Monday, August 15, 2011

hepi belated beday aina!

setiap minggu mesti ada citer bambam. mesti kamu semua igt saya hanya ada sorang anak buah. tidak, saya masih ada lagi sorang anak buah, iaitu anak kepada adik ipar saya. adik ipar saya, ali..adik bongsu kepada en. hubby saya. hari ni saya nak citer pasal anak pasangan ali dan zu. mari kenal dengan anak buah saya lagi sorang, nur aina zafiera..

aina dilahirkan pada 14 ogos 2010. 5 hari beza ngan bambam. beday bambam juga akan datang menyusul . saat ibu aina sarat mengandungkan aina, mcm² dugaan yang dia hadapi. biarlah hanya kami² saje yang tahu. kite simpan dalam hati memasing ye zu.. semasa ibu aina bertarung nyawa utk melahirkan aina, kami keluarga terdekat dikejutkan dengan berita yang cukup sedih. igt lagi pagi itu selepas sahur, saya dikejutkan dengan panggilan dari mak mertua, suara yang cukup sedu sedan, memberi perkhabaran yang cukup menusuk jiwa. saat itu, ibu aina memang berhabisan tenaga utk melahirkan aina, sedangkan kami menerima berita bahawa ayah kepada ibu aina telah pergi meninggalkan isteri, anak² dan bakal cucu yang baru hendak melihat dunia. oh Tuhan, hebat sungguh dugaan Mu buat birasku. terus kejutkan en. suami utk bersiap ke hospital. jangkanya dalam tengahari baru kami nak melawat ibu aina dan aina.. namun, perkhabaran duka itu membuatkan kami tak sabar utk sampai ke hospital putrajaya. 

ayah aina sudah tak tahu nak kata ape. air mata mengalir bagaikan air paip yang tidak ditutup. mak mertua asyik menghubungi kami supaya lekas sampai ke hospital. saat itu, macam² yang saya fikir. ape harus diberitahu kepada ibu aina nnt. ibu aina dan ayahnya memang sangat rapat. sampai dihospital, aina selamat dilahirkan. syukur.. namun ketika itu, mereka² yg ada disitu masih belum berdaya utk memberitahu berita sedih kepada ibu aina. masing² mengatakan, belum masanya. takut kalau² ibu aina tak dapat terima kenyataan.

kaum keluarga ibu aina di kampung, sedang bersiap utk menguruskan jenazah. mereka juga turut sama menyimpan rahsia yang berat ini. entah bila masa yang sesuai tuk memberitahu perkara yang sebenar. sementara saya dan mak mertua pulang ke rumah ibu aina utk mengambil barang² keperluan mereka, ayah aina sangat resah perasaannya. makin lama makin menjadi sedihnya. beberapa hari sebelum di masukkan ke wad, ibu aina ada mengatakan yg teringin nak pulang ke kampung utk melawat ayahnya yang semakin uzur. namun dibantah oleh ayah aina kerana ibu aina tinggal beberapa hari saje lagi hendak melahirkan aina. takut apa² jadi semasa dalam perjalanan. itu yang membuat ayah aina sangat kesal. semestinya dia terasa amat bersalah. 

jangka kami, kalu ibu aina dapat keluar pada hari itu juga, kami nak bawa ibu aina pulang ke kampung. memang mustahil utk semua itu. kalu minta kebenaran dari doktor pun sangat mustahil. beberapa jam selepas itu, akhirnya berita sedih itu disampaikan juga kepada ibu aina dari kakak di kampung. kuasa Tuhan, ibu aina sangat tenang.. sangat tabah. itu yg kami nampak, tetapi dalam hati ibu aina, hanya Tuhan yang tahu. mungkin depan kami dia tabah, dia kuat.. perasaannya, hatinya siapa yang tahu. saya sebagai kakak ipar yang rapat dengan ibu aina, cuba menjadi teman yang paling rapat dengannya kala itu. ibu aina selamber, saya yang ciwek. huh..

Tuhan ambil nyawa ayah ibu aina, digantikan dengan nyawa kepada seorang cucu. kamu semua boleh bayangkan? jika saya ditempat ibu aina, mungkin sudah dapat penyakit meroyan. huhuhu.. semalam genap setahun pemergian ayah ibu aina dan genap setahun juga aina dilahirkan tanpa sempat mengenali siapa atuknya. kawan², mari sedekahkan al-fatihah kepada aruah ayah ibu aina. moga roh aruah tenang disisiNya. amin..

buat nur aina zafiera, maklong dan paklong doakan moga aina jadi anak yang baik, anak yang solehah. kalu nak buli ibu ngan ayah, sikit² je tau. nnt ada masa lapang, datang jumpa bambam ye.. mesti korang becakaran sesama sendiri sebab memasing ganassssss... hehehehe

buat zu, akak minta maaf sebab cerita ini tidak mendapat kelulusan dari zu dulu. hehehe... moga perhubungan zu dan ali akan kekal sampai syurga. rasanya...aina dah boleh dapat adik.. hehehe.. walau berat dugaan yang datang, ingatlah.. Allah sentiasa dekat dengan kita. jangan putus berdoa. biarlah orang nak kata ape, yang tahu hanya satu.. Allah yang Maha Esa.

buat aina yang syomel.. jgn noti² okes.. maklong dan paklong ada baju raya utk aina. meh datang umh kami lepas balik dari kampung tau. tiup lilin ngan bambam. sure kepochi punyer.. hehehe.. selamat ulangtahun aina sayang... : p


tak larat nak kesat air mata.. aku plak terlebih sedih. huh!

48 dok ngomen:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...Reply To This Comment

sedey baca
alfatihah buat arwah dan hepi bufday buat aina

Zana Adieyza said...Reply To This Comment

al-fatihah untuk arwah.. kuat sungguh dugaan tu.. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..

happy birthday aina.. semoga terus membesar dgn sihat & bijak yer sayang..

Zura Tahir said...Reply To This Comment

dugaan kuat betul..patah tumbuh hilang berganti..

wida said...Reply To This Comment

sedihnya...
nasib baik lah zu tu tabah.

dhiera zainudin said...Reply To This Comment

al-fatihah untuk atuk aina~
sedih..sobs..
tabah sungguh ibu aina menerima perkhabaran itu kn~

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

al-fatihah utk arwah.....& happy birthday utk aina :)

dwatyKNY said...Reply To This Comment

14 ogos sama tarikh ngan my bestfren...

al-fatihah tuk arwah atuk aina dan happy birthday tuk aina...

ajumohit said...Reply To This Comment

Hepi besday utk aina, kehilangan atuk figantikan dgn khdiran aina

Anum said...Reply To This Comment

sedih..
al-fatihah buat arwah

Unknown said...Reply To This Comment

secara kebetulan kan kematian dan kelahiran pada hari yg sama..mungkin ada hikmahnya..Allah maha mengetahui..

Unknown said...Reply To This Comment

happy birthday to aina. alfatihah utk arwah ayah ibu aina.

kurus said...Reply To This Comment

sayu je baca ..
alfatihah buat atuk aina ..
dan eppy bday buat aina .. semoga jadi anak yg solehah ya cayunk ...

kasihredha said...Reply To This Comment

alfatihah untuk atuk aina
dan hepi birthday unk aina yg comel

wardah @ fie shah said...Reply To This Comment

*nangis* huhu..alfatihah buat arwah atok aina, aina bambam be a good girl ok

L said...Reply To This Comment

hp befday..=)

AI said...Reply To This Comment

- dan kami juga doakan...NM02 akan ade anak sendiri nti...ok?

Unknown said...Reply To This Comment

happy belated besday ye

aizamia3 said...Reply To This Comment

al-fatihah untuk arwah.....& happy belated besday buat aina :)

Dee said...Reply To This Comment

happy birthday to aina..al-fatihah utk arwah atok aina..

eB said...Reply To This Comment

hepi besday dari kami juger..
ps: wish u dpt baby soon :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...Reply To This Comment

al-fatihah utk arwah atok aina & happy b'day buat aina comel..

Fiza Rahman said...Reply To This Comment

Al-fatihah utk atuk aina & happy 1st birthday utk aina.

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

Sebak baca coretan ini.

Apa2pun Aina memang comel.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

al-fatihah buat arwah...

hapy besday buat aina...cumelnya dia..siap pakai kaca matA Lg tu...

Nazri Razra said...Reply To This Comment

Hepi belated birthday yer... Aumm!!

wahida said...Reply To This Comment

rindu aku ngan dia...dia mmg comel giler...nnt nak gi Bali tgk la...aku gomol2 budak kecik ni nnt...

hepi besday sayang...

Cik Bambam said...Reply To This Comment

sedihnya kak.. arwah ayah kita dulu pon x sempat tgk cucu.. meninggal bbrpa bulan sblm cucu dia lahir..dia pon sibuk main ngan anak jiran tp x sempat nak main ngan cucu sndiri..huhuhu..

satu tahun tuh..dia meninggal tp berbalas 2 cucu baru.. :')

Ayuraza said...Reply To This Comment

epi bday aina..tak tahan la..sedih baca..al Fatihah..

Ayuraza said...Reply To This Comment

epi bday aina..tak tahan la..sedih baca..al Fatihah..

miloaiskurangmanis said...Reply To This Comment

comel banget gambo sheols gelak...
sampai nak tertutup mata!

cheqna said...Reply To This Comment

sama ngan mak sedara cheqna...dia lahirkan baby..mertua dia meninggal...
apepun cantikla aina ni =)

absolutely emy said...Reply To This Comment

alalala.. shomelnyer aina..

SangRatoo said...Reply To This Comment

ouh sangat sedey ini cerita..Al-Fatihah utk arwah..juga utk semua muslimin dan muslimat yg telah pergi..apa² pun..Aina sgt comel..muahh.. :)

Unknown said...Reply To This Comment

mmg comel sgt anak dara tu...

tu la namanya patah tumbuh hilang berganti, satu pergi dan allah bagi yg lain kan...

Darling Pya said...Reply To This Comment

alahai comel nye...

Azian Elias said...Reply To This Comment

tuhan punya perancangan tersendiri. semoga kita setiap tabah atas seggala ujiannya.

[leily.laily] said...Reply To This Comment

alfatihah & takziah..

epi besday lil aina... =)

Dinas Aldi said...Reply To This Comment

Al-Fatihah untuk arwah. Allah lebih sayangkan dia.

Comel la Aina, happy birthday!

zafiera said...Reply To This Comment

Thanks k.shua & smua2 atas coretan yg mampu menitiskan air mata nih..td bru je g kubur arwah.Rindu sgt2..Smoga arwah tenang di sana & Aina cayang ibu cayang kamu..muach!

zafiera said...Reply To This Comment
This comment has been removed by the author.
[sutera kasih] said...Reply To This Comment

sedihnya kak...semoga kak zu tabah menghadapi dugaan tu..comel anaknya, hai aina :)

bambam pun comel jgk :P

..al fatihah buat arwah..

zafiera said...Reply To This Comment

Alo mak long,aina dh pandai jln lah..hbis 1 umah aina dh tawaf pnat ibu nak kejar huhuhu pasni ibu passing kat mak long plak ar kejar aina

.drakula. said...Reply To This Comment

bam bam nama bukan main lagi ...kiut!

ct shah said...Reply To This Comment

dugaan allah mmg tak disangka kan?al fatihah utk arwah ayah kak zu & happy besday utk aina.moga menjadi anak yg solehah utk kedua ibu bapamu.


p/s:tetibe teringat arwah ayah saya.:-(

Teratak Hami said...Reply To This Comment

Alfatihah untuk arwah datuk aina.

Comel jgk Aina ni ... Sure aina tak sabar nak jumpa maklong masa raya. Duit raya kena lebih ok.

faraherda.razalan said...Reply To This Comment

Sedihnya cerita nie. Al-Fatihah buat arwah datuk Aina.

Walau apapun, HAPPY BIRTHDAY TO KENIT BAMBAM!

misya said...Reply To This Comment

al fatihah,sedihnyer

ILA HonEyBuNNy said...Reply To This Comment

al-fatihah untuk arwah...sayu lak baca...

happy belated birthday aina..