Tuesday, February 26, 2013

wadihana islamic steakhouse

assalamualaikum...
hari ni nak stori pasal makan² kami semalam kat islamic steakhouse lokasi di PV128, jalan genting klang. tak tau kat maner PV128? mm... tau kampung pengantin yang baru tu tak? kat situ la... kampung pengantin tu mengadap jalan besar kan, steakhouse ni belah belakang mengadap kondo kuning, sederet ngan kedai makan raso omak den, yang aku selalu pegi. sederet ngan tappers yang aku penah up stori dulu. tak tau gak, korang carik le sepital colombia, ha... sebelah tu la bangunan PV128. 

tempat ni baru bukak awal bulan satu lepas, pertama kali kami datang sini masa tengah bulan kalu tak silap. tapi punyer sakit hati, aku terdelete gambar² best kami kat sini. adoi... kalu pk balik, tersentap jiwa raga tau.. disebabkan sedap, kami repeat lagi sekalik. 

aku ada intebiu salah sorang staff kat situ. nama dia mohd nasuha, baik budak tu..satu² dia citer asal usul steakhouse ni. lokasi pertama adalah di bangi tapi kat situ nama dia wadihana islamic kitchen, bukak plak cawangan di shah alam dan terbaru di danau kota ni. dibuka dari jam 11 pagi hingga 12 mlm. kalu hari jumaat, restoran akan ditutup kejap sebab semua staff p solat jumaat. kat sini takde staff pompuan pun. nasuha citer lagi, cukup masa time maghrib mereka akan solat berjemaah bergantung pada kastemer yang ada masa tu dan aku tak ingat masa bila mereka akan mengaji bersama.

belah atas tu adalah surau utk staff juga kastemer. kalu rasa nak datang ramai, boleh la call atau pegi sendiri utk booking tempat. aku dh bercadang nak sambut beday ayah kat sini. in shaa Allah... 

tempat selesa, layanan tiptop, menu best!, mahal sikit tapi puas hati

kami booolat tapi kami bahagia. kahkahkah!!

tak sure menu yg korang order tu bahagian mana? sila rujuk gambar yang ada dalam buku menu

eslemontea aku pyer, free refill dan tembikai dedi pyer. wadihana dari tahun 1952 beb!

tu dia... aku order benda yang sama masa pestaim datang sini. mula tu aku order lamb shoulder sebab masa dedi mkn pestaim dulu mmg best gilak. tapi entah knp aku terasa nak repeat lagi combo fajitas ni.

ni set sekali ngan combo fajitas. set ni RM27.90

sumbat² dan makan....

dedi order sizzling chicken chop. terbaik weh!!! meh aku nak royak, harga dia mcm mahal skit dari biasa tapi sekali datang hidangan dia, mmg sgt terbaik. puas makan! hidangan ni RM21.90

disebabkan chicken chop dedi lmbt sampai sebab masalah dapur, depa kasik free puding ni nama dia panna cotta. mcm makan eskim vanila campo stoberi uols. harga dia 7.90, tapi kami tak bayar la sebab free! hehehe

ni alamat dia... perasan masa belek² buku menu. nak servey kot pesbuk, carik je wadinana islamic steakhouse ye

kompem akan kami repeat lagi dan lagi utk rasa semua menu yang hado. teringin nak mkn steak, mungkin sini je tempat kami. hehehe


41 dok ngomen:

Mia Kassim said...Reply To This Comment

Pergghhh chicken chop.....terliur tengok....tiba2 teringin nak makan chicken chop....

iduraz said...Reply To This Comment

yeay/..dh ada kt danau kota ek..kita pernah dgr dia kat bangi jer..bole terjah pasni!

emy said...Reply To This Comment

menarik2...dekat ngan ofis aku..leh g...

Anum said...Reply To This Comment

perggggggg nampak sedap bebenor

norhidana said...Reply To This Comment

kampung pengantin tu aku tau kt ne sbb edy penah gi mkn kenduri kt situ... mcm best je... teringin nyer pg situ... tp tunggu papa gaji dulu ehehhe

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

dekat setapak...
tempat menarik...
menunya pergghh...

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Hah! Kami tau mane PV128 tu sbb member pnh le kawen kat kampung pengantin....

Mmg nak cari le pasni.

eLLy said...Reply To This Comment

oh aku ingat Cik Wahida dah bukak steak house tanpa pengetahuan ku :p

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Owh...kat bangi ada erk. Nnt nak terjah.

Anonymous said...Reply To This Comment

nampak menariklah kat sini!

lieyalatif said...Reply To This Comment

Yups beb aku selalu terjah kat bangi nun...wahhh dah siap bercawangan2 hah...yelaa kalo x sedap xkan nak bukak cawangan kan....

Fish n chips die sedap beb...ko kene cube pasni....

suwara entertainment said...Reply To This Comment

terliur sungguh ni kak! hahahaha
org preggy ni mmg pantang, pantang tgk! :D

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...Reply To This Comment

kalau mahal, dan banyak isinya memang berbaloi..

wantie said...Reply To This Comment

restoren yang mcm ni la yg dok cari. dan harus kita pergi.

dah la islamic menu superb. mahal pun tak pe.

zmarl (ibu) said...Reply To This Comment

sume nampak sedap..nak kena JJCM kalo camni..

akak bolat pun comey la dun worry hokey..janji hubby suka..hehe

Bin Muhammad said...Reply To This Comment

Salam,
Terima kasih atas kunjungan dan follow Relaks Minda. Semoga anda terus bersama Relaks Minda.

Restoren yg menarik utk di kunjungi...Boleh cuba kalau tersesat ke Setapak...hehe.

lizz said...Reply To This Comment

errmm kemain sedap ni...terliur ni...boleh la pi nanti ni

Hanis Azla said...Reply To This Comment

mengancam menunya.. kat depan rumah akak ada restoran tu.. tp belum pernah pun makan kat situ.. nnt nak pergilah..

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

agagagagaaa...mengancam nyer!!!!

SURIA AMANDA said...Reply To This Comment

aku tgok ni terus lapar la nok...

MAZLIZA ABD RAZAK said...Reply To This Comment

restoran eklusif makanan pn eklusif
semuanya nampak sedap :)

Lynnda said...Reply To This Comment

Best blog akak ni sbb banyak gambau makan! sy suke, sy suke (gaye mimi upin ipin) (^__^)

:: CIKVIVA :: said...Reply To This Comment

lawa tempat dia..makanan pun mnyelerakan...sedapnye..dah la pose arini...huhu

Dr K said...Reply To This Comment

Nak komen yg ni aja..

" kami booolat tapi kami bahagia. kahkahkah!!"


kah kah kah kah..

NM03 said...Reply To This Comment

daddyZ,

apsal gelak jugak?????? cakap! hahahaha

whitecappuccino said...Reply To This Comment

apesal sumer makanan sedap????

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

eslemontea adalah kecintaan mak. :)

Dee said...Reply To This Comment

aku selalu gak gi pv area tu..leh ar singgah..ada tmpt solat..tu lagi suka..100 markah..

ummiross said...Reply To This Comment

Ummi pun pernah makan kar Wadihana di Bangi ni, memang best!. Bila tengok n3 ni terasa nak pegi lagi.
Hehe..booolat yang comel dan bahagia.

anyss said...Reply To This Comment

Assalamualaikum,
Kat Bangi tu pun tak sempat masuk, byk sgt tempat mkn di bangi ni...

wahida said...Reply To This Comment

aku pernah tau restoran ni ada kat bangi sbb daddyziyyad ada up pasal restoran ni...

boleh la try kalau dah dekat2 kl je...

Chik Att said...Reply To This Comment

Tempat bersih canyik , layanan tip top , makanan sedap ..... bayar lebih pun ...tak rasa gundah kan ...

Kakzakie Purvit said...Reply To This Comment

Gambar pun dah memikat kakak. Org arab punya ke resto ini?

Kalau diJB kami ada masjid wadihana. Tempat ini paling ramai mak-pak arab bersolat.

haryati said...Reply To This Comment

tgk je pun dh rs sedap camne ni???

Chekgu Azrine said...Reply To This Comment

na..mu penah try friske steakhouse, keramat..oso sedap giler...aku ingat nak repeat lagi..hehehe

mamawaiz said...Reply To This Comment

sedapnya..meleleh air liur dah ni

Ainim Rashihah said...Reply To This Comment

lapar tengok chicken chop tu kak

Kancil 8349 said...Reply To This Comment

suka suka...

anggun said...Reply To This Comment

hai...dtg membuat kunjungan balas...n dah follow pn...hmm..tmpt ni dkt dgn umah tp xpernah pg pn sbb payah nak cr parking..hewhewhew...tp nk kene try jgk ni nnti..mcm menarik jew...

Unknown said...Reply To This Comment

menarik2... dh jumpa steak restoran kat area setapak ni.. boleh la nk g cuba.. nampk sedap. tempat pun selesa.... =)

Anonymous said...Reply To This Comment

Mmg best. Sy prnh g kt bangi. Smlm g lg di setapak. Plg best cfood chowder....sdap sgt...