Thursday, June 16, 2011

langkawi 2 # pulau payar, marine park

hadoiii... lepas masuk je n3 holiday villa, berduyun chat yang masuk dok tya pasal hotel tu. dah jadi kaunter pertanyaan plak ai hari ni. hahaha... glakmer plak dah.. jalan dalam opis pun ada ada yg tegur dok tya benda yang sama. dalam lif pun ada yang tegur cakap pandai cari hotel harga murah. sape² org gomen yang nak tau kelayakkan pasal penginapan tu, korang servey kat sini rumah penginapan

ni ai sambung utk hari kedua plak. lupa nak kasi tau, masa sampai tu, kami singgah makan kat kedai makan yang pernah ai ngan hubby pegi sebelum ni. alahai... kamera tu plak wathal kat sane. wat hal masa nak pegi laut plak tu. dah la kepentingan kamera tu utk dalam air. hadoii... menu sedap² pun banyak dalam kamera tu. so buat sementara waktu ni, nan hado lah gambar lauk pauk ye.

mari layan hari kedua, kami ke pulau payar yang mmg femes gitu kat langkawi. mmg dah rancang b4 ke sana, ai dah cakap kat kak jah yang kami tak island hopping sebab kami dah ke tempat tu b4 ni. so kali ni, kami ke pulau payar utk snorkeling beramai². bayaran utk seorang adalah RM130. makan tengahari disediakan dan bas akan amek kita kat tempat penginapan kita. oh ya, kami berpisah ngan kak jah hari ke dua tu sebab dia island hopping.

hari kedua tu, kami bangun awal pagi sebab kena kumpul jam 8 pagi. ramai rupanya dari hotel kami nak ke tempat yang sama. dua bas yang datang menjemput. pastu kami dibawa ke jeti utk naik feri. harga feri dah masuk dalam RM130 tu ye. b4 naik feri, yu olls beli la ape² makanan sampingan  utk kat sane. lagi² kalu bawak anak, beli la jajan sebanyak mungkin.

dalam feri, hubby masih bleh berpesbuk okeh. celcom...liputan terluas seluruh dunia. giler gempak yu, sampai tengah pulau pun masih ada line. perjalanan ke pulau payar amek 45 minit utk sampai ke sana. dah nak sampai, kami diberi life jacket dan sedikit penerangan. ai sempat tido sebelum sampai sebab tu muka nan hado je kat gambar pakai jacket tu. hahaha... oh, lapar pun ye sebab mmg tak makan aper b4 tu..

ok, masa nak sampai, mmg cuaca gelap dan bila feri landing tgh laut dekat ngan jeti pulau ni, hujan dah turun. kami kena tukar naik bot dan dorang punggah dalam 5 kali kot rasanya. mmg basah le kena ujan. kami plak pakai jeans. hamek... pulau ni cantek weh. sampai je terus tukar baju dan ape lagi.... terjun la...

tgk, baby shark berenang je sebelah kita. ikan pun penuh dok keliling kita. ai brapa kali kena gigit ngan anak² ikan. tak larah nak jerit. bukan sakit tapi geli giler. syok wo snokel kat sini.. air dia jernih dan bila tgk kat bawah mmg cantek. masa dalam bot, kami dinasihatkan tak boleh bagi baby shark atau ikan² kat situ makan  roti sebab pernah jadi b4 ni, mak bapak ikan baby shark datang serang. kalu buat jugak, di denda sebanyak 20k.

sampai tu kami belasah nasi lemak dulu. comel je nasi lemak ni. dua bungkus ai bedal okeh. lapar gilerrr..

ini menu lunch kami. hadoi... penat snokel, ayam je dia bagi kami makan. punyer la dok tebayang nasi ayam ke, nasi campo ke.. sekali ayam, roti, kek dan buah jek... nasib le jajan banyak.

ni kak eda dan anak dia... dorang snokel sampai garisan tengah. sama la ngan hubby. ai tak sanggup sebab rasa mcm jauh. lagi pun ai tak leh rendam muker lama sebab rasa lemas. kesian kak eda, sampai ai penumbuk muka dia sebab masa tu tetiba rasa nak lemas. hahaha... terpijak gamat rasa geli sangat. lembik je... kalu kamera lagi satu tak wat hal, kompem lagi banyak la gambar dalam air hubby amek. sayang giler kan. ikan kat tengah² sempadan mmg cantek². mcm² kaler ada.. huh... sumpah ai ralat!


tengok, selamber tak baby shark tu main² kat tepi hubby. best... ai je takde gambar ngan baby shark ni. sentap tau... gambar snokel pun takde.. mmg sentap. tapi ai tgh tunggu gambar dalam kamera kak eda.. kot hubby dia ada amek muker ai... gambar atas ni bukan kat tengah sempadan tau. kalu kat tgh sempadan lagi lawa air dia. jernih je.. ni kat ngan tempat lepak kami. tu yg nampak pasir.


hubby kak eda beli kamera ni masa dalam feri. harga dia RM70 sebanyak 22 keping gambar sahaja. korang kena pandai² la amek gambar sebab kita tak leh tgk menjadi ke tak gambar yang kita amek tu. kamera ni mcm kamera dulu² yg lepas snap kena tolak pakai ibu jari.. gambar dalam ni pun tak cuci lagi. hubby yang banyak amek gambar dalam laut, hubby kak eda yg suruh. risau je takut tak menjadi. nnt kalu dah cuci, ai tempek kat blog ye.

kol 4 ptg, kami bersiap utk balik. ai tak tahan lama dalam air sebab rasa perit muker. panas giler masa ni. dah le minum air masin banyak giler.. sampai kenyang jadinya. kat sini takde air bersih ye, kalu nak mandi, sama je kena guna air laut. maksudnya air dalam bilik mandi dorang tarik air laut jugak. so korang bawak lah air mineral botol besar tu sebab mmg badan akan melekit punyer lah kalu tak jirus ngan air biasa.



 ni la bot yang punggah kami ke feri. korang berani bediri depan bot mcm brother dalam gambar tu..

pengalaman yang best selama beberapa jam kat pulau payar mmg syok giler. pegi ramai² baru best. mmg happening! next kami nak ke pulau kilim plak kalu ke langkawi lagi. tempat tu pun menjadi tarikkan kat langkawi skang ni. dalam bot masa balik, semua liut lentok.. letih giler beb! sampai bilik, lunyai badan... hahaha.. mlm tu kami kuar makan bersama. tunggu sambungan lagik okeh.

nota suam² kuku : kalu korang lama kat langkawi, korang hantar la baju kat dobi. dari korang nak basuh sendiri kan. murah je.. belambak dobi kat pantai cenang tu. oh ya, hotel ni dekat je ngan pantai cenang. big apple pun dah ada kat pantai cenang okeh...

33 dok ngomen:

sahromnasrudin said...Reply To This Comment

mak aiii..meriah tgk semua ikan tue kan huhuhuhhhh

Kakcik Seroja said...Reply To This Comment

Suka kakcik tengok gambo2 tu semua. Jelas dan cantik...

Izwa Kamaruddin said...Reply To This Comment

pulau payar!hurm..nk pegi ar lepas nih!

ajumohit said...Reply To This Comment

wahh cantik2 nya gambar, geram tgk..mengidam la nk dpt gmbr2 best mcm ni

Ciklinn said...Reply To This Comment

wahh bestnyer.. ciklinn pun dah tergedik2 ni nak kesana... umar pun dah setahun ha... tgok2 gamabr2 yg cun2 ni lagilah terasa2 nak kesana... huhuh

Cik Pah said...Reply To This Comment

santekkkkk.. so clear the water noo.. lama dah tak main main air ni

~izan~ said...Reply To This Comment

mmg cantik semua gmbr..tang ikan tu plg cantik..clear sgt air tu..kalau byr 20k tu bley tak bwk balik mak bapak shark tu hehehe

yott said...Reply To This Comment

mmg best tmpt nih..;)

misya said...Reply To This Comment

x sabar nak tunggu sambungan n3

ratusiput said...Reply To This Comment

ratu tak pandai berenang.masa snorkeling kat pulau tioman tak pandai berenang pun takpe sbb ade yg guide.tapiiiiiiiiiiiiii...menjerit mcm nak kena bunuh ok.takut sgt mati lemas.mau taknye...tgh2 laut dalam ok.ahahaa...new experiencela utk ratu.

myaishahhafiz said...Reply To This Comment

pulau payar memang best, lama dah tak pi sana.

bujal X said...Reply To This Comment

uih~~ada omputih pakai spender~~haha~~

Aty Fared said...Reply To This Comment

besh nyer..besh nyer..!!!! siyes rase sangat besh...nak pergi nanti...nak snokling jugak..teringin..!!! :)

Cik Bambam said...Reply To This Comment

big apple pon adooo? gilo kontang!hahahaha..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...Reply To This Comment

kg kilim tu tempat i duduk dulu...dah 14 tahun tinggal...rindu....

nampak bestnya...skg mesti langkawi dah berubah byk kan?

Eye_nee said...Reply To This Comment

perghhh berenang bersama jerung kecik
geng ko tak takut mak dia carik dia ker....gambar2 mmg superb sis..tak dapat nak bygkan aksi ko yg hampir nak lemas dan kebengkakkan muka kak eda kene penumbuk ko...

Unknown said...Reply To This Comment

wah seronok nampak. Tumpang tengok gambar jelah.

kak yus last pegi Langkawi masa honeymoon 10 tahun dulu...lama giler weh!..huhu

syariza09 said...Reply To This Comment

cantiknya ikan2 tu..napak terang2 lagi. Tringin nk snorkling, tp rasa nk lemas jer sbb x pandai brenang...hehe jakun la katakan =)

wardah @ fie shah said...Reply To This Comment

Jelesssssssss 400 juta kali!

Scha406 said...Reply To This Comment

best best...next n3 puhlisss.....eh, FM yu n Kak Jah tu i lupe nk bg kt Kak Jah...esok la eh...da ptg...esok i bg utk u olls okeyh!

wahida said...Reply To This Comment

next visit aku gi sana lak...ntah bila tahun lak tu...

KUREKURE COMEL said...Reply To This Comment

syoknyeeee....dah lama tak pi sana...
nnti nak tgk pic dlm air tu...hehehe

merahitujambu said...Reply To This Comment

percutian yang menarik ni!!!seronok anak beranak ni..=)

kurus said...Reply To This Comment

waa bab snorkeling tuu yg best kan .. kalau tgk kat langkawi nie teringat akak ke tioman 3 tahun lepas .. air dia jernih mcm nie lahh :)

adoii bb shark yaa dikk .. duk bayangkan papa shark tadi huhuhu

eLLy said...Reply To This Comment

BEST best best.. tak klu masuk laut mesti kulit muka aku mengelupas..
muka ko mengelupas tak?

Unknown said...Reply To This Comment

bestnye..lame dh x snorkeling..air sgt jernih :)

husnalalink said...Reply To This Comment

pernah dengar tp xpernah pergi..alahai..kena pergi la hitamkan kulit yg sedia hitam nie..heheheh =)

Fieza79 said...Reply To This Comment

best nyaaa...fieza tk pndai berenang...nk snorkling..? hahahaaa...

pulau kilim tu dkt area umah kakak...rindu nyaaa...

ana said...Reply To This Comment

buat entri byk2 pasal ni nye..leh jd panduan. planning nak gi sana gak.

ZZnoor said...Reply To This Comment

alamak?cantiknyee??yg ni sy blm pegi lagi sis..mmm...

Softtouch [Hanim] said...Reply To This Comment

wa...bestnya ....cntik2 picnya...pulau payar xpernah pg lagi..tp serius ikan2 dia cntik n jinak....

mam@ju said...Reply To This Comment

mek.. ko buat aku nak berenang2 kesana hujung tahun ni... huhuu

Unknown said...Reply To This Comment

mak aiiii...bestnye.....sept ni nk g lgkawi...hope dpt p sini jgk...tp tu le...nk snorkeling2 bagai ni mcm susah lak coz bby br 2thn...huhu...xkan nk tggal kt tepi pntai tuh..hahha