Wednesday, May 15, 2013

nasi kandar beratur penang

moh le sambung n3 penang. tak banyak pun lg. lepas kasi anak² puas berendam, balik bilik kami rehat jap pastu bersiap utk keluar mkn. perut lapar kemain lagik. target mlm tu haruslah nasi kandar beratur yg sangat femes itu. jom....

kami sampai sini jam 9.15 mlm. awal giler kan. mula igt nak ke night market dulu, tapi sebab tak tahan lapar, awal pun awal la... lebih baik awal dari dok kena beratur pjg sbb setiap n3 yg aku servey pasal nasi kandar ni mmg tu diaaaaaaa... q mmg sentiasa pjg kot.

 bukak pada jam 10mlm. takpe... sabar itu separuh dari imannnnnn

aku berpandukan sebiji n3 kak jah utk cari kedai ni. masa adik aku dtg sini thn lepas, dia tak singgah sini pun tapi dorang lakik bini terer giler bab jalan kat penang ni. so tak susah pun bila kedai ni betul² sebelah ngan masjid kapitan keling. bila aku ckp kedai ni sebelah masjid, mmm.... kacang le bagi adik aku ngan lakik dia.

mula² aku heran. kedai lom bukak tapi ade je orang mkn kat depan kedai tu. meja pun byk. kompius aku sebab sebelah kedai tu ada gak org nega nasi kandar. dalam 9.45, dh start pekerja nasi kandar beratur dok kemas² dalam kedai, keluarkan meja kerusi bagai. ah... lg kami pelik. ngupanya bila kedai nasi kandar nak bukak, kedai yg sebelah tu diwajibkan tutup. depa kena kemas meja bagai sebab meja kerusi nasi kandar beratur plak akan dibukak. tu yg depa cuci lu tempat letak lauk pauk tu sbb nasi kandar beratur plak nak letak cermin lauk depa kat situ. kena baratur bawah kemah tu ye, bukan depan kedai. hahaha... beriya adik aku dok depan kedai nak jd org pertama beratur. kahkahkah...

 tu dia... bonzer aku dh senak perut lapooo... 

 dedi berator, kami tunggu nak cop meja

 ha.. lauk pauk dah terhidang. naik juling mata aku nengok semuanya sedap²

 dedi kari ikan, sayoq dan teloq masin

 aku pyer. mmg betul ckp kak jah, ayam dia mmg sedap walaupun goreng biasa

 adik ipar aku pyer. sotong, ayam dan udang. pergghhh.....

udang utk aku sekor, dedi sekor. dua ekoq ni limablas hengget. hamek kooo.. tapi terbaik!!! dedi sampai hirup kuah kari udang ni. mmg power!! nasi adik aku tak sempat nak snap sebab dia terus ngap, tak menyabor betol. kebuluq katanya. dia amek lauk sotong 2 ketul.

sejak ada anak, biasa la.. dah tak boleh nak mkn berjemaah, kena la tolak ansur sorang mkn lu sorang suap anak. aku sentiasa kasik dedi mkn lu sbb aku time suap anak, aku leh tumpang ngap sekali. hahaha... masa aku tgh kusyuk mkn, aku tak perasan dedi bawak ank dia p maner. igt lepak dalam kete ngupanya dok gebang ngan kawan baru. member tu pun dok dokong anak kasik laluan kat binik dia mkn. ooooo sweet sgt tgk depa ni.

uiii... mmg kenyang tahap gaban la mlm tu sampai tak jadik nak p night market. dah tak larat nak bawak perut kekdahnya. anak² pun mkn byk, masuk kete depa terus berdengkur. ada lebih baik terus balik bilik berehat dan tido awal sebab esok nak kuar awal pagi. keharuman kari melekat kat tapak tangan. adik aku ckp, klu pagi esok tak tahan lapar, ciyom aje tapak tangan, kompem kenyang. vongok.... hehehee

total kami mkn kat sini RM54. puas hati!

41 dok ngomen:

mama3heroo said...Reply To This Comment

terliur tgk..terus lapar..hehe

lieyalatif said...Reply To This Comment

Perghhhh merusuh perut aku pagi2 ni nok oiii!!! Udang tuuu besaq2 hah!!! Mmg pun nok, penang tu syorga makanan utk aku...semua sedap2 sbb aku hantu nasi kandaq, pasembuq bagai....

Nurzakiah Hanum said...Reply To This Comment

selamat pagi
singgah pagi :)

Mila Ahmad said...Reply To This Comment

udang tu takde besar lagi er...terliurrr~

wahida said...Reply To This Comment

antara tempat wajib aku repeat kalau ke penang lagi nnt...hari tu masa kat penang, kami pergi dua mlm berturut2 mkn kat sini...sedap sgt kari kat sini, aku teringat2 telur sotong yg maveles itu...

kan jah, pelik aku ayam dia walau goreng biasa pun sedap dia lain mcm...hahaha...

pada aku harga rm54 tu tak mahal..berbaloi dgn kesedapan superb dia tu kan jah...

:: Mrs.Eady :: said...Reply To This Comment

sedap nyerrrr...!!!!!!rindu nasi kandar penang! :D

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...Reply To This Comment

hege mcamana ok tak?

Khai♥Rin : anies said...Reply To This Comment

pasni try kt alauddin nasi kandar plak...

ummiross said...Reply To This Comment

Waa pagi-pagi dah terliur ni, rasa nak terbang ke Penang je ni, cari nasi kandar, rela beratur asal dapat ku hirup karinya juga, hehe..

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Kesabaran yg amat berbaloi...hehe
Terliornya tengo semua makanan tu...biar mahal janji puas hati.. :D

Falsya said...Reply To This Comment

kite penah makan kat sini..sedapppp..jalan2 penang 4 hari naik 4 kilo sbb makan je...hehehe

Puan Bui Junaidi said...Reply To This Comment

WOW..TERLIURNYA..NNT G PENANG BUI TRY NA..^_^

atty's said...Reply To This Comment

udang ni buat kty terliur je tau..
kty lak kalo g penang..suka g kapitan restoren..mmg terbaik lah cheese nan ngn ayam tandori.

nuyui a.k.a miss YUI said...Reply To This Comment

geram tgk udang tu..huhu

Myra Jay said...Reply To This Comment

MJ yang dok Penang tak pernah try nasik kandaq beratoq ni :D

Ratu Hatiku said...Reply To This Comment

perghh...terliur dibuatnya...

Elle Kamarudin said...Reply To This Comment

suke lauk daging itam top up ngan teloq sotong mabeles!!

aizamia3 said...Reply To This Comment

pergh.. terliur nengoknye.. ;)

Ati Masrif said...Reply To This Comment

mmg terus lapaq ni :)

lama tak ke penaang tapi kalau pi
mesti nak pi situ..menarik

biasalah bila ada anak kena makan
gilir2 sambil terliuq..hehe

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

tak sabar nak pergi penang he..he..
lapar dibuatnya...

ita citot said...Reply To This Comment

*telan air liur* je. heheh ;D

Aku Ibu Muda said...Reply To This Comment

bookmark terus entry ni sbb nk ke penang lg 2 minggu...hehee

Nazayiena Ayiena said...Reply To This Comment

Tgk nasi kandar tu,terus rasa lapar nie....oklah tu harganya.

Jom join bloglist kak Nurul.

sudipVSsenduk said...Reply To This Comment

tang kuah meleleh dkt tepi pinggan tu yg mahal... kaut bagi licin tanpa sebarang kesan

wawa syaida said...Reply To This Comment

saya orang penang...hari2 balik keja lalu depan kedai tu...tapi lum pernah try lagi hihihi....biasa la bila dah dekat depan mata ni, bertangguh2 je lah....

Zura Zue said...Reply To This Comment

terliur tgk...mak sy penah berhsrat nk g penang semata2 nk pekena nasi kandar beratuq...

wantie said...Reply To This Comment

nasi beratur tu kena makan kat situjugak. kalau tapau bawak balik umah dah tak sedap...ngeee

dulu selalu je pergi sana.
sekarang tak boleh dah... anak sekolah. memalam ada home work.

NEKCIK said...Reply To This Comment

Kalau dapat telur sotong...aduhaii sedapnya!!

lizz said...Reply To This Comment

nak gak nasi kandaq kemain sedap tu...terliur...

Kesuma Angsana said...Reply To This Comment

wah mmg nampak sedap betul tu !

MaDiHaA a.k.a Ratna said...Reply To This Comment

sedapnyer...
lama tak pekena nasi kandaq.. tak lepas ke penang dpt pekena kat KL ni pun jadila.. lepas kempunan org kata.. hehe...

Azian Elias said...Reply To This Comment

yang ni akak tak pernah cuba..selalu di Line Clear n Nasi Kandar Merlin..macam kena candu..

fazilzura said...Reply To This Comment

lamo x pi penang .. tringt2 nasi kandaq

Wak Gelas™ said...Reply To This Comment

ituari pon wak gi penang try nasi kandar kayu jakk.,ahHKs

norhidana miswan said...Reply To This Comment

aduhla.... aritu k wahida, ni ko pulak kak... bt terliur aku je... aduhla,...

udang tu beso tul, tgk cam biasa2 je kan tp kalu dh sampai hirup kuah mmg terbaik lah tu

*sama lah mcm aku kak, bg edy mkn dulu baru aku lak yg mkn... sejak ada anak kene gilir2k an

Dee said...Reply To This Comment

aku aritu pi tak ingat nak mkn tang sini..tu tgk entry kak jah rasa mcm menyesal gak tak pi..next time turun penang wajib pi lah kalau smpi hirup kuah tu..hahaha..

Haryati Faizal said...Reply To This Comment

keje kat penang, dan ari2 lalu kat situ tp tak penah pun rs nak pi makan hihi...tak tau psl pe...

whitecappuccino said...Reply To This Comment

terliur dibuatnyer.

Rinna said...Reply To This Comment

Wow mmg terbaik laa tgk Nasi kandar tuh.. :)

Sue-Rya Qistina said...Reply To This Comment

pernah keluar kt JJCM dulu kan? mmg giler ramai yg beratur

QasehnyaRania said...Reply To This Comment

nasi kandar penang mmg terbaek kak.sy dok penang 3 tahun dulu.. tapak tangan.lepas makan cium ,tapak tangan..mmg ada bau.. hihi