Tuesday, October 25, 2011

bali ; uluwatu ~ kecak dance


mari dekat mari rapat
mari layan lagi dan lagi
ape yg best kat bali

tekaan korang mmg betul.  monyet² liar mmg banyak kat kawasan uluwatu. sebelum turun dari kereta, pak isme dah pesan pada kami semua,  bukak gelang kalu ada bunyi loceng, bukak kerongsang tudung, selipar takbleh yg corak bunga, klu pakai anting² bukak, klu nak bawak mineral, jgn pegang  ngan tangan, masuk dalam beg, ape² jajan dalam plastik pun simpan dalam beg dan mcm² lagi lah. masuk sini kena bayar rp70,000 yakni RM24.85. monyet² liar ni tak kira korang pangkat datin ke, puan seri ke, kalu dia rasa nak terkam, dia main terjah je. ai mmg takut giler, jalan nyorok² belakang hubby. pak isme pun ai marah tak kasi jalan laju sangat. hahaha... keje monyet² ni selain dari suker sakat orang lalu lalang kat situ, dorang ralit mencari kutu sesama sendiri. ada sepasang kekasih tu, tak sempat plak nak snap gambar, ada ke tgh ciyom mulot. adussss... tak malu betul. hahahaha

uluwatu ni pun lokasinya cukup menarik. indah sungguh ciptaan yg Maha Esa. canteknya subhanAllah.. tak tau nak cakap camner. ai renung jauh laut yang ada depan mata. tetiba pak isme tunjuk, ujung sane la tmpt geseran tadi. alamak... terus ai tak jadi nak verangan tau. pak isme ni... kacau la.. saje buat jantung ai bedegup laju...

tepi² tembok tu pun banyak monyet jugak. masa ai ngan wahida rapat kat tembok tu, kunun nak jenguh bawah laut tu, tetiba dengan sepantas kilat, salah sekor monyet pi tenung muka ai. kussss semangat... tak pasal² kami berdua menjerit terkejut. aci giler la monyet tu.. aku karate kang, tak pasal² kau jatuh bawah laut tu.. hahaha

nak rasa dan menikmat keindahan uluwatu, korang harus kena singgah kalu ke bali. keindahannya berbeza dengan tanah lot. lagi² bila korang ke uluwatu, waktu yang sesuai adalah belah petang. ramai yang datang ke uluwatu adalah utk tgk sunset. 

posing ni dengan perasaan cuak sebenarnya. sebab kami dok atas tembok, takut terlentang ke belakang je. hahahaha... nak bergambar kat tebing ni, kena tunggu turn tau. depan kami ni, ramai yang sedang menunggu giliran. 

luper mahu kasi tau, kat sini pun kita kena pakai tali kaler² ni sebagai menghormati tmpt suci dorang. tapi kenapa tak nampak shidi pakai ek...  okeh, ini kami menuju ke tempat kecak dance. kalu ke uluwatu, selain nak tgk sunset, bayar mahal pun adalah kerana nak tgk kecak dance [monkey dance]. 

masa kat sini, ada sorang minah saleh, seliper dia kena tarik dek monyet sebab ada bunga, sorang lagi kena tarik anting² sebab bergayut kat telinga, sampai merah telinga pompuan tu, dasyat kan..

kecak dance mula jam 6 ptg gitu. kira kami sampai ni mmg ngam² waktu yg sesuai. orang ramai dah mula membanjiri tempat ala² stadium ni. sebelum masuk ke stadium ni, pak isme tanya, nak skrip dalam bahasa ape. kalu dalam bahasa BM pun lebih ke lorat indonesia lah. kenapa nak kena ada skrip? sebab kecak dance tu hanya lakunan tanpa suara. so kita kena tgk pada teks yang dia kasi tu utk kita faham ape yg dorang lakonkan. pak isme cakap, org yang ada masa kami pegi tu dalam 800 org semuanya. ramai tuuuu

masa ni entah kenapa ai rasa mcm penat sangat. nak² plak matahari dah mula menunjukkan sinarnya depan mata kami. 

mmg sajak la wahida pakai speak paris hilton dia. sinar mentari menusuk biji mata weh...

mula² dia letak miyak, pastu dia bakar sumbu tu. api pun mula marak tinggi. inilah pemujaan dorang, suker guna api utk disembah

 
mat saleh dua orang ni dok leka amek gambar sunset

tu dia, mula dah... masa mula² start ni ramai yang gelak sebab tarian intro dorang mcm kelakar. ai cakap kat wahida mcm gaya syafiq aiman, anak kazen aku buat perangai jek.. hehehe

dah duduk kat tengah², nak bangun amek gambar sunset pun dah payah le. tu pun tak brapa nak clear. banyak gangguan depan mata. tapi dok tengah la best sebab bleh nampak jelas tarian dorang



dorang hanya nyanyi lagu cak cak cak dorang tanpa bantuan alat muzik. hanya irama cak cak cak menggunakan mulut saje tapi mcm² bunyi la yg ada. sorang dok bunyi pong pong pong sampai la habis tarian, sorang dok huhahuha sampai habis tarian. tapi bunyi irama dorang sedap. pastu kuar la minah dua orang ni.. sungguh ai suker tgk tarian mereka, ralit tau.. mereka gelek kepala pun buat ai nak gelek sama. dorang pandai main memek muker ngan penonton. pastu ai rasa mcm depa ni tau² je dalam hati kita dok cakap pasal depa sebab bila hati tegerak cakap pandainya dorang gelek kepala, dan dan tu jugak dorang tenung mata kita. aaaaa..... meremang bulu roma mak jemah. huhuhu



menjiwai sungguh dia ni

cubaan bunuh diri 

monyet  ni jugak penyeri majlis. kelakar... pastu suker nyakat penonoton

dia ni pun kelakar


ai takut skit tgk muker dia ni

banyak lagi pelakon bertopeng yang ada, tapi tak kuasa nak masukkan semua. kalu nak tahu jalan cerita, meh baca yang ai gugel kat bawah ni nnt. sebenarnya kan, ai tak brapa nak hepi sangat masa menyaksikan tarian ni, sebab dalam hati dok pk mcm². udah le kami berada hampir dengan tempat geseran, pastu tmpt yg ala² stadium ni atas bukit plak tu.. hadoi... serammmmm... kalu la... ish... tak payah la nak luah kat sini, nnt korang pulak yg cuak terus takde perasaan nak singgah sini. hahahaha...

kecak dance ni berakhir dekat jam 8 mlm rasanya. lama kan. bila dah habis, penonton boleh la bergambar dengan pelakon² yang ada. kami cuma sempat bergambar dengan mereka berdua aje. malas nak berebut dengan yang lain. hehehe..

***
[ ehsan gugel ]


Tarian ini dipertunjukkan oleh banyak (puluhan atau lebih) penari laki-laki yang duduk berbaris melingkar dan dengan irama tertentu menyerukan "cak" dan mengangkat kedua lengan, menggambarkan kisah Ramayana saat barisan kera membantu Rama melawan Rahwana.Walau Begitu , Kecak berasal dari ritual sanghyang, yaitu tradisi tarian yang penarinya akan berada pada kondisi tidak sadar, melakukan komunikasi dengan Tuhan atau roh para leluhur dan kemudian menyampaikan harapan-harapannya kepada masyarakat.

Para penari yang duduk melingkar tersebut mengenakan kain kotak-kotak seperti papan catur melingkari pinggang mereka. Selain para penari itu, ada pula para penari lain yang memerankan tokoh-tokoh Ramayana seperti Rama, Shinta, Rahwana, Hanoman, dan Sugriwa.

Lagu tari Kecak diambil dari ritual tarian Sang Hyang. Selain itu, tidak digunakan alat musik. Hanya digunakan kincringan yang dikenakan pada kaki penari yang memerankan tokoh-tokoh Ramayana.

Kita Perlu bangga Karena  Tari Kecak Adalah salah satu  Seni Budaya , Seni Tari yang sudah Memiliki Nama yang Sangat Besar Di  mata Dunia


sekian... sambungan selepas ini ~ makan malam kam ni jimbaran

49 dok ngomen:

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

Nampaknya cuaca waktu itu sangat panas, kan?

Mesti pada waktu ini, dah hilang trauma akibat gegaran sebelumnya. :)

attyfir said...Reply To This Comment

kan main lagi dancer makeup , eyeshadow warnawarnie..

Unknown said...Reply To This Comment

cantik lah........
sukanya ditemani cahaya senja dan tarian....hehehehe

bujal X said...Reply To This Comment

kalau bawak budak kecik mau melalak ni! keh keh~

lieyalatif said...Reply To This Comment

teruja wei! bagus share ngan kiteorg..rase mcm kat bali plak hah.....takut tgk topeng sorang2 thuhuhu....kalo anak lieya ni sure dah melalak hahaahahaah...

bile tgk watak2 ni, cam tarian barongan kan...jawa punye tarian...kat johor selalu lieya tgk...

Zana Adieyza said...Reply To This Comment

zana mcm seram la pulak tengok pelakon2 yg bertopeng tu.. jangan sampai termimpi2 sudah.. hihihi

gambar akk dekat atas tembok tu cun! pemandangan mmg cantik, patutlah beratur panjang utk bergambar kat situ..

mamyharraz said...Reply To This Comment

indahnya pemandangan..
pic yg ambik semua clear&lawa!

mmg kena bwk kamera hensem kalau nak kesini..baru cun gambar.

ajumohit said...Reply To This Comment

amboi menhayati watak betul penari2 tu kan nieza..cantik pemandangan laut biru tu

qemaishak said...Reply To This Comment

cantik pemandangan tapi yang duk nari2 pakai topeng tu seram nengoknya haih.

iduraz said...Reply To This Comment

syok kan gi uluwatu nih...tengok kecak dance memang asyik..tapi ada juga ku rasa bulu roma meremang sebab masa ku pergi kt situ penuh penganut hindu dia semayang..takut weih..cam ada benda memerhatikan daku jer ku rasa...huhuhu..anyway, sunset dia memang terbaik..indahnya ciptaan Allah.

Unknown said...Reply To This Comment

Seramnyer watak2 tu, xleh tgk lelama kang bwk ke mimpi..huhu

Tu tarian tu puja2 kaum mereka kan..

ingat lg kwn citer klu dorg tgh wat tarian tu kita nk bangun konon xnak tgk sbb takut @ nk g toilet mcm xleh, kiranyer cam melekat je kat tpt duduk tu kn tgk gak sampai hbs...btl erk..??? ke perasaan kwn sy tu aje..

NM02 said...Reply To This Comment

hajar,

mcm betul jek... ei, seram lah..

Nazri Razra said...Reply To This Comment

Sis, Deme kata tarian ni berantu... betoi ker?..

NM02 said...Reply To This Comment

iduraz,

betul la mek, perasaan kita masa tu mcm semacam kan.

NM02 said...Reply To This Comment

nazri,

betul kot... sebab perasaan jadi mcm tak best la sepanjang tarian ni. spirit lah..

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

giler best oiii.....

Unknown said...Reply To This Comment

mesti dah kene sampuk penari2 tue

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Wow! Penari tu menjiwai atau high?

Walau apapun, sy teruja tgk gambar sunset tu. Dan pemandangan laut tu, Subhanallah! Ctknya!

SangRatoo said...Reply To This Comment

kemaen berlayer layer eyeshadow..mama sherry..kalau kite ada kat tmpt tu..kite pun rasa apa yg mama sherry rasa..mcm² fikir ye tak..sesuai ke bawak anak² atau baby ke tmpt² mcm tu?

eLLy said...Reply To This Comment

fuhhh sangat panjang ... n3 mu ini :p

terpatrisinarabadi said...Reply To This Comment

ngeri tgk curam tu..tapi permandangan mmg tersangatlah cantik..
bila lah dapat pegi bali..hua3

NM02 said...Reply To This Comment

sangratoo

rasanya mmg sangat tak sesuai. nak2 lagi sebab tarian dorang tu mcm pemujaan kan. takut anak2 melalak jek

. said...Reply To This Comment

seronoknya bali.
cantik-cantik gambar.

eB said...Reply To This Comment

eB takot la gk... musti eB ngigau hu3... ps: gambor sgt2 mantop. i lioke :)

mamasuri said...Reply To This Comment

amboi2...romantik ttp romantik yer...eh ko tgk diorang tu tak seram ke??diorang buat pemujaan kan???

ejaMaria said...Reply To This Comment

cantiknya laut... tetiba rasa nak mandi laut plak... haih...

AzMaslenda said...Reply To This Comment

Seronok tengok budaya orang.. Sib baik geseran tak berlaku masa diorang tgh sakan menari kan..

Hanis Azla said...Reply To This Comment

seram pulak akak tgk patung monyet tu.. hu..hu..

matahati-aishahazhar said...Reply To This Comment

meriah kaler mekup tu..

mummyrinazone beauty said...Reply To This Comment

sangat cantik gambar2 dalam trip bali nie=)suka...takut tgk tarian nie banyak topeng yang huduh2..hehe mmg menjiwai betullah penarituh..muka mcm nak nanges

h4ni3 said...Reply To This Comment

terasa bagai dibawa pulang ke bali!
huhu~

eh, sape yg dok posing nak cium mulut tu? bukan korang kan? hehe

whitecappuccino said...Reply To This Comment

romantik gilos weh! hehehe..I like!

So Shy Lady (SSL) said...Reply To This Comment

seram la tngok dancers tu...

gmbar ke 4 subhanallah....cantik btul

ZanaNordin said...Reply To This Comment

yang penting..
memang cantik giler pemandangan kat sini.

best baca citer pasal tarian kecak nie..

bila ler dpt pergi nie...

Dee said...Reply To This Comment

menarik..tp sunset tu jugak yg menawan hati..

Dr K said...Reply To This Comment

Kat situ, selain layan Kecak Dance, memang best layan sunset..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...Reply To This Comment

kat bali ramai org beragama hindu khen....

tim_fs said...Reply To This Comment

uwaaa...cantiknya view..ai plak nak g sni nex yr..nnti leh la tanya pe pe ek..

Dinas Aldi said...Reply To This Comment

Seronoklah, pengalaman baru yg sangat berharga tu! :)

Unknown said...Reply To This Comment

indah sungguh permandangan kat uluwatu..mcm dekat negara omputeh..subhanallah..*_*

wahida said...Reply To This Comment

aku suka jer layan kecak dance ni...

adarnadzmie said...Reply To This Comment

menarik kan pasal kecak dance ni... ramai yang tggu nak tgk... yang pakai topeng2 tu gerun akak tgk... mcm ner la klu bambam yg nengok tentu melalak kan...kihkih...
winduuuu kat bambam...hehe

Azian Elias said...Reply To This Comment

pegi uluwatu ni sekali je. ingat nat join tarian kecak tu. tapi bawak org ada penyakit. Takut dia sama menari lak nanti..haruuu..

Qhaifa Nur said...Reply To This Comment

seronok dapat tengok budaya negara orang...tenang jiwa raga pandang laut..

miloaiskurangmanis said...Reply To This Comment

ralit tengok gambo2 uols yg cun dan clear ni...

syariza09 said...Reply To This Comment

igtkan monkey dance tu monkey yg menari, rupa2nya org...takut arr tgk yg pakai topeng garang tu

wida said...Reply To This Comment

notty gak monyet2 tu ek..
x dpt bygkan apalah perasaan org yg pakai anting2 tu yer..
mesti trauma nak pakai anting2..hiks

munna said...Reply To This Comment

cantiknya bali....ni klu bawa anak munna masa persembahan mesti diorang nangis takut

kurus said...Reply To This Comment

uihhhh !
pueh tgk pic yg cantik2 nie !!! :)