil pastu soh aku hamek. huuuuiiii... sabar je la. dah ar, moh le tgk menu berbuka aku dari hari rabu dan semalam. cekidauttttt...

ni sosej roll berkeju ulala. hahaha... kerlas aku kasik nama dia kan. ni kes terliur kat blog ana suzana la. dari sehari ke sehari aku nak buat sosej ni koo. akhirnya berjaya. nak resepi? ok ok.. tenang! senang je... ko rebus la dulu sosej tu, tak kesah le sosej ayam ke daging ke. roti yang dah dibuang kulitnya ko gelek kasik nipis. aku ni perkakas dapo serba kekurangan, jadiknya aku gelek ngan botol susu anak aku. hahahaha... ye ye, mmg tak senonoh perangai aku. itu je yang sempat aku capai. malas nak pk nak cari barang ape nak gelek sebab masa tu dah suntuk sgt masa. dah nipis roti tu, ko letak la cheese pastu letak sosej dan gulung. dah buat semua, ko rendam plak ngan teloq. aku belasah je pakai teloq putih dan kuning. malas nak asing² la heh. dah lepas celop gelek dalam teloq, ko gelek plak kat serbuk roti. serbuk roti tu ko bli yg kaler kuning tahu. serbuk roti aku kaler putih, aku p kirim kat kawan aku pastu dia silap beli. takpe... kita kan punyer akal, jadiknye aku letak pewarna kuning yg utk buat roti jala tu, aku gaul² ngan serbuk roti putih tu. hahaha... jadik la kuning skit². tak kesah pun kaler ape sebenarnya, sama je, cuma kalu pakai kuning cantek la skit. 

lepas ko dah gelek ngan serbuk roti tadi, ko repeat sekali lagi. celop lagi sekali ngan teloq pastu serbuk roti lagi. kira ko buat 2 round le. sebab ape... sebab nnt bila mengoreng, roti tu tak pecah. kalu pecah nnt cheese tu meleleh keluar. klu ade kuar skit² kat ujung roti tu biasa la. tu takpe. jgn sampai dia pecah kat tgh², tak cantek beb. masa gelek ngan serbuk roti tu ko gelek la kasik tebal tau. ha gitu la resepinya. senang je kan... pepagi ni dh ade yg minta resepi ngan aku. hahahaha... hebat hebat. 

ini smlm punyer saho. ngan aku sibuk nak buat sup cendawan tu, qausar pun sibuk la mengacau jugak kat dapo. apaknye mmg tak amek tau dah, dah tak larat nak bangun. jenuh aku nak tidorkan dia balik, tak mau jugak dia lelap. sudahnye dia la penemam aku saho smlm. sup cendawan tu biasa je. aku campak semua bahan², dah mendidih, siap. sekali ko geget cili api kg tu, huiiii... begegar ubun kepala kooo.. pedas gilak! ramai plak yg minat mangkuk star aku tu. tu mangkuk free hasil beli susu dugro anak aku. dah ade lima koleksi. aku pun suker ngan mangkuk star tu. comeiiii...

 lepas bawak lakik p klinik smlm, kami singgah senheng. lakik aku kata dia nak belikan aku sesuatu hasil aku rajin beno ke dapo sejak ramadhan ni. hahaha... 

ala... korang jangan la gelakkan aku. ye, umh aku takde blender. yg aku blender masa buat ayam percek tu kat ngumah mak mertua aku. sebenarnya aku ade blender dua bijik, hadiah kawen dolu² tapi aku sedekah kat mak aku. mula² aku kasik dia sebab blender dia rosak. pastu aku kasik lagi sebab rosak lagi. tu pun mkn tahun koo.. mak aku kan suker masak. gitu la jadiknye. dah tu, kalu aku nak masak ape² yg kena guna blender, aku tumbuk aje la. nasib baik la lakik aku prihatin akan kerajinan binik dia skang ni. maceh la daddy sayammmm.. sekali beli, aku pilih yg ada dua jug blender. kang kalu rosak satu, dah ada spare satu kan. tapi yg satu tu aku nak khaskan utk blend esbatu jek. lepas ni bleh le beresblended. hehehe... harga dia 120 ke 129, tapi aku beli harga member, dapat la 89. puas hati kooo..

dah tu kami ke mymydin plak nak carik barang utk masak. lama gak kami kat sini. kesian aku tgk pakcik kat kaunter zakat tu, mesti dia tgh sedap layan mate. tu yg dia pakai speak itam tu... nak cover la tu. hehehe... dah beli bagai, terus balik ngumah bersilat kek dapooo.

tu dia heh... merasmikan blender baru kekdahnye. mmm... masak ape ni??? kuning elok ngupa dia...

 permintaan lakik aku, dia soh buat ayam masak lomak cili hapi. ok, aku turutkan... org sakit kan. hehehe.. aku buat setengah ekoq hayam. mula buat dalam periuk kecik, haishhhh... tak muat plak... 

tukar le masuk kat periuk pan yg dah bertahun aku tak guna. belasah je aku cakap periuk pan, harap korang tau le ngupa cemana. ala... yg ade tempat pegang kat tepi, tutup dia kaca. sila la bayangkan sendiri. aku tak tak tau ape nama betul dia. hahaha

 ni keli bakar mak iloi iloi nama dia. lakik aku la yg sebok nak bakar. dia la yang buat ni. ai... dah tak pening kot rajin nolong aku kekdahnye. sori, aku tak mkn ikan keli... hehehe

keli ni aku gomolkan dia ngan perencah ikan bakar adabi ni. aku suker pakai perencah ni, sedap jugak la rasa dia. tak la rasa ke laut sangat. nak lagi sedap, korang lapik la ngan daun pisang ikan korang tu. pastu dah gaul ngan perencah ni, bila dah balut ngan daun pisang atau aluminum foil, baru ade mcm kuah sikit kat ikan tu. ni aku belasah letak cenggitu je mmg takde kuah le. pastu pulak aku lupa bli bunga kantan. uiii... kalu ko letak hirisan bunga kantan, kompem lagi sedap.

terliur ngan donut nuttela si lieyalatif, aku berniat seadanya nak jugak buat donut ngupa itu versi aku sendiri. hahaha.. so jadik la donut pelangi cokpeanut. main bedal je aku kasik nama. dah masuk IG, si lieya cakap leh menanges tokei big apple nengok donut aku ni. hahaha... bukan takat menages aku kata, leh tikam dada ngan gerepu gamaknye. hahaha.. aku pakai donut frozen je pun, nak uli mmg aku tak kuasa la. dah sejuk donut tu, aku tempek jem coklat+peanut ladies choice pastu tabur ngan coklat rise pelangi. ha... jadi la ngupa ala² big apple kannnnnnnn...aku buat 5 ketui ja sebab aku goreng samosa otak² jugak seploh ketoi. sedap ko samosa otak² yg aku bli tu. nnt aku kasik gambar packaging samosa tu ye.

siap utk dibawa ke ngumah mak tok qausar. aku punyer risau takot tak sedap ke, tekurang rasa ke.. lepas berbuka, terus aku rasa gulai lomak aku ni. pergghhhh.... cium tapak tangan koo.. sedap nak mammmssss. hahaha... mak aku puji, adik aku puji, lakik aku lagi la puji melangit. kesian kat kat aku, org tak penah beriya memasak gini le. sekali dapat puji mmg bangga nak fengsan kekdahnye. hahaha... esok dia soh aku buat asam pedas daging plak. ok, aku cuba. semangat masterchef kekdahnye. hahaha

nak resepi gak ke. alahai, resepi biasa mcm masak lemak cili api korang la jugak. aku ni sempoi jek resepinye. setengah ekoq ayam, aku blend bawang besar 2biji, bawang putih 3biji, halia besar ibu jari, serai 2 btg, cili api mengunung, masuk terus dalam periuk, masuk kentang, mendidih skit aku masuk hayam, tggu kejap pastu masuk santan kotak. masa blend tadi, aku siap2 letak serbuk kunyit, senang.. dah gelegak betui masuk daun kunyit dan aku pakai asam keping seketui. tak pakai pun tak pe. dah campak bahan perasa, eh.. aku ada pakai kiub ayam dua ketui jugak. masuk masa dah mendidih tadi. dah masak pekat, hah... jadik la ngupa gini. aku pakai cili api kg ngan cili api merah menyala.. ko jgn tanyer la pedas dia cemana. boleh meleleh taik telinga kooo. kikiki....

nmpk mcm hangit kan... tidak!!!! yg kerak tu penyedap dia kooo... terasa sambal perencah tadi ko.. ok, disebabkan nak tau sgt sedap ke idak, aku ade rasa skit je ikan keli ni. nak rasa lebih tak boleh. fuhhh... mmg sodap bila dibakar dengan pemangang ajaib. iklan jap. hehehe

ok korang, rasa terliur... sila la cuba ye.. ptg ni tak buat ape kot. nak terjah param danau. nak beli tongkeng ayam madu ngan dim sum cocok. qausar suker mkn dim sum. ah.. dia tu ape je tak mkn. hehehe...baibai korang... jumpa lagi dengan menu lain minggu depan.

43 dok ngomen:

ezlinda hisam said...Reply To This Comment

semua nampak sedap! rasa pun mesti sedap ni.. :-)

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

baikkk..aku dah tau ape nak masak esok!!!!ikan keli bakar & sosej roll...wehh serbuk roti tu beli kat mane???

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Peh! Tu dia! Sekali msk, meriah! Masak lemak cili api ada bwg merah eh? respi baru ni. Hehehehehe~

Baguihlah entri ni, pemberi idea. Hehehehe!

JaSSNaNi said...Reply To This Comment

wow.. dah dapat toys baru kat dapor ye.. lepas ni jangan ada alasan kalau nak masak.. :P kata ko.. wahaa
nak try gak la pes ikan bakar tu.. asben ai suka makan ikan bakar.. :)

Anum said...Reply To This Comment

sedapnya

Unknown said...Reply To This Comment

rajinye akak masak

Anonymous said...Reply To This Comment

x sabar nk dok sendiri nokkk
nk beli pemanggang ajaib jugakk









mungkin lps raya aku pindah
in sha Allah

norhidana said...Reply To This Comment

sume sedap... paling best sekali ko nyer sosej roll tu kak, aku pun suke letak keju baru nyummy kan, cume aku selalu suke celup kt bancuhan tepung...

aku kalu bt msk lemak kuning pun blend je sume, dsr rajin kn

Kella said...Reply To This Comment

waaaaaaa.. saya kagum sungguh la!!
seriuss...

rasa cam nak buat semua masakan tu.. huuhuhu..

nak tanya.. cheese apa yang digunakan untuk roti tu.. cheddar cheese la kot ya.? =)

:: CIKVIVA :: said...Reply To This Comment

nak try lah buat roti sosej gulung bercheese tu..macam senang je kan..

Anonymous said...Reply To This Comment

walla rajinnnyer.. menu sedap2 pula tu !

Unknown said...Reply To This Comment

fae pun suka makan tongeng ayam. yummy hihi. waaa best ler akak pandai masak.

Ibu Lala said...Reply To This Comment

bestnye dapat adiah. pg senheng mana tu? my mydin tu kat mana pulak. x pernah jumpa pun.

- dieyana - said...Reply To This Comment

ya ampunnn...!! apa apa pun tq! bagi resepi roti sosej tu...mesti buat nih! anak2, mak ank ayah ank, mesti suka..tq tq tq ya!

Cida de' Nuanza said...Reply To This Comment

roll cheese sosej tu mmg u lalalalalla

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

roti bercheese tu sedaplah NM...
geram ni...
lepas ni selalulah rajin ke dapur..kalau tak hubby mare...

ReramaBiru said...Reply To This Comment

fuhh tergugat tengok..boleh buat idea untuk berbuka nanti nie..teruskan memasak...:)

Kella said...Reply To This Comment

alahai..lupa la ada beli pemanggang tu dengan kita ya.. COD ke pos ya.. kebanyakkannya COD.. =)
betul2 lupa..tak ingatdah..ramai sangat ..

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Walau berdua makan tapi rajin. Salute betul kakak sebab kakak ni hari-hari beli tau..

pena rozie said...Reply To This Comment

Semua dpt sedap.....

ummiross said...Reply To This Comment

Uishh!!, sedapnya nampak, yang masak lemak ayam tu memang meletop nampaknya, mesti best tu.

Mimy Hamid said...Reply To This Comment

murah la blender tefal.. nk pakai harga member leh

lizz said...Reply To This Comment

kemain meghiah makanannyer tu...waa nak gak masak lemak cili api tu...

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

Gambar makanan tu bukan main besar lagi haishhhh terliur-terliur....

wantie said...Reply To This Comment

murah giler blender tu. baik nya cik abe kamu. swami prihatin gini ler kan.

ko bagi blender kat mak ko ek. kita pulak mak yang bagi blender. sebabbbbbbbbbbb dok sayang sangat ngan blender maulinex tu. belnder bentuk 4 segi. cari merata sampai hari ni pun tak jumpa . nak ganti balang dia yang pecah sikit tu.

mak sian tengok blender nazak. dia kasi blender dia ke aku. hahahaha

Unknown said...Reply To This Comment

roti sosej berkeju tu nak buatlah petang ni, biasa buat tak letak keju pun.

Eye_nee said...Reply To This Comment

tergelak akk...gelek pakai botol susu jer...apa yg dapat ko capai jer lah yer...mengunung mcm tu cili api boleh meletup juvur nokss....keli bakar ko tu..ranggup2 akk tgk kat ujung2 ekor tu....heavennnn...

Mia Kassim said...Reply To This Comment

aku singgah blog ni, konpem memang terliur punya...huwaaaaa

Suria Amanda said...Reply To This Comment

Sapo nk beli pemanggang ajaib meh cari aku..apa jenama korang nk....mcm2 ada...jenama IKAN tu mahal? Boleh beli yg murah...sama je kekdahnya.....

Aida Salleh said...Reply To This Comment

sangat teruja dengan sosej roll berkeju tu...yummyyyy...

whitecappuccino said...Reply To This Comment

sesekali bersilat kt dapur hasilnya ummphh! kalu acap plk lagi terangkat kot hehe

eiela said...Reply To This Comment

nampak sedap..

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

Seronok mak baca. Macam sedang bercakap dengan Ina je... :)

dear anies said...Reply To This Comment

aiii ni yg betul2 menggoda nk trn ke dapo ni...

Ibu Lala said...Reply To This Comment

saya duduk sri gombak la nieza. pernah la pg platinum view tu. kan ada kl festival kat situ. nieza selalu shopping kat situ ke. kiter x pernah masuk kedai2 kat situ pun. lalu je.

nieza ddk greenwood kat mana?

Ibu Lala said...Reply To This Comment

ooo igt nieza dok greenwood. mmg dekat la dgn PV tu kan. wahh syok la umah dekat dgn uptown tu. senang nk pegi kan. x payah cr pking bagai. nieza keje mana?

Rinna said...Reply To This Comment

Memang maveles laa tgk masak lomak cili api ayam tuh.. :))

Keli pun nampak sedap..

wahida said...Reply To This Comment

huhui...aku pernah nak try roti keju cheese tu nok...tapi tak terbuat lagi...nnt aku nak try la...terliur pulak ptg2 ni...

masak lemak ko letak bwg eh? serius kalau nak lagi sedap ko buat style nogori sembilan..tak yah letak bwg langsung...hanya tumbuk kunyit hidup, cili padi dan garam...serius laki ko mesti bertambah 4 kali...hahaha...

ko sama mcm aku, tak mkn keli...give me 5...

aku suka tgk ko rajin ke dapur sekarang ni...apa kata ko masak2 utk pot luck lepas raya nnt...tak mo bwk sardin lg tau!!

Ibu Lala said...Reply To This Comment

sy keje kat kl sentral. nieza, jom la kita borak via email. malu pulak berkenalan kat sini. he he he.
email me at rohana.athmad@gmail.com ye. nanti sy reply.

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

gilo mu..gambar memula tu dah buat aku terliur..nnti nak buatla..tp nak buat ngan sardinla..bolehkan..hehehe

Elle Kamarudin said...Reply To This Comment

menyesal aku bukak blog ko skrg

Unknown said...Reply To This Comment

da terliur sy nengok....sodap tu keli bakar

Hida Kadiso said...Reply To This Comment

canteknye pinggan bentok bintang.. semangat lebih nak bebuke cam ni..